Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 14 Disember 2009

Kami saksi selepas kejadian ni....

Semalam kami menyaksikan ada satu mayat di atas jalan raya di Jalan Kuching.
.
Aku saksikan darahnya masih mengalir dan penunggang2 motorsikal yang membantu supaya mayat tidak dilanggar.
.
Waktu tu aku percaya mangsa merupakan penunggang motorsikal. Ni gambar yang KRZ sempat ambil.
.
Aku yang memandu terus berfikir, memang kemalangan boleh berlaku dimana-mana pada bila-bila masa menggunakan apa-apa pun jenis kenderaan, tapi motorsikal paling terdedah pada risiko....
.
Aku teringat KRZ pun sekali sekala akan menunggang motorsikal. Lantas kusuruh KRZ jual saja motorsikal beliau kerana sekarang ni makin dahsyat tahap kemalangan kat negara kita.
.
Hari ni baca paper, rupanya........

Samun: Pemandu maut terjun dari but teksi

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Seorang pemandu teksi yang dipercayai mangsa samun, maut dalam cubaan nekad terjun dari but belakang teksinya di Jalan Kuching dekat bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) di sini malam ini.

Mangsa, Khairuddin Mohd, 31, yang lengkap berpakaian seragam pemandu teksi, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala selepas terhantuk di atas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu.

Terdahulu, mangsa dipercayai telah disamun seorang lelaki di salah satu lokasi yang masih belum dikenal pasti, sebelum dikurung dalam but teksi tersebut.

Kereta teksi itu kemudian dipandu oleh suspek terbabit.

Kejadian terbongkar apabila kelibat mangsa yang melambai-lambai tangan meminta tolong disedari tiga penunggang motosikal yang berada di belakang teksi, kira-kira 200 meter sebelum lokasi mangsa terjun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mangsa secara tiba-tiba bertindak melompat keluar dan terhantuk kepalanya ketika mendarat di atas jalan raya.

"Salah seorang penunggang memberhentikan kenderaannya untuk membantu mangsa manakala dua lagi terus mengekori teksi berkenaan.

"Penunggang lelaki itu membantu mengawal keadaan lalu lintas bagi mengelak kenderaan-kenderaan dari arah belakang melanggar mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, mangsa yang mengalami pendarahan di kepala bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum bantuan kecemasan tiba.

Katanya, teksi yang dipandu suspek dijumpai semula dekat bangunan Sime Darby, Jalan Raja Laut, kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Pemeriksaan ke atas teksi mendapati ia telah digeledah," jelasnya.

Berikutan kejadian itu, Chin Wah meminta dua lagi saksi penting iaitu dua penunggang motosikal yang dikatakan mengekori teksi yang dipandu suspek, supaya tampil memberi maklumat kepada polis secepat mungkin.



1 ulasan:

Acik Lana berkata...

ohmaigod kak....sedihnyaaaaa~!!

T_T

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails