Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 22 Julai 2015

2 tahun sudah berlalu..

Assalamualaikum.

Hari ini sudah masuk Rabu bersamaan 6 Syawal. Baru teringat 4 Syawal lepas adalah ulangtahun kelahiran Firuz memgikut kalendar hijriah.

Happy birthday buat anak yang baik.

Perkembangan adik di usia 2 tahun ini, sangat banyak idea. Suka mengajuk. Pandai berlakon terutama jadi baby. Boleh tengok gambar kat bawah. Hihi.

Suka mengamuk sukar dipujuk jika melibatkan tiga perkara.
1. Mengantuk.
2. Panas.
3. Lapar.

Firuz juga sangat suka bersaing dengan Rafiq. Rafiq kuat mengusik. Firuz suka menangis menjerit bila kena usik. Kalau Firuz tidak mahu makan atau minum yang telah tersedia untuknya, aku akan pura2 nak bagi pada Rafiq. Cepat2 dia buka mulut. Hihi.

Firuz juga sangat berharap pada Fatin. Kemana2 mulutnya suka memanggil akak. Kuat2. Kakaknya juga lebih pandai mengasuh, lebih boleh diharap. Alhamdulillah. Walau sesekali Fatin akan mengusik dan kena marah kerana terlupakan adik.

Walau bagaimanapun... aku tau mereka saling sayang menyayang sebab kalau takde salah sorang pasti mencari.

Sekian saja update. Sementara rajin. Salam sayang buat semua. Jaga diri hiasi peribadi.

Wassalam.

Selasa, 21 Julai 2015

Selamat Hari Raya

Taqobbalallahu minnaa waminkum. Selamat Hari Raya buat semua. Maaf zahir batin.

Rabu, 15 Julai 2015

Kesan pakai tayar spare lama-lama.

Assalamualaikum

Saja nak kabo kat korang. Jangan ingat takde kesan apa2 pula. Korang langgar je pakai tayar spare sebulan dua atau lama2.

Kesannnya absorber rosak.

Tu aku kena bgtau la kan.

Lebih baik guna kereta lain kalau ada alternatif atau usahakan juga tukar.

Sebab kalau absorber rosak maka lagi byk la modal kena keluar ya.

Ni gambar google tayar spare waja. Ok ye. Bye.

Isnin, 13 Julai 2015

Main bunga api.

Assalamualaikum.

Semalam kononnya nak berbuka adik beradik di rumah arwah mak. Tapi semuanya sibuk dan ada hal. Pasrah jelah keadaan dah tak sama seperti dulu.

Tapi at least berjumpa juga la 4 beradik aku. Dari 6 beradik yang tggal.

Yang paling seronok dah tentu anak2. Tambah2 lagi dapat main bunga api. Saksikan.

Khamis, 9 Julai 2015

Bila kita terasa diri kita hebat....

Sentiasalah cuba dan lawan perasaan itu. Tidak hebat mana pun kita ini.

Janganlah kita hanya menang bercakap. Ibarat tin kosong. Kita tahu, apa yang kita cakap. Mungkin membuat seseorang terluka. Segeralah meminta maaf dan memaafkan. Semoga suatu hari nanti kita akan dimaafkan jua.

Kes yang terbaru kononnya yang perasan hebat ini baru tau kisah pengosongan tabungan. Pernah kosong. Kemudian diisi semula sedikit2 berperingkat oleh dua orang.

Pada aku, orang2 ini semuanya tak boleh pakai sangat. Walau belajar tinggi2. Yang seorang lagi tu tak berapa tinggi tapi sbb kewangan kukuh jadi termasuk jugalah.

Pada aku semua yang di atas tidak melalui zaman kesusahan dan kebersamaan semasa ada. Mereka masing2 di luar.

Mereka tidak melalui dan tidak merasai sebagaimana kami yang sepanjang masa bersama. Lain keadaannya.

Cuma mereka lebih berjaya dan lebih mampu. Nampak pemberian mereka lebih banyak dari kami.

Tidak mengapalah. Semoga saham kami di akhirat berlipat kali ganda.

La tahzan. Jangan bersedih. Allah ada.

Isnin, 6 Julai 2015

Kad Raya dari Tun M

Assalamualaikum.

Bermula dari tahun lepas, aku puas mengusahakan untuk pastikan anak2 murid aku menulis kad raya kepada salah seoarang atau ketiga-tiga orang terpenting di negara kita.

Tahun ini ku tambah seorang lagi hanya kepada Fatin Rafiq. Tetapi hanya kepada mantan pm la. Tun Mahathir. Hantar dua Jumaat lepas dan Jumaat lepas dah dapat balasan. Tapi hanya Rafiq. Mungkin Fatin punya minggu ini kot.

Cantik kadnya. Seronok sgt bila dapat.

Khamis, 2 Julai 2015

Sampul Raya Sekolah

Sekolah nko hader?

Hihi.

:-P

Isnin, 29 Jun 2015

Tomyam Ayam (Mudah & Enak)

Bahan

500gm ayam (dibersihkan)
2 labu bawang besar - hiris*
5 ulas bawang putih - hiris*
3 cm lengkuas - diketuk sedikit*
3 btg serai - diketuk sedikit*
5 keping daun limau - dikoyak
250 gm bunga kubis - dipotong kecil
1/2 biji lobak - dipotong separa bulat
2 biji tomato - dipotong 6
1 botol kecil pes tomyam - kira2 112gm (saya guna jenama Kung Thai)
1 liter air
2 sudu makan gula
4 sudu teh garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara

1. Ayam dipotong kecil. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang bertanda *.
3. Apabila bahan tumis telah layu masukkan pes dan air. Gaul sebati.
4. Masukkan ayam, bunga kubis, lobak dan daun limau.
5. Apabila telah mendidih, masukkan gula dan perlahankan api.
6. Tutupkan periuk atau kuali Dengan penutup untuk memastikan sayuran masak sepenuhnya.
7. Apabila sayuran telah masak, masukkan tomato.
8. Tutupkan api. Perasakan dengan garam. Sedia dihidangkan.

Sabtu, 27 Jun 2015

Mee Goreng Mudah

Bahan

1 peket mee 500gm
1 ketul ayam (bahagian isi)*
1 peket bebola ikan*
2 kek ikan*
4 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
1 cawan air
2 biji telur
1 biji cili merah & daun bawang (dihiris - hiasan)
Kicap secukupnya
1 sudu teh garam
Minyak

Cara

1. Basuh mee dan toskan airnya.
2. Potong kecil dan hiris bahan bertanda *. Basuh dan ketepikan.
3. Panaskan kira2 1/2 cawan minyak dalam kuali. Gorengkan setiap jenis lauk (bahan bertanda*) sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
4. Dengan minyak yang sama tumis cili kisar. Masukkan air.
5. Apabila kuah memekat masukkan gula, garam, sos cili dan sos tiram. Boleh tambah sedikit air lagi jika kuah terlampau pekat.
6. Perlahankan api dan masukan mee. Gaul sebati sambil tambahkan kicap.
7. Ketepikan mee dan masukkan telur ditengah2 kuali. Biarkan sekejap sehingga telur 1/2 masak.
8. Gaul lagi sehingga sebati dan masukkan lauk-pauk yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
9. Tutup api dan boleh dimasukkan dalam bekas. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.
10. Sedia dihidangkan.

*Bahan asal lebih banyak ada tetapi ini resepi mudah mengikut apa yang ada dirumahku saja. Lain kali kita mewah2kan lauknya ya.

Jumaat, 26 Jun 2015

Hari terakhir di Skbsd1

Salam Ramadan buat semua.

Ya. Aku tukarkan sekolah anak2ku. Sekolah yang tiada ummi. Tiada ayah juga tentunya.

Nak mereka berdikari.

Jangan lagi mengharap ummi.

Apa2 tanggung sendiri.

Memang agak terkesan dengan pernyataan boss masa mesyuarat lepas. Tetapi sebenarnya aku makin letih lihat keputusan yang tak seberapa.

Biarkan.

Biarkan.

Biarkan mereka berusaha sendiri.

Hari2 terakhir di skbsd1, Rafiq mengunjungiku setiap hari di kelas.

Semakin terasa la tu.

Hari ini sudah hari ketiga di sekolah baru. Ummi juga rindu nak melihat kelibat anak2 ummi. Rindu sangat. Tabahkan hati je ni.

Semoga dalam lindungan Allah selalu wahai anak2 kesayanganku. Amin.

Tsk. Okbai.

Selasa, 23 Jun 2015

Sambal Kuinin (Sambal Bacang)

Sumber: Chef Hanieliza

Bahan

1 biji buah kuinin (dibuang kulit dan dipotong kecil memanjang)
5 biji cili merah
7 biji cili api
3 cm belacan (dibakar sekejap utk lebih enak)
1/2 sudu teh garam

Cara

1. Tumbuk cili hingga hancur.
2. Tambahkan belacan. Tumbuk lagi sehingga sekata.
3. Perasakan dengan garam.
4. Siap.

Isnin, 22 Jun 2015

Gulai Lemak Daging

Bahan

500 gm daging (direbus sehingga empuk)
3 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
3 biji cili api*
1 helai daun kunyit (dipotong kecil)
1 kotak kecil santan
4 kotak air
Garam secukup rasa

Cara

1. Daging dipotong kiub kecil. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *. (Saya tumbuk dengan lesung)
3. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana besar.
4. Apabila hampir mendidih masukkan bahan kisar. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan daging dan daun kunyit. Didihkan sekali lagi sebelum matikan api.
6. Perasakan dengan garam. Sedia dihidangkan.

Ahad, 21 Jun 2015

Ayam Percik Mudah

Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan)
5 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
3 batang serai*
15 tangkai cili kering*
7 biji cili api*
1 helai daun kunyit
2 tangkai daun limau
1 sk gula
1 sk halba
1/2 cawan air asam jawa
1 kotak kecil santan
3 kotak air (gunakan kotak santan)
Sedikit garam

Cara

1. Ayam dipotong 4 dan dilumur garam.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali. Masak sehingga ayam separuh masak.
4. Keluarkan ayam dan panggang menggunakan pemanggang ajaib.
5. Baki kuah dimasak sehingga pekat menggunakan api perlahan dan dikacau selalu. 

Masukkan daun kunyit dan limau yang diracik halus.
6. Siramkan kuah di atasnya. Sedia dihidangkan.

Sabtu, 20 Jun 2015

Keli Salai Lemak Cili Api

Bahan

4 ekor ikan keli (dibersihkan)
3 batang serai*
1 labu bawang besar*
3 labu bawang merah*
2 inci kunyit hidup*
3 inci halia*
9 biji cili api*
1 kotak kecil santan (dibancuh dengan 3 cawan air)
1 biji tomato (dipotong baji)
1 helai daun kunyit (diracik)
Garam sebagai perasa
Minyak untuk menumis

Cara

1. Potong dua ikan keli yang telah dibersihkan. Gaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Salai menggunakan pemanggang ajaib sehingga kulit kedua belah agak garing.
2. Tumbuk bahan bertanda*.
3. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
4. Masukkan bancuhan santan dan kacau sekejap2 sehingga mendidih.
5. Masukkan ikan, tomato dan daun kunyit. Kacau perlahan2 dengan api kecil.
6. Matikan api dan perasakan garam. Sedia untuk dihidangkan.

Khamis, 11 Jun 2015

Kecurian

Kejadian disedari hujung minggu mak meninggal. Malam Ahad kami sampai rumah dan perasan sebelah tayar takde.

Agaknya si penyamun tahu kami tak ada plus kereta dah tersadai dua minggu sebelum tu lagi akibat bateri kong.

Sempat dia curi sebelah. Ganti dgn tayar yg bocor dan rim dia saiz 16. Haih. Zakat kehidupan lagi kan ni.

Allahuakbar.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails