Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 11 September 2011

Apakah????

Assalamualaikum....
Nanti aku citer eh??? Fenat la.

Wassalam.

Best moment!~

Assalamualaikum...

Hai hai hai semua hari ini ada 2-3 rumah harus kami hadirkan diri. So syiok sebab dah lama tak memeriahkan diri dan makan2 banyak2. Kata hobinya makan kan????

So hari ini aku nak share sekeping gambar ni dengan korang.
Kredit to Chiaki Carol Hashimoto (nama FB beliau) sebab menghalalkan aku grabbed gambar ini. Memang nampak macam biasa je gambar di atas, tapi entah pada aku nilainya mungkin lebih dari wang ringgit.

Lihat gaya nakal si anak menghulur duit raya, dan betapa ceria ibu bapanya. Happy sangat dan aku rasa saat ini semuanya bukan lakonan. Semuanya benar2 berlaku dan suasana sungguh ceria dan gembira.

Inilah antara contoh masa berkualiti yang kita perlukan dalam kehidupan seharian kita. Ya, setiap hari perlu ada masa kualiti seperti ini. Aku, yang sendiri mewujudkan entri ini pun, adakalanya tak berpeluang juga mecapai masa berkualiti dengan keluarga. Sentiasa cubalah, demi menjamin kesejahteraan keluarga. Ewahhhh....

Ok, sampai jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Jumaat, 9 September 2011

Cara merenggut.


Assalamulaikum.....

Baru2 ini kita dihidangkan dengan video rompakan di sebuah kedai mamak di Shah Alam. Tahniah buat perompak. Lain kali buat lagi. Kepada orang ramai yang ada kat situ, aku nak ucapkan tahniah jugak, sebab berjaya menggalakkan lagi mereka mengulangi modus operandi yang sama lain kali. Alahhh... bukan susah pon, sua (hulur) parang, bertempiaran lari. Anak pun ditinggalkan. Hilang dah semangat pahlawan orang Melayu. Semua tinggal Hang Buah aje.

Aku salute kat sorang akak/adik yang melawan tak mahu beg dia diragut penjenayah tersebut. ANDA MEMANG BERANI!~ Tapi alangkah baiknya kalau sekurang2nya ada 5 lelaki kat situ yang macam anda. Ini, semuanya lari bertempiaran. Menyelamatkan diri. Yang sorang pulak terpinga2... aku tau dia terkejut. Kadang bila fikir rasa tak baik pulak cakap gini. Mana tau aku pun turut sama jadi bengong bila kena situasi sama.

Cuma terfikir kalau 5 orang je jadi hero dah cukup. Ambik kerusi hayun ke perompak tu kan boleh jugak??? Sajelah aku tulis kat sini nak bagi idea siapa2 yang terbaca. Hehe.

Hummm, ok. Ni dah masuk cerita luahan perasaan. Tadi aku dah menyatakan kegembiraan aku pada sesuatu tau. Tup-tup ada orang merenggut kegembiraan aku dengan jawapannya yang bersahaja. "Tengoklah......"

Tiba2 terasa diriku sungguh tidak berharga. <---sempat lagi iklan tu. Ye lah, awak tengah syiok2 punya happy, dia datang dan sudah kasi potongggg la. Takpelah. Dan aku pun dah tak sehappy tadi.

Tunggulah, biarlah masa yang merawat hati ini. Dan-dan sedih.... uhukkk.

Wassalam.

Raya Raya Raya

Assalamualaikum.....

Hmmm... dah ada mood sikit nak mengarang, jadi layankan aje. Jom cerita perihal raya tahun ni. Raya, memanglah kena meriah, walau serba sederhana.
So, raya pertama kat umah mak. Rumah mak biasanya memang meriah la, kalau mak ada, mak takde atau g beraya mana2 mesti ada sikit kurenggggg. Semua nak mak jugak. Dasar anak makkk...asik nak tium tetiak je aku nih. Hihihi... Aku rasa korang pun sama je.

So, lepak umah mak sampai petang, masa untuk g ke kubur arwah abah. Alfatihah untuk arwah abah. Alhamdulillah2 cucu2 abah dah besar2, Fatin Rafiq pun dah boleh bacakan doa untuk arwah tokwan depa. Aku bersyukur.....

Raya kedua kami beraya ke rumah pengasuh Fatin & Rafiq di Sungai Penchala.
Hmmm... manja bukan main dengan mak dan mbak depa. Fatin dah nyaris2 nak dibawak pulang ke kampung Kak Sal dah....

Lepas tu g umah Cik Azizah kat Seksyen 6, KD.
Tukang masak superb dia ni. Semua air tangan dia sedap2 belaka. Mahal harganya semua belakang cerita, memang puas la makan masakan dia. Aku tak tipuuuu....

Raya ketiga g umah Pakcu KRZ di Bukit Lagong. Dapatlah jugak merasa kuih raya dari kampung, ewahhhhh.
Sorry hanya 5 keping gambar yang sempat aku boh sini. Apasal takleh boh banyak2 sekaligus, bad request katanya. Belasahhhhh.

Ok, sampai jumpa lagi. Jaga diri hiasi peribadi. Ayat tiru sapa ni????

Wassalam.

Khamis, 8 September 2011

Sepasang Kurung Biru

Assalamualaikum....

Lama dah tak ke sini. Aku tak termampu nak update macam dulu. Kali ni nak share lagu ni, harap korang pun sama suka.


Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang

oh...

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku

oh...

Korus

Tiada bisikan lembut yang ku dengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang ku nanti

Hanya sepasang kurung nan biru

Menjadi teman mengubat rindu ku

oh...


Sampai jumpa lagi. Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails