Assalamualaikum.
Ibarat lagu kucing lorong kan? Sedih memanglah sedih. Tapi buat apa nak layan sedih tu sangat.
Tak boleh tidur. Sakit dada. Tu kan semua dah biasa. Satu je tak biasa lagi. Sebab sekali je untuk orang hidup. Mati. Kan?
Rasa macam panjang je draft dalam kepala hotak aku ni. Tapi... Tak terkeluar pun.
Apa pun... Nak ucap muchos gracias sebab sudi singgah baca blog merapu aku ni. Dah berapa lama kita berkawan? Kat blog aje dah berapa lama kan?
Harap dimaafkan segala salah silap aku. Halalkan segala pemberian. Aku sgt2 hargai tanda ingatan tu. Mana yang aku pulangkan atau akan pulangkan pada yang memberi... Itu maksudnya hati aku dah hancus la.
Tapi jangan risau. Setakat ni, belum pernah terjadi lagi. Hihi. Sebab aku syg sangat pemberian orang. Tambah2 lagi dari yg tersayang.
Aku manusia biasa je. Tak payah nak cuba2 berapa lama aku boleh bertahan. Dah la aku tengah zaman fragile ni.
Selagi terdaya aku bertahan. Selama mana tu aku tak pasti.
Ada org kata di fb kita boleh menuntut janji Allah pada kita. Sebab Allah dah janji takkan uji kita di luar kemampuan kita. Bila kita rasa takleh tanggung dah, kita boleh ungkit.
Eeiii. Gile ke berani nak ngungkit dengan Tuhan? Yg kita ni janji nak jadi hamba yang taat sebelum ruh ditiupkan dalam badan kita masa mak kita preknenkan kita tu, ape pulak cerita?
Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami. Amin.
P/s: gambar dari wassep. Boleh la kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan