Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 6 November 2013

Anak yang baik!

Assalamualaikum.

Mai tengok anak yang baik ni. FIRUZ namanya. Tak menangis. Tak meragam. Cuma tak mahu ditinggal keseorangan je.

Yelah kan. Belum biasa lagi. 9 bulan dok dalam perut. Ummi ada je sentiasa. Bila keluar ummi tinggal2 pula.

'Rocker' yang baru kubeli ni murah2 je tau. Mana mampu nak beli kat butik baby. Harga sekali ganda lagi mahal.

Yang ini mungkin kualiti kurang sikit. Tapi hasil pemerhatian aku, takde cacat celanya pun. Oklah tu kan. Ada juga kan. Hihi.

Anak yang baik ni kuletakkan atas 'rocker' petang ini. Setelah berpeluk berdakap seharian. Bangun lewat mandikan dan sambung lena.

Ummi dah lapar nak buat minum petang. Nak goreng pisang dan bancuh air milo panas.

Letakkan dia dan hadapkan selari dengan tv. Antara sofa dgn tv la. Jadi dia bebas pusing2kan kepalanya nak tengok tv atau sofa. Dan 'rocker' ni juga bergoyang2 kalau baby gerak2 sikit.

So dapatlah aku siapkan hidangan minum petang aku tanpa Firuz anak yang baik tu menangis.

Mana anak yang baik tu?

Ni ha!

|
|
|
|
|
|
V

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails