Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 11 September 2010

Demam lagi...

Salam buat semua.

Selamat Hari Raya.

Malam raya tu hari, Rafiq demam panas. Jadi raya kami biasa2 saja. Aku dan KRZ tiada mood posing sana sini ikut cuaca, hujan-panas-hujan.

Raya pertama g tempat yang kami g tahun lepas dan takde g tempat lain. Mungkin bila balik kampung KRZ jap lagik akan ada cerita best sikit kot...

Doa2 jelah ada. Kalau tak lagi sepi la blog aku. Haha!

Bye!

Jumaat, 3 September 2010

Bunga Api @ Bakar Duit!

Salam buat semua.

Pada suatu hari setelah puas KRZ dibodek Fatin, maka akhirnya dapat juga bunga api yang memang kami tak ajar anak2 membelinya. Nampak pun buat tak tahu je. Almaklum, perbuatan itu sama jer macam isap rokok iaitu bakar duit.... Budak paling NO FEAR bernama Rafiq, sebab kecik lagi kot tak paham aku takutkan apa2 pon. Macam Fatin pulak, terlalu berhati2 sebab aku cerita ada budak yang pecah pipi la... macam2 sebab tak mahu bagi dia mintak nak main sangat. Tapi sebab dah memang musim kan.... Bagilah jugak main seikat..... Hehe... Jadilah dari takde.

Jumpa lagi nanti, Wassalam.

Rabu, 1 September 2010

Kad Raya

Hai hai hai....

Beberapa hari lepas, aku dapat kad raya dari kawan lama, kawan waktu sekolah rendah. Terima kasih En. Hazly di atas ingatan. Jumpa dia balik melalui FB la. Yang aku ingat memang ngam dgn beliau dulu.

Satu lagi perkara yang aku ingat waktu dulu tu dia ni pernah kena appendicitis. Akibat suka makan pedas. Kalau salah, maafkanlah aku yer.

Dan pagi tadi dapat lagi sekeping dari anak murid. Betul jugak bak kata rakan di FB, memang payah nak dapat kad raya di zaman serba maju sekarang. Aku kira beruntung la.

E-kad raya tahun ni belum design lagi. Harap pada adik kesayangan aku kot. Tu pon kalau dia rajin la kan.

Aku soh KRZ buat, dia soh aku yang buat pulak... haha... Tengok la macam mana nanti...

To Acik:- Amacam??? Ada mau duit raya ka ini tahun??? Sila buatkan kad ok? Amek gambar baju apple-apple.... Haha...

Mampos korang tak paham, baju apa yang apple2 tu.....

Biarlah rahsia!~~~<----tetiba! Jumpa lagi....

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails