Assalamualaikum....
Lama tak menulis di sini, rindu pulak rasa hati ni. Sebelum apa2, nak ucapkan selamat berpuasa, selamat mengumpul amal ibadat. Hujung2 ramadhan ni memang berkat, kalau nak apa2 kena lah tahajjud lebih2. InsyaAllah, Allah SWT akan tunaikan. cepat ngan lambat je yang menentukan.
So hari ni aku nak kongsi, aku dah dapat 2 anak buah baru di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni. Yang pertama adik Fawwaz, anak Khaty.
Fawwaz merupakan anak ketiga. Sebelum ni Khaty dah ada sepasang. Faris dan Haifa. Kebetulan bersalinnya hari Jumaat dan aku ada sikit masa jadi balik skul teruslah kamii g melawat di spital Sungai Buloh. Tahniah buat Khaty & Abg Musa. Blog Khaty korang boleh jenguk kat sini.
Yang kedua, perkenalkan adik Amin Afif.
Merupakan anak Kak Anne & Abg Basha. Adik kepada Hadif. Panjang je si Amin ni, rasanya sama ukuran dengan Rafiq dulu. hehe. berat pun sama. Minta maaf banyak2 Kak Anne, saya tak berapa sihat jadi hari ketiga bersalin baru sempat g melawat. Apa pun tahniah buat Kak Anne sekeluarga.
Apa pun ucapan aku kepada dua sahabat tercinta, selamat berpantang dan semoga kita dapat bertemu lagi dengan segera. Aku sudah rindu maaaaa......
Wassalam.