Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 25 Disember 2014

Doa surut banjir

Allah selamatkan saudara-saudaraku sekalian. Amin. T_T

Isnin, 22 Disember 2014

13 Disember Hari Bersejarah

Assalamualaikum.

Hai semua apa khabar. Maaf tajuknya 13 Disember. Hari ini dah berapa Disember. Sekurang-kurangnya aku masih mencatatnya di sini, khas untuk tatapan korang.

Di dalam serba kekurangan (pada hemat aku), aku masih mahu cuba menghiburkan emak. Aku tetap berfikir, sudah lama emak terperuk di dalam rumah.

"Jika aku bawa anak2ku, emak bersama pembantu yang menjaganya keluar bersiar-siar di Taman Tasik Shah Alam, tidaklah mengeluarkan belanja yang terlalu besar," fikir hati aku optimis.

Aku masih sedar bahawa jarum penanda minyak telah mencecah kepada "E", dan aku juga mengeluarkan wang selit berjumlah RM25 dari beg telekungku. "Boleh dibuat mengisi minyak. InsyaAllah cukup sampai gaji nanti!", telah hati kecilku.

Hati aku terus optimis.

Sejurus selepas keluar dari rumah, langit menangis. Aku sedikit kecewa. Tetapi meneruskan niatku. Lantas berhenti di Caltex Seksyen 3 untuk mengisi minyak.

Aku pergi membuat bayaran dan menggunakan mesin atm, aku cuba menyemak baki mana-mana akaun yang ada. Alhamdulillah, ada sejumlah baki yang mencukupi. Cukup sangat kalau nak belanja mak makan petang itu.

Dalam hati aku tidak henti-henti memuji dan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki. (Ada cerita lain di sini, tapi dalam entri lain ya!)

Selesai saja mengisi minyak, aku didatangi seorang gadis. Dalam cuaca yang masih hujan lebat, gadis itu meminta tolong aku meminjamkan pembaris besi. Apabila aku bertanya masalahnya, katanya keretanya terkunci.

Habis ikhtiar mencari pembaris di situ, aku tekad hendak pergi beli sahaja di kedai berdekatan. Malu2, dan hampir menolak tawaranku, sempat mereka (sebenarnya mereka berdua) menitipkan ucapan terima kasih dan meminta maaf kerana mengganggu program aku petang itu. Aku berpesan supaya mereka terus menunggu dan berhati-hati.

Segera aku ke kedai runcit berdekatan. Malangnya tiada pembaris besi untuk dibeli. Aku bertawakal ingin meminjam pembaris besi peruncit tersebut. Aku pun menceritakan serba sedikit hal dua gadis tersebut.

Tetapi aku tersilap kerana tidak memandang sekeliling. Rupanya ada pelanggan lain, lelaki bersuara, "Takpe kak, biar saya pergi ke situ!". Hatiku dibalut rasa risau. Pembaris besi belum kudapatkan, sekarang lelaki ini mahu ke sana pula.

Aku bergegas ke kedai 24 jam berdekatan, meninggalkan wang RM20 sebagai jaminan dan meminjam pembaris besi milik kedai. Bergegas pula ke stesen minyak tersebut.

Rupanya lelaki tadi telah sampai. Dalam hati aku berdoa supaya dia bukanlah orang berniat jahat. Aku tidak optimis lagi seperti awal tadi, kerana dua gadis tersebut kelihatan naif, tiada kawan atau saudara berdekatan dan kelihatan putus harapan. Aku sempat berpesan supaya hati-hati dengan orang yang tidak dikenali.

Walau pelbagai usaha dilakukan, kereta gadis tersebut masih terkunci dengan enjin masih hidup. Buntu, aku lantas memohon bantuan idea atau cara di SAR dan SARbanz. Alhamdulillah. Respon cepat diterima, Uncle Tee Kunci Seksyen 2 datang membantu.

Dan kedua gadis tersebut memberitahuku supaya meninggalkan mereka di situ dan berjanji menghubungiku kemudian. Mereka simpati kerana rancanganku membawa emak dan anak-anak tergendala. Berulangkali mereka meminta maaf kerana telah membuat keluargaku menunggu lebih sejam!

Kami meneruskan perjalanan. Hujan pun sudah reda dan telah sampai ke tempat yang dituju. Tetapi masih tergendala kerana emak sakit perut lantas mahu pulang. Emak menyuruh aku membawa anak2 meninjau tasik sebentar dan kemudian kami terus pulang.

Keesokan harinya aku mendapat mesej dari gadis pertama yang menegurku. Mengucapkan jutaan terima kasih kerana aku sudi menemani mereka di situ. Alhamdulillah mereka selamat. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati aku untuk keluar dalam keadaan aku yang kesempitan (pada fikiran aku).

Sebenarnya. Yang sempit adalah apa yang kita fikir. Kita rasa kita susah, kita rasa kita kekurangan. Jadi itulah yang menyekat kita. Berfikiran positif dan selalu bersangka baik terhadap Allah, insyaAllah kita akan menerima pertolongan dariNya melebihi 10, 20, 30, 40, 50 atau 60 kali ganda dari apa yang kita ada pada awalnya. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Siap pun cerita ni. Nanti ada part 2, sort of part 2 la. Walau cerita lain sebenarnya. Kalau rajin. :-P

Sambil itu pesanku jangan lupa solat, jaga diri ya semua. Sayang sangat. Thanks sbb singgah baca.

Assalamualaikum.

Rabu, 17 Disember 2014

Adik dengan tokk..

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Lama benar rasanya tak mencatat apa-apa kat sini. Rinduuuu sangat.

Alhamdulillah. Aku dan anak2 sihat2.

Minggu ini nak train Firuz duduk taska sementelah mama pengasuhnya dah berhenti mengasuh. Pencen katanya. Ada masalah kesihatan. Kena selalu balik kampung dan macam-macam lagi alasannya. Nak tak nak kena terima keputusan dia. So carikan taska berdekatan tempat kerja. Senang nak tengok kalau ada apa2.

Sempena cuti sekolah ni, memang kami banyak melepak rumah mak. Tapi taklah terus duduk sana sebab ada aje urusan kerja. So setiap Jumaat kami dah tercongok kat Padang Jawa. Isnin petang atau malam baru kami beransur pulang.

So nak cerita adik Firuz punya touching dengan tok Peah. Memang lain sikit. Dia sangat rapat dan boleh ngam dengan mak. Aku tak ajar manja atau bodek pun. Tapi memang dia sgt mesra dengan mak. Sampai malam2 pun p cari lagi even mak dah tidur.

Tak faham kalau dengan mak Krz nape macam susah sangat nak ngam. Padahal selalu aje bawa jumpa. Padahal Tok Siti la yang menjaga dalam pantang. Sampai mak Krz sentap juga kadang2. Hihi. Nak buat macam mana, anak yang tak nak. Bukan aku ajar pun.

So kat bawah ni aku kongsikan sikit gambar2 sepanjang berada kat rumah mak. Maaf la lama tak update. Kat fon je boleh update sbb dah lupa paswed nak buka kat laptop. :-P

Sampai jumpa lagi. Jaga diri hiasi peribadi. Assalamualaikum. Mmuuahhh!

Jumaat, 28 November 2014

Rajin

Gambar minggu lepas ni. Rajin sangat aih!

Ahad, 26 Oktober 2014

Episod sakit mata.

Assalamualaikum.

Tadi semangat kemain nak taip. Sekali mai angin malas. Ahaha. Amfunnnnnn.

Now tepek gambar je la. Lapang2 nanti aku cerita. Tataaaa.

Jumaat, 3 Oktober 2014

Happy birthday!

Siapa yang dah sambut besday tahun ni?

Selamat ulang tahun kelahiran. Dari awal tahun sampai hujung tahun. Aku malas nak ucap. Bukan tak ingat tau. Hihi.

Yang biasa aku ingat semua akan aku ingat insyaAllah.

Semoga panjang umur, berbahagia, sihat, cantik/kacak, murah rezeki selalu. Amin.

Jumaat, 19 September 2014

Berdiri sendiri kali pertama!

Tahniah adik! Semangat ya tengok abang kakak lari2 main2 kat tepi kolam. Terus adik nak berdiri sendiri ya?

Alhamdulillah aku tidak terlepas peluang menyaksikan sendiri. Kalau boleh nak tengok semua kali pertama depan mata. Bukan melalui cerita orang. Semua pun nak macam tu kan?

Cerita penuh mengapa aku ada di kolam, nantilah ye. M. A. L. A. S. Ahaha.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum

Rabu, 3 September 2014

Pertandingan Pakaian Beragam

Sempena kemerdekaan ke 57 tahun ini. Tengok gambar aje ye. Tak larat nak cerita.

Selasa, 2 September 2014

Roti Poket Doraemon

Sumber: Facebook

Bahan

 8 keping roti Gardenia

3 biji telur
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Mangkuk kecil untuk menekap

Cara
1. Tekapkan mangkuk pada dua keping roti. Asingkan lebihan roti. Siapkan sehingga habis roti.
2. Pecahkan telur di dalam mangkuk. Pukul sedikit. Ketepikan.
3. Celupkan roti yang telah ditekap ke dalam bancuhan telur. Kemudian terus masukkan ke dalam bekas bertutup berisi serbuk roti. Ratakan.
4. Keluarkan dan ulang langkah 3 sehingga habis roti yang telah ditekap.
5. Ulangi langkah 3 untuk celupan telur dan lekapan serbuk roti pada semua roti tadi. Ini adalah untuk memastikan anda mendapat hasil yang memuaskan.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Gorengkan. Balik-balikkan sehingga bertukar warna.
7. Roti akan mengembung dan bila telah garing boleh di angkat dan toskan minyak di atas kertas tisu.
8. Belah dua dan masukkan isi daging burgercatau sosej mengikut citarasa anda.
9. Sedia dihidangkan.

*anak2 saya makan tanpa inti

Sabtu, 30 Ogos 2014

Sayang adik.

Suatu hari aku bawa anak2 berjalan2.

Sambil aku mendukung Firuz, aku membelek2 tv sumsang 40inci dgn harga 1299, Fatin Rafiq duduk tengok cerita yang ditayangkan.

Firuz pun nak juga tau. Terus kuletakkan di antara Fatin dan Rafiq. Punyalah dia suka. Hihi. Macam reti je. Ping karanggg.

Yang aku nak cerita tu dalam gambar last sekali. masing2 takut kaki adik kotor maka pakat bagi seorang sebelah. Hihi. 

Sayang adik ya?

Selasa, 26 Ogos 2014

Ketam Lemak Kuning

Bahan

3 ekor ketam (dibersihkan)
1 kotak santan 200ml*
5 kotak air (gunakan kotak santan)*
2 sudu teh kunyit*
2 inci halia (diketuk sedikit)*
1 batang serai (dititik)*
3 biji cili padi# (ditumbuk sekali dengan anak lesung)*
3 sudu teh garam

Cara

1. Ketam dipotong dua. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan bertanda * dan sebatikan.
3. Hidupkan api sederhana kecil dan masukkan ketam.
4. Apabila ketam sudah masak tutupkan aoi dan sebatikan garam.
5. Sedia dihidangkan.

#boleh tambah bilangan cili padi mengikut citarasa sendiri. Kali ini saya masukkan sedikit sahaja untuk santapan anak-anak.

Isnin, 25 Ogos 2014

Tujuan

Salam.

Hai semua. Apa khabar? Harap sihat semuanya. Rindu la nak blogging macam dulu.

Bila baca entri lama2. Terkenang2 semua saat yang dah berlalu tu. Seolah2 semalam baru berlalunya. Terasa segar diingatan.

Kekangan yang ada kini hanya alasan aku. Hakikatnya kalau hendak seribu daya.

Baik. Hari ini. Pagi ini. Aku terlihat seorang rakan meletakkan gambar sejarah dia di laman sosial. Bagus. Seronok. Bila tengok gambar kenangan.

Tapi apakah tujuan dia sebenarnya.

Aku pula yang sibuk. Haha.

Tujuan dia tentulah mahu berkongsi memori dengan teman2 tersayang.

Indah kan saat lalu. Tiada episod duka seperti saat kita telah dewasa.

Haih. Merapu pagi ni.

Daa.

***kat bawah ni gambar masa aku darjah 5. Kenduri kawin pertama dalam family. Menggamit memori lagi. Hihi.

Selasa, 19 Ogos 2014

Happy Birthday, Firuz!

11 Ogos yang lepas. Sambil mengenang memori Fatin Rafiq punya sambutan jua. Malas cakap byk. Tgk gbar je la.

Ahad, 10 Ogos 2014

Jana pendapatan di rumah terbuka.

Ahahaha. Pendapatan mendenya. Berat bertambah 3kg. Elok2 62kg dah. Tinggal lagi 6-7kg nak turunkan, tau2 kena jadi lagi 10kg.

Tapi apakan daya. Dah orang masak dan jemput makan. Bukannya selalu pun kan. Lepas ni mula la jaga makan semula. Bukan untuk orang lain pun.

Diri sendiri juga yang nak tampil jelita.

Sebut jelita. Bawah entri ini kutepekkan wajahku yang jelita kerana aplikasi Camera360. Masa tu berat cuma 62kg. Huwwaaa!!!!

Rabu, 6 Ogos 2014

Demam

Melepek. Melekat.

Sabtu, 2 Ogos 2014

Salam Aidilfitri 1453H

Assalamualaikum.

Hai semua. Apa khabar? Harap sihat dan berbahagia selalu.

Aku? Alhamdulillah. Sihat. Bahagia. InsyaAllah.

Pada kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan2, kenalan2, yang sangat aku kasihi. Yang kenal dekat atau dari jauh, semuanya sentiasa di ingatanku. Which means will be included in my prayers every day. InsyaAllah.

Mohon maafkan salah silap aku. Keterlanjuran kata, perbuatan atau yang melibatkan hati. Harap halalkan segala pemberian. Makan minum atau apa jua barangan. Atau even gambar korang yang aku grab dari fb. Hihi.

Yang melibatkan hati, memang payah. Sebab. Asbab. Dah ramai yang pergi macam tu je. Even sebelum ini dia mengaku kawan baik aku kononnya. Even sebelum ini dia mengaku dah maafkan aku. Tapi sebenarnya tidak. Ya. Aku tahu. Tiada kemaafan darimu. Cewah ayat. Sendiri taip sendiri nak pengsan ni. :-P

Ada yang maki hamun di FB. Ada yang senyap terus. Ada yang kawin tak jemput pun. Dah dapat anak apatah lagi la nak beritahu. Tapi aku tahu jua. Kerana.... Jeng jeng jeng.

So, maafkan aku. Aku tak tahu sejahat mana aku pada korang. Sampai sesetengah daripada korang sanggup lupakan kisah zaman muda remaja kita bersama. Zaman mak kau percayakan aku. Zaman mak aku percayakan kau. Ya. Zaman itulah.

Baik. Sebelum aku melalut ke laut.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf Zahir Batin.

I lebbiu. :-P

Nah gambar sekepim. Gambar pagi raya empat beranak. Depa kata aku nampak kurus. Ye ke tak? Hihi. Kalau ya alhamdulillah. Kalau tak, pun alhamdulillah.

Ahad, 29 Jun 2014

Udang nestum

Resepi asal: Che Mat Gebu (Ketam Nestum)

Bahan

1kg udang (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (dicincang)
3 tangkai daun kari
7-9 biji cili api (dipotong kecil)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar nestum.
Sedikit minyak untuk menggoreng
Sedikit garam

Cara.

1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan garam.
2. Gorengkan udang sehingga 3/4 masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Cairkan mentega di dalam kuali lain.
5. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
6. Masukkan daun kari dan cili api.
7. Masukkan udang, gaul sebati.
8. Apabila udang sudahkan masak, masukkan nestum dan sebatikan sekejap sebelum ditutup apinya.
9. Sedia dihidangkan.

Jumaat, 27 Jun 2014

Zakat Kehidupan

Alkisah teringat seorang rakan yang dah pun bertukar ke sekolah lain. Bila ada kecurian atau kehilangan apa2, nasihat dia pada kawan yang ter'kena' itu, inlah ZAKAT KEHIDUPAN.

Ya. Masih terkenang2 lagi kata2nya. Masuk juga la kat benak fikiranku ini.

Kadang2 bentuk zakat tu bila kita sakit. Dan macam2 lagi. Hihi.

Yang aku bebel2 ni sebab pagi tadi tayar keretaku pancit. Terkena paku.

Syukur alhamdulillah. Tidak terjadi pancit sepanjang aku dok bawa kereta ke hulu kehilir ke Cheras ke Klang untuk ziarah kekanda berdua yg tidak sihat tu.

Syukur pagi ini baru pancitnya dan dengan tenang aku memandu perlahan2 ke kedai kereta dan dengan penuh sabarnya menunggu kedai buka.

Sabarlah sangat. Tengok muka bosan sampai amik gambar gaya pelik2. Hihi. :-P

Kekanda Kesayangan

Assalamualaikum.

Minggu ini aku di uji dengan abang dan kakak kesayanganku sakit.

Abang sulung kena masuk wad due to severe chest pain. Rupanya dia dah ada sejarah blocked. Alhamdulillah ptg tadi dah discharge.

Kakak pertama juga warded sejak kelmarin sebab kandungan luar rahim. Sedih sgt. Sebelum ni dia preknen tapi bleeding tak berhenti selama 3 minggu. Mmg tak ada rezeki. Dan atas faktor keselamatan dah selamat 'diikat' pun.

InsyaAllah hari ini kakak akan discharge juga. Alhamdulillah.

Budi dan ehsan kedua kekandaku padaku semasa aku masih di bawah tanggungan mereka sangat besar. Tak terbalas segala pengorbanan mereka.

Semoga Allah kurniakan kesihatan dan sentiasa merahmati perjalanan hidup mereka. Amin.

Isnin, 16 Jun 2014

Gaya tidur melampau.

Hari ni aku cuti. Sambung cuti sehari sebab pengasuh Firuz ada hal.

Ngempeng ajelah kejenya dak kecik ni.

Nak masak lunch utk Fatin Rafiq pun belum sempat.

Ni gambar adik tidur. Kejap je aku boleh bangun. Pastu dia dah gelisah. Manja betul.

Kondangan

Ahad lepas ada kenduri kahwin kawan sekolah rendah. Tahniah Khairul n isterinya. Bestnya dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa. Jom tengok gambar.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails