Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 4 Mac 2014

Nasi goreng sardin

Bahan

4 cawan nasi sejuk (dileraikan dan digaul dengan sedikit garam)
1 tin sardin (saya selalu guna jenama King Cup Mackerel)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan air
1 sudu makan sos cili
1 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
Kicap manis secukup rasa

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
3. Masukkan cili kisar, tumis sekejap dan masukkan air.
4. Kemudian masukkan sos. Gaul sekejap dan masukkan pula sardin.
5. Hancurkan isi sardin dan bolehlah dimasukkan nasi. Gaul sehingga rata.
6. Apabila telah rata, ketepikan nasi dan masukkan telur ditengah kuali. Biar sekejap sehingga 3/4 masak barulah digaul rata.
7. Tuangkan kicap manis secukup rasa.
8. Sedia dihidangkan.

*nak lebih mudah, guna baki lauk sardin semalam. Jadi tinggal masukkan nasi dan telur sahaja. Senang. Cepat. Dan yang paling penting... Sedap!

1 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

akk suke koooo nasi goreng basah2 mcm nie......tpi tu dulu la.... la ni akk ko tengah diet nasi..katakan tidak pada nasi.....berjaya untuk bulan ke dua..hehee..derhaka sikit2 tu adalah.....heheee (tak tahan ko bau nasi..sedap!!!)

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails