Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 3 Mac 2014

Pecah hati lagi.

Assalamualaikum.

Kali ini kerana si manja yang kecil demam. Tengok dia lemah lesu tak berdaya, buat aku rasa macam nak ganti je tempat dia.

Cepat sembuh ya dik Firuz. Amin.

Mau taknya. Hari Jumaat dah duduk sampai petang dengan pengasuh. Petang sepetangnya. Sampai 6.30 petang. Sure adik rindu ummi sangat kan. Selalunya paling lewat pun jam 4 dah jumpa ummi.

Lepas ambil adik, terus ke Padang Jawa. Kena teman Tok Peah pula. Kesian kat tok, sejak paksu takde mesti sunyi hari2nya teman berbual, teman bergaduh dah takde.

Hari Sabtu adik ikut ummi pergi kerja stadium. Adik penat tak dapat baring dengan sempurna. Balik dari stadium dapatlah adik mengempeng dengan ummi selama 2 jam, kemudian ummi sibuk menyiapkan persediaan untuk tahlil paksu.

Malam Ahad tu adik tak boleh tidur. Ummi bawa adik masuk bilik Tok. Adik sangat mesra dengan Tok. Nak baring2. Tangan adik menggapai nak capai dan rengau muka tok. Akhirnya adik dan ummi tidur dengan tok.

Pagi Ahad ummi bangun awal. Tolong clear pinggan dan buat sarapan. Abg kakak adik dah lapar ummi buat nasi goreng sardin. Ummi tak baring dengan adik lama2 pun. Macam selalu ummi buat. Lepas itu ummi kemas rumah tok. Ummi mandikan dan persiap tok.

Lepas siap semua barulah kita derak dari Padang Jawa. Cuaca sangat panas. Kesian adik.

Sampai rumah ummi terus paksa abg kakak siapkan homework. Adik ummi pegang tapi tak baring2 lagi. Malam tadi adik tidur awal tapi ummi tak teman adik jua. Sibuk menyiapkan beg dan buku2 abg kakak.

Panjang sungguh perjalanan hujung minggu kita. Ummi tahu adik rindukan ummi. Nak manja dan nak golek2 dengan ummi.

Pagi tadi ummi mengurus abang kakak kat sekolah Firuz terpaksa ikut jua. Lambatnya adik boleh rehat.

Takpe dik. Hari ini ummi cuti teman adik kat rumah. Semoga cepat sembuh manja ummi, sayang intan payung ummi ni....

1 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

alorrrr sian nyer....adik demam ye.r.....

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails