Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 16 Ogos 2015

Biji cempedak tumis cili hijau

Sumber: Mat Gebu

Bahan

20 biji cempedak (direbus dgn sedikit garam)
5 biji cili hijau*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan (dibancuh dengan 1/4 cawan air)
1 sudu sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
Secubit gula
3 sudu minyak masak (untuk menumis)
1 keping asam gelugur (saya derhaka, tak letak sbb tak ada stok. Ampunnnn tuan guru!)

Cara

1. Sejukkan biji cempedak sebelum dibuang kulit. Hiris sederhana tebal. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dihiris sehingga layu, masukkan sos tiram.
3. Masukkan pula air bancuhan belacan dan air. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan kepingan biji cempedak dan gaul sebati.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan.

1 ulasan:

Unknown berkata...

oh masak macam ni.. biasa makan macam tu jer lepas rebus

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails