Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 26 Januari 2017

Rekod Penghantaran RPH Kumpulan B

Salam semua.

Semoga bermanfaat.

Rabu, 11 Januari 2017

Bersangka baik & Doa Bersabar

Salam buat semua, selamat malam.

Didiklah hati kita sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Memang agak sukar tapi sekurang-sekurangnya kita telah cuba. Bersangka baik dapat membuat kita lebih bersabar dalam banyak perkara.

Jika kita bersahabat di ruangan media sosial ini sudah semestinya tidak sama seperti bersahabat di dunia nyata.

Sebagai contoh saya kirim gambar di Facebook jam 8 pagi, anda baru nampak kiriman saya jam 9 pagi, anda sudah 'like' dan mungkin nak buat ulasan, tetapi terdapat kekangan pada masa itu, seterusnya anda terlupa.

Saya tidak patut kecil hati jika anda tidak mengulas pada kiriman saya tetapi saya lihat ada ulasan anda yang berjela pada kiriman orang lain. Masa kita berbeza. Berlainan jika kita berjumpa dan berbual bertentang mata, kawan tunjukkan gambar, spontan kita respon.

Saya cuma berharap, kiriman mengandungi ayat kecil hati seperti membezakan 'like' dan 'comment' antara rakan A dgn kita, kemudian rakan A dgn rakan B (menunjukkan rakan kita lebih menyukai rakan lain berbanding kita), tidak akan menular lagi di laman ini. Kita bersahabat, bersaudara kerana Allah.

Apalah sangat 'like' dan 'comment' manusia itu semua dunia, melainkan kita kongsikan ilmu. InsyaAllah akan bantu kita juga sedikit sebanyak di alam baqa dan akhirat. Ingatlah perjalanan kita menuju ke negeri yang abadi masih jauh. Dunia hanyalah persinggahan.

Bersangka baik, berlapang dada dan sentiasalah memaafkan. InsyaAllah ketenangan jiwa menjadi milik kita.

Maafkan salah silap perkataan saya. Tidak terniat hendak melukakan hati kalian. Yang baik datangnya dari Allah SWT, yang sebaliknya datangnya dari saya. Wassalam.

Selasa, 10 Januari 2017

Happy 9th birthday, Rafiq

Birthday Rafiq adalah pada 10 November.

Happy 1st Birthday, Aisya!

Happy 10th Birthay, Fatin!

Assalamualaikum.

Masih cerita tahun sudah. Maaf ya semua.

Birthday Fatin ada pada 27 Ogos. Sebab Fatin dah melangkah masuk awal remaja, jadi tiada lagi gambar bernombor. Hanyalah ucapan dan doa. 

Terima kasih kerana sentiasa berusaha menjadi anak yang baik. Terima kasih kerana selalu membantu ummi ayah menjaga adik2, membuat kerja rumah. Maafkan salah silap ummi ayah. Semoga Allah tetapkan hati Fatin untuk terus menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Amin.


Kek Fatin tahun 2016 ni sedap sgt kan?ni masa kita ikut ayah g muzium kesenian kat upm bangi

 gambar awal tahun 2016 sebelum ke sekolah
anak ummi yang cantik, baik budi, solehah, penyayanggg. Sayang selalu. Doakan ummi selalu ya wahai anak yang baik.

Happy 3rd Birthday Firuz!


Salam semua. Maaf bukan baru2 ini birthday si flower tapi tahun lepas. 11 Ogos. Ini semua sebab fon losak dan baru dapat paswed blog ni. Hihi.
Bersama cikgu Ina yg cantik rupawan. Tahun lepas muka dia tak cantik begini. Mungkin sebab baru habis sekolah kot. Aku agak2 je.
Tahun ni sambut besday ada baby love. Yeay!
Cake's design my Mr. Krz ofkos.
Jelitanyaa cikgu Inaaa
Aisya pandang kamera pliss.

2 tahun lepas pun gini gak gaya Firuz. Sabar je la. Nak tgk tahun 2017 apa pula aksinya. Kita tungguuuu.

Hai Hai Hai

Assalamualaikum semua!

Akhirnya!!!

Berjaya retrieved semula pw untuk blog ni.

Memang ada blog lain, tapi blog ini umpama jiwaku. Jiwa konon.

Ok, semangatttttt datangggg.

Nak install kat fon.

Dan macam2 lagi.

Kikiki.

Sampai jumpa ya!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails