Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 15 Disember 2009

Kisah Budak Mulut Moncong!

Haha! Macam tak percaya pun iya jugak.
Cepatnya masa berlalu.
Tahun depan iaitu 2010, Fatin dah kena pegi tadika.
Aku pilih yang dekat ngan rumah saja.
.
Atas faktor keselamatan dan juga kemudahan.
Bukan tak boleh nak bawak ke kawasan berdekatan
dengan tempat kerja aku, tapi bila time dia habis
lebih kurang kul 11.30, nanti kena naik van travel
ke skul aku atau KRZ. Pasal pernah tengok stail depa ni memandu
memang lebih kurang dan kami tak mau.
.
Yang tadika kat rumah ni pulak, memang kena naik van jugak,
tapi jaraknya dekat saja. Waktu aku pegi tanya semalam,
adalah dia bagi senarai apa yang perlu dibayar.
Dan yuran bulanan adalah RM140.
Duit van pulak RM20 sebulan.
.
Ini tadika biasa-biasa jer.
Kalau yang montessori entah berapa agaknya.
Tapi aku dulu pun Tadika Priyah jer...
memang kampung habis...
Bukan tak mau hantar ke tadika yang elok2,
tapi faktor nak kena travel tu
memang sangat membimbangkan.
Dahla musim2 kemalangan berlaku dimana-mana sekarang ni,
lagilah kami risau.
.
Cikgu tadika mintak salinan ic kami, sijil lahir Fatin, gambar 3 keping
dan mintak sediakan beg sekolah sama kasut putih.
.
So petang semalam kami p la amik gambar beliau. Kes amik gambar ni pun satu penyiksaan buat aku.
Boleh dia tundukkkk jer bila nak snap tu.
Aku cakap lembut2, elok2 pun tak berkesan.
.
Last2 aku jerkah semahunya.
Siap photographer tu terkebelakang
nak mengelak jerkahan aku tu. Miahaha!
Nasib ko lah....
.
Ni gambar terbaik la kiranya.
Yang lain tu semua mulut senget ke tepi.
Haha! Merajuk la, baru kena marah.
.
Oklah, nanti ada cerita lagi ku paparkan lagi yer....
Bye!


2 ulasan:

Acik Lana berkata...

comel giler kakkkkk...kompem ramai ngurat nie.

tp mata kecik sebelah..hihihi

Aida Omer berkata...

Tu penangan suka gosok mata la, perangai sapa ntah!

Lalalalala....

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails