Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Maaflah terlewat nak update cerita part II ni. Gambar ni dah upload tapi hujung minggu ke rumah mak dan Isnin dah mula ke tempat kerja.
Nama je cuti. Tapi still kena g kerja jugak.
Ok kita sambung cerita. Balik dari kebun Bunga KRZ tanya aku nak ke mana? So aku teringatlah yang antara tujuan keluar pada hari tu ialah nak beli kain untuk buat jubah anak2. Aku terus kata kat KRZ nak ke Bazar Chowrasta dulu.
Tapi macam mustahil sebab kena pusing jauh. Dari Kebun Bunga dah tak jauh nak ke Feringghi.. So KRZ bawa kami ke sana dulu.
So tempat pertama haruslah cari tempat mandi, kerana udah berjanjian nak mandi laut sama anak2. Mula2 ingat nak mandi di Batu Feringghi tapi KRZ kata kat Teluk Bahang lebih cantik pantainya....
Depa ajelah yang mandi sebab aku dan KRZ mana la ada bawak baju spare. Malaslah nak terjun ke laut. KRZ pulak katanya tak tahan akan jadi gatal2 kulitnya kalau mandi air kat situ.
So anak2 layan main pasir dulu sebelum aku suruh KRZ paksa rendam depa dalam laut....
Aku pun sempat la baring2 kat atas pantai tu sambil verangan tengok langit. Suka je aku dok gitu, tenang, rasa lapang dada...
So bila dah puas main pasir.... mandikan anak2, kami pun beralih ke satu lagi tempat iaitu ke Batu Feringghi. Kat sini khas untuk makan je tau. Lokasi kedainya betul2 menghadap pantai dan laut. Sebelum sampai nasik, anak2 makan aiskrim dulu...
Kami order lauk2 macam biasa yang kita makan je, dah lauk dalam Malaysia nak pelik g mana lagi kan??? Sangat2 sedap lauk2nya dan agak parak jugak nak membayarnya. Haha. Tapi apa adahal, bukan selalu dan memang rasa betul2 worth every sen.
Selepas makan, anak2 nak sight seeing nak tengok tepi laut. Kebetulan ada pelbagai aktiviti yang dibuat oleh pengunjung Batu Feringghi. Memang menarik la....
Last but not least kami tertarik dengan hiasan sebuah rumah. Teringin nak tengok penghuninya tetapi tidak ada. Yang ada cuma pesan2 yang sangat mengingatkan kita tentang siapa kita. Alhamdulillah.
Kalau korang tak percaya korang leh g cari sendiri bila2 korang Batu Ferinnghi ok? Ada yang dalam bahasa malaysia dan banyak dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah kalau dengan cara berdakwah begini dapat menarik dan membuka hati orang2 bukan Islam.
Ok, otw balik ke Selama dah takde gambar lagi sebab aku udah pengsannnn. Maaf yer lama sangat tangguhnya entri ni.
Sampai jumpa lagi. Jaga iman, hiasi peribadi dengan akhlak mulia. Wallahua'lam.
Wassalam.