Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 6 Mac 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ???



Assalamualaikum...

Haha. Tak tau link aku kat blog abang Ben tu dah save ke tidak. Almaklum waktu taip tu guna berokband saja, haha.

Masuk ke tak masuk nak buat jugak, tak kira. haha. Pagi hari tu dah taip tapi ni taip lagi la. Takde masalah bagi aku.

Terima kasih BA kerana mewujudkan ruangan segmen seperti ini yang pada aku sangat special sebab menggantikan tag. Kalau org yang takde idea dan kadang2 tak tau nak update apa2, segmen begini sangat membantu.
KISAH KEMATIAN yang diwajibkan kali ini, buka apa, sebagai peringatan untuk kita yang masih hidup ni. Sesekali, perlu diingatkan dengan cerita kematian. Biar ada sedikit bekal, tidaklah berseronok sangat selalu.

Biar aku kongsikan kisah kematian orang tua aku sendiri. Mengimbau detik2 menyedihkan ni bukan senang, siap berderai air mata sama. Tapi untuk peringatan dan pengajaran, kutabahkan hati.

Arwah abah aku ni, agak istimewa kesnya berbanding orang lain. Pendapat aku lah. Dia start demam sebulan sebelum dia meninggal. Itu biasa. Yang spesialnya, dia dah lumpuh selama 16 tahun.

Falshback sikit....

Ya, 16 tahun. Waktu dia ditimpa kecelakaan pada tahun 1985, adik bongsu aku, Si Amat Sharil, masih lagi dalam perot mak. Aku baru 4 tahun. Tapi aku masih ingat lagi suasana HTAR, Klang. Ternampak2 lagi bila mak tunjuk tangganya sebab lepas accident, abah ditempatkan di tingkat 8.

Mak kata waktu tu mak berdoa sangat agar abah selamat kerana tak mahu aku dan adik2 aku membesar dengan tidak mengenali abah. Doa mak dimakbulkan, walau pun tak sihat, tapi aku masih lagi punya abah. Tempat aku mengadu bila mak marah aku.

Ceritanya....

Aku baru sampai umah dari Penang (mana abis belajar lagi), bila mak kata aku kena bawak abah g spital. Menggunakan kancil kesayangan, berdesup la peginya.

Sampai HTAR terus masuk wad kecemasan. Aku bengang ngan kakak aku waktu tu sebab dia kata arwah abah akan tak lama lagi meninggalkan kami. Bengang sebab macam tak boleh terima hakikat tu la.

Pastu sepanjang sebulan tu kami gilir2 jaga abah kat spital. Paling kerap jaga Amat la, sebab dia je yang tak keje lagi. Aku memang standby kat umah sebab waktu tu aku cuti belajar dan yang masih tinggal dengan mak.

Petang Sabtu sehari sebelum pemergian abah, kami p jenguk lagi. Macam biasa. Aku tengok abah terjaga dan sangat tenang dan tersenyum saja. Semua anak2nya dah datang menjenguk.

Sebelum pulang, mak salam abah. Tetiba abah tarik dan cium mak. Kami terkejut sebab untuk pengetahuan korang, selepas kemalangan abah dah seperti dulu. Sempat abah suruh mak balik dalam kesukaran bercakap sebab ada tiub dimulutnya aku dengar abah cakap kat mak "Pi balik, pi balik tengok anak!" Agaknya tiba2 Allah SWT kurniakan ingatan kembali pada abah. Wallahuaklam. Kami pun pulang.

Balik umah, malam tu mak demam. Mak dah terasa kot abah nak pergi. Esoknya 2 Ramadhan. Aku dan mak g spital bawakkan sahur untuk Amat dalam kol 4 pagi. Tengok abah tidur dengan tenang. Perlahan je nafasnya. Tak boleh tunggu lama sebab mak masih demam, kami pon pulang.

Kat umah, aku pun tak lena tidur. Jam 7 pagi adik call kata arwah abah dah takde. Sedih sangat suaranya. Aku bingkas bangun dan tiba2 aku terjatuh. Gelap mata aku. Hilang arah aku sekejap dengar berita paling menusuk tu.

Ku fikirkan mak yang demam dan waktu tu hanya aku yang ada dengan mak, aku bangun juga dan mak pun macam bingung bila aku maklumkan. Masih lagi terbayang macam mana aku kuatkan semangat nak ke hospital. Terketar2 tangan aku sambil memegang stereng.

Sampai spital korang percaya tak aku baring sebelah arwah abah? Masih terasa kehangatannya. Owh sangat sedih saat itu, tapi kami tak menangis. Kami sedih kehilangannya tapi gembira sebab derita abah dah berakhir.

Mak kata, 16 tahun mak hidup dengan abah yang sihat dan 16 tahun lagi dengan abah yang lumpuh. Di akhir hayatnya abah dengan anak bongsunya, yang lahir selepas dia ditimpa kemalangan yang meragut ingatannya. Aku tahu hati adik puas sebab dia memang yang paling banyak jaga arwah.

Oklah yer. Tadi taip kat desktop tapi desktop tu dah nyawa2 ikan. Ni sambung kat laptop pulak. Harap sangat kali ni dapat publish. Walau pun lambat, aku cam lega la akirnya dapat jugak siapkan entri ni. ...

Wassalam.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails