Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Khamis, 23 Jun 2011

Pedagogy Enhancement for English Language Primary Teachers (Phase One)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...


Hai hai hai.


Lama tak update. Apa khabar kawan2? Aku sedang berkursus di Shah Alam. Macam biasa, bila ada kerinduan di hati aku, mood menulis pun datang....


Sebelum tu tengok gambar aku dengan bespreng aku Norjaliza Abd Jalil. Kami sebaya tapi dia senior dalam bidang pendidikan ni. Dia masuk maktab lebih awal dari aku. Syok jumpa dia. Banyak gak citer2 yang dikongsi bersama. Bab family dan anak2 terutamanya.



Kursus ni ada tiga fasa. Kali ni yang pertama dan akan ada dua kali lagi bulan depan. Kami diberi modul dan para jurulatih utama kami terdiri dari pensyarah2 maktab dan juga guru2 yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan. Makan kat sini sedap2 jugak. Boleh tahan sedap. Naik gemuk la aku dibuatnya... haha...


Ada geng lama sama geng baru, seronok juga.... banyak aktiviti... dan aku jadi tukang tulis, konon canti sangat tulisan aku... haha...


Ni gambar makanan hari kedua. Hari last kalau rajin aku apdet. Kalau yer. Kalau... haha...


Sampai jumpa lagi,


Wassalam.

Selasa, 7 Jun 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Nak join???? Klik SINI.

Sampai jumpa lagi, wassalam.

Lamunan Terhenti

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Hai semua, apa khabar.... Ada beberapa cerita pending biarlah ia pending yer. Kalau rajin nanti aku update la.

Malam ni aku ada masa sambil tunggu mesin basuh menyiapkan tugasan untuk menjemur pakaian taska anak2...

Sambil offline chat fb, aku tengoklah update2 terkini beberapa
orang teman2.... Sebelum terus cerita, cuba baca lirik lagu ni dulu...

Lamunan Terhenti

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadapmu

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku

Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang

Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
Aku yakin ramai yang tahu lagu tu. Link lagu tu diletakkan di wall seorang rakan aku. Yang baru berpisah dengan pasangannya. Teman hidupnya selama beberapa tahun. Aku ingat ada dekat sepuluh tahun kot usia perkahwinan depa....

Sedih la sangat, tak tercakap betapa sedihnya aku. Sebab aku kenal sangat kawan aku tu, kisah hidup dia, sejarah2 dia. Bila ia susah, siapa buat dia susah... cerita di awal perkahwinan dia jugak aku tau sikit2...

Tapi kenapa kan.... kenapa bila dah terjadi sesuatu baru nak sedar? Kenapa sebelum terjadi sesuatu tu, waktu kita sering diingatkan tentang apa yang bakal berlaku, kita jadi ego, kita jadi lalai, bongkak, lupa diri, terasa diri hebat????<---ayat power tuh!!!!

Aku nak cakap banyak pun tak guna. Semua benda ni macam roda. Itulah kehidupan, ada masanya mungkin aku juga menghadapi situasi macam ni. Mungkin lebih teruk lagi.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kau tambahkan iman kami, Kau perkukuhkan keyakinan kami terhadapMU, agar kami dapat menjalani hidup ini dengan penuh rahmah dan barokah dariMU. Amin.

Wassalam.

Khamis, 2 Jun 2011

Jom Tengok Sawah Part 2....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Hmmm.. lepas g umah tok, kami ke Sungai Bayur khas untuk tunjuk sawah padi kat Fatin n Rafiq.
Untuk makluman korang, Sg. Bayur ni masih dalam daerah Selama lagi tapi bahasa pertuturannya sangat berbeza. Ada ala2 bahasa orang2 Panta Timur tau...ehehe... aku kalau dengar, dengar dan nganga je la... hihi...
Maing2 posing atas batas ni. Sekali dah balik umah baru teringat mengapa tak posing bertiga dengan anak2...
Balik nanti nak kena cucikan Fati n Rafiq barang 2-3 keping gambar kat kampung. Nak tunjuk ticer katanya, haha....
Ok, entri ringkas saja sebab sudah malas. Dah nak basi rasanya citer ni kan? Kalau rajn buat entri makan2 kat Kuala Sepetang pulak lepas ni.

Jumpa lagi. Wassalam.

Rabu, 1 Jun 2011

Jom Tengok Sawah Part 1....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh......

Hai hai hai... Dimulakan dengan budak yang terover excited dapat tengok sawah... siap bagitau aku lepas ni Fatin nak bagitau ticer Fatin dah pegi tengok padi....
Cerita pergi tengok sawah padinya lambat sikit yer. Kat part 2 sebenarnya. Ok, dimulai dengan gambar rumah org tua KRZ. Yang kat bawah tu umah Tok.
Sangat best lah balik tengok umah Tok. Aman damai je. Suka suasana kat kampung.... ehehe... tengoklah anak2 sama mak anak jakuns nengok anak lembu.....
So ceritanya dah takde orang duduk dah umah tok. Sejak cik pindah umah baru, tok ikut sekali. So umah ni tok datang tiap2 hari, sapu2 sikit, baring2 dan solat.
Ha, aku siap suruh KRZ g keluar amik gambar kami dari luar.Happy lah budak2 ni, Fatin siap gayat je jalan asyik tengok lantai... hehe...
Ha, ada katil besi, kata KRZ katil ni dah lama... dan dia tak sangka katil tu masih ada kat situ... hehe... dah alang2 kat situ minta tok bergambar bersama....
Lepas dok menyembang sekejap, Tok ajak kami singgah umah cik... dekat je... lepak2 pekena teh o sejukkkk... barulah gerak menuju ke Sungai Bayur.
Tunggu....

Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails