Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 25 April 2012

Berita baik!~


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Apa khabar saudara2ku sekalian. Semoga berada dalam keadaan sihat2 selalu.

Alhamdulillah, semalam g tengok mak, keadaan mak jauh lebih baik dari dua hari sebelumnya. Perkembangan tahap kesihatan mak sangat positif. Bila aku sampai, mak terus pandang dan senyum, lantas membungakan rasa bahagia di hatiku.


Aida bersyukur mak dah semakin pulih, mak dah senyum dan mampu mengingati beberapa perkara. Alhamdulillah. Cukup baik. Walau keadaan mak masih lemah, tapi mak dah terdaya nak minum dan membuat permintaan. Lega hati Aida ni mak. Syukur pada Allah SWT yang menyembuhkan keadaan mak.



Aida suka sangat bila mak minta Aida mandikan mak secara lap-lap di atas katil. Aida suka sangat bila buat mak tertidur sambil Aida dok membelek2 badan mak. Bukan selalu boleh buat mak rasa macam kat SPA. Hihi...
Mak, Aida minta maaf Aida tak boleh teman mak semalam. InsyaAllah mak boleh balik hari ini dan Aida cuba untuk sentiasa berada bersama mak selalu.

Wassalam.


posted from Bloggeroid

Isnin, 23 April 2012

Luahan hati anak mak!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mak...
Aida rindu mak. Mak cepatlah sihat ye mak. Aida nak mak pandang mata Aida. Aida nak mak senyum kat Aida. Fatin dan Rafiq pun nak sangat jumpa mak.

Mak...
Sebelum Aida kahwin tiap2 tahun mak belikan kek untuk Aida. Kita pegi jalan2 kat Jusco Bukit Raja. Aida kan dapat kupon diskaun JCard member untuk bulan Mac. Aida minta maaf kerana Aida selalu sibuk. Aida tak pernah lupa birthday mak. Aida minta maaf Aida selalu leka tak pergi lawat mak selalu.

Mak ingat tak tahun lepas????

Kita sambut besday mak ala kadar kat rumah mak. Aida harap mak happy. Suka Aida tengok muka mak. Suka Aida tengok muka anak2 yang turut sama meraikan ulangtahun kelahiran mak.

Mak..
Mak jangan risaukan adik Amat ye mak. Adik baik2 saja. Tiap2 minggu Aida atau Abg Adi akan gilir2 balik rumah mak jenguk adik. Adik baik2 saja, dia basuh baju, sidai baju dan boleh  bangun g kerja sendiri pun. Dulu mak ada dia sengaja bermanja, nak mak kejutkan. Nak dengar suara mak, nak mak berjaga sebab dia, nak mak pegang2 dia.

Aida tengok adik siap beli seluar jeans baharu mak. 3 helai semuanya. Adik pandai urus diri mak. Mak jangan runsing lagi yer mak.

Mak..
Banyak kenangan kita bersama kan mak? Mak dari dulu percayakan Aida. Dari Aida kecik kan mak? Mak percaya Aida jaga arwah abah dengan adik Amat masa mak keluar g Pejabat Pos setiap bulan.

Mak percaya Aida boleh uruskan adik2 Aida walau tanpa kehadiran mak? Terima kasih mak. Keyakinan mak selama ini yang buatkan Aida jadi diri Aida sekarang mak. Aida bersyukur sangat2. 

~gambar google, terima kasih tuan gambar~

Mak ingat lagi tak.... mak percaya Aida boleh bawa mak naik basikal tua yang kita pinjam dari Cik Robiah kat Rimba Jaya dulu. Waktu tu Aida baru darjah lima. Badan Aida kurus melidi. Mak percayakan Aida. Akhirnya kita sama2 terduduk atas basikal yang terbalik  kan mak? Lucu kan mak masa tu. Derai tawa kita berpanjangan. Aida ingat lagi kata2 mak. "Badan kecik, hati besar!"

~Gambar ni Amri & Asri dah besar pun...hihi...~
Mak, 
Masa Aida darjah 6, kita dah pindah ke Padang Jawa. Waktu tu Kak Ana selamat lahirkan Amri. Cucu pertama mak. Cucu kesayangan mak. Si kachak tokkk. Mak percayakan Aida untuk bawa mak naik motorsikal Abg Adi. Dari Padang Jawa kita ke Seksyen 17, Shah Alam. Mak yakin dengan Aida.

Mak,
Kepercayaan mak pada Aida makin bertambah seiring dengan peningkatan usia Aida. Belum sempat Aida habis sekolah, mak dah sediakan duit untuk Aida amik lesen. Mak sponsor semuanya. Banyak duit mak habis, Aida tahu. Mak suka Aida bawa mak g berjalan2, g tengok rumah arwah abah kat Rasa.

~Mak dengan Kak Ana~

Mak ingat tak Aida belum dapat lesen kereta lagi, mak sanggup minta ic dan lesen Kak Ana semata2 nak suruh Aida bawa mak ke rumah mak di Rasa. Kata mak muka Aida dengan Kak Ana sama. Sepanjang jalan mak berdoa supaya tidak ada sekatan jalan raya. Kita selamat peri dan selamat pulang. Kalau suruh buat semula, apa saja demi mak, Aida sanggup mak. Aida SANGGUP.

Banyak lagi kenangan kita bersama mak. Aida cuma dah tak sanggup nak ceritakan lagi. Aida rindukan mak. Mak rehat ya malam ni. Ada Kak Wati jaga mak. Insya Allah esok Aida g jenguk mak ya.

Salam rindu dari anak mak.

Wassalam.



posted from Bloggeroid

Selamat pagi, mak tersayang!

Assalamualaikum.

Apa khabar saudara saudaraku sekalian? Alhamdulillah kita masih bernafas hari ini. Marilah kita beramal kepadaNya disamping menambah kecintaan dan kerinduan pada kekasihNya Nabi Muhammad SAW.

Semalaman menemani bonda tercinta di hospital. Tidak tergambar perasaan dan pengalaman yang aku lalui. Perasaan itu bersilih ganti. Yang pasti kasih aku pada mak tetap utuh. Aida sayang mak selamanya.

Hari sebelumnya (Sabtu) petang mak dalam keadaan baik2 saja. Seronok bercerita bagaimana jururawat dan doktor pelatih begitu baik melayannya. Sehingga dibelikan sepasang selipar untuk mak. Alhamdulillah.

Antara dialog aku dengan mak kelmarin.
Aku: Doktor tu ada beritahu mak harga selipar yang dia belikan tu?
Mak: Dalam 3 ke 4 ringgit kot.
Aku: Hihi. Mana ada selipar murah dah. Paling kurang RM8-10. Aida tinggalkan duit. Nanti bila doktor tu datang mak bagi yer.
Mak: Ha ye lah.


~Gambar pagi tadi, Aida pinjam baju dan kain mak ye?~

Malam tadi mak tak boleh tidur. Gagahkan diri duduk sambil mulut tak berhenti menyebut Ya Allah. Sambil mengadu, mak sakit ni nak!....

Allahuakbar! Ya Allah, kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihiku semasa aku masih kecil. Amin. Mak salah faham ya cakap nurse. 

Seingat aku hari Sabtu lepas ada dengar misi cakap dengan mak, kalau nak balik, mak kena duduk. Depa tak mau mak baring aje, sebab mak akan tertidur. Sudahnya sebab nak tunjuk mak dah kuat, sehari semalam mak tak tidur. Bukan macam tu mak. Mak kena duduk dalam 45 minit, sambil buat senaman tangan dan kaki sikit-sikit. Bila penat mak boleh rehat dan baring selama beberapa jam. Kuat sikit bangun semula duduk dan teruskan fisioterapi untuk tangan dan kaki mak.

Bila mak tahan tak baring dan tak tidur, bp mak naik mencanak2. Puas Aida pujuk mak suruh mak tidur tapi mak enggan. Mak rindu adik ye? Ok mak, nanti Aida jaga mak kat rumah mak. Tak payah mak risau pasal adik lagi yer?

Apa pun mak, Aida tetap sayang mak. Semoga mak cepat sihat. Amin.

Wassalam.
posted from Bloggeroid

Mak!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah malam ini kita masih boleh bersua di sini.

Apa khabar saudaraku sekalian? Semoga sentiasa sihat.


Malam ini juga buat julung kalinya aku jadi peneman mak kat hospital.

Semoga cepat sembuh mak. Amin.

Aida rindu mak.

Wassalam.

posted from Bloggeroid

Sabtu, 21 April 2012

7 Peringkat Nafsu (Mutmainnah Part 1)

Assalamualaikumwaraahmatullahiwabarakatuh...



Hasil latihan dan zikir berterusan di peringkat Mulhimah tadi, nafsu telah dicuci dan ditundukkan sehingga bersinar Nur Ilahi di dalam dri tetapi belum sampai kepada kejernihan yang berkekalan dan ketenangan yang berpanjangan.

Setelah dicuci dan diproses nafsu yang diperingkat Mulhimah tadi akan meningkat ke peringkat Mutmainnah iaitu nafsu yang tenang dan mendapat rahmat Allah.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr : 27-30 makhumnyaa;

"Wahai orang yang bernafsu Mutmainnah, pulanglah ke
pangkuan Tuhanmu di dalam keadaan redho meredhoi dan
masuklah ke dalam golongan hambaKu dan masuklah ke dalam
syurgaKu." Al-Fajr : 27 -30


Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ini adalah mukmin yang sejati. Merekalah orang yang mendapat jaminan Allah SWT. Terlepas dripada azab Allah SWT di akhirat.

Di antara tanda-tanda orang yang memiliki nafsu ini adalah;

1. Murah hati dan suka bersedekah.

2. Hatinya sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT.

3. Arif dan bijaksana.

4. Kuat beribadah.

5. Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

6. Redho dengan ketentuan Allah SWT.

7. Sentiasa tenang dengan apa sahaja perkara yang mendatang.

8. Memiliki sifat takwa yang sebenar.

9. Sentiasa merasai kehebatan dan keagungan Allah SWT.



Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Khamis, 19 April 2012

Again!!!

Assalamualaikum.

Sekali lagi hari ni kami ke klinik untuk ambil darah Fatin. Just to conform yang dia bebas dari demam denggi la.

Ni gambar masa menanti giliran... Manja betul budak demam... Hihi..


Kemanjaan terserlah bila masuk bilik untuk ambil darah pun dia minta dukung. Hihi. Abis semua misi geram tengok kemanjaan dia. Siap bagi ayat "alalalala, manjanya dia!"

Dah ambil darah baru Fatin jumpa KRZ. Apa lagi... Mengadu time la. Hihi...



Dan sekarang sedang menanti keputusan. Semoga anakku terhindar dari sebarang penyakit berbahaya. Amin.

posted from Bloggeroid

Rajin..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, Rafiq tadi balik je dari Taska terus buat homework. Lega sangat, hari ni dia pun faham ummi ayah keje sampai petang.
Keep up the good work, adik!

Wassalam.

Fatin ke hospital....


Assalamualaikum...

Hari ni bawa Fatin ke hospital Sg. Buloh untuk ambil darah. Nak check sama ada ada virus denggi atau tak.


Pemeriksaan awal semua ok, tapi bila tang kena amik darah tu, aku yang kecut perut.

Lepas sejam baru dapat result, alhamdulillah kata dokter semua ok, cuma kena ulang amik darah esoknya sebab nak pastikan bukan denggi.

Fatin, cepat sembuh yer. Ummi nak dengar Fatin ketawa dan main2 sama Rafiq. Ummi nak tengok Fatin belai2 Sugar dan Magic lagi.

Wassalam.

Selasa, 17 April 2012

7 Peringkat Nafsu (Mulhimah)

Assalamualaikum.

Melalui mujahaddah yang bersungguh-sungguh di peringkat nafsu Lawwamah, seseorang itu akan menaiki tingkat Mulhimah. Nafsu di peringkat ini sudah menerima latihan proses penyucian hati atau Mujahadatun Nafsu. Hati sentiasa terdorong melakukan kebaikan dan terhindardaripada melakukan maksiat. Di dalam peringkat ini Allah SWT dan malaikatNya sentiasa mengilhamkan kebaikan kepada hati manusia itu.

Di antara sifat-sifat yang ada pada orang yang memiliki nafsu Mulhimah ini ialah:

1. Tidak sayangkan dunia.

2. Merasa cukup dengan Allah SWT.

3. Merendah diri.

4. Sabar dengan ujian Allah SWT.

5. Sentiasa bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

6. Mula dapat ilham dan ilmu Laduni.

7. Tahan menanggung kesusahan.

8. Mengasihi sekalian makhluk.

9. Tidak terlibat dengan dosa-dosa besar.

Mereka yang telah sampai di peringkat nafsu ini, telah mula masuk ke dalam zauq. Inilah nafsu orang yang soleh, yang sentiasa ada di dalam hatinya takut akan Allah SWT dan berusaha membuang segala sifat keji seperti ujub, sum'ah, cinta dunia dan sebagainya walaupun sifat-sifat tersebut masih ada dalam dirinya.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

7 Peringkat Nafsu (Lawwamah)

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....


~sekadar gambar hiasan~

Nafsu lawwamah itu ialah nafsu yang selalu mengkritik atau mencela dirinya sendiri apabila berlakunya sesuatu maksiat dan dosa ke atas dirinya.

Misalnya, setelah melakukan maksiat, dia akan menyesal dan meminta ampun serta bertaubat pada Allah SWT. Tetapi dia akan kembali berbuat maksiat itu setelah beberapa lama kemudian. Hal ini akan berulang lagi. Itulah halnya orang yang memiliki nafsu jenis ini yang berulang kali bertaubat dan mungkir pula pada taubatnya.

Nafsu Lawwamah ini tinggi sedikit daripada nafsu Amarah. Namun nafsu ini masih di taraf rendah dan hina. Cuma ia mudah ditegur dan hatinya mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Qiyamah : 2, maksudnya;

"Tidak aku bersumpah daripada nafsu Lawwamah."

Di antara sifat-sifat nafsu Lawwamah itu ialah:

1. Mencela kesalahan dirinya.

2. Selalu bertafakur mengenang dosa.

3. Rasa takut apablia bersalah.

4. Mencela apa jua yang dikatakan kejahatan.

5. Mudah merasa riya' dengan apa yang dibuat.

6. Mudah megah dengan apa yang dibuat.

7. Selalu terjebak dengan dosa.

Martabat nafsu Lawwamah itu ada pada kebanyakan orang awam. Orang yang memiliki nafsu ini masih belum selamat daripada azab dan siksaan Allah SWT kecuali dengan ampunan dan rahmat-Nya.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Not getting any better.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

She is not getting any better. Just now I called KRZ and her temperature is high again. I am so worried now. Allah please help me. Give me strenghts to get through Your tests. Ease her pain Ya Allah, my Rabb.

Now I am working. After finished work I will bring her to the hospital.

She's doing good at KRZ's work place because of the medicine. Hold on princess. Mummy and daddy will always be right on your side.

Wassallallahuala saidina muhammadin wa ala alihi wasobbihi wassalam. Walhamdulillahurabbil alamin. Amin.


Fatin demam. :-(

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Ya. Fatin demam sejak hari Sabtu.


Tu gambar hari Sabtu. Dah g klinik pagi Sabtu. Doktor bagi ubat demam dan ubat batuk je. Katanya antibiotik tak perlu sebab tekak Fatin tak bengkak.

Ni pulak gambar Ahad.

Demamnya on off. Lepas kena ubat, kebah. Lepas 6 jam panas semula.

Naik risau aku dibuatnya. So Isnin aku pun tak berapa sihat. G amik mc dan berpeluang untuk jaga Fatin. KRZ keje. Minta tolong beliau balik sekejap dan hantarkan kami ke klinik.


Kali ni Fatin diberi antibiotik. Kata doc kalau Rabu masih belum ok demamnya, mesti datang semula untuk ambil darah.

Ya Allah.. Segala puji bagiMu tuhan sekalian alam. Lindungilah anakku dari sebarang penyakit Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa, maha pemurah lagi maha mengasihani. Dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Walhamdulillahirabbil'alamin. Amin.

Testingggg...

Assalamualaikum....

First ever posting via bloggeroid. Amacam? Jadi tak?

So so so.... Kalau jadi pasni akan ada entri terkini la guna mobile ni. Cepat.

Tapi rasanya aku akan malas juga. Hihi.

Sampai jumpa, wassalam.

Isnin, 16 April 2012

Lagi gelagat Rafiq!~

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Antara gelagat Rafiq yang aku suka sekarang adalah....

1. Sebut perfume sebagai KERFUME.
(Dia suka pakai perfume sekarang)

2. Bangga bila ada kutu kat kepala.
(Jangkit dari Fatin)

3. Takut bawang tumbuh daun. Siap bershuffle lagi.
(Bukti aku rajinnnn masak. Hihi)

4. Suka jawab gini bila aku minta tolong,,,
"Rafiq nak tolong tapi Rafiq tak tinggi!"

5. Bahasakan diri sebagai 'abang' dengan kucing.

6. Suka menari dan selalu tiru gaya Ben 10.
Video boleh tengok kat sini.

Ok sampai jumpa lagi. Hihi.

Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails