Cantik.
Lawa.
Segak.
Kemas.
Tapi....macam pelik.
Sebab....rasa jauh sangat.
Seperti ada jurang yang sangat dalam.
Yang memisahkan kita.
Sebab itukah kita masih sama saja?
Tiada apa yang berubah jua?
Entahlah.
Alkisah aku dan mereka di sekelilingku....
Cantik.
Lawa.
Segak.
Kemas.
Tapi....macam pelik.
Sebab....rasa jauh sangat.
Seperti ada jurang yang sangat dalam.
Yang memisahkan kita.
Sebab itukah kita masih sama saja?
Tiada apa yang berubah jua?
Entahlah.
Bahan
5 biji telur (dipukul sehingga kembang)
2 sudu makan mayonis
1 mangkuk kecil susu segar (lebih kurang 1/2 cawan)
1 sudu teh garam
3 batang daun sup (dipotong kecil)
3 sudu makan minyak masak
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
2. Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan minyak. Lebih kecil saiz kuali lebih tebal telur dadar anda.
3. Pastikan api sederhana kecil dan tuangkan bancuhan telur.
4. Setelah 3-4 minit, gunakan spatula kayu dan koyak2kan bahagian bawah telur untuk membuat telur yang masih belum masak meresap. (memudahkan untuk membalikkan telur kemudian)
5. Apabila bahagian atas sudah 3/4 suku masak, balikkan telur perlahan2 menggunakan senduk kayu.
6. Tunggu seminit dan bolehlah ditutup api.
7. Potong 8 dengan menggunakan pisau yang panjang. Sedia dihidangkan.
Pertama kali Fatin Rafiq dapat balik kampung sebelah arwah abah. Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Pasti mereka seronok. Aku pun dah berapa tahun tak balik. Last masa aku kat maktab kot. Punyalah lama. Dah 10 tahun lebih tu. Lamanyaa.
Terima kasih abg Atan sudi nak bawa balik anak2 Aida.
Gambar kat bawah tu sebelum abg Atan bawa mereka la. Rafiq tak ada mood sebab baru bangun tidur.
Seingat aku masa aku balik zaman sekolah dulu ada orang2 tua di sana pasti mengetahui aku anak siapa bila lihat wajahku. Ini anak Umaq.
Memang iras pun. Wajah aku dengan arwah abah. So korang boleh tengok. Sama ke tidak, dengan kedua ibu bapa kesayanganku. Semasa baru mendirikan rumah tangga. Serius rindu. Tak kisah aku muka siapa pun. Yang penting aku anak mak abah.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil. Amin.
Suatu hari anak2 sudah bosan main permainan lalu minta aku berikan sesuatu yang lain.
Akhirnya aku berikan buku mewarna.
Oklah tu. Lain dari yang lain kan.
Tarikh gambar 11.12.13
Ops. Tarikh itu Firuz genap 4 bulan.
Dia dah mula nak meniarap. Still tak boleh. Kepala berat. Hihi.
Gambar adik nak jatuh katil tu, sebab dia mengundur. Meniarap pun tak lepas lagi tapi mengundur yang lebih. Hihi.
Jom tengok video adik angkat kepala lepas meniarap. Klik sini.
Bahan (untuk 4 orang makan)
1 cawan beras pulut
2 cawan santan
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh perasa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
2 sudu teh garam
Cara
1. Beras pulut direndam selama satu jam. Toskan.
2. Lapikkan plastik dalam bekas.
3. Gaulkan 1 sudu teh garam garam ke dalam 1 cawan santan.
3. Masukkan beras pulut dan santan kedalam bekas.
4. Kukuskan selama 20 minit. Pastikan pengukus telah betul-betul panas terlebih dahulu.
# sementara itu kisar secawan santan, garam, tepung gandum, tepung jagung, pewarna dan perasa.
5. Setelah 20 minit, keluarkan belas berisi pulut dan tekan pulut supaya padat.
6. Tuangkan tapisan bancuhan tepung ke atasnya dan kukus lagi selama 20 minit.
7. Tunggu kuih benar-benar sejuk barulah dipotong.
Bahan
5 biji telur*
1 camca teh ovallette*
3/4 cawan gula* (saya kisar halus supaya senang nak pukul dengan tangan)
1 cawan susu pekat**
1 sudu teh esen vanila**
1 cawan minyak
2 cawan tepung#
1 sudu teh serbuk penaik#
Sedikit pewarna kesukaan (saya pilih hijau, kuning dan merah jambu)
Cara
1. Satukan bahan * di dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan bahan ** pukul lagi sekejap.
3. Masukkan minyak dan gaul rata.
4. Masukkan bahan # yang diayak terlebih dahulu. Gaul sebati.
5. Asingkan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna kegemaram dan sebatikan.
6. Masukkan satu warna demi satu warna sehingga habis adunan dituang.
7. Kukus selama satu jam. Resepi asal dibakar di dalam oven atau pemanggang ajaib selama 1/2 jam.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
Kuang kuang kuang. Gila pelik nama resepinya. Makan terceloteh la dulu. Alkisah ikan ni je yang ada, maka beli dua ekor. Bajet nak goreng pastu tumis bawang dengan cili api je. Pastu terasa nak makan kari masam. Maka, aku mereka2 je resepi ni. Alhamdulillah jadi.
Bahan
1 kepala ikan talapia (saiz sederhana besar)
1 labu bawang besar#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia#
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
1 sudu makan serbuk jintan putih*
1 sudu makan serbuk jintan manis*
3 sudu makan rempah kari*
1 mangkuk air
2 sudu teh garam
5 sudu makan minyak
Cara
1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Hiris bahan bertanda #.
3. Bancuh bahan bertanda * di dalam 3 mangkuk berasingan.
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga layu dan masukkan pula daun kari.
5. Masukkan bancuhan jintan satu persatu. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan pula bancuhan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan ikan.
7. Biarkan mendidih sekejap dan tutupkan api.
8. Akhir sekali masukkan garam. Kacau sebentar.
9. Sedia dihidangkan.
Kononnya
Berjanji.
Sudahnya
Mungkiri.
Optimistik.
Aku memang tak berapa percaya.
Kalau kau ingat lagi berulangkali aku tanya.
"Betul ni? Betul? Janji tepat? Nanti mesti tak jadi!"
Atau salah aku juga. Sebab tanya macam tu. Seperti mendoakan pula.
Ah. Kau memang menyalahkan orang saja. Diri kau kan semuanya betul.
Dush! Aduh!
Sakit? Rasa terpukul?
Bak kata abg sulung aku la. Siapa makan cili, dia rasa cili.
Aku sudah tahu kau akan mengelak. Ya lah. Siapa yang mahu dilanda permasalahan yang tidak berkesudahan.
Sengaja aku mencipta ayat. Memancing pengakuan dari kau. Sengaja aku ungkapkan ayat mahu berbuat demikian. Sebenarnya sudah hari kedua atau ketiga aku berbuat demikian.
Kiranya, ayat aku itu khas untuk janji itu.
Nah!!!
Langsung saja kau mengelak. Alasan yang terbaik. Aku senyum saja.
Macam biasa. Tiada sekelumit dendam. Teruskan sakitkan hati aku lagi. Aku sudah terlalu biasa. Ibarat makanan ruji. Dah biasa. Hidup terus jua walau selumatnya hancur hati ini.
Hidup aku bermatlamat. Hidup aku untuk harta2 akhirat aku. Sakitnya aku tidak kupeduli lagi. Kerana kita ini manusia biasa. HambaNya. Tidak tahu usia kita akan tamat bila.
Sebolehnya cuba persiapkan anak2ku dengan ilmu2 sepatutnya. Mengajar mereka mengenal Allah dan belajar berserah. Kerana hari ini aku masih ada tapi apa jaminan untuk esok lusa?
Resepi oleh: Aileen Airiesh
Untuk menghasilkan lebih kurang 1.5kg @ 50 ketul
Bahan A
4 ketul dada ayam *dibersihkan dan direbus sebelum diracik halus
8 keping roti *dibuang kulit dan dipotong dadu kecil
1 batang lobak *dipotong dadu kecil
sedikit daun sup dan daun bawang *dipotong kecil
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk penaik
2 keping stok ayam
Lada sulah secukup rasa
Bahan B
4 biji telur
Serbuk roti warna oren secukupnya
Cara
1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul dan ramas sehingga adunan padat.
2. Ambil sesudu adunan dan leperkan. Buat sehingga adunan habis.
3. Pukul telur dan celup adunan yang telah dibentuk sebelum golekkan di atas serbuk roti.
4. Celupkan telur sekali lagi dan golekkan di atas serbuk roti sekali lagi.
5. Buat sampai habis. Nugget boleh dibekukan atau terus digoreng dengan api sederhana.
Selamat mencuba!
#hasilnya sedap. Saya buat separuh adunan. Dapat lebih kurang 23 biji. Cuma saya terkurang ayam. Dapat satu bahagian dada sahaja jadi isi nugget saya kurang putih.
Resepi asal : Mat Gebu
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
(*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*
(*disatukan dan kacau hingga sebati)
Cara membuatnya :-)
Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar.
Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang.
Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
#saya kisar gula biasa hingga menjadi gula castor kerana hanya menggunakan tangan memegang senduk memutar adunan.
#saya letakkan adunan yang telah siap ke dalam bekas kecil jadi masa mengukusnya lebih singkat antara 15-20minit sahaja.
Lama dah rasanya aku tak mimpi. Sekali mimpi amboi panjangnya dan begitu berkesan di hati. Hihi. Konon.
Lepas mimpi terus terjaga. Lebih kurang jam 5.30 pagi macam tu la.
Jom ikuti mimpi tak seram tapi agak menakutkan. Hihi.
Mimpi ini berkait rapat tentang seseorang. Nama tak boleh dinyatakan. So jgn nak perasan. Hihi.
Aku masih belajar dan kolej didatangi oleh seseorang itu secara berkumpulan untuk lawatan.
Aku terpaksa entertain kumpulan pelawat ni walau aku rasa macam tak selesa dan sebenarnya tidak mahu berdepan dengan dia.
Tetapi bila mendengar suaranya yang teramat aku rindu tu, buat aku rasa macam... Stay pun takpelah. Kalih kot lain takyah pandang muka.
So di kolej tu ada 3 atau 4 babak. Antaranya aku skodeng dia bersukan. Lagi satu, aku tak sempat siap pakai ala kadar saja sebab terlewat nak ke bilik forum. Kelam kabut sungguh.
Kemudian ada scene naik coaster. Pemandu di depan. Aku dan dia di seat tengah. Tetapi aku tak nampak wajahnya. Hanya kedua tangannya memautku dari belakang. Dalam mimpi tu aku terasa sangat lega. Seolah2 terurai rinduku.
Si dia memujukku. Menyatakan rindunya padaku. Meminta maaf meninggalkan aku. Pelukkannya tetap kemas. Memberi isyarat mmg benar dia rindukan aku.
Kemudian kami berhenti ditepi pantai. Kulihat laut itu bergulung2 ombaknya. Mengganas. Aku bersuara dan menyatakan kesanggupan untuk mengikut si dia menaiki kapal meredah lautan itu bersama.
Dia mengarahkan pemandu membawa kami bersiar2. Dua kali di tempat yang sama. Kerana aku sangat suka dengan tempat itu. Seperti tempat pameran atau pertunjukan kereta dan kaaal terbang. Semuanya canggih dan menarik pandangan mata.
Kemudian kami turun dan berjalan kaki di pasar pula. Berdua. Si dia belikan keropok sambal kegemaran aku. Dan singgah di gerai lain.
Di gerai lain ini, barulah aku nampak keadaan dirinya.
Dia sakit. Berbintil penuh di muka. Tubuhnya juga telah kurus kering. Seperti telah lama menderita. Aku semakin hairan melihat dia berbahasa asing.
Pengakhiran mimpi itu tidak dapat kuingat. Tak mengapalah. Aku doakan semuanya sihat2 selalu ya.
Teruskanlah kehidupan kita walau jalan kita tak sama. Yang penting kita mencari keredhaanNya. Bukan mengejar dunia.
Sampai jumpa. Assalamualaikum.
Hai. Malam tadi kami tidur rumah mak. Lamanya rasa x bermalam. Almaklum masa preknen aku datang sekejap2 je sebab x tahan panas.
So Firuz dah besar sikit ni ok lah kan. Sebelum ni Firuz x boleh nak lena kat sini. Sekarang dah ok. Lagi pun Fatin Rafiq nak sangat bermalam. Nak main game puas2 kata depa. Hihi.
Sebenarnya banyak kerja boleh tolong buat kalau bermalam ni. Antaranya kemas dapur, bilik mak, sapu rumah dan sebagainya.kebetulan pula adik bongsu aku baru jatuh kat bilik air. Pergerakan dia terbatas. So mlm tadi dah tolong buangkan sampah sikit. Nanti tengahari lagi sikit.
Pagi2 tadi p beli sarapan sempat nampak seorang pakcik sedang mesin rumput apa lagi. Kirim salam la pakcik tolong potong sekali kat rumah mak. Dah lega. Pokok kat belakang pun dia tolong tebang. Tqsm pakcik.
So petang2 sikit nanti aku kumpul rumput2 kering dan boleh membakar sikit. Dah lama tak membakar ni. Hihi.
Terlelap pula masa menaip. Ya udah. Tengok gambar saja. Mood menaip udah potong.
Tataaa...
Assalamualaikum.
Diam tak diam, tahun depan Rafiq sudah darjah 1. Cepatnya masa berlalu. Masih belum habis manjanya Rafiq tu lagi.
Masih lagi ber'adik' dengan aku waima dah ber'abang' dengan Firuz. Hihi.
So semalam aku pergi ke Mydin. Memang nak beli baju sekolah Rafiq. Bukannya aku ada duit tapi memandangkan ada main kutu atau undi, aku pilih yg pertama, maka dapatlah aku langsaikan hal Rafiq.
Lebih dari 3/4 duit habis. Tapi tak apalah. Sekali saja. Dan selepas ini takde dah nak beli2 lagi.
Balik dari membeli semalam, Rafiq dan Firuz terus tidur. Kasihan. Kepenatan. Fatin yang masih berjaga mengajak aku membuka bungkusan barang yang baru beli. Puas aku sabarkan. Akhirnya kami bongkar juga perlahan2.
Dan bila sedang bongkar tu Rafiq terjaga, dapatlah kami lihat Rafiq mencuba pakaian sekolah barunya.
Lihat muka dia, sangat penat kan? Kesian adik.
Semoga adik dapat rebut peluang belajar bersungguh2 kat sekolah nanti. Ummi ada je tapi takkan nak push2 sangat.
Selamat berjaya di tahun 2014, Fatin & Rafiq!
Doakan yg terbaik untuk ummi juga.
Amin.
Assalamualaikum.
Tenang hidup aku sejak privatekan blog. Tapi ni sementara je. Aku terus juga update. Sampai masa aku buka la balik.
Ni gambar aku mandikan Firuz.
Memang biasanya ambil masa yg lama untuk mandikan. Sebab inilah masanya aku nak belek2 dia. Belai2 kulit ke kulit.
Sembang2. Mata ke mata. Berbalas senyum. Memanglah anak ni anugerah Allah. Sejuk rasanya tau bila lihat anak senyum sambil pandang kita.
Ok dah. Hihi. Dah bertangguh 3 hari kot entri ni. Sampai jumpa lagi.
Tata.
Malam ini dia tidak mahu tidur.
Walhal matanya sangat mengantuk.
Malam ini dia mahu perhatian lebih.
Sedang aku pula menahan kesakitan.
Sakit apakah?
Aku tidak sejuk dan tidak panas.
Sakit sungguh di dadaku ini.
Memori zaman persekolahan kembali menerjah.
Bagaimana sakitnya.
Bagaimana aku menahannya.
Bagaimana aku akhirnya membiarkan sahaja sakit itu berlalu pergi.
Hanya mampu berbaring saja.
Waima bangkit duduk pun sakitnya terlalu.
Apatah lagi berdiri dan bergerak ke sana ke mari.
Terasa ingin mendapatkan rawatan sewajarnya.
Sekian lama terabai sakit di dadaku ini.
Ke hospital kerajaan jawabnya tiada apa-apa.
Tetapi mungkin benar tiada apa-apa.
Mungkin jua aku terlalu mengada-ngada.
Sakit sedikit sudah dihebah pada dunia.
Hasbunallaha wani'mal wakiil.
Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.
Doaku semoga benar sakitku ini sebenarnya tiada apa-apa.
Tidak betah lagi nak mengharung ke hospital setiap kali.
Mendapatkan rawatan dan juga ubat.
Ya. Semoga sakit ini sememangnya tiada apa2. Amin.
Sampai jumpa.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Aku suka beli kek coklat yang kawan aku jual. Sebekas kecil RM5. Beli 5 percuma satu. Stok seminggu.
Biasanya aku makan sikit2. Bila teringin. Sembunyikan dulu dari pandangan umum. Tetap tak nampak walau dah dalam peti.
Nak tahu kenapa? Sebab budak dalam gambar di bawah inilah.
Kalau dapat kek makan macam makan nasi.
Elok2 ada stok langsung habis. Huhu. Tak apalah. Esok nak restock.
Oklah ye. Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.
Pandanglah orang yang sedang anda bercakap.
Biar ada eye contact.
Biar pihak satu lagi tahu dan boleh nilai keikhlasan anda.
Ini bukan cakap sapa2 atau perli sapa2 tau.
Nasihat.
Hihi.
*gambar hiasan google hari kanak2 sedunia
Hairan aku. Tiap kali aku rasa yakin. Aku rasa kuat. Kau akan biarkan aku. Tinggalkan aku.
Tahukah kau yang aku rasa kuat dengan kehadiranmu?
Kenapa ya setiap kali mesti begitu?
Hairan.
****************
Ini cerita lain pula. Bersangkut jua dengan kes pertama.
Tetapi sungguh pun begitu. Aku rasa aku telah mencapai satu tahap yang tidak tercapai sebelum ini.
Dalam aku bersedih aku juga gembira. Akhirnya aku berjaya.
Terima kasih ya.
****************
Kes ketiga yang paling parah. Ya aku mudah memaafkan. Acapkali juga melupakan.
Mungkin kali ini juga aku akan memaafkan. Tetapi.. Kali ini aku tidak akan melupakan sama sekali.
Kerana kesalahan itu yang sama dan tetap berulang jua.
Bukannya sehari dua. Tetapi satu tempoh yang lama. Sudah sangat terkesan dan maaf. Kali ini aku tak bisa melupakan.
Kenapa manusia sombong?
Terasa diri punya kelebihan?
Manusia lain banyak kekurangan?
Kenapa kita mudah menghukum?
Kerana kehendak kita tidak dituruti?
--------------------------------------------
Kisah semalam sangat mendukacitakan.
Takkan kerana kita tidak dilayan, kita nak cop seseorang tu tak suka kita, bersikap kasar.
Takkanlah.
Cuba bersangka baik. Selain daripada menyelamatkan hubungan kita, dengan bersangka baik juga kita boleh memberi ketenangan pada hati dan jiwa kita. Tidaklah kita rasa tertekan.
Semalam aku ke Giant Kota Damansara. Nak belikan kasut hitam khas untuk Rafiq guna pada konsert malam ini. Faham2 keadaan aku. Merendek2, barang banyak. Mana dengan Fatin, Rafiq dan Firuz. Sambil memilih kasut, tangan tak menang nak taip. Taip sepatah kata pun salah. Tak balas apa2 pun salah.
Apa yang kita nak ni sebenarnya.
Terus terang aku taip perkataan "nape". Itu je yang sempat. Dalam erti kata lain bertanya khabar. Kenapa respon sebelum tu macam tu dsb.
Alkisah hari ni tugas aku sebagai jurugambar. Dah kabo kan semalam. Aku ni sebenarnya tak berapa sihat. Bangun pagi tadi memang pening2. Dah ada niat nak mc. Aku memang x larat. Memandangkan takde nama lain. Aku seorang je pun yang kena ambil gambarnya... Aku dtg jugalah.
Dengan takde kameranya. Meminjamlah kamera org. Mujur ada sahabat Khaty dan suami yang baik hati. Abg Musa siap tolong hantar lagi kamera yang dah tertinggal. Really appreciate it. Tqsm.
Belum selesai anugerah tahun satu aku dah rasa lain macam. Pening. Serius cam nak tumbang. Aku mula skip ambil gambar. Selang2. Sekejap2 aku duduk. Terpaksa minta tolong kawan lain amikkan gambar.
Darah rendah ke. Apa ke. Pening. Cam kemamau pun iye. Kawan2 aku kata aku nampak macam blur je.
Memang tak sihat lagi agaknya. Tahankan tak mahu ke klinik. Ubat semua ada. Ke klinik pun dapat ubat sama juga. Kan?
Ini ada rasa nak balik dah ni. Mmg serius x larat. Balik rehat jap. Ptg ni la p amik Firuz. Harap sampai la rumah nak drive balik ni.
Ya udah. Tengoklah sekepim gambar aku. Ihsan kawan nak tolong amik. Yg lain semua gambar org lain. Aku yg amik. Aku dah tak larat.
Nak jumpa bos. Minta izin pulang.
Sampai jumpa lagi. Jaga diri ye.
Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Penat pening letih semalam tak pernah hilang. Tapi. Tak baik tau. Rugi je apa yg kita buat. Kalau kita sebut macam tu. Lainlah niat kita nak mengadu. Nak bermanja. Hihi.
Ini yang terjadi pada aku la. Selepas rehat dan cuti panjang. Bila kena g kerja, rasa macam tak larat sgt dah. Habis perkataan nak gambarkan letih tu. Letih tahap mega.
So hari kedua g kerja (tetap pergi juga sbb tak mahu kerja bertangguh), rezekiku sgt murah. Alhamdulillah. Dari pagi sampai tengahari, dapat makan macam2. Bihun goreng, nasi goreng, ciken cop, nasi lemak, nugget, kek, sate, pizza. Sendat betul perut. Hope tak gemuk la lepas ni. Hihi.
Menanti saat je nak g jemput tecik. Lepas jemput Firuz, sampai rumah je terus lupa janji2 yang dibuat sebelumnya. Nak siapkan kerja kat rumah la, apa la. Hihi. Sampai susu yg diperah pun lupa nak bekukan. Apa yang penting sgt tu sampai lupa segala?
Golek2 time. Sgt rindu time golek2 dgn baby. Hihi.
So beli makanan kat pasar malam. Apam balik dan sate. Tapi manalah cukup utk anak2 yang laparkan nasi. Jam 9 malam baru masak nasi dan lauk. Masa awal2 FaRa balik tu aku tanya depa jawab tak mau makan.
Akhirnya termasak la jua. Simple2. Masuk dlm pemanggang je. Pas suap depa makan, selip time. Untuk anak2 la. Aku tetap tak boleh lelap. Tak boleh lena.
Terlalu penat agaknya. Macam nak pencen la kerja. Tapi aku suka kerja aku. Connecting people. Eh. Itu motto Nokia. Hihi.
Rasa masa dgn baby sgt kurang 2 hari ni. Huhu. Takpe dik. Minggu depan ummi cuti dah. Walau kena g keje tapi still boleh peluk adik lama2 lagi.
Jom nak try lelap. Maafkan aku atas salah silap.
Assalamualaikum.