Cantik.
Lawa.
Segak.
Kemas.
Tapi....macam pelik.
Sebab....rasa jauh sangat.
Seperti ada jurang yang sangat dalam.
Yang memisahkan kita.
Sebab itukah kita masih sama saja?
Tiada apa yang berubah jua?
Entahlah.
Alkisah aku dan mereka di sekelilingku....
Cantik.
Lawa.
Segak.
Kemas.
Tapi....macam pelik.
Sebab....rasa jauh sangat.
Seperti ada jurang yang sangat dalam.
Yang memisahkan kita.
Sebab itukah kita masih sama saja?
Tiada apa yang berubah jua?
Entahlah.
Bahan
5 biji telur (dipukul sehingga kembang)
2 sudu makan mayonis
1 mangkuk kecil susu segar (lebih kurang 1/2 cawan)
1 sudu teh garam
3 batang daun sup (dipotong kecil)
3 sudu makan minyak masak
Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
2. Panaskan kuali leper (pan) dan masukkan minyak. Lebih kecil saiz kuali lebih tebal telur dadar anda.
3. Pastikan api sederhana kecil dan tuangkan bancuhan telur.
4. Setelah 3-4 minit, gunakan spatula kayu dan koyak2kan bahagian bawah telur untuk membuat telur yang masih belum masak meresap. (memudahkan untuk membalikkan telur kemudian)
5. Apabila bahagian atas sudah 3/4 suku masak, balikkan telur perlahan2 menggunakan senduk kayu.
6. Tunggu seminit dan bolehlah ditutup api.
7. Potong 8 dengan menggunakan pisau yang panjang. Sedia dihidangkan.
Pertama kali Fatin Rafiq dapat balik kampung sebelah arwah abah. Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan. Pasti mereka seronok. Aku pun dah berapa tahun tak balik. Last masa aku kat maktab kot. Punyalah lama. Dah 10 tahun lebih tu. Lamanyaa.
Terima kasih abg Atan sudi nak bawa balik anak2 Aida.
Gambar kat bawah tu sebelum abg Atan bawa mereka la. Rafiq tak ada mood sebab baru bangun tidur.
Seingat aku masa aku balik zaman sekolah dulu ada orang2 tua di sana pasti mengetahui aku anak siapa bila lihat wajahku. Ini anak Umaq.
Memang iras pun. Wajah aku dengan arwah abah. So korang boleh tengok. Sama ke tidak, dengan kedua ibu bapa kesayanganku. Semasa baru mendirikan rumah tangga. Serius rindu. Tak kisah aku muka siapa pun. Yang penting aku anak mak abah.
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Agung, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa aku kecil. Amin.
Suatu hari anak2 sudah bosan main permainan lalu minta aku berikan sesuatu yang lain.
Akhirnya aku berikan buku mewarna.
Oklah tu. Lain dari yang lain kan.
Tarikh gambar 11.12.13
Ops. Tarikh itu Firuz genap 4 bulan.
Dia dah mula nak meniarap. Still tak boleh. Kepala berat. Hihi.
Gambar adik nak jatuh katil tu, sebab dia mengundur. Meniarap pun tak lepas lagi tapi mengundur yang lebih. Hihi.
Jom tengok video adik angkat kepala lepas meniarap. Klik sini.
Bahan (untuk 4 orang makan)
1 cawan beras pulut
2 cawan santan
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh perasa pandan
1 sudu teh pewarna hijau
2 sudu teh garam
Cara
1. Beras pulut direndam selama satu jam. Toskan.
2. Lapikkan plastik dalam bekas.
3. Gaulkan 1 sudu teh garam garam ke dalam 1 cawan santan.
3. Masukkan beras pulut dan santan kedalam bekas.
4. Kukuskan selama 20 minit. Pastikan pengukus telah betul-betul panas terlebih dahulu.
# sementara itu kisar secawan santan, garam, tepung gandum, tepung jagung, pewarna dan perasa.
5. Setelah 20 minit, keluarkan belas berisi pulut dan tekan pulut supaya padat.
6. Tuangkan tapisan bancuhan tepung ke atasnya dan kukus lagi selama 20 minit.
7. Tunggu kuih benar-benar sejuk barulah dipotong.
Bahan
5 biji telur*
1 camca teh ovallette*
3/4 cawan gula* (saya kisar halus supaya senang nak pukul dengan tangan)
1 cawan susu pekat**
1 sudu teh esen vanila**
1 cawan minyak
2 cawan tepung#
1 sudu teh serbuk penaik#
Sedikit pewarna kesukaan (saya pilih hijau, kuning dan merah jambu)
Cara
1. Satukan bahan * di dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
2. Masukkan bahan ** pukul lagi sekejap.
3. Masukkan minyak dan gaul rata.
4. Masukkan bahan # yang diayak terlebih dahulu. Gaul sebati.
5. Asingkan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna kegemaram dan sebatikan.
6. Masukkan satu warna demi satu warna sehingga habis adunan dituang.
7. Kukus selama satu jam. Resepi asal dibakar di dalam oven atau pemanggang ajaib selama 1/2 jam.
8. Sejukkan sebelum dipotong.
Kuang kuang kuang. Gila pelik nama resepinya. Makan terceloteh la dulu. Alkisah ikan ni je yang ada, maka beli dua ekor. Bajet nak goreng pastu tumis bawang dengan cili api je. Pastu terasa nak makan kari masam. Maka, aku mereka2 je resepi ni. Alhamdulillah jadi.
Bahan
1 kepala ikan talapia (saiz sederhana besar)
1 labu bawang besar#
3 ulas bawang putih#
1 inci halia#
2 tangkai daun kari
3 keping asam keping
1 sudu makan serbuk jintan putih*
1 sudu makan serbuk jintan manis*
3 sudu makan rempah kari*
1 mangkuk air
2 sudu teh garam
5 sudu makan minyak
Cara
1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Hiris bahan bertanda #.
3. Bancuh bahan bertanda * di dalam 3 mangkuk berasingan.
4. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang dihiris sehingga layu dan masukkan pula daun kari.
5. Masukkan bancuhan jintan satu persatu. Tumis sehingga naik bau barulah masukkan pula bancuhan rempah kari. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan asam keping dan ikan.
7. Biarkan mendidih sekejap dan tutupkan api.
8. Akhir sekali masukkan garam. Kacau sebentar.
9. Sedia dihidangkan.
Kononnya
Berjanji.
Sudahnya
Mungkiri.
Optimistik.
Aku memang tak berapa percaya.
Kalau kau ingat lagi berulangkali aku tanya.
"Betul ni? Betul? Janji tepat? Nanti mesti tak jadi!"
Atau salah aku juga. Sebab tanya macam tu. Seperti mendoakan pula.
Ah. Kau memang menyalahkan orang saja. Diri kau kan semuanya betul.
Dush! Aduh!
Sakit? Rasa terpukul?
Bak kata abg sulung aku la. Siapa makan cili, dia rasa cili.
Aku sudah tahu kau akan mengelak. Ya lah. Siapa yang mahu dilanda permasalahan yang tidak berkesudahan.
Sengaja aku mencipta ayat. Memancing pengakuan dari kau. Sengaja aku ungkapkan ayat mahu berbuat demikian. Sebenarnya sudah hari kedua atau ketiga aku berbuat demikian.
Kiranya, ayat aku itu khas untuk janji itu.
Nah!!!
Langsung saja kau mengelak. Alasan yang terbaik. Aku senyum saja.
Macam biasa. Tiada sekelumit dendam. Teruskan sakitkan hati aku lagi. Aku sudah terlalu biasa. Ibarat makanan ruji. Dah biasa. Hidup terus jua walau selumatnya hancur hati ini.
Hidup aku bermatlamat. Hidup aku untuk harta2 akhirat aku. Sakitnya aku tidak kupeduli lagi. Kerana kita ini manusia biasa. HambaNya. Tidak tahu usia kita akan tamat bila.
Sebolehnya cuba persiapkan anak2ku dengan ilmu2 sepatutnya. Mengajar mereka mengenal Allah dan belajar berserah. Kerana hari ini aku masih ada tapi apa jaminan untuk esok lusa?
Resepi oleh: Aileen Airiesh
Untuk menghasilkan lebih kurang 1.5kg @ 50 ketul
Bahan A
4 ketul dada ayam *dibersihkan dan direbus sebelum diracik halus
8 keping roti *dibuang kulit dan dipotong dadu kecil
1 batang lobak *dipotong dadu kecil
sedikit daun sup dan daun bawang *dipotong kecil
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan serbuk penaik
2 keping stok ayam
Lada sulah secukup rasa
Bahan B
4 biji telur
Serbuk roti warna oren secukupnya
Cara
1. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar. Gaul dan ramas sehingga adunan padat.
2. Ambil sesudu adunan dan leperkan. Buat sehingga adunan habis.
3. Pukul telur dan celup adunan yang telah dibentuk sebelum golekkan di atas serbuk roti.
4. Celupkan telur sekali lagi dan golekkan di atas serbuk roti sekali lagi.
5. Buat sampai habis. Nugget boleh dibekukan atau terus digoreng dengan api sederhana.
Selamat mencuba!
#hasilnya sedap. Saya buat separuh adunan. Dapat lebih kurang 23 biji. Cuma saya terkurang ayam. Dapat satu bahagian dada sahaja jadi isi nugget saya kurang putih.
Resepi asal : Mat Gebu
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 1/2 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
(*disatukan, gaul dan diayak)
1 3/4 cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung/sayur
1 camca teh esen vanilla
200 ml susu cair*
1 cawan air panas*
1 camca teh nescafe*
(*disatukan dan kacau hingga sebati)
Cara membuatnya :-)
Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar.
Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang.
Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
#saya kisar gula biasa hingga menjadi gula castor kerana hanya menggunakan tangan memegang senduk memutar adunan.
#saya letakkan adunan yang telah siap ke dalam bekas kecil jadi masa mengukusnya lebih singkat antara 15-20minit sahaja.
Lama dah rasanya aku tak mimpi. Sekali mimpi amboi panjangnya dan begitu berkesan di hati. Hihi. Konon.
Lepas mimpi terus terjaga. Lebih kurang jam 5.30 pagi macam tu la.
Jom ikuti mimpi tak seram tapi agak menakutkan. Hihi.
Mimpi ini berkait rapat tentang seseorang. Nama tak boleh dinyatakan. So jgn nak perasan. Hihi.
Aku masih belajar dan kolej didatangi oleh seseorang itu secara berkumpulan untuk lawatan.
Aku terpaksa entertain kumpulan pelawat ni walau aku rasa macam tak selesa dan sebenarnya tidak mahu berdepan dengan dia.
Tetapi bila mendengar suaranya yang teramat aku rindu tu, buat aku rasa macam... Stay pun takpelah. Kalih kot lain takyah pandang muka.
So di kolej tu ada 3 atau 4 babak. Antaranya aku skodeng dia bersukan. Lagi satu, aku tak sempat siap pakai ala kadar saja sebab terlewat nak ke bilik forum. Kelam kabut sungguh.
Kemudian ada scene naik coaster. Pemandu di depan. Aku dan dia di seat tengah. Tetapi aku tak nampak wajahnya. Hanya kedua tangannya memautku dari belakang. Dalam mimpi tu aku terasa sangat lega. Seolah2 terurai rinduku.
Si dia memujukku. Menyatakan rindunya padaku. Meminta maaf meninggalkan aku. Pelukkannya tetap kemas. Memberi isyarat mmg benar dia rindukan aku.
Kemudian kami berhenti ditepi pantai. Kulihat laut itu bergulung2 ombaknya. Mengganas. Aku bersuara dan menyatakan kesanggupan untuk mengikut si dia menaiki kapal meredah lautan itu bersama.
Dia mengarahkan pemandu membawa kami bersiar2. Dua kali di tempat yang sama. Kerana aku sangat suka dengan tempat itu. Seperti tempat pameran atau pertunjukan kereta dan kaaal terbang. Semuanya canggih dan menarik pandangan mata.
Kemudian kami turun dan berjalan kaki di pasar pula. Berdua. Si dia belikan keropok sambal kegemaran aku. Dan singgah di gerai lain.
Di gerai lain ini, barulah aku nampak keadaan dirinya.
Dia sakit. Berbintil penuh di muka. Tubuhnya juga telah kurus kering. Seperti telah lama menderita. Aku semakin hairan melihat dia berbahasa asing.
Pengakhiran mimpi itu tidak dapat kuingat. Tak mengapalah. Aku doakan semuanya sihat2 selalu ya.
Teruskanlah kehidupan kita walau jalan kita tak sama. Yang penting kita mencari keredhaanNya. Bukan mengejar dunia.
Sampai jumpa. Assalamualaikum.
Hai. Malam tadi kami tidur rumah mak. Lamanya rasa x bermalam. Almaklum masa preknen aku datang sekejap2 je sebab x tahan panas.
So Firuz dah besar sikit ni ok lah kan. Sebelum ni Firuz x boleh nak lena kat sini. Sekarang dah ok. Lagi pun Fatin Rafiq nak sangat bermalam. Nak main game puas2 kata depa. Hihi.
Sebenarnya banyak kerja boleh tolong buat kalau bermalam ni. Antaranya kemas dapur, bilik mak, sapu rumah dan sebagainya.kebetulan pula adik bongsu aku baru jatuh kat bilik air. Pergerakan dia terbatas. So mlm tadi dah tolong buangkan sampah sikit. Nanti tengahari lagi sikit.
Pagi2 tadi p beli sarapan sempat nampak seorang pakcik sedang mesin rumput apa lagi. Kirim salam la pakcik tolong potong sekali kat rumah mak. Dah lega. Pokok kat belakang pun dia tolong tebang. Tqsm pakcik.
So petang2 sikit nanti aku kumpul rumput2 kering dan boleh membakar sikit. Dah lama tak membakar ni. Hihi.
Terlelap pula masa menaip. Ya udah. Tengok gambar saja. Mood menaip udah potong.
Tataaa...