Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 12 Januari 2010

Bujang Kesayangan Demam....

Semuanya bermula dengan dia batuk. Dari batuk saja sampai batuk berkahak. Dia mula selesema.
.
Pastuh malam tadi panas sangat badannya. Dan ku pegang kepalanya terasa berdenyut2. Macam waktu kita sakit kepala tuh. Kesian. KRZ bagi makan ubat lepas dia minum susu.
.
Dan pagi2 tadi masih lagi panas. Sekali lagi aku bagi susu dan KRZ bagi Rafiq makan ubat. Tengoklah muka orang tak sihat ni, sangat kasihan kan? Bila waktu menghampiri jam 7, KRZ kata, momi tak yah g skul, teman Apik kat umah.
.
Aku kata pada KRZ aku kena g jugak pagi untuk hantar senarai nama mengikut pecahan unit uniform bebudak darjah 4 untuk tahun 2010.
.
Selepas selesai aku pun balik umah. Dan Rafiq ajak aku baring dan tido saja. Menempek saja berbantalkan lengan aku. Huih, buat apa pun tak boleh. Ni waktu aku taip ni Fatin dah balik dari tadika, jadi dia ok sikit bila aku nak tinggalkan. Hehe... tak dimanjakan pun pandai juga nak memanjakan diri. Bila lagi kan, waktu tak sihat nilah.... Bye!

2 ulasan:

Acik Lana berkata...

oloh ciannya apiki..skang musim la kak..acik pon dah 2-3 ari kepala wenggg je nie.

rad berkata...

Achik doakan rafiq cepat sembuh..dan riang semula.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails