Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 11 Januari 2010

Budak penyedih, penggeli tapi...

Penyayang! Itulah Fatin. Petang Ahad aku ngan KRZ bawak anak2 g taman belakang umah. So macam biasa depa eksaited la.
.
Tapi otw balik, Fatin terpijak lecak dalam cubaan nak mengelak terpijak air. Lantas dia menangis semahunya. Aku ngan KRZ berasa sangat lucu. Nak ketawa macam tak patut, orang menangis, boleh pulak kita ketawa.
.
Ada unsur kejam di situ, kan. Kami ketawa juga tapi penuh sopan la kononnya sambil pujuk2 Fatin dengan ayat berbunyi begini "Tak apa, nanti Ummi basuh..." dan juga "Nanti ayah dukung masuk bilik air..."
.
Tapi Fatin masih menangis2 kegelian kerana kakinya kehitam-hitaman plus seluarnya basah. Lebih mengerikan naik bau air tanah....
.
Dan satu perkara lagi dia sedih sebab sandal Ben Sepuluh beliau telah kotor dan tercemar. Gambar ni dia dah dalam bilik air. Kan aku dah cakap, dia jenis sayang benda. Tu yang meraung bagai nak rak... haha! Bye!

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails