Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 10 Januari 2010

Kelas Lukisan...

Aku ngan KRZ antar Cik Patin g kelas lukisan setiap Sabtu pagi. Kelasnya tak jauh sangat dari rumah. Bolehlah nak bagi dia persediaan melukis, mewarna dan seumpamanya. Nak buat macam mana, aku bab melukis memang surrender. KRZ sebenarnya pandai jugak melukis, tapi katanya hilang skill sebab lama tak praktis.
Ni hasil kelas pertama.
.
Tapi tadi second class aku dengar cikgu dia mengadu yang Fatin tak boleh tumpu, mungkin dia tak minat agaknya. Bila aku tanya sama ada cikgu marah atau tidak, kata cikgu tu dia tak marah takut Fatin nangis.
.
Aku pun kasi lesen besar kat cikgu tu. Marah jer. Memang dia akan nangis dan freeze kejap tak boleh buat apa2, tapi lepas tu dia akan buat juga perlahan2 sampai siap! Kata cikgu tu next week dia akan tegur Fatin dengan betul....
.
Hmmm.... aku bukan jenis yang manjakan anak tak tentu hala ok. Manja pada aku ada tempat dan ada hadnya. Aku lebih suka tegur dan selalu jer marah kalau dia buat salah.
.
Macam mana pulak dengan kawan2? Sanggup tak anak2 kena marah terutama dengan cikgu yang garang macam aku???? :P


2 ulasan:

zan-xray berkata...

siap ada ton warna lagi tu..
bagusnya skil fatin ni.

Aidafidah berkata...

Zan jangan kau percaya, mesti cikgu dia tolong tue.... hehe.. :P

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails