Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 4 Januari 2010

Alkisah Paparan Hari Pertama Cik Fatin ke Sekolah!


~picta grabbed from thumbnail fb~
.
Mula-mula, aku ngan KRZ macam ralat la jugak pasal tak dapat nak menunggu anak sendiri. Tapi kerana tugas dan tanggungjawab, kami gagahkan juga tinggal Fatin kat tadika tu.
.
Kami keluar umah 6.50 pagi. Drop Apiki kat umah pengasuh dan sampai tadika 6.59. Masih lagi berkunci. Aku tekad bawak Fatin keluar untuk tunggu depan pintu.
.
Kemudian pengetua tadika tu sampai. Oklah, dia bukakan pintu pagar dan tolong jagakan Fatin. Kata pengetua dia balik kul 11.00 pagi. Aku pun beringat dalam hati nak bagitau pengasuh sebab awalnya aku inform Fatin balik kul 12.30 tengahari.
.
Sampai skul, keje aku bukannya sikit. Langsung aku lupa makan minum punyalah sibuk. Ibaratnya nak kentut pun tak ade ruang... nak bayangkan betapa sibuknya tu. Sampai bebudak rehat, masih teringat nak inform pengasuh, tapi tetiba ada parents datang dan aku terpaksa lupakan lagi sekali. Tapi hati aku penuh walang sebenarnya.
.
Sampai kul 11.00 pagi baru aku berkesempatan dan terpaksa jugak call pengasuh. Risau jugak kalau tetiba nanti teacher merangkap drebar drop dia, pengasuh takde, ke tempat lain pulak peginya. Tapi kata pengasuh dia dah tunggu cuma van yang belum sampai. Aku lega bila dengar dia tengah tunggu.
.
Van bawak Fatin dari tadika ke rumah pengasuh. Sebab dekat, dia p hantar budak lain dulu. Dan aku agak mungkin Fatin tak mahu turun dulu jadi dia org last. Tu yang 11.30 baru sampai.
.
Cerita dari versi pengasuh ~ Fatin tak mahu turun dari van. Puas di pujuk dengan mengatakan Momi tunggu kat rumah, baru dia turun van. Dah masuk rumah, tak mahu salin uniform pulak.
.
Puas dipujuk, dapat susu satu cup terus tidur. Aku call semula jam satu bila habis kelas kata pengasuh Fatin tengah tidur. Setelkan kerja sikit g jemput anak2 kat umah pengasuh. Fatin sedang lena tidur.
.
Aku kejutkan, meraung-raung nak pakai baju skolah. Terus kupakaikan. Siap pakai kasut. "Nak pegi skulah!!!!" Jerit Fatin pada aku dan KRZ. Pasrah... ikut saja bawak ke tadika, dengan harapan tadika dah kunci - tapi pengetua belum balik, g jumpa pengetua jap. "She's just like an angel, very quiet and obedient!" <--- macam tak percaya tapi dalam hati bersyukur anak aku macam tuh. Sangat berbeza dari sikap waktu dia baby yang kuat menangis.
.
Siap pengetua bagi present yang aku cari sampai sudah tak jumpa. Bila tanya balik katanya simpan kat skolah. Kedekuit punya budak!
.
Aku dan KRZ dah penat, nak baliklah ke rumah. Tapi Fatin tak mahu. Sampai aku terpaksa minta pengetua tipu2 nak kunci pintu. Tak berjaya. Masih lagi meraung! Then, KRZ berjaya pujuk bawak g Anwar.
.
Lepas makan nasik, Fatin nak g skul balik. Aku dah pening. Penat pun sama pasal tak rehat dari pagi lagi. Last2 pegi tadika tu dan pengetua tu pun memang nak balik. Fatin meraung lagi. Korang tengok la video ni.
video
Sampai padlock pengetua tetiba pulak rosak terpaksa diganti baru. Hai... anak bertuah!
.
KRZ sekali lagi berjaya pujuk masuk dalam keta, tapi kemudian dia meraung lagik! "Tak nak balik umah momi, nak pegi skulah! ". Kami pekakkan telinga. Badan dah penat, tak terdaya nak melayan.
.
Akhirnya dia diam jugak bila berjaya rampas phone aku dari Rafiq yang tengah tengok video dia nangis tu... begitulah serba sedikit :~ Alkisah Paparan Hari Pertama Cik Fatin ke Sekolah!
.


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails