Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 13 Februari 2011

KL Tower Part 1

Assalamualaikum....

Maaf yer kawan2. Bizi bizon minggu lepas, dengan Apiki demam dan aku pon terjebak tak sihat diserang migraine. Kalau boleg aku nak cepat2 habiskan mana yang ada ni, nak mulakan cerita2 baru yang lebih segar khas untuk korang.

Cerita di Zoo Negara berakhir tapi kami meneruskan perjalanan ke Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini walau pun ianya dibuka dengan rasminya pada 1 Oktober 1996.

Sebab masa kami sampai dah agak lewat jadi terlepas masa lunch yang pada aku menawarkan harga yang lebih menarik berbanding tower view. Tapi takpe, KRZ kata akan bawak aku jugak suatu hari nanti. Kita tungguuu okkk???

Ni tiketnya. 3 saja sebab Rafiq masih 3 tahun takyah tiket.
Jom tengok pemandangan pulak.
KLCC.
Kisah aku dengan KLCC ni lebih kurang sama dengan kisah KL Tower jugak tapi ada baik sikit.

First time jejak kaki kat sini waktu aku ikut rombongan murid SK Kempas, waktu aku mengajar kat JB. Rombongan tu JB-KL-KT-JB.

Haha... sebagai pemegang MyKad yang nombor tengahnya 10, cam tak logik je kan? tapi itulah kenyataannya.

Maknanya ku bukan selalu sangat g jenjalan ni tau... haha... tak mengaku lagik!~
Hoh, sudah2 cerita, tengok gambar aku pulak... ehehe...
Tengok gelagat anak2 pulak. Mana boleh duduk diam depa nih.
Sambil tersepit boleh saja ber'peace' kat situ..ehehe...
Lagi sekali...
Tak lama mana pon dok atas. Ada la 3 kali tawaf.. Pastuh dah bosan dan rimas anak2 mintak macam2. Kan ke banyak gerai2 jual merchandise kegilaan anak2 dan remaja. Puaslah aku mengelak. Hehe...

Turun2 je viewing tower tu, KRZ mengadu lapar. Haruslah g cari tempat makan dulu. Apa nama cafe ni aku dah lupa. Mahal memang la agak mahal, tapi sedap tau....
Sedap sangat sampai KRZ kata first time makan nasi sesedap kat situ.... Yang kat bawah ni hidangan aku... Ape ke namanya... Jurassic Chicken. Terus terasa macam kat zaman dinosaur kan...
Kami sedaya upaya menghabiskan makanan secepat mungkin sebab hari makin gelap, nak ujan dan petang tapi masih belum abiskan free pony ride. Hehe... lepas tu ada lagi. Jap lagi eh. Nak minum dulu....

Wassalam.

1 ulasan:

TAYAR PANCIT berkata...

hai awak :) saye da join awak :)http://tayarpancit.blogspot.com/2011/02/dari-manchester-ucapan-terima-kasih.html

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails