Keluarga Tersayang
KESAYANGANS
IKLAN
Khamis, 11 Oktober 2012
Rabu, 10 Oktober 2012
Riadah belakang rumah...
Assalamualaikum....
Hai semua, apa khabar. Ni nak cerita kejadian Sabtu lepas. Backdated lama dah. Entah kenapa sekarang sangat malas dan macam tak ada mood nak jalan2 supermarket ke hape. Aku lagi suka duduk rumah tau.
Sejak aku cuti sakit tu rasanya yang kami start tak berjalan. Kurang lebih dah satu bulan. Jadi 2 minggu lepas memanng kat rumah saja dan aku kesian tgk anak2 bosan sgt2 dah.
Ambik mop baru sapu2 dinding. Verangan macamm2. Hihi.
Jadi Saabtu lepas aku amik keputusan bawak depa riadah kat belakang rumah je la. Pun dah cuku nak buat depa happy kan?
Layan gambar je lah. Aku takde mood sangat ni nak menaip. Mood mengantuk je lebih. Hihi. Tata semua. See u all soon. ;-)
Isnin, 8 Oktober 2012
Wad Pemerhatian Kecemasan HUKM
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Apa khabar korang semua? Harap2 semua sihat2 lah yer. Aku pula, Alhamdulillah, setakat hari ini sihat. Tidur sikit tapi cukup untuk buat aku cergas pagi2 ni. Hihi. Tengahari sikit mesti melepek penat... ;-)
Nak cerita sikit alkisah semalam subuh2 lagi dapat sms dari abg sulung minta tolong aku p jaga mak. Kebetulan kakak ada kerja yang tak dapat dielakkan. Kata beliau lagi mak tak berapa sihat.
Aku pun memang dah niat nak p jenguk mak. Tapi kenalah siap anak2. Bangunkan mandikan, bagi makankan...hihi
Tup tup sampai rumah kakak kat Klang, kakak aku kata mak masuk wad pemerhatian. Aku pun rasa cam nak pitam la juga waktu tu. Terduduk dengar berita tu.
Tak tau nak cakap apa, fikir apa. Cam pening2, rasa nak marah, rasa nak pitam. Semua ada la. Last2 aku g baring atas katil yg biasa mak baring, pejam mata kejap dan aku pun call abg sulung.
Katanya mak ok, sedar dan boleh bercakap. Cuma tak boleh tinggal la. Kena ada teman.
So aku tinggalkan anak2 kat rumah kakak dan terus ke HUKM. Sampai sana, masa lunch, terus ganti tempat dengan abg Atan. Dia kena entertain boss katanya. Hari minggu pun kerja... Nasiblah abg ye...
Mak tak makan pun. Tak lalu katanya. Last2 aku yang bedal sayur sama ikan tu. Almaklum. Lapaq. Hihi.
Aku diberitahu gula mak hanya 3 sahaja. Bahaya tu. Normal 6-8 kan? Mak tak selera dan tak mahu makan. Doktor datang dan nasihatkan aku macam2, bagi mak apa yang mak nak makan supaya paras gula kembali normal. Hmmm...
So masa mak tidur aku pun g la kafetaria yang memerlukan kerajinan untuk berjalan naik lif turun tangga jalan2 ke blok berlainan. Hihi. Eloklah jalan sikit. Kang org tegur kembang mula nak sentap x tentu pasal.
First round aku belikan mak kaya ball dan teh tarik. Sempat mak buat lawak kalau nama melayu semuanya cekodok je. Takde nak ball2. Ada kot 5 biji mak makan. Teh tarik abis la secawan. Udah peberet mak katanya.
Jadi masa yang agak mendebarkan la jam 2, tu. Harap sangat naik balik, supaya mak boleh balik. Dah rindu katil katanya.
Hasilnya cuma 4. Maksudnya mak kena makan lagi. Hmmm... aku g lagi ke kafetaria. This time around, I bought yong tau foo with chicken soup dan secawan air milo pula.
Dan masa pemeriksaan jam 4, naik kepada 7. Aku lega sangat sebab makin meningkat. so ada chance la balik awal. Lagi pun aku tak tahan la dengar mak rindu katilnya di rumah kakak tu. Hihi. Sekali lagi aku turun belikan beger ayam dan teh tarik. Mak makan sikit sgt beger tu. Tapi air habis la.
Bila jam 6 punya check, turun sikit kepada 6. So mak dah makin risau. Almaklum tetiba turun pula bacaannya. Maka aku sekali lagi ke mart dan niat nak beli teh tarik lagi. Sekali kafe dah tutup da... Belikan 3 air kotak iaitu laici, teh bunga dan soya. Harap2 dapatlah bantu mak nakkan balik gulanya.
Iklan jap, gambar aku. Hihi. Blog ai kan...hihi...harus enterframe...
So, mak sangat risau dan sanggup nak perabis baki beger yang beliau tak lalu mula2 tadi tu. Nasi untuk dinner sampai mak makan banyak juga, separuh. Itu pun sangat membantu jua.
Jam 8, pemeriksaan berikutnya di dapati gula mak dah 12. Jadi mak boleh balik. Alhamdulillah. Lega sangat. Aku risau kalau mak duduk wad. Mak sangat susah nak bergerak. So aku terus g hantar mak dan kebetulan nak amik FaRa kat rumah kakak.
Pada kesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada misi dan dokter yang bertugas di Wad Pemerhatian Kecemasan HUKM pada 7 Oktober 2012. Terima kasih kerana lembut sabarnya melayan kerenah pesakit dan anak pesakit ini. Hihi. Jasa kalian sangat tinggi hanya Allah SWT yang dapat membalasnya. InsyaAllah. Amin.
Sampai jumpa.
Wassalam.
Sabtu, 6 Oktober 2012
Melahirkan Rasa Kehambaan
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Antara rasa kehambaan itu ialah rasa malu dengan Allah SWT, rasa cinta dan takut kepada Allah SWT. Juga rasa diawasi, menyerah dan harap kepada Allah. Kalau seseorang itu kuar beribadah, tetapi dia rasa riya', sombong dan takabbur, bermakna inadahnya tidak berperanan.
Ibadah yang begini, yang melahirkan rasa ketuanan atau ketuhanan, bukan kehambaan, tdak akan diterima Allah. Diumpamakan seorang hamba yang hendak menghadap raja, tetapi dengan sombong dan bongkak serta mencekak pingggang dia bercakapp dan berhadap sembah di hadapan raja, tentunya dia akan dimurkai oleh raja.
Kerana itulah di dalam kita beribadah selain rukun dan syaratnya kita jagai, perlulah kita awasi segala adab dan tatasusila kita di dalam beribadah. Walau pun kalau kita lihat, rasa khusyuk di dalam sembahyang tidak termasuk di dalam syarat sah sembahyang, tetapi yang sebenarnya tanpa khusuk, sembahyang kita dianggap lalai dan di akhirat akan dihumbankan kita ke dalam neraka. Firman Allah SWT:
"Dan neraka Wail bagi orang yang bersembahyang yang lalai di dalam sembahyangnya."
Al-Maun : Ayat 4-5
Kerana itulah menjaga adab-adab batin ini sangat diberatkan oleh ulama'. Kerana ada itulah akan lahirnya akhlak. Bersepakat ulama' sufi mengatakan:
"Sesungguhnya yang menjauhkan hamba dari tuhannya itu bukanlah
kerana kurangnya ilmu, tetapi kerana kurangnya adab ketika
berdepan dengan Tuhan."
Wallahua'lam.
SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009
Kredit untuk http://islam44.blogspot.com/2011/08/muslims-praying-pictures.html untuk gambar hiasan.
Jumaat, 5 Oktober 2012
Muhasabah diri sebelum tidur...
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Banyak dah aku merapu hari ni.
Banyak dah aku merapu hari ni.
Dulu aku selalu share kat FB, sekarang kat blog pula. Tapi masih tidak sepenuhnya. Semuanya masih generally told.
Aku ada Allah. Mungkin Allah tak bagi apa yang kita nak kerana Dia dah aturkan yang terbaik untuk kita. Ini pun cakap2 umum. Yang faham maksud aku fahamlah.
Yang tahu kisah aku akan cuba kaitkan itu ini sambil fikirkan mereka ada kaitan ke tidak dalam entri aku ini atau pun yang sebelum2 ini.
Maafkan aku sehingga saat korang baca entri aku ini ya.
Sampai jumpa.
Assalamualaikum.
Khamis, 4 Oktober 2012
Entah.
Assalamualaikum.
Awas.
Ini entri merapu. Aku rasa tak mahu siapkan, tapi aku perlu untuk menulis dan melepaskan rasa. Pada yang membaca, plis jangan nak ikut sama. Biar aku je sengsorang okey?
Entahlah.... Susahlah nak define kenapa dengan aku ni... Dan kerana apa atau siapa laaagiii susah untuk aku terangkan. Sebab sebenarnya tak directly pada sesiapa. Hanya aku dan hati aku. Hati aku dan aku.
Sering tak anda semua dengar ungkapan "Kadangkala apa yang paling kita nak, itulah yang kita tak dapat." Hihi.
Sebenarnya, ungkapan tu ada dalam buku Kartini karya kartunis Tembakau.
Aku cakap macam tu sebab ada yang aku nak tapi aku tak dapat ke? Hihi. Entah. Memang susah nak cakap. Maaflah buat korang pening.
Masuk cerita lain pula. Pernah dengar orang cakap kita takkan sedar betapa berharganya apa yang kita miliki sehingga kita kehilangannya?
Barang la aku cakap pasal barang. haha. Ayat kaberline.
Entah, manusia memang macam tu kan? Bila sayang janjinya bulan bintang. Bila jadi apa-apa, janji ke mana, bulan ke mana, bintang ke mana. Siang dan panas je sepanjang tahun kan?
Kering je. Kemarau. Tak hujan. Kalau hujan bagus juga, sejuk, nyaman, menyuburkan tanah. Apa aku merepek ni?
Entah.
Nak pos ke tak nak pos entri nih? Pos ajelah.
Sampai jumpa.
Mencebik!
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Hari ni sengaja nak tepek muka budak manja sorang ni. Ikut sapa ntah yang manja terlebih tu, hihi. Dia ni sangat berangin. Setakat hari ni lah.
Angin dia bukan sengaja. Kalau dia mengantuk, atau panas atau lapar, memang dia akan mengamuk tak tentu hala. So memang dah tahu la, apa yang dia nak. Cuma tak tahannya tu dia tak boleh sabar langsung. Terpaksalah mak bapak dia yang sabar lebih.
Tapi dia sangat sayangkan kami semua. Kalau aku ni tetiap hari dia peluk cium, bila2 dia teringat nak peluk. Kalau KRZ, puas juga aku ingatkan si Fatin dan setakat ni setiap hari juga dia akan peluk cium. Itulah penambat kasih sayang kan. Peluk dan cium. Takkan nak tunggu tak ada cinta baru nak buat semua tu? Terlambat bebeh. Haha. :-P
Kalau Rafiq pula memang mangsa dia dok perli2, tapi kalau KRZ buli Rafiq dia akan marah. "Ayah janganlah buat Rafiq. Rafiq tu adik Fatin...". So penyayang. Kalau dia buli dan cubit takpe pulak eh?
Apa pun khas buat Fatin, semoga tabah hati nak ye menjalani hidup di dunia yang makin mencabar ni. Ummi doakan anak ummi jadi wanita solehah yang taat kepada perintah Allah SWT. Yang lain2 tu bonus je. Hihi.
Sampai jumpa lagi semua.
Wassalam.
p/s: Video ni aku buat sempena besday dia yang ke enam Ogos lalu. :-)
Rabu, 3 Oktober 2012
Izinkanku Pergi - Kaer
sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintakumembara kerana dia
tiada niatku
tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmarasyurga selamanya
pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayang bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku
oh..pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku
maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi
Johan Bilik PBS Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Jam 12.05 tengahari tadi aku dapat sms dari GB, yang berbunyi begini;
Jam 12.05 tengahari tadi aku dapat sms dari GB, yang berbunyi begini;
TAHNIAH. Syabas kepada semua AJK PBS, guru-guru
dan staf yang berkejasama menceriakan dan melengkap
bilik PBS SKBSD1 yang dianugerahkan Johan Bilik PBS
Rendah Hari Kualiti PPDPU 2012.
Terima kasih atas sumbangan tuan puan semua.
Seriously, aku tak layak dapat kredit ni. Kerana tatkala kawan2 aku sibuk2 menyiapkan Bilik PBS ni, aku dok berehat bercuti selama dua minggu kat rumah.
Ya, aku sakit. Ya hati aku memberontak kerana aku tersangat ingin membantu menolong mereka menyiapkan bilik ini. Akulah penyelaras. Akulah ketua. Tapi di mana aku????
Tahniah buat semua teman2 tersayang. Terima kasih banyak-banyak di atas usaha dan bantuan kalian.
Jerih perih kalian semua aku sangat memahaminya, tinggal aku tak dapat nak membantu saja. Kawan2 juga rajin update perkembangan bilik ini. Gelisah saja aku di rumah. Tetapi aku terpaksa pasrah.
Gambar bilik ini yang cantik aku tidak pasti tersimpan di mana. So tak dapat nak tepek sini. Apa pun tanpa usaha murni teman2 semua, pasti bilik ini tidaklah seberapa.
SERIBU TAHUN by IMRAN AJMAIN
Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/imran_ajmain/seribu_tahun.html ]
Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia
Chorus
Ada kah engkau yakin ini cinta
Ada kah engkau pasti ini tuk selama lama nya
Rela ku menunggu mu seribu tahun lama lagi
Tapi benar kah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/imran_ajmain/#share
Selasa, 2 Oktober 2012
Fatin & Rafiq Sekarang
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...
Layan gambar udah. Belum nak rajin sangat. Hihi.
Sampai jumpa lagi.
Wassalam.
Layan gambar udah. Belum nak rajin sangat. Hihi.
Sampai jumpa lagi.
Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)
Labels
Acik Lana
Acik Lana Nikah
Aisya
Aku
Album
Anak Murid
Anak2
Aneh
Award
Baby Love
Balik Kampung
Birthdays
Biz
Bukan Atlet
Bukan Kemalangan Jalan Raya
Camping
Cinta
CurHat
Dedikasi
Eid Al-Adha
Emo
Emosi
Family
Fatin
Firuz
Gallery
Gaza
Geng
Geng Skul
Gifts
Hobi
Ilmu
Ilmu Tasawwuf
Info
Jalan Raya
Jalan2
Jenayah
Jiwang Karat
Jogjakarta
Jual Beli
KCT
Kecindan
Keluargaku
Kenduri
Kerja
Komentari
Kursus
Lepak
Mak
Makan
Masak
Masihkah Kau Ingat
Mengenal Hati
Menu dalam pantang
Merapu
Mimpi
Newborn
Novel
OUM
Padang Jawa
Pemanggang Ajaib
Pengakap
Pengumuman
Posa_Raya
Puisi
Pusat Ko
Rafiq
Ragam
Ragam Manusia
Raya Qurban
Riadah
Segmen
Semasa
Skul
Splash
Students
Tag
Teaser
TMTA
Ubat Sakit
Ucapan
Wang
Wayang