Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 7 Disember 2012

Peringatan dariNya!

Assalamualaikum.

Astaghfirullahalazim-Al lazilailaahaillah-hualhaiyyulqayyumwa-atubuilaikk.

Ya Allah sesungguhnya aku ini hambaMu yang berdosa Ya Allah.

Ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku ini termasuk dalam golongan yang menzalimi diriku sendiri.

Aku berdosa. Ada silap aku agaknya di pagi Jumaat tadi. Aku tak pasti mana satu silap aku. Tapi aku menyesal.

Aku masak nasi, goreng ikan dan masak sayur. Entah mengapa masa potong sayur hatiku terdetik untuk masak separuh sahaja.

Siap goreng ikan,aku tumis taucu pula. Sambil tumis taucu tu sayur d masak. Cari mangkuk yg sesuai belum dibasuh pula.

Kubasuh mangkuk dan tiba-tiba, prangg. Aku terkejut dan menoleh, frying pan yg asalnya mngandungi sayur yg sudah masak tu di atas lantai. Bertaburan sayurannya jua. Beristighfar aku. Sesungguhnya sayur tersebut bukan rezeki kami sekeluarga hari ini.

Hatiku menangis. Begitulah janji Allah SWT. Kalau rezeki kita, yg kita tak nampak pun akan jadi milik kita.

Kalau bukan rezeki kita, sayur dah siap masak jatuh ke lantai jua. Hihi.

Mujurlah ada separuh lagi. Lantas ku ulang masak. Alhamdulillah. Dah selamat masuk perut.

Maka hari ini rasa nak kongsi resipi taucu yang simple tapi superb. Baru dua kali masak tapi mnjadi kegemaran anak2.

Bahan
4 ekor ikan selar (dibersihkan)
2 peket kecik taucu
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah
Garam
Kunyit
Minyak untuk menggoreng ikan.

Cara memasak.
1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga garing dan ketepikan.
3. Tinggalkan lebih kurang 3 sudu makan minyak baki gorengan tadi.
4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
5. Masukkan tauchu dan air asam jawa.
6. Apabila mendidih bolehlah masukkan air serta bawang besar.
7. Tunggu mendidih sekali lagi masukkan cili merah dan ikan goreng sebelum ditutupkan api.
8. Sedia dihidangkan.

*yg kali pertama aku buat ikut resepi lain dan tambahkan sesudu teh garam. Hasilnya taucuku super masin. So kali ni garam hanya utk ikan sahaja. Tq.


Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails