Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 28 Jun 2013

Sate

Aku terasa nak makan sate kat satu kedai tu dah lama dah. Hari ni cuba lagi dan gagal lagi. Janganlah risau. Aku tak teringin pun. Cuma rasa nak makan je.

Kat satu tempat lagi aku tak berapa gemar sebab manis. Umum dah tau aku tak suka manis dan masin sgt. Tak boleh diterima oleh tekakku.

So hari ni... Kisah sedih pasal sate. Sate je pun. Nak marah. Maaflah ye. Dah penat sgt. Tak larat nak makan.

So start hari ni. Rasa nak makan apa2. Cakap dalam hati jelah ye. Ada rezeki dapat. Tak ada rezeki hari ni lain kali insyaAllah. Alhamdulillah.

Khamis, 27 Jun 2013

Doa yang makbul

Selasa, 25 Jun 2013

Demam

Alahai anak bujang aku ni. Demam jugak akhirnya. Dua hari dah selesema. Dok bertahan. Akhirnya hari ni demam juga.

Check suhu dah 39°. Cepat2 letak cool fever. Memang ada spare dalam peti.

Bawak ke klinik memang sah demam. Tapi suhu dah turun sikit. Lega rasanya.

Esok ummi terpaksa cutilah. Kalau keje dia kena ikut pula. Kena pula jerebu belum hilang sepenuhnya lagi.

Apa pun Rafiq, gws tau. Mummy loves u so much. Mmuahhs!

Bertahan lagi.

Banyak benar yang berlaku. Tapi tak mampu nak cerita satu persatu. Kelihatannya masih tak berubah. Masih pada takuk yang lama. Puas pujuk hati. Puas kuungkapkan letidakpuasan hatiku. Namun semuanya masih sama. Begitu jua. Arghhh!!!

P/s: Gambar google theme hari ini.

Rasa hebat ya?

Assalamualaikum.

Sebenarnya keadaan jerebu makin teruk akan tetapi sekolah takleh tutup lama2. Tak larat nak mengganti weh. Cutinye sedap je. Hihi.

Seingat aku last jerebu tahun 2008 dulu. Lama jugaklah kan. Tahun tu Fatin Rafiq kecik lagi. Dan sangat berbeza dengan sekarang ni.

So pagi tadi bawa Rafiq jumpa doktor. Dari malam sebelum dok mengadu nak g klinik. Selesema. Hidung tersumbat. Nah memang banyak pun sampai tersumbat. Doktor bagi ubat power. Sekali amik terus mengantuk.

Ni sambil tunggu dia lena la. Fatin dah selamatttt. Esok nak bawa depa ke sekolah. Larat ke tidak aku nak melayan tataulah. Hihi.

So kat luar klinik tadi ada beli mask dari auntie yg aku rasa pandai je meniaga jual mask kat luar. Look on the bright side la. Haze ni berlaku mungkin ada hikmahnya. Salah satunya makcik tu dapat meniaga. Hihi.

Anak2 sgt eager nak pakai mask tu. Keluar klinik terus beli dan depa terus pakai. Amboi semangat sunggguhhh!

Mungkin rasa hebat juga bila 'mask on'! Hihi.

Okes. Rafiq udah selip. Time aku fulak nak landing. Esok kilija ma.

Assalamualaikum.

Ahad, 23 Jun 2013

Sunyi

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar jerebu kawasan berdekatan.

Sabtu, 22 Jun 2013

Selamat Pengantin Baru Acik Lana

Tahniah!

Selamat berbahagia dan semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin.

Kredit gambar kepada Noraini Othman. Bff Acik Lana.

Jumaat, 21 Jun 2013

Serkap jarang.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat yang indah permai damai sertai santai. Sungguh berbahagia dapat melabuhkan pinggang di atas tilam kesayangan. Hihi.

Sambil ngapdet serba sedikit. Rindukan telefon yang sgt kurindui tertinggal atas bantal. Telefon tak mau ikut. Mengantuk katanya. :-P

So petang ni masuk satu sms ajak aku nikah sebelum puasa. Hihi. Masalahnya aku tak kenal pun sapa.

Main serkap jarang. Cuba2 ya. Kalau dapat anak dara atau mak jan untung2 boleh beraya bersama beristeri ya tahun ni.

Pada aku memang serkap jarang. Sebab kebarangkalian untuk salah nombor sangat kecil. Kerana selama 9@10 tahun guna nombor sekarang ni, sangat jarang ada yang tersalah nombor.

Maafkan aku kalau korang call aku tak jawab. Sebab fon aku selalu rosak dan simkad juga sering berganti.

Kalau ada hal penting plis sms dulu ya.

Ya udah. Mau selip seposen.

Assalamualaikum.

Lagu raya kegemaran

Kesian tak habis lagi. Jadi sentap macam mana ntah. Tapi aku nak campak jauh2 mood sentap tu.

Sekarang mari mood sedih pulak. Udah2 lah sedih ek. Buat tambah sakit je. Elok aku tidur. Cakap kat sini je nak tidur. Hakikatnya???

Jom layan lagu laye. Memang best. Tengok sekali pasti nak lagi.


Tajuk: 
Sepasang Kurung 
Biru


Penyanyi: 
Khairil Johari 
Johar

https://www.youtube.com/watch?v=vElNOga3gC8&feature=youtube_gdata_play

Khamis, 20 Jun 2013

Rabu, 19 Jun 2013

Tidak boleh...

Pelik. Malam ini aku tidak boleh duduk. Sangat sakit. Baring pun sakit juga. Tapi baring dapat rehatkan badan sikit.

Tadi teman anak2 buat homework paksa diri untuk duduk. Termengah2. Akhirnya terpaksa teman depa sambil baring.

Ini dah baring sakit dada pula. Ala2 pedih ulu hati. Dah tanya doktor. Memang tanda2 penyakit la. Sebab hb darah rendah.

Kerja Fatin belum siap. Berulangkali masuk bilik tanya aku nak buat macam mana. Tak larat sungguh nak bangun.

Nak baring kat sofa memang tak boleh. Sebab nanti payah sangat nak bangun. Bila dah duduk atau baring kat sofa, bila bangun akan rasa pinggang tercabut dan sangat sakit bila menapak.

So tempat paling selesa adalah dalam bilik. Atas katil yang kucintai. Hihi.

Ya udah. Doakan aku sihat2 ya.

Assalamualaikum.

Cara kau.

Begitulah ada
Mengikut keselesaanmu saja.

Pada dirimu semuanya ok
Dan baik-baik saja.

Bila sesuatu
Sedang cuba disampaikan
Sindiran dan tempelak
Itulah yang kau berikan.

Kalau kau tahu
Betapa yang aku rasa
Kau akan malu
Malu semalu malunya.

Kerana semua berpunca darimu.
Darimu.

Panggilan hati

Setiap malam
Pasti namamu
Terpanggil dalam hatiku

Setiap malam
Pasti aku menangis
Merinduimu

Setiap malam
Aku pasrah
Walau hatiku gundah

Setiap malam
Aku pasti
Kau mendengar panggilanku

Setiap malam
Air mataku berlinang
Keranamu

Selasa, 18 Jun 2013

Nasi Goreng Kampung Nostalgia

Lagi tajuk tak boleh blah. Hihi.

Rasa lama tak makan pula. Padahal boleh je order setiap hari.

Baca Bismillah dan doa makan pun masihtak cukup lagi. Acane tu?

Biasa

Biasakah
Harimu tanpaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Ucapan sayangku?

Biasakah
Harimu tanpa
Panggilan manjaku?

Biasakah
Harimu tanpa
Menatap wajahku?

Biasakah
Harimu tanpa
Sentuhanku?

Biasakah
Harimu tanpaku?

Isnin, 17 Jun 2013

Mengidam durian.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setakat ini aku takde mengidam atau teringin yang bukan2. Hihi. Almaklum negara kita ni mewah serba serbi. Cuma poket kita je kurang tebal. Hihi.

Tapi penyakit teringin ni terjadi pada anak2 pula. Lepas satu, satu yang lain pula menjadi idaman.

Malam ni Rafiq tiba2 minta nak makan durian pula. Aku ni dah tak larat sangat sebenarnya. Almaklum jadual hari Isnin padat. Pinggang memang rasa macam dah nak tercabut.

Nak tak nak aku bersiap ala kadar. Dengan tshirt rumah, skirt, tudung. Niatnya nak capai kemeja lengan panjang buat cover lengan. Belum sempat nak ambil dah ditegur Rafiq. "Kenapa ummi pakai baju ketiak?". Sebenarnya tak nampak pun ketiaknya. Cuma lengan pendek.

Senyum je aku. Sambil berkata dalam hati semoga apa yang dia tegur aku ni, dia ingat dan jadikan panduan dalam hidupnya kelak.

Dengan jalan ala penguin. Perlahan2 menuruni tangga. Penat. Mengah. Tercungap2. Keluar jugalah demi anak2 tersayang.Tapi belum rezeki kami lagi nak makan durian malam ni. Gerai yg jual tu tutup.

Kecewanya Rafiq. Membebel sepanjang perjalanan pulang. "Nak makan durian, tak dapat!" bebelnya tak berhenti. "Nanti ummi panjat pokok durian, ok mi?" dan macam2 lagilah.

Dah sampai parkir, aku nak bangun pun susah. Amik masa. Pinggang macam tak ada je rasanya. Pastu pula kena jalan sikit sebab agak jauh. Panjat tangga lagi. Fuhhhh.... Dalam tak larat tu rasa gagah la jugak. Hihi. Ferasan.

Sambil naik tangga dengar Rafiq bebel lagi "Dahlah esok Rafiq sorang yang sekolah, bila nak cari durian!". Hihi.

Dia sangat jeles sebenarnya. Fatin dah satu tempat dgn aku. Dia bosan sbb sorang2. Sian adik. Tak lama dah dik. Tahun depan je pun.

Ya udah. Badan udah sejuk. Now its time to sleep. Bismikallah humma ahya wa amutu. Amin.

Assalamualaikum.

Jumaat, 14 Jun 2013

Rajuk

Seseorang pernah berkata padaku. Aku dah lupa ayat sebenarnya. Ni yang aku faham la ye.

Tak perlu merajuk pada orang yang tersayang. Contohnya macam mak merajuk kerana perbuatan anak.

Konon kena lebih give and take la. Ok.

Ni aku nak cakap pasal diri aku. Sebagai seorang dewasa. Memang selalu tak terasa apa2 pun. Perkara ni semua datang dan pergi macam tu je.

Tapi semalam. Time aku rasa aku lemah. Time aku rasa aku sakit sangat. Semua benda even sekecik2 perkara pun terasa sangat.

Rafiq ralit kat ruang tamu main game kat laptop sampai tak jenguk2 aku kat bilik langsung pun dah terasa sangat.

Tambah terasa bila aku panggil dia tak datang. Datang pun lambat2.

Bila dia dtg tu aku buat2 merajuk. Takyah kawan ummi la. Pegi la kawan ngan laptop tu. Menangis dia. Meraung peluk2 aku. Rafiq sayang ummi. Rafiq minta maaf.

Tapi lepas tu dia g semula la. Sambung main. Hihi.

Bukannya kedatangan dia tu boleh menghilangkan apa yang rasa pun. Tapi at least dapat cium. Bau2 sikit. Lega perasaan ummi ni tau.

Manja betul. Pastu kompelin anak2 manja pulak. Hihi.

Ya udah. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Khamis, 13 Jun 2013

Genap

Genap lagi hari ini
Menambah usia
Pada kejadian itu

Hambar
Hampa
Nestapa

Tak dipeduli
Dipersia
Seolah tiada nilainya

Sakit
Derita
Sengsara

Tiada kesudahan jua

Lenyap
Usah ditanya
Dicari lagi

Itulah nilai
Cinta dunia

Bermusim
Fana

Rabu, 12 Jun 2013

Isnin, 10 Jun 2013

Mind over pain.

Assalamualaikum.

Derita dan sengsara hari ni. Sebarang pergerakan semuanya sakit. Terutama sekali kat pinggang.

Terlebih tidur atau tak cukup tidurkah?

Memang takleh lena pun semalam. Sebab sakit tulah. Melangkau ke hari ini pula sakitnya.

Jalannya pun udah macam penguin. Hihi. Terkedek2 ke kiri ke kanan. Sangat kelakar rasanya. Walau sakit tapi dalam hati dok membayang macam manalah kawan2 dok tengok aku berjalan hari ni. Turun tangga pun amik masa 5 minit.

Konon2 sight seeing la. Tapi org tengok pun tau aku sakit dan sangat tak larat.

Mind over pain. Mind over pain. Itulah yang aku cuba nak terapkan sambil dalam hati tak henti2 memohon bantuanNya. Permudahkanlah untukku. Permudahkanlah segalanya. InsyaAllah... Amin.

Semalam saja entah berapa kali kusapu yoko2 kat pinggang. Sampai dah tak rasa pula kesannya. Punyalah tebal kulit dan lemak yang melekat ditubuhku. ;-)

Ermm. Jap lagi minah tecit tu habis kelas. Aku pun kena gerak pelan2 la. Turun tangga ke kereta dan sediakan lunch. Lepas dia mandi dan bersiap nanti nak terus makan. Oleh sebab aku lambattttt... Maka kena gerak awalll.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Kepit kuku kau kunci cintaku

Assalamualaikum.

Mampis la tajuk. Tak boleh blah. Hihi. Ni kisah aku nak kepit kuku pagi tadi. Dalam kete je.

Biasanya jem maut. Tapi pagi ni syukur. Tak jem pun. Jadi memang x sempat la nak sambil2. So aku hulur kepit kuku kat Fatin. Suruh dia kepit sendiri.

Bila dia tengok je pengepit kuku tu, terus dia macam jatuh hati tau. Dan katanya cantik sangat kepit kuku ummi ni.

Soalannya pun tak berhenti. Ummi beli kat mana? Berapa harganya? Boleh tak belikan Fatin?

Aku pun tanya kenapa dia suka sangat kat pengepit kuku tu? Katanya sebab cantik sangat. Besar. Dan ada love. Hihi.

Dan minta aku belikan untuk dia. Katanya lepas ni nak kepit kuku sendiri. Amboih kemain semangatnya. Sebelum ni susah nak dapat kerat kuku dia tau. Sebab dia suka gigit. Kira macam lega la kan sebab ada pencetus semangat nak kepit kuku instead of gigit!!!

Fatin oh Fatin!

Cara kau cari aku.

Puas kau berusaha
Merahsiakan kehadiran
Di blog ku

Tapi aku tetap tahu
Kau selalu hadir
Setiap hari

Kau selalu mampir
Dan membaca juga
Setiap hari

Walau acapkali
Tidak ada kemasukan baru
Kau tetap setia

Terima kasih!!!!<---gaya David Arumugam penyanyi kumpulan Kucing Lorong. :-P

Wasiat Akhir Imam Shafie

Bukan malas...

Kurang rajin.... Sebab tu korang dapat lihat seperti di bawah. Aku takut aku tak larat so awal aku siapkan sampai hari Khamis. Jumaat sebab masa panjang Fatin akan balik bersiap kat rumah.

Hihi. Nak kena train Fatin macam mana nak ngurus diri sendiri tanpa kehadiran aku.

Dalam masa terdekat ni, aku mungkin akan kena g kursus selama beberapa hari. So yg aku boleh buat macam ni lah.

Aku himpun set lengkap baju sekolah agama yang mengandungi baju kurung, kain, tudung dan yang dalam2. Lipat elok2 dan gulung sebelum letak getah setiap set.

Sediakan dua tuala juga. So dah bagitau Fatin. Tiap2 hari ambil segulung dan tolong sidai tuala selepas guna.

So far dia memang boleh bersiap sendiri. Yang buat aku risau dia suka cicirkan barang2. Mulalah baju tak cukup kain. Tudung  pun kena pakai 2 hari.

Makan tengahari dia pun merisaukan juga. Lepas mandi sibuk nak main. Berkejaran ke sana ke mari. Elok2 dah wangi masam kembali. Busuk peluh.

Kalau aku ada aku akan paksa dia makan. Kalau tak ada tu yang risau sikit. Sebab kat sekolah agama takde rehat. Kelas terus sampai 5.30 petang.

Untuk budak2 yg sedang membesar kuat main pulak tu dah tentulah cepat lapar. Tapi selama yang aku kena stadium bulan Mac lepas, nampak oklah kan. Harap terus oklah ye.

Doa-doakan anak2 aku ala2 survivor macam aku juga. Senang untuk depa dan aku juga. Bukannya aku malas... Hihi. Kurang rajin.... :-p

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Tak faham bahasa atau buat-buat tak faham?

Assalamualaikum.

Entri ala ala emosional sikit pasal perokok malam ni. Hihi.

Adik beradik atau keluarga terdekat pun aku tak boleh terima, apatah lagi orang lain kan? So faham faham sendiri la.

Rafiq yg kecil tu pun pandai nak mengikut bapak sedara dia tau. Kata kat aku "Ummi, Rafiq nak hisap rokok!". Bengang tahap gaban dah aku mendengarnya. Terus kujawab "Rafiq hisap rokok, tak boleh masuk rumah ummi!". Nampak macam dia faham. Tapi tak tau la selama mana nak bertahan. Dia bukan makin kecik. Pergaulan makin meluas. Kawan2 makin ramai.

Alkisah kat kedai makan pun satu. Bukan kat tempat awam memang kawasan larangan merokok ke?

Nak bagi mampus orang lain sama ke? Selamba je aku tala phone kat encik kat dalam gambar ni. Aku tau wife dia nampak. Peduli la. Dahlah duduk belakang aku je. Kat dalam pulak tu. Bongoks.

Takleh tak marah la. Geram. Kalau yg duduk berdepan senang sikit. Aku terus tutup mulut dan hidung dengan tangan. Biasanya depa terus berhenti merokok. Ini sampai aku terbatuk2 menahan busuknya asap zahanam tu.

Perokok nak baca blog aku ni ke? Tak kan? So bg yg tak merokok dan terbaca, silalah pesan. Nak merokok jauhilah orang awam. P bagi mampus family hangpa dulu na....

Sekian.

Jumaat, 7 Jun 2013

Mimpi yang berterusan...

Assalamualaikum.

Rasa lama tak berceloteh dengan kadar celoteh yang sebenar, hihi. Apa khabar semua? Aku di sini, baik2 saja setakat ini. Alhamdulillah. Belum masuk spital tu kira sihatlah ye. Setakat sakit2 dada ala2 penyakit zaman remaja tu, dah terbiasa sangat sekarang. :-)

Pernah tak, korang alami mimpi yang sama, atau hampir sama, pelakon watak yang sama, memberi maksud yang sama? Itulah yang kerap aku alami kini. Pelakonnya yang sama setiap kali, ada aku, ada dia, ada suami dia. Dan tema mimpi itu adalah sama setiap kali.

Aku pernah mendengar Ustaz Don menerangkan antara tanda mimpi benar, adalah mimpinya sama berulangkali. Adakah mimpiku itu satu petanda.

Setakat ini, aku hanya berkongsi di sini. Dua tiga hari kebelakangan ini, aku scroll semula wall fesbuk dan dapati aku tak pernah berhenti bermimpi tentang dia. Arwah sahabatku, Alinda Binti Aman semenjak pemergiannya.

Adakah kerana aku terlalu merinduinya? Tak henti2 kukirimkan doa dan surah Al-Fatihah buat rohnya. Tak pernah aku lupa. Setiap tahun aku ingat juga tarikh lahirnya. Tanpa perlu aku selidiki event atau profil fb. Memang sejak dari tamat sekolah, akan kuucapkan selamat ulangtahun buat arwah. Dan dia juga akan melakukan yang sama.

Tahukah korang, birthdate aku, aku tak pernah rasa penting pun. Memang aku hide dari fb. Masa masih bersama keluarga, adik beradik tak pernah lupa. Terutama kakak dan adik perempuan aku. Mak aku yang bersungguh2 ajak aku g beli kek untuk besday sendiri. Dan dengan arwah, masuk je 12.00 tengah malam, sms akan kuterima, ucapan sempena hari lahirku. Begitulah juga setiap kali Hari Raya. Ucapan ampun maaf darinya.

Kini arwah dah tak ada, lagi kurasa birthdayku seperti tiada apa2. Tahun ini pun, hatiku terseksa dengan perbuatan manusia. Terima kasih. Sungguh. 2 tahun tanpanya kurasa sepi. Alhamdulillah masih ada yang nak juga buat surprise dan ada yang kantoikan surprise beliau. Hihi. Really appreciate it. Thanks.

Berbalik pada mimpi tadi... aku masih tak sampai hati lagi nak cerita kat sini, atau sesiapa juga. Aku masih lagi nak simpan sendiri. Tapi memang setiap kali aku mimpikan yang sama. Dan arwah serta suami sangat gembira.

Tak tahulah apa tandanya. Nak tanya sendiri pada suami atau ahli keluarganya, aku memang tak sanggup. Cuma yang aku boleh kata, walau pun dia dah pergi, dia tetap hiburkan aku, ingatkan aku tentang macam2 perkara. Al-Fatihah untuk arwah sahabat.

Gambar ini adalah antara gambar terakhir kami bersama. Memang kami sangat bergembira masa ni. Arwah adalah yang duduk nombor dua dari kanan. Siapalah sangka itulah antara kenangan terakhir, termanis, kami bersama2.


Doa Pagi Hari Jumaat


Khamis, 6 Jun 2013

I am fine

Aku ok. Hihi. Ok?

Dua

Dulu kita terpaksa
Akur dan mengalah kepada situasi
Segalanya suratan pedihnya ditelan
Dipisahkan lautan
Hilanglah khabar daku mengubah haluan
Walaupun daku sedar dan tahu
Tiada wanita di dunia setanding mu

Tiba-tiba, tak diduga
Dikau berdiri di hadapan mata
Mengembalikan nostalgia, memori bersama
Membisu seribu makna, rahsia terbenam didada

Tak ku sedar sekali lagiKu jatuh hati dengan kewanitaanmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesonaKeanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Kehadiranmu
Di sisiku, disaatku perlukan
Ku perlukan teman yang setia
Melenyapkan dilema yang melanda
Walaupun seketika kau bawa harapan
Padaku sayang

Sememangnya ku sedar dan tahu
Tiada wanita didunia setanding mu
Tiba-tiba hati berdebar
Apabila mata bertentang mata
Detik romantis kini bersemi
Cinta dua hatiMengerti tanpa berbicara, perasaan suci kita

Tak ku sedar sekali lagi
Ku jatuh hati dengan kewanitaanmu
Pada malam yang sempurna
Terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara
Kita berdua bagai rela
Jatuh cinta untuk kali kedua

Rabu, 5 Jun 2013

Setahun sudah berlalu..

Assalamualaikum.

Ibarat lagu kucing lorong kan? Sedih memanglah sedih. Tapi buat apa nak layan sedih tu sangat.

Tak boleh tidur. Sakit dada. Tu kan semua dah biasa. Satu je tak biasa lagi. Sebab sekali je untuk orang hidup. Mati. Kan?

Rasa macam panjang je draft dalam kepala hotak aku ni. Tapi... Tak terkeluar pun.

Apa pun... Nak ucap muchos gracias sebab sudi singgah baca blog merapu aku ni. Dah berapa lama kita berkawan? Kat blog aje dah berapa lama kan?

Harap dimaafkan segala salah silap aku. Halalkan segala pemberian. Aku sgt2 hargai tanda ingatan tu. Mana yang aku pulangkan atau akan pulangkan pada yang memberi... Itu maksudnya hati aku dah hancus la.

Tapi jangan risau. Setakat ni, belum pernah terjadi lagi. Hihi. Sebab aku syg sangat pemberian orang. Tambah2 lagi dari yg tersayang.

Aku manusia biasa je. Tak payah nak cuba2 berapa lama aku boleh bertahan. Dah la aku tengah zaman fragile ni.

Selagi terdaya aku bertahan. Selama mana tu aku tak pasti.

Ada org kata di fb kita boleh menuntut janji Allah pada kita. Sebab Allah dah janji takkan uji kita di luar kemampuan kita. Bila kita rasa takleh tanggung dah, kita boleh ungkit.

Eeiii. Gile ke berani nak ngungkit dengan Tuhan? Yg kita ni janji nak jadi hamba yang taat sebelum ruh ditiupkan dalam badan kita masa mak kita preknenkan kita tu, ape pulak cerita?

Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami. Amin.

P/s: gambar dari wassep. Boleh la kan?

Luahan dari sakit mata turun ke hati....

Assalamualaikum.

Tak boleh tidur. Tak selesa. Sakit dan sebagainya. Tapi truly aku ok.

G jumpa dokter Khamis lepas katanya cuti sekolah ni, dia nak aku betul2 rehat. Minum air banyak2 dan rehat lagi.

Sebenarnya agak merimaskan kalau rehat banyak2 ni. Tambah pula kalau di rumah sendiri. Ada je kerja yang aku rasa aku mesti buat.

Walau tak teruk2 aku mengerjakannnya, tapi sehingga aku rasa ok baru aku stop. Contohnya cuci bilik air. Basically tak kotor bilik air ni kan. Sebab hari2 kita guna untuk mandi. Tapi, kesan atau daki yg tertinggal kat tiles tu... Buat aku sakit mata. Dari sakit mata turun ke hati. Udah jadi sakit hati pula. Hihi.

Tak boleh buat tak nampak. Sangat menyiksa jiwa tau. Kalau aku rasa tak larat sangat, aku akan panggil org dan upah cuci bilik air. Tapi banyak sgt halangannya. Tak berjaya dalam 2-3 bulan ni.

So bila aku macam fresh sikit, aku akan berus dinding tiles. Bila guna toilet dan duduk, mata straight kat tiles dinding tu. So sgt jelas la kalau ia sangat kotor.

Terkini, aku berus lantai dengan memegang menggunakan kaki. Amik kau. Almaklum aku dah tak boleh nak menunduk atau cangkung lama2. Kegemukan menghalang. Hihi.

Nanti kalau boleh nak kembali cergas. Bukan untuk orang lain. Diri sendiri dan anak2 juga.

P/s: Dah beberapa hari aku draft. Akhirnya terpost jua. Maaf lambat.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails