Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 14 Jun 2013

Rajuk

Seseorang pernah berkata padaku. Aku dah lupa ayat sebenarnya. Ni yang aku faham la ye.

Tak perlu merajuk pada orang yang tersayang. Contohnya macam mak merajuk kerana perbuatan anak.

Konon kena lebih give and take la. Ok.

Ni aku nak cakap pasal diri aku. Sebagai seorang dewasa. Memang selalu tak terasa apa2 pun. Perkara ni semua datang dan pergi macam tu je.

Tapi semalam. Time aku rasa aku lemah. Time aku rasa aku sakit sangat. Semua benda even sekecik2 perkara pun terasa sangat.

Rafiq ralit kat ruang tamu main game kat laptop sampai tak jenguk2 aku kat bilik langsung pun dah terasa sangat.

Tambah terasa bila aku panggil dia tak datang. Datang pun lambat2.

Bila dia dtg tu aku buat2 merajuk. Takyah kawan ummi la. Pegi la kawan ngan laptop tu. Menangis dia. Meraung peluk2 aku. Rafiq sayang ummi. Rafiq minta maaf.

Tapi lepas tu dia g semula la. Sambung main. Hihi.

Bukannya kedatangan dia tu boleh menghilangkan apa yang rasa pun. Tapi at least dapat cium. Bau2 sikit. Lega perasaan ummi ni tau.

Manja betul. Pastu kompelin anak2 manja pulak. Hihi.

Ya udah. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails