Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ayam Serai Masak Merah

Bahan

3 ketul ayam (dibersihkan)
3 batang serai (dihiris nipis)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 biji buah keras (dicincang)
1 sudu teh garam
Semangkuk kecil air
2 sudu makan minyak untuk menumis

Cara

1. Potong kecil ayam. Ketepikan.
2. Tumbuk lumat serai, bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga wangi.
4. Masukkan cili kisar dan air. Tunggu sehingga pecah minyak.
5. Masukkan buah keras, sos cili dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan ayam dan masak selama 5 hingga 10 minit.
7. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Pertandingan Pakaian Beragam

Assalamualaikum.

Jenuh memikir nak buat macam mana. Nak jahit baju, mesin takde. Nak jelujur je tahun bila nak siap pula kan?

So ambil jubah yg beli masa Pertandingan Busana Muslim sempena Maulidur Rasul awal tahun ni.

Tambah aksesori warna bendera Malaysia.

Beli handbag dan bendera kecil, guna double sided je tepek mana patut.

Amacam ok tak?

Rabu, 28 Ogos 2013

Sudah jatuh

Ditimpa tangga.

Khamis, 22 Ogos 2013

Makkkk...

Assalamualaikum.

Berita kurang gembira ni. Mak dimasukkan ke hospital malam kelmarin. Keadaan mak dah lemah sgt sejak balik dari kampung.

Amat ada call hari Ahad tu bagitau keadaan mak yang muntah2 dan tak sedar. Apalah daya aku dengan keadaan baby yang masih terlalu kecil.

Hari Isnin pagi kakak aku g tengok mak. Nampak ok katanya walau tak berapa larat. Nampak letih sgt kata kakak aku. Masih mampu makan nasi lemak tapinya.

Ptg tu adik aku pulak g tengok. Mak dah tak larat sgt masa tu. Tak sedar. Adik aku ni pun call kakak yg sorang lagi untuk suruh dua dtg bawa kete sesuai nak bawa mak ke hospital. Alkisah kete dia bateri kong pula.

Macam2 aih. Sudah lupakan je hal tu. Nanti aku sakit hati lagi.

So sampai Hukm mak diperiksa dgn teliti. Macam biasa la kan. Mmg dok checkup dan treatment kat situ.

Ni dah hari kedua mak kat spital. Kakak kedua bagi report ni dalam wassep adik bradik...

mak kena hbskan antibiotics need 3 mr days to stay at hpital. doc meet me tf, bleeding mak x serious, no operation need but she had to stop taking aspirin for 1-2 weeks after discharge. other than dat she is ok. both hand and leg  ok doc siap test depan aton td..so siapa2 ada masa sila lawat mak..dia super boring x gang borak dan x da tv

So aku macam lega sikit. Walau hati ni libang libu. Susah hati takleh pegi tengok mak. Nak ku langgar je pantang ni rasanya. Tapi bolehkah baby bertahan? Aku takpelah. Tua dah. Sakit senang minta ubat. Kalau baby sakit dia nak minta macam mana?

Mak. Cepat sembuh mak. Nanti nak jumpa anak Aida yg terbaru. Cucu mak no 22. Cucu pompuan ke 8.

Kepada abg, kakak2 dan adik2. Terima kasih banyak2 sebab gilir2 jenguk mak.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Hari ke 12

Assalamualaikum

Quick update je boleh. Tadi misi datang rumah. Check aku. Check baby. Syukur semua ok. So far so good. So near tatau la fulak.

Berat baby bertambah sikit. Lebih kurang 1/2 kilo. Sekarang dah 3.2kg. Membesar bagai johan adik ye. InsyaAllah. Amin.

Rabu, 21 Ogos 2013

Lempeng Milo

Bahan

1 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu serbuk milo
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk penaik
1 cawan air
Sedikit mentega

Cara

1. Bancuhkan semua bahan sehingga separuh likat. (seperti bancuhan tepung pisang goreng)
2. Oleskan kuali dengan mentega menggunakan tisu dapur.
3. Masukkan bancuhan tepung dan masak dengan menggunakan api kecil sehingga tepung separuh atau 3/4 masak.
4. Gunakan sudu atau pisau plastik untuk keluarkan lempeng dari kuali, balikkan di atas frying pan biasa untuk satu bahagian lagi.
5. Apabila sudah masak, tekapkan minyak di atas kertas tisu sebentar dan sedia dihidangkan.

Sedihnya...

Assalamualaikum.

Update sambil pangku baby. Boleh macam tu? Hihi. Saja nak cerita pantang org dlm pantang ni adalah menangis. Terus tangkap kepala. Sakit. Bukan pening2 biasa tau. Sakit.

Bukanlah sengaja nak menangis. Semua benda pun super sensitif. Pastu mula la sakit kepala. Bukan sehari. 3 hari sakitnya. Itu kalau dapat ubat. Kalau tak dapat mau dekat seminggu juha.

Berdenyut2. Rasa mcm nak pecah2kan kepala. Rasa je. Tak buat pun. Zaman buat benda2 bangang dah berlalu. Buat masa ni la. Tataulah masa akan datang. Kot mendesak sangat situasi tu.

Dah. Sehari lebih baru nak siap entri ni. Aku lupa la. Hihi.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kari Ikan Merah dengan Kucai

Bahan

Seekor ikan merah (dibersihkan)
2 sudu besar serbuk kari ikan(dibancuh dengan sedikit air)
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Segenggam daun kucai (dipotong kecil)
2 sudu besar minyak
1 sudu teh garam
1/2 cawan air

Cara
1. Ikan dipotong dua. Ketepikan.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumis rempah kari sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang serta kucai dan tumis sebentar.
4. Masukkan air, garam dan ikan tunggu sehingga ikan masak bolehlah ditutup api.
5. Sedia dihidang bersama nasi panas dan serbuk lada hitam.

Isnin, 19 Ogos 2013

Ikan tenggiri harum mewangi

Bahan

Sepotong isi ikan tenggiri
1 batang serai
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Cara

1. Bersihkan ikan. Ketepikan.
2. Tumbuk semua bahan lain. Masukkan garam dan sebatikan.
3. Lumurkan pada ikan dan niarkan seketika.
4. Panaskan minyak dalam kualidan goreng pada api kecil sehingga ikan masak.
5. Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Daging Serai Tumis Kering

Bahan

200 gm daging (direbus sehingga empuk)
2 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia (dihiris)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak

Cara

1. Hiriskan nipis daging. Ketepikan.
2. Tumbuk halus serai, bawang, lada hitam dan jintan manis.
3. Gaul dan sebatikan bahan yang ditumbuk pada daging bersama hirisan halia. Biarkan seketika.
4. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan daging bersama rencahnya sehingga naik bau.
5. Masukkan garam dan gaulkan seketika.
6. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Hai hai hai

Assalamualaikum.

Lama rasa tak tepek gambar sendiri. Hihi. Dah kurus sikit bolehlah tepek. Sikit sangat kurusnya. Walau sikit, aku gembira sbb baju yg aku pakai ni nampak besar. :-P

Hari ni g klinik lagi. Nak pastikan baby bebas jaundis. Alhamdulillah mmg tak ada. Kalau ikut sejarah abg kakaknya pun mmg tak ada.

Check baby je. Mak baby tunggu 12/9 sama2 check dgn baby ye.

Ya udah. Mau selip. Malam tadi baby overtime. Now baby dodo so mummy also must dodo.

Sampai jumpa. Assalamualaikum.

Ahad, 18 Ogos 2013

Ayam Panggang

Bahan

1/4 bahagian ayam (dibersihkan)
2 sudu makan sos barbeque
2 sudu makan serbuk lada hitam (yang ditumbuk 1/2 halus)
1 sudu teh garam

Cara

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan dalam mangkuk.
2. Perap selama 1 hingga 2 jam.
3. Masukkan dalam pemanggang ajaib. Panggang dengan api kecil selama 30-45 minit.
4. Hidangkan bersama sos barbeque.

Diam 2

Tak sampai apa yang aku maksudkan dalam entri semalam. Ni aku cover balik.

Jawapan aku kepada sahabat aku tu, tak balas mesej tak semestinya tak ingat. Rasa rindu tu bukan hanya pada bibir tapi pada hati.

Terus terang aku percaya rindu dalam hati tetap akan lebih dirasai dari yang selalu diungkap dengan perkataan.

Soalnya hati ni, mmg sukar dimengerti. Tak mengapalah nsk diam ke hape. Bukannya x pernah bgtau sebelum ni aku suka mcm mana. Pasrah je la.

Terima kasih byk2 ye.

Assalamualaikum.

Diam

Assalamualaikum

Apa pendapat korang tentang diam?

Baru2 ni seorang rakan aku dari Shah Alam menghubungi aku tanya khabar.

Beberapa hari itu dia juga hantarkan pesanan ucapan selamat hari raya.

Dan terkini dia menyatakan rasa sedihnya kerana mesejnya tak ku jawab.

Maafkan aku lah ye.

Memang keadaan aku tak sesibuk mana. Selain berpantang jaga diri sendiri, jaga baby. Andai baby tidur pula, masa untuk marmet, g toilet, makan, kemas apa patut, pakai pilis, minum ubat. Tu je.

Harap mengerti. Tq.

#gambar baby dah dicukur rambutnya. Cukur sendiri je. Naik kebas punggung sebab lama sangat duduknya. Hampir dua jam tau. Lenguhh!

Hentikan

Plis. Stop it. Tq.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sup Ikan Haruan dengan Lada Hitam

Bahan

Seekor ikan haruan (dibersihkan)
3 biji bawang merah (diracik)
5 ulas bawang putih (diracik)
2 sudu besar serbuk lada hitam (telah ditumbuk separuh halus)
2 sudu teh garam
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara

1. Potong ikan haruan kepada 4 bahagian. Ketepikan.
2. Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam periuk.
3. Tumis bawang sehingga wangi.
4. Masukkan serbuk lada hitam. Tumis sekejap.
5. Masukkan air dan garam.
6. Biarkan mendidih sebentar dan perlahankan api dapur sebelum masukkan potongan ikan.
7. Reneh sehingga ikan masak.
8. Bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.

Khamis, 15 Ogos 2013

Alkisah nama.

Kisah nama baby baru ni bermula lama dah. Fatin dgn Rafiq yang excited terlebih.

Antara cadangan Fatin;
1. Nurin
2. Aina
3. Qaseh
4. Delisha
5. Alisha

Antara cadangan Rafiq;
1. Raja Adam
2. Airil
3. Rafie
4. Raziq
5. Haziq

Nama pendek atau panjang aku tak kisah yang penting maksud dan cara kita memanggil. Even nama penuh aku tak dipanggil di rumah dulu. Tapi diganti dengan nama Aida. Bermaksud keberuntungan. Oklah tu.

Aku tak mahu nama sedap2 tapi panggilan ntah hape2. Takde maksud. Walau niat kita nak beri panggilan manja. Biarlah bermaksud.

Ya udah. Nak layan ditungku ni. Boleh pula sambil update blog. Hihi.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Kronologi Baby Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Since last update, hari ni masuk hari ke 5 aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.68kg di Hospital Sg. Buloh pada jam 9.36 malam.

So memang sejak 2 3 minggu akhir kehamilan aku susah nak lelap sebab panas. Kalau terlelap pun bila bangun baju akan basah sebab peluh. Minum air jangan cakap la. Berbotol2 sehari.

Jadi memang tak berani nak makan durian. Sebab takut memburukkan lagi keadaan. Pada hati yang sama (11.08.2013) lebih kurang jam 3.50 pagi aku terjaga kerana terasa kontraksi yang agak kuat. Sakitnya selama 5 minit berselang 30 minit. Jadi aku tahu masa untuk melahirkan semakin hampir. Ku tabahkan hati sambil berdoa tanpa henti. Semoga dipermudahkan.

Lepas subuh aku terlena dan terjaga semula jam 9 pagi kontraksi masih lagi terasa pada selang masa setengah jam. Bila sakit aku tak mampu buat apa2. Tengah berjalan terpaksa berhenti dan berpaut pada apa2.

Tengahari makan dirumah. Since bulan puasa mmg aku dah tak lalu lauk kedai kan. Lepas lunch aku rehat2 lagi sampai selang masa semakin berkurangan.

Aku teringatkan idaman aku malam tadi. Durian. G cari jugalah untuk hilangkan teringin. Plus nanti dalam pantang takleh makan dan lepas pantang mungkin musim dah habis.

Dapat yg paling sedap dijual di situ sekilo rm10. Sebiji ada 3 atau 4 ulas je. So aku makan 3 biji. Hihi. Memang puas. Sebab sedap sangat.

So balik makan durian aku singgah umah adik sebab pakcu dan makcu mai beraya. Asalnya nak dtg umah aku. Udah aku g makan deriyan. Depa singgah mana ada la kan.

So kat situ dah jam 6. Kontraksi berselang 5 minit. Maka aku tahu aku harus segera ke hospital.

Sampai di hospital jam 7, lepas selesai pendaftaran, terus depa check jantung baby. Result ok dan bukaan rahim aku dah 3cm. Itu pada jam 8.30 malam.

Aku diarahkan ke bilik kedua. Kali ni pemeriksaan dijalankan oleh doktor kerana melihat aku mengalami kontraksi yang kuat dan berterusan. Bukaan rahim sudah 6cm jam 9.00 malam. Doktor kata aku kena terus masuk labour room.

Cakap je terus tapi menunggunya lama juga. Banyak prosedur. Paling aku pelik depa amik juga darah aku dan masukkan jarum tu. Sakit sangat sebab buat tergesa2 dan aku dalam keadaan kontraksi yg tak berhenti.

9.20 baru masuk labour room dan aku dah tak dengar dan faham apa2 depa cakap. Katanya suami puan tak nak masuk ke nak masuk pun aku ha aje. Sebab dah terasa sangat sampai
saat nak melahirkan.

Aku cuma macam pelik la waktu tu tengok depa rileks je. Padahal aku dah sakit sgt2. Bila dah tenang cam gini baru terfikir apasal pulak depa nak panik kan. Aku yang nak beranak. Tugas depa sambut baby dan uruskan mmna patut je. Hihi.

Aku merepek apa waktu tu sampai misi gelak2 aku pun tatau. Adalah tu yg depa tya tapi aku jawab lebih kurang je. Yg aku tau aku tak habis2 baca hasbunallaha wanikmalwakiil wa alallahu tawakkaltu.

Sungguh aku lupa dan tak tahu apa aku buat masa tu. Masa meneran jm cakap puan jangan angkat punggung. Nanti koyak banyak. Pelik sebab aku rasa punggung aku masih atas tilam tak empuk depa tu. Hihi. Lawak. Lawak.

Jam 9.36 malam. Keluarlah puteri kedua. Aku nampak baby tu masa keluar. Warna kulit dia. Dan sungguh perasaan bila keluar baby tu. Perasaan masa bersalin tu, hanya yang merasa je tau perasaannya.

Aku tak ambil apa2 ubat. Untuk cepatkan sakit bersalin ke atau bagi tak rasa sakit ke. Selagi boleh aku minimumkan pengambilan ubat. Ubat2 semuanya bersifat sementara menghilangkan sakit bukan menyembuhkan sakit tu.

Baby diletakkan atas dada lebih kurang 5 minit. Sambil depa keluarkan uri pula. Bila keluar uri tu lagi satu kelegaan yang tak boleh nak diceritakan. Lega selega leganyalah.

Baby dibersihkan dipakaikan baju. Aku pula dijahit. Apa sangat sakit dijahit tu kalau nak banding masa nak bersalin tadi.

So aku dimasukkan dalam wad. Sbb ada gl dan murah rezeki kali ni dapatlah masuk second class instead of 3rd class. Sebilik berempat.

Biasakan hsb tu takde kelas2 dah. Asal ada kosong je sumbatnya.

Tamatlah sudah kisah beranakkan anak baru setelah hampir 6 tahun jaraknya dan sebenarnya petang raya pertama aku dah turun tanda darah. Tapi sebab masih belum sakit aku disuruh pulang saja ke rumah keesokan harinya iaitu hari raya kedua. Hati raya ketiga sempat pula bawa anak2 g jalan2 ou. Makan sotong ring dsb nya. Hihi.

Okes. Mau dodo. Mai tengok gambar baby meh. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

Ahad, 11 Ogos 2013

Teringin Vs Mengidam

Assalamualaikum.

Hari raya ke empat untuk tahun 1434H/2013. Syukur masih mampu duduk tegak dan menaip di sini. Apa khabar kawan2 semua? Harap sihat2 selalu ya.

Hari ini terpanggil untuk menaip atau lebih tepat aku nak mencurah apa yang aku rasa. Kan senang tak perlu nak cover lagi.

Teringin Vs Mengidam. So apa pandangan, apa pula pendapat kawan2?

PADA FIKIRAN AKU

Pada aku takde makna sangat dua perkataan tu. Aku selalu teringin. Dan aku rasa aku tak pernah mengidam apa2. Teringin aku pula bukannya membuak2, sampai nak tidur malam termimpi2 ke apa. Sebab aku selalu fikir rezeki itu bukan di bawah pengawalan aku. So biasanya aku redha. Dapat alhamdulillah. Tak dapat pun tetap bersyukur kepada Allah.

Kalau Allah dah tetapkan rezeki aku, seberapa lama aku diam, pun aku tetap akan dapat. Kalau bukan rezeki aku, puas ku canang pun, dah depan mata pun kadang2 masih bukan rezeki aku. 

Belajar untuk redha la. Tua bangka pun masih nak belajar lagi. Itulah kita, manusia. Hamba. Fakir. Miskin ilmu. Setiap hari masih perlu belajar juga. Jangan sesekali kita terfikir yang kita sudah maklum semuanya. Bila tersedar sekali kita sudah tersilap langkah dan mendabik dada dengan sedikit kelebihan, sedikit sangat kelebihan kita pun.... segeralah kita taubat.

Cakap macam best2 je kau ni. Well, kau tak suka sila la merambus. Kalau kau rasa perlu tegur, tegur lah ye, jangan diamkan saja. Nanti kau tanggung dosa sama.

PADA FIKIRAN AKU TENTANG ORANG LAIN
Contoh 1
Aku ada seorang kawan, yang suka meminta2 apa yang dia teringin, apa yang dia idamkan. Cara dia minta tu aku tak pasti bagaimana, tapi dia selalu dapat apa yang dia nak, dan dia akan war2kan di laman sosial tentang apa yang dia dapat. Aku happy sebab dia happy. Tapi sebab aku tahu kisah di sebaliknya sebelum ini, maka, fikiran jahat pun menerawang....

Jauh...semakin dalam.....

1. Orang yang beri tu terpaksa beri untuk menutup cerita yang lebih hebat, yang kawan aku tak boleh terima,
2. Orang yang beri itu terpaksa beri sebab tidak tertahan dengan sikapnya yang sering mengungkit2 kisah lalu. (ok, yang ini aku sendiri terasa pedasnya. haha.)
3. Si pemberi itu terpaksa berikan kerana kawan aku tu tahu kelemahan dan kekurangannya. Ala2 tolong kaberline.
4. Hadiah itu tidak pernah ikhlas. Sentiasa MESTI bersifat lebih baik dari sebelumnya. Baik dari segi harga atau kualiti.

Contoh 2
Aku ada seorang kenalan, berpangkat abang, yang akan menghadiahi barang kemas pada isterinya setiap kali isterinya melahirkan anak mereka.

Yang contoh 2 ni aku dah tak terfikir lagi.

Contoh 3
Seorang kawan yang hanya gembira bila disogok kesenangan dan kemewahan. Bila tidak dapat apa yang diidamkan, dia akan tunjukkan kesedihan dan kekecwaan yang teramat sangat.

Pun masih tak terfikir nak ulas lagi. Malas.

AYAT PENUTUP

So pada pendapat aku, dalam apa jua perkara pun, mesti berpada2. Pada orang perempuan, memanglah akalnya satu, nafsunya 99. Tapi masih boleh dikawal.

Teringin memanglah teringin, tapi jangan sampai kita menyusahkan orang lain. Lagi teruk kalau sampai kita membazir, berlebih-lebih dalam sesuatu.  

Teringin atau mengidam benda pelik, benda mahal, atau beli secara berlebihan.

Aku sendiri teringin macam2. Tapi, sentiasa ukur baju di badan sendiri. Ukur baju di sini maksudnya bukan dari sudut kemampuan untuk memiliki saja, banyak lagi aspek, seperti contoh yang aku dah berikan. Akan berlaku pembaziran atau tidak.

Mendengar ceramah2 agama juga banyak membantu aku menguatkan emosi menahan keinginan. Bukan maksud aku dengar banyak2 ceramah. Ada yang aku dengar sekali je. Tapi berkesan dan aku ingat. 

Antaranya, apa yang kita dapat kat syurga nanti, adalah benda yang kita suka kat dunia. Contoh orang laki susah nak tahan kawal nafsu dengan orang perempuan kat dunia, sebab tu Allah bagi bidadari kat syurga, di samping isteri yang berumur 17 tahun selama2nya. kalau orang perempuan pula susah nak tahan nafsu beli pakaian, barang kemas atau pinggan mangkuk, kat syurga nanti berkontena Allah SWT akan hantar pada kita.

Tak perlulah nak mengejar dunia ni sangat. Bukannya abadi pun. Fikirlah sebaiknya bagaimana nak dapat yang abadi tu. Aku bukan kata kat korang, aku kata kat diri aku.

Rezeki korang, kalau korang gembira aku pun gembira. Harap korang gembira dan dirahmati Allah selalu ya.

Cukuplah bebelan merapu aku untuk kali ini.

Dan sebenarnya. Sebenarnya....

Aku teringinnnn....

nak makan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

DURIAN!!!!

Hihi. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails