Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 30 November 2009

Jalan-jalan, Makan-makan

Akhirnya lepas balik dari rumah Mares,
KRZ bawak kami g OU kerana aku teringin
Burger King yang ada mushroom tu... giler sedap weyh.....
KRZ siap belikan yang double segala.
Adoyai! Takde peluang nak kurus!
Miahaha!
Padahal aku yang teringin awalnya tadi.
.
KRZ beli Whopper dengan niat nak rasa jenis lain kan.
Tapi Whopper tu yang sedap cuma sayurnya saja.
Rangup, tapi dagingnya kering dan siikiiit kureng...
.
Tak macam mushroom tu...
so tender and juicy.... slurrrpppp....
Adeh! Teringin sudah!
.
Overall yang happy dah tentu anak2 kan termasuk aku la, extra happy.
Ewahh!! KRZ, lain kali belanja lagi yer... Bye!

Merajuk!

Pada pagi semalam, KRZ ajak aku g Rumah Mares
yang terletak di Seksyen 6, Petaling Jaya.
.
Seronok anak2 nak kuar macam biasalah.
Kemudian, Fatin awal2 ajak naik motor dan g main swing
kat taman.
.
Aduyai, memang la pagi, tapi panas terik tau!
Fatin terus merajuk sambil g kat parkir
motorsikal sambil buat muka.
Rafiq pulak sangat ok, ikut jer KRZ. Puas aku pujuk2 tetap tak mahu,
akhirnya aku angkat jer. Melalak2 sekejap dalam keta.
Otw, dia ada saja ragamnya,
walau tak mengamuk sakan.
Aku biar jer, dan bila terlintas nak jenguk,
dia dah dodo da.... Mengantuk tapi tak mau tido.
Pastuh nak mengamuk.... haih!
.
Sampai rumah Mares tuh, KRZ ngan Apiki jer turun sementara aku tunggu dalam keta jer. Malas nak turun pasal KRZ nak p tanya
nombor tipon kawan beliau jer.
Kan ke Rapik buang telepon KRZ?
jadi korang boleh start calling2 KRZ soh beliau save nombor....
Tak pasal kena cari semua nombor semula.
Bye!


Ahad, 29 November 2009

Citer Raya Tiada di sini...

Mengapa??? Kerana tiada gambar.
.
Saja nak cerita tentang Fatin serba sedikit. Dia ni sangat la kurang minat nak makan nasi. Biasanya, kalau makan nasi putih kosong tanpa kuah.
.
Kalau kat umah, dia akan mintak kicap... sangat tidak suka kuah. Dan biasanya orang akan macam kesian la tengok dia, dan mungkin dalam hati mengutuk aku "Ada ker bagi anak makan nasi kosong!".
.
Tapi kalau bubuh kuah atau lauk, dia langsung tak mahu makan. Jadi yang terbaik biarkan saja la kan.
.
Minat dia adalah burger, pizza dan fries. Bukan mengada tau, tapi memang dari kecik pun. Ni gambar waktu aku dok ikut KRZ keje part time kat boling centre.
.
Bila tunjuk kat Patin katanya, "Apiki makan beger, Momi!" Tak kamu sedar anakku, siapa lagi si jendul yang macam baby boy masa kecik2 dulu? Haha! Apik belum lahir lagi waktu nih....
.
So malam raya instead of masak rendang I masak beger untuk kami la. Rafiq tak masuk dalam kami tu kerna feberet dia adalah nasi dengan sup. Memang totally different dengan Cik Fatin. Apa pun, jumpa lagi nanti eh. Bye! Wassalam.

Khamis, 26 November 2009

Salam Idul Adha

Rabu, 25 November 2009

Mari Mencantas!

Haha! Gunting rambut anak bujang aku da!
Dah panjang, sama ngan rambut KRZ. Gaya happy-happy sebelum...
.
Rafiq ngeri sebenarnya terutama
bila mesin tu lalu tepi telinga dia.
Siap terpejam-pejam menahan ngilu. Hehe! Mata sekecik2nya....
KRZ soh guna mata satu, bagi botak.
Barulah Rafiq tak rimas lagi.
.
Yang ni pulak, sempat jugak jeling2 kat aku... dah siap guna mesin,
masa nak tebas jambul pulak. Itulah style Rafiq kata KRZ, ada jambul sikit...
.
Siap cantas jambul, masa mencukur nak trim bebulu
dan membentuk sideburn.
.
Dan akhirnya......
inilah hasilnya.... Amacam? Ok?


Kisah Anak Dara di Tengah Malam


Ni kisah anak dara aku, dah beberapa kali aku
bagi peluang dok depan pc.
Sekarang dah pandai nak klik mouse,
jadi aku carikan online game yang simple2. Dah soh KRZ carikan interactive games yang
menyelitkan unsur-unsur pendidikan supaya
tidaklah semata-mata main game saja.
.
Yes! Aku tak suruh pun dia buat gaya ni,
tetiba pose bila aku tala kamera.
Ha, dia teman aku, memang dari dulu Fatin macam ni.
Selagi aku tak tido, dia pun sama.
Memang bagus!
Apa pun sampai jumpa lagi nanti,
wa mau masuk titon!
Wassalam

2012 - Doomsday

Aku ngan KRZ g menonton petang tadi.
Anak2 tinggalkan dengan Kak Sal, pengasuh lama.
Ceritanya memang best, dengan effect bagai....
tak sempat nak bernapas pun rasanya. Tapi, mengeluh panjang jugak aku,
kerana betapa mereka sangat pandai menggunakan
ilmu Allah SWT kerana segala yang ada dalam cerita tu
semuanya diceduk dari Al-Quran.
.
Contohnya bahtera yang seumpama Bahtera Nabi Nuh,
siap ada binatang yang diselamatkan lagi.
Yang paling jelas adalah KIAMAT.
.
Tapi nak dipesongkan akidah kita dengan mengatakan yang
mereka masih mampu menyelamatkan diri.
Bukan nak bersikap ekstremistik tapi realistik.
Insaflah saudara-saudaraku.

Selasa, 24 November 2009

Pangkor - Day 3

Hari ketiga sebenarnya agak bushan pasal
aku ngan Aini dah siapkan keje.
Tapi tak boleh balik lagi. Jadi petang tu bila Kak Shimah
offer ajak g snorkell, aku pun apa lagi....
.
Walau dalam hati sedikit risau pasal tengah musim hujan kan....
tapi macam rugi kalau tak pergi sebab
peluang macam ni bukan datang selalu yer....
jadi aku gagahkan juga...
memakai B.A ni juga satu hal.
Semuanya untuk tujuan komersil saja. Ciri-ciri keselamatan sangat minima.
(Tapi bergambar harus senyum tau!)
.
Aku terkejut pasal depa pakat bukak selipar.
Seingat aku memang kena pakai kasut kat dalam air,
tambah lagi nak snorkel....
Aku pulak, tak pakai crocs yang beli kat Batu 14 tuh...
jadi kena tanggal jugak selipar aku... huhu...
Mesti nanti luka kaki aku kena coral.... naik satu bot jer dengan kawan-kawan semua.
Bersesak-sesak sikit... kan aku dah kata, ciri-ciri keselamatan memang minima....Keterangan gambar : Penari2 bersama pompuan tak tahu menari
.
pastu dalam perjalanan siap yang bawak bot tu lap maut lagi.
Bukan aku takut, tapi risau kalau jadi apa-apa
sebab aku peratikan ramai yang naik bot tu tak bersedia.
Jadi aku berdoa dalam hati jelah agar semuanya selamat.
Sebelum dicampak ke tempat snorkelling,
kami dibawa melawat2 kawasan sekitar. Sampai tempat snorkel, kami pun terjun...
.
Ada kejadian waktu aku terjun,
aku tenggelam dan timbul semula,
depa pakat tepuk tangan??? Aik??
Kenapa agaknya? lucukah?
Atau terlampau happy menengok aku?
felik, felik....
.
tapi agak mengecewakan pasal airnya keruh
dan tak banyak pun ikan....
coral? lagi la limited....
nasib baik aku dah siap sumbat roti dalam botol
maka dapatlah aku bagi ikan makan
dan tengok ikan depan mata juga.
Kalau tak, maunya lagi hampeh!
.
snorkel tak berapa lama pasal mask ada problem,
asyiklah dimasuki air, sampai aku tanggalkan tutup kepala...
pun masih tak boleh juga.
.
Cuaca semakin mendung dan menanti jer saat tu...
Kemudian hujan dan semua berlari ke darat untuk berteduh...
bila hujan hampir berhenti, bot pun sampai tapi sempat posing tau,
ada rakan yang tak dikenali bawak camera,
maka dia amikkan dan aku baru dapat email dari dia...
ha, dapatlah korang tengok....... balik ke bilik resort, barulah terasa pedih tapak kaki,
rupa-rupanya ada 3-4 cuts yang agak dalam, mengadu2 ngan kak Shimah dan beliau pun bagi ubat, sambil2 dia menyusun sijil untuk peserta kursus..... sebelum kami masuk dodo awal pasal penat la kononnya....
haha! sekian saja cerita...
bye!

Jumaat, 20 November 2009

Gelagat Budak Zaman Sekarang!

-Masih lagi di Pasir Bogak, Pulau Pangkor-
.
Haih! Kecewa sebenarnya.
Aku otw ke kedai makan depan hotel.
Nampak dari sebuah kedai runcit ni 3 anak remaja (perempuan)
dok melepak kat bus stop.
Sorang dok berbaring-baringan yang dua lagi tu kejap duduk,
kejap baring kejap lagi mencangkung. Siap baring2 kat situ.
Aduh.... I bet their parents tak pernah
tahu apa yang anak depa buat. Aku n Noraini nak lalu depan bus stop tu tapi
pandai pulak tetiba depa bangkit dari perbaringan tu.
.
Mungkin gaya kami macam gaya cikgu <--padahal memang cikgu pon... mungkin ada sikit getar di hati mereka. .
So, para ibu bapa, awasilah anak2 anda.
Sentiasalah berpesan-pesan2 dan mengingatkan mereka.
.
Dan semoga aku juga tidak lupa suatu hari nanti kerana
anak2ku pun semakin dewasa! Amiinnn....
.
Nak siap nak p kutip cangkerang siput tepi pantai ni.
Sampai jumpa lagi nanti...
bye!


Bersiaran dari bilik di Coral Bay Resort, Pangkor

Miahaha! Rupa-rupanya kat bilik pon boleh. Adoh, tak payah g menempek kat lobby lagik. Petang ni ada kemungkinan nak g snorkel. Tapi sayang takde camera yang water-proof. Belum sempat nak beli lagi. First time snorkel kat Redang, nak tengok lagi gambar,
sila klik kat sinik ----> REDANG.
Nanti kalau ada stori lagi aku publish lagi yer...
Jumpa lagi, bye!


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails