Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 10 Februari 2010

Rafiq Kemalangan!

Berita sedih ni. Lepas balik dari skul kami terus g menjemput anak2. Sampai2 jer umah pengasuh, belum aku masuk, pengasuh Rafiq terus bagi tahu Rafiq terjatuh.
.
Gayanya takut2 kerana salah dia cuai. Aku rileks jer. Sambil tanya teruk ker?? Katanya ada tanda kat hidung. Pastuh dia kata dia takut.
.
Aku pun masuk la tengok. Rafiq tengah tido. Tengok2 adohai!!! Kurang hensem sudah anak bujangku. Bercalar hidung yang tak berapa nak mancung tu. Merah jer....
.
Pengasuh tambah cerita dia tengah masak kat dapur sambil Rafiq main2 dengan anak dia yang lebih muda setahun dari Rafiq. Dan mengaku dia cuai lupa rapatkan pagar dapur dan pagar itulah yang dilanggar Rafiq sebab dia main kejar2.
.
Banyak kali dia minta maaf pada aku dan KRZ. Kami nak kata apa lagi? Bukan dia sengaja atau dia nak benda tu terjadi.
.
Aku pesan jugak berkali2, lain kali ingatlah. Mujur tak kena mata, kalau tidak??? Aku sound juga tapi penuh berhemah, ini mujur aku... kalau orang lain... bukan setakat kena marah, silap2 kena saman bagai.
.
Walau ada yang bagi cadangan macam tu, aku idak ler cepat nak melatah. Yang menambah cool aku, katanya Rafiq tak menangis langsung.
.
Dan waktu aku tengok Rafiq tu pun dia tengah lena tidur. Siap tak mahu bangun bila aku kejutkan.
.
Otw balik Rafiq dah bangun bila KRZ tanya, katanya tak sakit sambil geleng kepala. Kata KRZ lagi, kalau teruk, pastinya hidung Rafiq dah bengkak dan darah pun akan keluar dari lubang hidung. Jadi idak ler aku panik.
.
Cuma terus mengajak KRZ g beli minyak gamat pasal takde langsung stok kat umah. Tengok la budak ni, siap suruh aku amik gambar dia dengan gula2. Dia memang tak heran luka kat hidung tu. Sampai rumah terus aku soh KRZ sapukan minyak. Korang tengoklah muka dia yang menahan geli sebab minyak tu nak meleleh... bukannya sebab sakit kena minyak... Kemudian boleh ketawa lagi bila KRZ kata siap! Aduyai anak!


2 ulasan:

Acik Lana berkata...

ohmaigod..ni dah parut pirate ni kak..ahahaha

tp nmpak cam calar je kan..xpela kalau x serius..bnda2 camni susah nk elak..

eh pehal positip sgt aku ni kak?haha

Aida Omer berkata...

Bagus apa positif?

Idakler berduka lara sepanjang masa.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails