Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 31 Mac 2010

Tag From Ateefa

To Eefa, thanks arr sebab sudi nak tag cikgu mu ini. Cikgu copy-paste saja tau, tambah tolak sikit.... Jangan marah yer.....

The rules : Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 23 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 5 people to be tag :)

  1. Saya suka makan... dah hidup kan....sapa tak suka makan mesti dia dah matik... haha...
  2. Saya tak suka makan lagi tapi biasanya tetap akan makan jugak....
  3. Saya boleh menulis, tapi jarang dapat menulis...
  4. Saya tak suka sikap manusia yang berlagak, tapi lantakkan saja, ada aku kesah???
  5. Saya seorang yang berani... bukan sekadar berani kerana benar saja, selalunya berani nak get rid serangga merayap kat umah la...
  6. Saya tak suka shopping, tapi suka window shopping.
  7. Saya suka jalan jalan tapi saya cepat letih....
  8. Saya tak suka nyanyi tapi selalu kena menyanyi kat anak2 murid...huhu...
  9. Saya suka seni visual walau kurang berseni... tapi seni menampal, aku cukup expert!!!
  10. Saya suka korek telinga... sampai menjangkit kat anak2... depa pun dah expert tau....
  11. Saya suka belajar.... walau penuh tekanan tapi rasa tak mahu berhenti...
  12. Saya suka gembirakan orang lain.
  13. Saya perempuan paling tinggi dalam keluarga saya....
  14. Saya suka perbincangan ilmiah dengan suami.... rasa macam bertambah pengetahuan...
  15. Saya suka gelak dgn keluarga saya....
  16. Saya suka berebut makanan bila makanan nak habis atau dah abis... haha.. suka buat org rasa bersalah....
  17. Saya suka MCDONALDS tapi sekarang lagi suka BK... owh... mushroom swiss...
  18. Saya tak terror math walau adik badik semua boleh tahan resultnya....
  19. Saya tak terror science.... tapi masuk kelas sains waktu form 4 & form 5
  20. Saya suka nak menunggang motorsikal, tapi suami tak izinkan... huhu....
  21. Saya tak suka org menipu saya. (kalau berani cubalah!!!)
  22. Saya sangat suka seafood (selagi termampu makan! Haha, giler burok lantak)
  23. Saya juga suka makan NANDOS ! SEDAPPP!!!~~~ Lagi pulak kenangan jadi perintis Nando's di Bukit Tinggi, Klang... huhu...

Nak tag :

  1. Acik- sebab ko malas ngapdet macam aku...
  2. Khaty- jarang jugak dapat khabar dari blog...
  3. Zan- Suka nak baca apa ko nak jawab...
  4. Sue Joshua- sebab ko rajin jawab...haha..
  5. Sapa-sapa yang nak buat. Takde paksaan.

Isnin, 29 Mac 2010

AWARD KHAS!!!

Sebab terbaca di blog SJ musim award walau aku tak dapat banyak...aku ciptakan award ini khas untuk semua blog yang tersenarai di blog aku.

Ada dua pilihan, yang pertama gambar kaku.... yang kedua pulak animated gif....

Award,Award
lama tak buat langsung lupa camne...
puas gaklah gi jumpa En. Gugle... hehe....

Ikut suka la nak amik yang mana pown tapi gif tu
boleh klik je kat gambar tu untuk amik html codenya...

Sesiapa yang datang pun boleh nak ambil asalkan tinggalkan link tau... Ada banyak blog yang aku suka baca tapi tak tersenarai kat blog list tu... Sudi-sudikanlah ye.......

Ahad, 28 Mac 2010

Award dari Sue Joshua!

Salam buat semua, lama rasa dah tinggalkan blog ini.
Rindu la jugak....

Anyway thanks a lot to Sue Joshua from
http://suejoshua.blogspot.com/ for this award!
Lain kali jangan lupa bagik lagik!!! Haha!


Kepada 6 nama yang tersenarai di bawah, sudi2kanlah ambil dan tepek di blog korang eh.. haha... Cara-caranya letakkan gambar seberapa ramai anak2 yang korang ada, nama dan tarikh lahir anak termasuk kalau ada yang pregnant tu pun boleh letak juga... sila vangga dengan anak2 kita tau!

FATIN BINTI KHAIRULRIZAL

Born : 27th August 2006

RAFIQ BIN KHAIRUL RIZAL

Born : 10th November 2007

Sila amik award:
1. Khaty
2. Wida
3. Ayiez
4. Kak Sma
5. Cikgu Ilah
6. Acik Lana

Kepada rakan-rakan yang tersenarai, lepas ni bolehlah bagi award padamummy-mummy vogue kawan korang yek...Semoga award ni makin tersebar lagik gitu....
Sampai jumpa lagi...tata.....

Rabu, 17 Mac 2010

Budak Manja Kesayangan!

Umum tahu bahawa aku dan KRZ memang tak pernah manjakan
anak2 kami. Tapi Rafiq sangat pandai manjakan diri.
Tengoklah gambar ni... aduh....
luruh jantung tengok kemanjaan dia tu kan...
Hehe... jumpa lagi nanti..bye!

Ketua geng mata lalat!

Ini bukan cermin mata aku..
Aku pinjam dari Norli... cantik & mahal....Kata Norli Cina kat kedai yang rekemen,
sesuai dengan muka dia...
.
Aku suruh dia pakai...
Bahaha! Ketawa terbahak-bahak!!!
Muka dia kecik dan chomel...
Tak sesuwai....
.
Kemudian Norli suruh aku pakai jugak...
"Alamak!!!" fikirku dalam hati.
.
"Kalau buruk pasti diketawakan nanti...

Padan muka! Siapa suruh ketawakan orang??"

- aku bermonolog sendiri... Ni cubaan nak cover supaya orang jangan ketawakan aku...
Sebelum orang gelak, aku gelak sendiri...
Rupa-rupanya mendapat pujian...
Kata mereka SESUWAIIIII!!!!


Lawa ker??? Hehe!
Macam tembun jer..... Miahaha!Jumpa lagi...


Jumaat, 12 Mac 2010

Uniform

Bukan uniform Pengakap dan sebagainya, tapi uniform ibu hamil.
Memang chomel tau tengok Shirley
yang tengah sarat tu melaram.
Tapi dia malu-malu. Katanya aku mengusik dia.
Haha! Betul dik, chomell!!! Walau bukan satu agama, aku rasa Shirley ni sangat
rapat dengan kami. Kata Shirley walau tak
mengamalkan ajaran agama, tetapi dari kecil dia diasuh
dengan nilai-nilai murni. Sangat teguh tau bukan sebarangan.
Harap2 orang lain pun boleh ikut la meneguhkan
nilai-nilai murni bukan saja dalam diri tapi dalam pergaulan seharian.
.
Apa pun Shirley,
aku doakan semoga kau selamat bersalin nanti yer.
Semoga tabah mengharungi asam garam kehidupan,
semoga berbahagia disepanjang hidupmu.
Bye!

Ahad, 7 Mac 2010

Meet Deeneshwari & Muiz Zafri


After I 'sms'ed her, she replied;
Thnx 4 ur msg Cikgu.
I was looking 4ward to ur reply.
I wil stay in touch.
Take care my favourite n special teacher...
.
I really do feel good to read the sms.
Did I really 'touched' her heart???
How???
.
Students are my responsibility but parents???
.
At least try to understand.
Everything that I've done - for the sake of ur child.
.
My salary will be in on time every month...
Of course no overtime payment for my extra
hardwork but we as teachers always keep on
trying to change the attitude of the young learners.
.
After so much I've been through at school...
I hope all of my students can be better from before, now.
Sighhhh!~~~~~



Selasa, 2 Mac 2010

A sms from London....

Last Friday I received a sms from my ex-student from London.
.
Why ex???
.
It is not because she finished schooling in Malaysia,
it is because she had to be with her family.
Her father is working there.
.
I am so pleased to read her text.
I taught her for a few months only and she remember me well. Helo n gud mrng Cikgu Rafidah.
This is Deeneshwari from London.
I hope u stil remember me.
Hope u r fine as i m here.
I miss M'sia b'cos it is very cold here.
But i enjoy school here as i hv lots of new friends
n i dont carry heavy books or bags to sch.
I m in yr 3 n my sister Thurgaashini is in yr 6.
She too says hi. Hw is Cikgu Ku Azril?
Pls say i said helo n my regards to all my
frens there... esp Muiz.
Take care and keep in touch.
Bye.
.
Thurgaashini is her big sister.
I taught her too when she was 7.
Deeneshwari is tougher than her sister.
Her sister always cried when I raised my voice.
.
But Deeneshwari didn't.
She just kept quiet and always try
to please me.
.
Ku Azril is my colleague. He was the class teacher.
Muiz is her best friend. Maybe was.
.
Of course I replied the sms.
And I am going to publish her photo soon with
the latest sms, if any.
.
For the time being, my desktop is unavailable.
So sorry that u all have to wait before could see her.
Bye!

Isnin, 1 Mac 2010

Syafia ~ Salah siapa????


Topik hangat nih! Aku tak mahu ketinggalan. Bersama entry ini aku tepekkan gambar allahyarham adik Syafia ketika sihat.Gambar yang lain sangat ngeri dan air mata akan tidak berhenti mengalir setiap kali terpandang. Jadi, jangan tengok. Nak tau pendapat aku??? Bacalah yer. Ni aku copy paste komen kat fb Kak NB.....
.
Ajal memanglah kita tak mampu nak elak.
.
Pendapat peribadi saya pula, semua pun bersalah, dari si pendera (tentunyalah kan), ibu, atuk, nenek, dan jiran2.Pendera-waktu melakukan mungkin sedar atau sebaliknya. Mungkin dibawah pengaruh sesuatu keadaan. Mungkin gila???... God knows....
Ibu-tak prihatin. Bagi ibu2 yang bekerja, rapatkan diri dengan anak supaya tahu walau sedikit perubahan emosinya. Bukan suruh kontrol anak sampai tak tahu nak buat apa pulak nanti.Kalau anak kita ada kesan sikit, pasti kita nak tahu kenapa.
.
Bukan nak terus marah, siasat dulu. Kalau insiden kecil atau hal2 biasa saja tak mengapalah.Perhatikan sikap dan perubahan tingkah laku anak. Pasti kita dapat kesan.
.
Atuk-rakan subahat. Cover salah anak sampai tergadai nyawa cucu. kata dia sendiri nikahkan??? Eh eh...main2 ko dengan hukum hakam ni kan????
.
Nenek-dah pernah nampak kesan dera tapi hanya percaya cakap mangsa. Entah2 si pendera dah bagitau siap2 yang dia luka tu sebab jatuh. Budak, tau lah, ikut jer cakap org yang dia sayang kan???
.
Jiran2-Nak menyibuk, akan dikata jaga tepi kain orang. Nak mengadu, kecederaan budak tu tak serius. Kesalahan tu akan kita pulak yang tanggung. si pendera pasti tahu siapa yang mengadu, tak pasal wujud konflik pulak. Silap2 mau berbunuh2an.
.
Tapi kita kan ramai (sebagai jiran) kalau ramai2 pergi serbu dan tengok atau tanya, mesti si pendera tak berani nak teruskan.
.
Atau mungkin jugak sudah siap2 di beri amaran oleh pendera "Jangan sibuk hal aku!". kena pulak dah kena tipu hidup2 mengatakan itu anak dia kan...
.
Di ulang sekali lagi:- Ini pendapat peribadi berdasarkan bacaan yang terhad dan sumber rakan2. Jangan percaya apa yang aku tulis ni. fikir sendiri.
.
Wallahua'lam.....

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails