Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 7 Januari 2011

Makan2 sempena tahun baru!~

Asslamualaikum....

Cerita dimulai dengan gambar Acik dok melayan Apiki.
Tak lama lagi anak2 aku dah besar akan ada pengganti. Tak lain tak bukan si anak kesayangan Juan dan Emy. Baby cute lagi demok tu...

Semua dah ada kena menanti En. Kerol yang masih berbau Hindustan.... baru sampai dari India jengok mak beliau yang berada di sana....
Tak jauh sangat tempatnya tapi tak boleh belah org yang jadi pemandu arah tu. Laju nak mampos. Selamba aku tulis kat sini. Esok2 dia print tepek kat mana2 pulak. Haha... padan muka aku... pedulik! Nko tak reti konboi ker? Ini bukan kat lebuh raya tau... nak laju2 gitu.
Disebalik kekeliruan Mr. Presiden suruh paking keta dan jalan secara berjemaah, kami sampai juga ke tempat yang dituju. Terima kasih kepada pemandu2 yang tak lain tak bukan KRZ dan Haji Fie yang sudi menumpangkan org2 lain. Tq khas juga untuk Mr. Rozi kerana menumpangkan aku anak beranak yer.
Hoh? Gambar di bawah ni sangat ngeri ok! Ada kelibat bayangan serba hitam melalui belakang Abg Rozi. Ngeri wei... dahlah aku sengsorang tengah2 malam ni. Fatin g berak pulak... haha...
Kak Banun bersama Banun Junior. hehe....
Aku duduk sebelah Fie dengan harapan beliau tak kuat makan... haha....
Makanannya sangat lambat siap, dan aku tak paham kenapa. Sebab kami dah reserve awal2 lagi. Mujur anak2 aku kurang borink sebab serba kreatif berangan main sendiri.
Neway thanks to Acik kerana gambar2 dalam entri ini kebanyakkannya, beliaulah yang mengambilnya.

Mukaku masih lagi benagng kerana tidak makan dari petang....Grrr.... mana makanan ni? Kami dah lapar!!!
Tengok mainan Fatin dah bertambah, ada kerang pulak dalam pinggan dia. Haha.. Aku tak tahu rupa2nya anak2 aku ni suka makan kerang!
Kantoi tak pernah masak kerang kat umah. Sangat the meleceh la. Tak sangka depa pandai makan. Satu lagi aku tak berapa minat makan kerang. Dan seiingat aku sekali dua saja aku masak kerang ni sejak nikah ngan KRZ. :P

Bila lauk pauk sudah datang, perot semakin tak sabar!!!!

Apa lagi....seranggggggggggggggg!!!!!
Sesudah makan, KRZ suruh aku mengoder ketam masak lada untuk dimakan kat umah. Memula kena la g pilih dulu ketam mana yang kamu hendak makan yer...
Inilah dia 4 ekor ketam yang terpilih... takde yang besar2 pun, tapi kira ok jugak nih..... dari takde langsung kan????
Sementara menunggu ketam, kami sibuk dok tengok telatah dan gelagat anak2. Contohnya , melihat gaya Si Rafiq sampai terpejam2 mata mengidu bau tembakau Blueberry si Dai.
Lepas ketam masak, kami pun balik terus ke rumah tak singgah Shah Alam dah. Bukan apa, haruslah balik untuk dapatkan rehat yang cukup, Isnin nak mula kerja dah.

Lagi pun 4 ekor ketam dah menanti.....
Sampai2 rumah aku dan KRZ pun apa lagi...
Makan dengan senyap tanpa sebarang bunyikkkk....

Tetiba jadi pantun 3 kerat pulak. Haha. Sampai jumpa lagi. Wassalam!

6 ulasan:

Acik Lana berkata...

motip kerol pergi india jenguk mak dia?? jenguk sedaralah.

mak dia seksyen 7 jugaaa..wakakaka.

neway akak sangat efisyen mengapdet . Keep it up!

Aidafidah berkata...

Dia kata dia jenguk mak dialah. mana tau, baca kat fesbuk saja. Bukan secara interbiu... hehe..

Thanks diatas pujian..hehe...lagi semangat nak ngapdet!

Dija berkata...

wah, bestnya ketam.. nak kena g makan ni.. nanti baby terliur.. he3

Aidafidah berkata...

Makan jangan tak makan, masak sendiri laagi sedap....

Budak suka gigit kuku. berkata...

saya dah pernah pergi dah tempat tau.
memang la makanan dia lambat sampai.
memguji kesabaran betul !tratab

Aidafidah berkata...

Eh budak suka gigit kuku ni, ingatkan siapa tadi.

Memang sangat menguji kesabaran kan???

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails