Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 16 Januari 2011

Kartun kegemaran...


Assalamualaikum....

Hai hai hai. Saja dah bosan takde bahan, aku donlod beberapa keping gambar dari Google. Sekarang ni kegemaran yang paling utama anak2 aku adalah PPG.
Setiap pagi bangun tido kol 5, mandi, pakai baju, tengok katun dulu sambil sarapan baru g skul. Rafiq siap lambat sikit kerana beliau cepat borink. Kiranya jam 6 tu dah siap la makan.

Hehe, sambung citer ek. Seingat aku anak2 aku ni start suka tengok katun waktu jaman KRZ keje petang dulu. Memang setiap pagi wajib tengok Ben 10 ni.

Yang bestnya waktu tu Fatin lagi kenal Ben 10 dan sekalian alien tu dari aku tau! Malu pun iya jugak bila Fatin tanya nama patung tu aku takleh jawab, rupanya alien Ben 10. Haha.
Kemudian, depa suka jugak citer Spongebob Squarepant. Asalnya Fatin sebut Panbob Pepen. Haha. Annoy giler citer nih. Dan mula2 ajar depa tengok movie tu la. Yang crown King Neptune dijual di Shell City tu.
Zaman tengok Astro bermula dengan Barney! I love u, u love me, we are a happy family....wakakak... giler aku pun kena brainwash tau!
Di Astro juga ada Dibo nih. Kebanyakan theme song katun2 ni aku dah hafal yer. Dan sambil2 aku taip ni aku teringat banyak lagi katun yang anak2 dok tengok tapi aku lupa waktu gugle gambar tadi. Antaranya, Higgly Town Heroes, Word World dan banyak lagi.
Citer Shaun the Sheep ni sangat kiut ok???? Tapi ini bukan Shaun yer kawan2.
Lagi pastu ada citer Miki Mos Plubplouse. Haha.... to be honest, memang Patin sebut Plubplose yer. Damn funny kan?
Kendian ada citer Special Agent OSo.
Fatin really banyak terpengaruh dengan citer ni. Rasanya tetiba dia pandai bawak basikal pon sebab tengok citer ni la. Citer ni jugak bg dia banyak idea minta KRZ macam2, antaranya nak main ice skate.

Next, adalah citer yang paling ANNOYING dalam dunia selepas citer lakonan Will Farrel! Both sitcom and cartoon anak2 suka tengok.
Ben 10 lagik. Ada satu cerita, satu hari aku sengaja la panggil Fatin, "Gwen!" tetiba dia menyahut..."yes!!!!". Aku pengsan!~ Sama gak RAfiq pon mengaku dialah Ben 10. Untuk peengetahuan korang, aku je takde watak dalam Ben 10 tu. KRZ jadi "Granpa Max"... :P


Pastu ada Chowder! Adoi... tapi satu je aku suka citer2 nih, semuanya English jadi sangat2 melatih la pengetahuan bahasa anak2 aku.

Contohnya hari ni, aku bawak anak2 g skul. Aku jalan kat depan, Fatin larik ke arah aku sambil jerit... "Momy, wait for me!". Bangga la jugak, sebab cakap BM jek kat umah.

Last sekali aku masukkan citer Flapjack ni. Best jugak nih. Leka je anak2 tengok. Tapis ama jugak, boleh tahan annoying jugak citer ni pon.


Hoho... mengantok sudah. Tak dapat nak sambung lagi. Jumpa laginanti. Wassalam.

Bye!

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails