Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 27 Mei 2013

Jalan yang mana?

Kita sentiasa diberi pilihan
Jalan yang mana perlu kita lalui
Jalan A atau Jalan B?
Keduanya kita tahu penghujungnya
Jalan Bahagia membawa DERITA atau
Jalan Sengsara menuju SYURGA

Kita juga selalu diberi peringatan
Namun kita tetap juga alpa
Dan lalai pada setiap amaran
Lantas meneruskan kesombongan kita

Ahad, 26 Mei 2013

Menggogoi

Menangis.
Menahan esak.

Namun permata jernih tubir jua.
Menggogoi dalam hiba.
Mengundang nestapa.

Rabu, 8 Mei 2013

Harum dan manis....

Assalamualaikum.

Minggu lepas sempena kempen Jom Kita Mengundi, hihi... Gelak dulu. Kawan2 pakat balik kampung.

So my dear friend Perus Abdullah ni pos gambar harumanis makan dengan puluit kat fb. Dan menceritakan hubby dia tak lalu nak makan la sbb dia tak biasa...

Alang2 memang susah dapat kat sini, aku oderlah dua kilo mangga harum manis all the way from Perlis.

Hmmm... Berbaloi2.

Ya udah. Mau ulang makan lagi. Anak2 pun suka.

Assalamualaikum.

Selasa, 7 Mei 2013

Ayam Goreng Kicap

Bahan2
1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji ubi kentang (dipotong 8)
Kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng.

Bahan hiris/tumis
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inchi halia
5@7 biji cili padi (ditumbuk)
1 sudu kicap makan
2 sudu sos tiram
1/2 cawan air
2 sudu makan minyak masak

Cara2
1. Bersihkan ayam dan ubi. Gaulkan kunyit dan garam.
2. Goreng sehingga garing dengan api sederhana. Angkat dan asingkan.
3. Tumis bahan hiris sehinga wangi.
4. Tambah kicap pekat dan sos tiram. Ratakan dengan bahan tumis.
5. Masukkan air. Tunggu mendidih nolehlah dituang ke atas ayam dan ubi goreng.

*untuk yang kubuat kali ini, cili api letak kat atas, sebab anak2 tak makan pedas. Biasanya untuk makan sendiri tumis sekali cili padinya drngan bahan hiris.

Lempeng Strawberi

Bahan2

3 cawan tepung
2 sudu gula
1 sudu teh garam
1 cawan air
1/2 sudu teh perisa strawberi
1/2 sudu teh pewarna merah jambu
Sedikit minyak (mengelakkan lempeng melekat pada kuali)

Cara2

1. Bancuh semua bahan kecuali minyak sehingga sebati.
2. Panaskan kuali dengan api kecil.Masukkan satu sudu teh minyak ke dalam dan pastikan rata.
3. Gunakan satu senduk adunan tepung letakkan di tengah2 kuali.
4. Golekkan kuali dengan kain buruk.
5. Balikkan adunan setelah 2-3 minit.
6. Angkat dan sejukkan sebentar sebelum digulung dan dipotong.
7. Sedia dihidangkan dengan sambal ikan bilis.

Isnin, 6 Mei 2013

Tekad.

Assalamualaikum.

Berakhir sudah pilihan raya. Rasa lega sebab boleh tengok tv macam biasa. Hihi. Dah la takde astero, tv biasa pun asyik Mandat je. Letih gak nak melayannya. ;-)

So, apa pandangan anda semua? Ada konklusi tersendiri? Plis jgn beritahu saya. Tak berminat ok! Yang aku tahu kita semua manusia dan tak lepas dari buat kesilapan.

Tidak ada yang tidak salah. Tidak ada yang sepanjang masa salah pula.

Bosan memanglah bosan bila baca kat fb macam2 komen. Tapi hadap je lah. Segala maklumat atau berita atau pendedahan sangatlah berat sebelah kecuali kita buka dan mencari di pihak satu lagi.

So supaya tak menambah luka di hati sendiri atau di hati kawan2 pula, tekadku tiada update pasal politik. Hehe. Jalan paling selamat kan.

Ya udah. Mau selip.

Maafkan salah silapku ya.

Assalamualaikum.

Ahad, 5 Mei 2013

Sekolahku

Assalamualaikum.

Hari ni pulang ke Padang Jawa mengundi untuk kali ketiga. Sampai traffic light Padang Jawa dah jem. Apakah?

Semangat mengundi yang lain macam ek kali ini? Taklah ramai sgt yg mengundinya. Tapi sebab petugas parti yang bertanding sibuk dok laung macam2 di tepi jalan sebelum sampai tempat mengundi. Sambil kibar bendera, kipas, payung dan ada juga yang bagi air mineral. Buat penghilang dahaga. Hihi.

So saluran aku takde orang pun. Hihi. Sampai je terus check nama. Dan buanglah undi. Yang berguna atau tidak tu aku tataulah.

Ini kalilah. Ramai yg pesan. Sambil jalan kaki nak masuk area sekolah pun depa dok pesan lagi.

Apa pun. Undiku rahsia. Hihi. Kena neutralist bila berada tempat di tempat umum. Tak elok berbalah.

Baik. Tadi tunjuk sekolah ummi pada Fatin Rafiq. Kat pentas yg sama ummi pernah jadi pengacara majlis setiap Isnin.

Nampak juga dua tiga orang kawan2. Dari jauh. Tak terdaya nak mendekati sebab ada escort kecik yg perlu aku jaga.

Ada rezeki kita jumpa lagi ya.

Assalamualaikum.

Ayam Goreng Rangup

Bahan-bahan

2 ketul dada ayam (dihiris nipis)
1 sudu teh garam
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Bersihkan ayam yang dihiris nipis.
2. Gaulkan dengan garam sebelum ditekapkan pada tepung jagung.
3. Gorengkan sekeping demi sekeping supaya tidak melekat.
4. Goreng selama 3-4 minit sebelum diangkat dan ditoskan.
5. Hidangkan.

Cendawan Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan

300g cendawan (diracik-racik)
100g udang
3 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
2 sudu makam sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit
3 sudu makan minyak masak (untuk menumis)

Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang. Gorengkan sebentar hingga udang masak.
3. Tambahkan sos tiram dan air sebelum masukkan cendawan.
4. Kemudian bolehlah dimasukkan kunyit dan garam.
5. Masakkan selama 2-3 minit.
6. Hidangkan.

Khamis, 2 Mei 2013

5

4

3

Rabu, 1 Mei 2013

Cucur pisang @ cekodok

Assalamualaikum.

Sayangkan baki pisang yang lebam tak dimakan anak2, ku jadikan cucur untuk sarapan. Senang, mudah, sedap. InsyaAllah.
Bahan-bahan

3 biji pisang (dilecek)
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat

1. Sebatikan semua bahan.
2. Jemput adunan dengan jari dan masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
3. Balik-balikkan cucur dan goreng selama 4-5 minit.
4. Angkat dan toskan minyak.
5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi senang pun nak share. Hihi. Manalah tau ada yang tak tau kan.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Selasa, 30 April 2013

Menghafal

Assalamualaikum.

Alkisah hari ini aku mendapati salah seorang kesayangan aku di sekolah tak kenal huruf. Sangat2 sedih.

Walau aku garang. Walau aku selalu dapat kompelin dari ibu bapa, kerana kegarangan aku, sebenarnya aku sayang sangat semua anak murid aku.

Aku bukan nak mereka tercedera atau nak mereka sakit, aku cuma nak mereka sedar dan tahu kepentingan ilmu pengetahuan.

Walau tidak pandai tidak pernah aku marah, tetapi sikap buat tidak endah dan yang lebih menjengkelkan, tiada rasa hormat pada guru.... Itulah yang selalu mengundang nada tinggi dalam ucapanku.

Kesayangan aku ini sangat rajin. Pandai mengambil hati. Tidak lokek tenaganya. Tetapi hari ini, teguranku membuatnya mengalirkan air mata.

Aku turut menangis walau air mataku tidak kelihatan. Aku tahu dia sedih. Aku juga turut sedih.

Dia tidak mengenal huruf. Dia hanya menghafal lagu abc. Itulah helahnya selama ini.

Setelah membuat perbincangan untuk latihan, aku bermurah hati untuk menyebut ejaan perkataan sebagai jawapan latihan. Yang aku sangka tidak dapat mengeja, rupanya pandai mengeja. Sebaliknya pula pada kesayanganku ini.

T_T

Semoga aku diberi kekuatan untuk membantu kesayanganku semua. Walau tidak sehingga pandai tetapi sekurang2nya dapat mengeja dengan betul.

Amin.

Isnin, 29 April 2013

2

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails