Semudah itukah memohon maaf?
Semudah itukah pula hati memaafkan?
Ya. Hati boleh memaafkan.
Benar, semudah menyebut perkataan itu.
Tapi luka?
Nampak sembuh pada luaran.
Parutnya juga hampir tidak kelihatan.
Pandai benar merawat luka itu.
Tapi hakikat kesakitan, bukan pada fizikal.
Tapi yang terkesan di hati. Dalam jiwa.
Hati ini dicarik. Diracik.
Perkataan itu menikam bertubi-tubi.
Membunuh berulangkali.
Aku tidak akan pernah lupa.
Bukan kerana tidak memaafkan.
Terkesan. Menjadi racun.
Dalam setiap hembusan nafasku.
Terima kasih kerana lukakan hati dan perasaanku.
Maafkan aku kerana tak dapat melupakan perkataan berbisamu.
Penghujung kisah ini hanyalah sendu.
Terima kasih atas segala perbuatanmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan