Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 2 Oktober 2013

Kura-kura @ pura-pura?

Pilihan di tangan anda.

Bersangka baik. Husnuzoni. Aku anggap ini semua sebagai langkah pencegahan. Atau mungkin sebagai jawapan kepada doa-doaku. Alhamdulillah.

Tapi. Rasa hati tidak akan dapat dibohongi. Tetap ada marah, kecewa, sedih dan tidak percaya. Meski pun telah terlebih awal aku merasainya. Berbulan2 awalnya. Sebelum kau dapat apa yang kau mahu tu. Aku sudah merasakan.

Bukan mencari salah. Atau menyalahkan sesiapa. Inilah aturan perjalanan hidup kita.

Siapa aku, tahap aku, di mana aku. Aku dah tahu. Kau yang memberitahu aku. Melalui perbuatanmu. Usai tidak dengan perkataan, aku mengerti itu semua.

Sedari awal lagi aku sudah terasa. Seboleh2nya aku nafikan. Tidak. Tidak mungkin.

Nah. Sekarang aku sendiri merasa sakitnya kerana menafi hati sendiri.

Hilang tau semangat aku ini. Manakan tidak. Direnggut syaitan semangatku. Syaitan pada perbuatan. Syaitan pada amalan.

Hasbunallah hawanikmal wakiil.

Doaku yg tidak putus masa nak bersalinkan Firuz. Boleh juga jadi doa untuk masa2 lain. Allah adalah sebaik2 penolong.

Terima kasih kuucapkan. Walau ibarat barang yang tidak berharga. Sudah jatuh berkecai, rosak dan disepak2 jua. Itu bila aku tidak waras. Bila aku normal, aku rasa lebih baik begini. Supaya aku tidak sakit kemudian hari. Malahan, ini semua saksi yang kalau aku teruskan, ertinya derita tak berkesudahan.

Sampai masa, rasanya perlu letakkan diri di bawah jua sekali sekala. Kita tidak selalu betul. Orang lain tidak selalu salah.

Cermin diri. Adakah kita terlalu mementingkan diri selama ini. Adakah org di sekeliling sentiasa memenuhi kehendak keperluan kita tanpa kita memikirkan kehendak dan keperluannya pula?

Hidup, perhubungan memerlukan komunikasi. Dua hala. Kalau sehala kita sudah pergi kita takkan dapat pulang.

Merapu sangat aih.

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails