Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 31 Disember 2010

Lepak, makan, main boling, lepak lagi...

Salam semua.

Ini citer lama, aku baru ada kesempatan nak taip ceritanya. Dulik arr... janji ada citer... kan???

Hari Ahad yang lepas, ada kesempatan nak melepak lagi. Cadang dengan Ali Aizat nak g main boling. Tapi pegi Ole-Ole dan PAS semuanya penuh sebab ada tournament. Makanya reserved kat PAS untuk main malam.
Sebab dah penat berulang cari tempat main boling, aku ngan KRZ tekad hantar anak2 dok umah mak. Anak2 aku tu jenis nak berselesa2. Tak mau panas, kalau penat nak tido dengan selesa2. Anto umah mak memang depa selesa abis la.

Kena pulak mak tatang bagai minyak yang penuh. Haih, aku pulak yang naik jeles. Haha! Tapi biarlah, bukan selalu pun aku tinggal ngan mak. Kasi depa chance nak manja2 dengan TOK.....

Pas antor anak, kami g lepak Jaja Cafe kat 23. Ada meting ringkas AJK tertinggi KCT pasal projek makan2 sempena tahun baru dan lawatan ke Terengganu cuti Gong Xi Fa Chai nanti.
Kemudian, ada penulis novel yang bakal diterbitkan. InsyaAllah. Akak doakan kamu berjaya dik....
Bestnya kat Jaja Cafe tu ada Ayam Goreng Uncle Bob. Bolehlah buat kunyah2 walau hati tetap merasakan Crispy Chicken Shihlin Snack adalah yang terbaikkk!!!
Dalam tak sedap tu, pinggan tetap licing ye kawan2. Haha.... Siap kemudian ada repeat oder lagik... Eh, bukan saya yang oder, Acik yang oder lah...hehe....
Kemudian, sebelum perlawanan akhir pertama bola sepak Suzuki Cup bermula, kami memblahkan diri menuju ke PAS.
Kami tu aku, KRZ, Acik, Dai, Ali Aizat je. Acik tak mahu tengok bola kerana risau akan sakit jantung katanya.
Haruslah sakit jantung sebab siapa yang tengok bola boleh senyap je tak jerit2 kan??? Aku puns ama gak, sebab tu tak mau tengok....

Bila dah mula main, harus la happy, kan??? Dan aku sangat gembira melihat Ali Aizat dan KRZ berentap.

Prestasi aku??? Kehadiran aku ibarat melukut di tepi gantang je..uhuk uhuk...

Tengoklah score yang tak seberapa aku tuh... huhu....

Aku bukan pandai main pon.... lainlah Ali Aizat, dia bowler negeri.... tapi dulu la.... dulu-dulu pon, skill masih terbaik. Konsisten je cara balingannya.
KRZ pon, walau tak bowler negeri pon, pengalaman sudah banyak berbanding aku nih... insan tak tahan tekanan ketika bermain boling... haha...

Belum sempat nak habis game ketiga, Juan & Emy sampai. Kena layan Juan main lagi satu game. Tapi aku surrender la. Menyerah kalah. Sudah penat... lagipun, aku tak mahu jadi mangsa buli lagik.

Eh, gambar Juan dan Emy takde... takpe ganti gambar KRZ dgn Dai ni je.

Lepas penat, kami g lepak Ali Seven. Nama baru tu.... kami yang bagi pon.....
Lepak, gelak, kutuk, gelak, makan, gelak, macam2 aksi semua pon ada. Huh baru teringat aksi gaban Acik keluar malam tu kot. entah, dah lupa. Banyak sangat aksinya cek mek tu.

Bila mata sudah ngantuk apa lagi cha aliff but la.... balik umah mak, dodo! Lagi pun teringat juga kat Mek & Mat kat umah mak tu. Ntah apa kabarnya kan???

Sekian cerita kali ini. Sebelum terlupa, credits untuk KRZ dan Acik atas usaha2 murni merakam detik2 terbaik sepanjang kita bersama pada hari tersebut. Terima kasih banyak2. Lain kali amik lagi yer....

Jumpa lagi semua.
Wassalam.

Rabu, 29 Disember 2010

Minggu last cuti!

Hai hai hai....

Jumpa lagi kita hari ni. Ini pun mujur gambar aku dah siap upload sekarang jadi hari ni tinggal taip ceritanya jerlah.

Minggu lepas merupakan minggu last cuti buat kami cecikgu. (Ini pengaruh cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah). Cadangnya nak balik kampung KRZ tapi udah hero tu bersunat pula. Kena tunggu luka dia ok sikit baru la kan.

Walau pun hari kedua dia dah naik basikal, sebenarnya belum kering sepenuhnya. Makan pun jenuh berpantang. Yang ada telur memang tak bagi langsung. Itu pun pandai buka peti ais dan ambil kek sendiri sebelum makan sorang2.

Kek tu aku mengaku memang silap aku la beli. Tak teringat dia sunat. KRZ pulak, apa aku nak, semua dia ikoootttt je.... Tu yang lagi aku hanyut dengan permintaan macam2.

Dalam sibuk2 berpantang tu ada juga beberapa perkara yang perlu diuruskan dan memang penuh la jadual seminggu tu...

Cadangnya nak balik petang Jumaat tapi KRZ penat pulak. Pagi Sabtu aku dah siap2 beg tapi KRZ kata tak sempat dah nak balik pasal Isnin dia dah janji dengan Mohd. Johari.
So, terkuburlah harapan aku nak balik Tepeng. Aku rindukan Tok KRZ sebenarnya. Pasal Tok sayang aku sangat. Lagi satu kononnya g makan2 dengan Jen dan rakan2 yang lain. Uhuk2... Belum rezeki aku la gamaknya nak jejak kaki ke Taiping. Takpe, masanya akan tiba juga.

Instead of balik kampung KRZ, KRZ bawak aku balik kampung aku, Klang/Shah Alam. Oklah. Berbahagialah juga. Tempat aku membesar kan. Kan???

Aku bawak KRZ g tempat yang ada fountain. Belakang restoran terapung tu je.

Anak2 macam biasa la menyibuknya.

Yang Fatin tak abis2 gaya gegirl asyik nak sisir rambut dengan tangan. Yang budak dalam pantang tu sibuk nak tiru gaya duduk KRZ.

Terbahak2 aku kat belakang sengsorang!

Pastu tempat lepak of course la umah mak@Padang Jawa. KRZ awal lagi dah lolap sambil aku layan anak2yang tak abis2 nak tengok kartun.

Tak kartun, Karmen Rider.

Tapi kalau Karmen Rider OOO tu...yang latest, yang terbaekkkk tu...aku pun tengok jugak! Haha!
Oklah. Jumpa lagi nanti.
Wassalam.
Bye!

Selasa, 28 Disember 2010

Kegembiraan Anak-anak

Assalamualaikum.

Ku abadikan galeri kegembiraan anak2 aku ketika aku nak amik gambar mereka dalam kereta. Dah lama Canon tak berapa sihat. Bila dah repair lense tu elok pulak flash naik.... tu yang pakat2 tutop mata tu, tak tahan silau kononnya... Memang happy time buat depa dan aku jugak.

LAYANNNNNN!!!!!!

Rafiq bersunat!!!!!!!

Hai.... update sikit lagi. Tahniah and clap2 untuk diri sendiri.

Hal Isnin minggu lepas nih. Sebenarnya dah perasan ada ketulan kat 'bird' Apiki ada dalam seminggu sebelum tu.

Tanya KRZ dia tak tau, bawak g klinik kerajaan katanya takde apa2, kena cuci je sampai bersih. Itu sisa urin yang tertinggal. Lama terkumpul jadi berketul.

Tengok dokter tu sangat takut2 jadi aku repeat g klinik swasta.

Kat klinik Idzham, Dokter Yuwaiz cakap itu namanya 'smegma'. Memang kebiasaan jadi gitu.

Kata dokter lagi itu antar punca kanser kat org lelaki. Dan selagi belum sunat, kalau pun dah dibersihkan, akan terjadi lagi.

So dokter bagi cadangan suruh Apik sunat. Tapi kena dia bagi dan mentally ready. Mentally ready??? Macam mana nak buat tu???? Tetiba teringat abg Atan kata anaknya Hassan lari sambil kata "Don't touch my 'otoi'!" kat dokter waktu nak sunat.... Hassan darjah dua, Rafiq baru 3 tahun..... puas aku pikir camne....

Tetiba aku teringat mak aku cakap waktu Abg Adi nak sunat dulu, arwah abah belikan komik kegemaran dia, so untuk Rapik, pun aku belikan komik.

Tapi tetap meraung waktu nak bius. Waktu 'potong' takde masalah.... Oh lupa nak kabo. Nak sunat kena buat appointment. Sebab dokter yang pro saja yang buat itu pun sebelah malam.

Lagi pun kalau sebelah malam, balik je terus makan ubat dan tido. Kurang la sakit bila abis bius kan.

Balik umah KRZ siap tempat Rafiq kat sopa. Sambil setting tv khas untuk main game.
KRZ jugak jadi misinya malam tu. Anak2 aku kalau sakit memang cari KRZ. tabiat dah dari kecik2 dulu. Demam ke apa, melapok kat ayah je.

Nak tengok ker rupa smegma tu? Aku gugle cari jadi ngeri pulak. Ni gambar gini takpe kot. Gambar real tu sumpah scary. Sangat dahsyat!!!

Aku bubuh kat sini supaya para pembaca yang mempunyai anak lelaki atau adik kecil boleh tau apa bendanya ni. Puncanyanya selepas buang air kecil, sisa2 tu terkumpul. Cara nak elaknya kalau belum sunat tu kena tarik kulit dan cuci dengan air. Senang je.

Penyakit ni once dah sunat dah takde. Setakat yang aku tau lah. Tak taulah kalau sebaliknya pulak. Aku bukan dokter ye...

Ok, sekian info kesihatan untuk hari ini.

Sampai jumpa.

Wassalam,
Bye!

@ RumahMak

Hai... lama rasa tak update. Makin malas pulak sekarang nih.

Hmmm... 2 minggu lepas, masa aku menjalankan rutin balik umah mak, tetiba aku perasan macam ada pesta kat ujung jalan umah mak...

Rupa2nya ada kenduri 2 pupu aku da. Padahal aku dah dapat kad. Lupa da. Sib baik balik umah mak, kan? Kalau tak, tak g la. hehe...

So kat umah mak memang penuh dengan cucu2 dia. 5 anak mak balik. 2 lagi takde. Ceton g bercuti, adik aku Azah pulak tak sihat.

Meriah betul kat umah mak. Cucu sulong takde sebab masih SPM waktu tuh. Ada cucu kedua inilah harapan.

Meet Asri. Rajin budak ni, baru form 2.
Sedara mara datang jengok mak, dialah jadi pelayan. Buatkan air bagai... Thanks arrr Asrimon...haha... nama manja masa kecik2 tu.

Then dah ramai2 tu seronok la makan aiskrim. Ni adik2 Asri kecuali yang baju merah tu anak Abang Adi...
happening giler ngan depa nih....
ada je idea nak buat keje.... fening kepala mandak tau....

Anak2 aku mengikut jelah yang besar2... tapi biasanya jadi mangsa buli je...nasib la, kecik kan????
Ni pakcik Kassim...
datang sembang hal bertunang anak dia yang akan datang tapi dah lepas jugak. Anak dia bertunang krismas lepas.... Comei je bakal menantu dia tu....

Haaa.... inilah penyakit cucu2 mak kalau datang umah Tok. Memang geng ngan adik bongsu aku, Amat. Banyak sangat benda kegemaran kanak2 kat umah mak.
Fatin n Rafiq tak pandai pon nak main, tapi ada abang kakak melayan... bagi duduk atas pangku....

Jeles tau, aku dulu mana ada semua ni. Untung anak2 zaman sekarang. Adik aku dulu pun aku ingat aku siap tali pinggangkan sebab g curi2 main game.

Sekarang dia dah keje, ada duit sendiri, beli sendiri semua apa yang dia tak dapat dulu. Tu yang penuh sebilik dengan buku. Buku komik pulak tuh....

Oklah yer. Nak g skul la kejap. Nak hias kelas. Jumaat bebudak dah naik kelas. Jumpa lagi nanti. Bubye!

Wassalam.

Sabtu, 18 Disember 2010

Hantu... (Ghost)

Assalamualaikum and a very good day to all my blog readers.....

Really sorry because the first photo has nothing to do with the post title. This is a part of my kids daily story.

My kids are now in a very active stage. They move and play a lot. If I keep things properly, they will try to take out those things and play around and mess up the whole house! What a disaster!

My husband and I were always worried. What if suddenly a friend or a family member showed up??? I am sure I will not have enough time to tidy up the whole house.. hmm... luckily so far nobody came... :P

This is a photo from an evening in the house.
After taken so many photos, still cannot get both of them sit still. And the above photo is the best.

And so sudden my daughter ask me to take her photo from the back!!!
I was shocked and asked her why?

She told me, " I want to be like the ghost. People cannot see the ghost's face."

I smiled and do as told.
And then the little boy also wanted the same style!

I was like "Haiyya!" but soon realized now is the time where people could get anything using only their fingertips! I mean the internet, here!

My children learnt a lot from the television. They are too young to use the internet, of course.

But now they can imitate the cartoons actions and spoken language too. Can u all imagine what they will learn later on??? Beyond imagination right???

It really depends on us as parents to guide our children the correct way. Isn't it??

Selasa, 14 Disember 2010

Bubbles lagi...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Buat pembaca budiman, apa khabar anda semua? Harap baik2 saja. Aku dilanda mood malas atas alasan kamera tak sihat.

Puas amik gambor tak jadi... jadi terbantut segala semangat di situ.

Ini pun nasib jer jadi.

Kisah ni dah agak lama juga anak2 minta nak main bubbles ni.
Memang sengaja bagi lambat2 sikit, ajar supaya apa yang depa nak bukan senang2 boleh dapat. Kata KRZ bagi dia orang rasa nak menghargai bila susah dapat.

Sebenarnya boleh je nak ajar, senang dapat dan menghargai. Tapi rasanya biar la guna method mak ayah kita dulu2 kan. Itu yang menjadikan siapa kita hari ini.

Lagi pun aku rasa anak2 ni senang banyak dah jugak. Berbanding jaman2 kita dulu. Rezeki anak2 ye tak.

Jumpa lagi nanti. Nak luah perasaan tentang perasaan aku terhadap kawan2. Ada tiga atau 4 orang semuanya. Nanti sajalah.

Sampai jumpa.

Wassalam.

Peringatan untuk kita...


"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun." (Hadis riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A)

"..dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang." - Al Hujurat 49:12

"Pada hari itu(hari kiamat), akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan(didunia dahulu)."
An Nur 24:24

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat itu"

"Tiga perkara apabila ada pada seseorang itu maka ia adalah munafiq (munafiq amal, bukan munafiq aqidah) walaupon ia berpuasa dan sembahyang. Ialah orang yang apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila ia diamanahkan sesuatu ia akan khianat"

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga."

"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32

Isnin, 6 Disember 2010

Doa Maal Hijrah

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Buat semua muslimin dan muslimat. Saudara seagama, saudara mara, sahabat-sahabat, rakan taulan, semoga segala amalan kita tahun ini, dan tahun baru ini akan mendapat keberkatanNya.

Maaf terlambat post, ini ada dua gambar yang aku scan dari pamplet kesayangan aku yang dah dekat 10 tahun aku simpan.

Manalah tahu, aku akan dapat 'pahala' pula daripada minat aku untuk blogging ni. Kalau dapat, adik aku si Acik pun akan dapat sama. Alhamdulillah, berkongsi takde masalah.

Dari selama ni dok kumpul dosa, bagi orang marah sana sini. Harap maafkanlah aku. Tak pernah terniat nak menyinggung hati apatah lagi menyakiti....

Inilah doa akhir tahun hijrah...
dan ini pula doa menyambut awal tahun hijrah...
Wassalam.
Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails