Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 28 Februari 2011

First Homework Ever!

Assalamualaikum......

Hai semua, lama rasa tak apdet. Biasalah kan, paham2 sudah bizi bizonnyer camana. Haha...buat2 gelak...

Hari ni first time ever Rafiq dapat homework.

Aku tak taulah sebelum ni pun kalau dapat tapi gayanya dia ni jenis buat keje cepat.
Belum masuk umah dah kecoh nak buat. Masuk2 terus serbu box colour pencil yang aku khaskan untuk depa buat homework.
Tak sampai 5 menet dah siap. Sangat cepat lah nko ni dek... janji siap eh? Pastu dok sebuk kacau Patin yang homeworknya 2 mukasurat.

Hihi...kacau mek teliti atau nama lainnya cerewet tu memang payah, siap dengan moncong dan menjeritnya. Tak mau adik rosakkan.

Ok dah! Nak sambung assignment. Haha. boleh gitu???

Wassalam.

Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara

Assalamualaikum....

More than words...
Gambar ni dah menceritakan segalanya...
Kan????

Jumaat, 25 Februari 2011

Kunjungan....

Assalamualaikum....

Lama rasa tak menulis, hari ni taip la sikit. semangat lepas baca cerita Luqman dan Melina. Hehe... Jiwang karat kadang2 bagus jugak, menambah semangat dalam diri...

Ni cerita lama dah ni, awal bulan hari tu. Mak mentua aku datang menghantar adik ipar aku yang dapat keja kat kelab Shah Alam.

So memang dah dekat kan, dengan umah mak, inilah kunjunganbuat julung2 kalinya. Dah sampai situ je. Haha... takleh citer lebih2....
Baju oreng tu pak mentua kesayangan aku... menumpang ayah KRZ.... Yang baju pink tu la adik KRZ bersama somi beliau. Jangan sedih2 yer dik, sekejap je pon.... untuk meningkatkan diri sendiri jugak kan?

Anak2 aku macam mana dengan kunjungan Tok Wan & Tok Siti? Ngades2 peringkat ke lapan kau. Haha... sebenarnya momi dia jeles.

Tambah pulak kat umah mak aku, segala macam permainan adik aku sediakan. Tinggal datang nak main jek... hehe.. Nanti aku apdet lagik. Kalau rajin...

Wassalam.

KL Tower Part 2 - Gallery












Ungu Percaya Padaku Lyrics


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Ahad, 13 Februari 2011

KL Tower Part 1

Assalamualaikum....

Maaf yer kawan2. Bizi bizon minggu lepas, dengan Apiki demam dan aku pon terjebak tak sihat diserang migraine. Kalau boleg aku nak cepat2 habiskan mana yang ada ni, nak mulakan cerita2 baru yang lebih segar khas untuk korang.

Cerita di Zoo Negara berakhir tapi kami meneruskan perjalanan ke Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini walau pun ianya dibuka dengan rasminya pada 1 Oktober 1996.

Sebab masa kami sampai dah agak lewat jadi terlepas masa lunch yang pada aku menawarkan harga yang lebih menarik berbanding tower view. Tapi takpe, KRZ kata akan bawak aku jugak suatu hari nanti. Kita tungguuu okkk???

Ni tiketnya. 3 saja sebab Rafiq masih 3 tahun takyah tiket.
Jom tengok pemandangan pulak.
KLCC.
Kisah aku dengan KLCC ni lebih kurang sama dengan kisah KL Tower jugak tapi ada baik sikit.

First time jejak kaki kat sini waktu aku ikut rombongan murid SK Kempas, waktu aku mengajar kat JB. Rombongan tu JB-KL-KT-JB.

Haha... sebagai pemegang MyKad yang nombor tengahnya 10, cam tak logik je kan? tapi itulah kenyataannya.

Maknanya ku bukan selalu sangat g jenjalan ni tau... haha... tak mengaku lagik!~
Hoh, sudah2 cerita, tengok gambar aku pulak... ehehe...
Tengok gelagat anak2 pulak. Mana boleh duduk diam depa nih.
Sambil tersepit boleh saja ber'peace' kat situ..ehehe...
Lagi sekali...
Tak lama mana pon dok atas. Ada la 3 kali tawaf.. Pastuh dah bosan dan rimas anak2 mintak macam2. Kan ke banyak gerai2 jual merchandise kegilaan anak2 dan remaja. Puaslah aku mengelak. Hehe...

Turun2 je viewing tower tu, KRZ mengadu lapar. Haruslah g cari tempat makan dulu. Apa nama cafe ni aku dah lupa. Mahal memang la agak mahal, tapi sedap tau....
Sedap sangat sampai KRZ kata first time makan nasi sesedap kat situ.... Yang kat bawah ni hidangan aku... Ape ke namanya... Jurassic Chicken. Terus terasa macam kat zaman dinosaur kan...
Kami sedaya upaya menghabiskan makanan secepat mungkin sebab hari makin gelap, nak ujan dan petang tapi masih belum abiskan free pony ride. Hehe... lepas tu ada lagi. Jap lagi eh. Nak minum dulu....

Wassalam.

Rabu, 9 Februari 2011

(AVTTNZ Part 4 - The end) Kisah berposing & nampak lion jugak akhirnya!~

Assalamualaikum....

Haha. Kenal tak gambar ni? Profile pic. fesbuk ni. Rasa dah lama tak tukau gambau kat fesbuk. So, KRZ if u read this entry... jop tangkap gambar Aida lagik!~ Haha!~
Layan je lah gambar aku yang tak seberapa nih... Adalah teknik2 baru yang aku terbelajar waktu aku posing ni. Eh! Bukan TER... memang KRZ bagitau pon. Yang maksud aku ter tu, baru masuk ke kepala la.
KRZ ni rajin nak ajo aku macam2, tapi aku biasanya malas. Sebab kadangkala aku dah macam takleh nak masuk lagi ilmu2 baru buat masa nih. Bila rasa gitu, aku akan ignore je. Esok2 KRZ akan terpaksa ajar aku balik... hehe..
Sampai bird house tengok hiasan untuk CNY nya boleh tahan cantik. Dari jauh dah memanggil2 aku suruh bergambo kat situ kan... apa lagi. Haruslah ada sekeping.....
Hmmm.... kisah tengok lion ni kan... bila nampak je kelibat lion ni, tetiba KRZ nyanyi lagu The Lion Sleeps Tonight!
Rafiq seperti biasa la, cepat je dia mengajuk. Bab mengajuk memang nombor satu mat tu. Tapi sebab cuaca dan memang masa kot, singa tu ngantok da. Gambor yang lain semua tak nampak mata. Ngantuk sangat ker Abang Nga??? Haha. Gile dah....

Setelah nampak lion, barulah Fatin berpuas hati yer kawan2. Macam terlepaslah hajat dia nak tengok lion.

Otw nak keluar lalu semula kandang kangaru.
Maka dapatlah korang nengok gambarnya. Sebenarnya kami singgah kat kandang kambinnnn tapi macam nak muntahhh pun iya jugak bila sebut kambinnnn kerap2. Hehehe...

Dan badak air ni pon tengah nyam2.
Baru best amek gambar. Terselah ke'badak'kannya. Hikhik...anak2 murid, jangan ikut bahas cikgu ni yer kalau nak buat karangan. Sebab cikgu tak buat karangan. :P

Gambar penutup di Zoo Negara adalah Rafiq berselimut dengan rambu perhiasan iaitu Tanglung untuk CNY!
Tak sampai 5 menet naik keta, anak2 pengsan! Penat sangat.... dengan panas lagi. Tapi kami tak terus pulang tau....

Cerita seterusnya???? Tungguuuuuuuuuuuu....

Wassalam.

Selasa, 8 Februari 2011

(AVTTNZ Part 3) Antara kaduk, zirafah & gajah!

Asalamualaikum...

So sorry ada 2 entri ni terpending pulak. Ada sikit bizi, dengan Apiki demam... dan hari ni beliau still tak berapa sihat.

Part 3 ni aku mulakan dengan gambar Rafiq.
Waktu berenti minum tu aku terpandang la satu kawasan yang pada mata aku sangat hijau... So, aku suruh Rafiq berdiri situ, sambil tunjuk daun kaduk tu. Maka kat situ terjadilah perbualan ringkas antara aku dengan KRZ.

Aku: Bang, apa nama daun yang macam daun sireh tu?
(Aku suka bertanya seumpama ni nak memancing KRZ bersembang dengan aku....)

KRZ: Daun kaduk.

Rafiq tak mahu, jadi aku bangun g petik 3 helai daun tu suruh dia pegang. Perbualan tu bersambung.

Aku: Bau dan rupa sejibik daun sireh ek???

KRZ: Tapi bukan. Sebab tu ada peribahasa "seperti kaduk naik junjung". Sebab pokok kaduk kan menjulang naiknya. Pokok sireh menjalar je, kat bawah je.

Aku: Baruku tahu kisahnya.

So, memang orang dedulu buat peribahasa semua berdasarkan pengamatan tentang semua yang berada dan berlaku disekeliling.

Ulasan aku:
Daun kaduk, kita tak makan. Kita makan daun sireh. Kiranya daun sireh tu lagi best la dari daun kaduk. Tapi kena pulak kaduk tu pulak yang naik meninggi sedang sireh tu dok maintain cool je kat bawah, kan?

Buat2 paham sudah apa yang aku cuba sampaikan. Kikikih... Tetiba nak ulas peribahasa pulak... haha...

Ok, sambung cerita.

Next, Cik Patin pulak. Siap mintak three jugak sama macam Rafiq...
Lepas tu gambar aku da...
masih di tempat yang sama tapi dah ke belakang sikit. Hehe, last2 gambar aku tak nampak pon pokok kaduk tu. Oklah, biar aku mengaku... aku yang teringin nak bergambar kat situ... heheehe..

Waktu ni cuaca sangat panas. Membahang. Lion yang diimpikan Fatin masih belum kelihatan. Jadi kami tetap meneruskan perjalanan. Dan sampai kandang zirafah.
KRZ yang amik gambar, aku dan anak2 p masuk dalam bilik yang berhawa dingin dan ditaja oleh RIBENA. Terima kasih RIBENA! Lama jugak lepak dalam tu. Rehat betul2 sebab kepala sudah nyut-nyut tahan panas.

Banyak gambor yang KRZ amik tapi malas nak uplod semua. Ni salah satu antaranya la...
Lepas dah sejuk ...
aku pon keluar and haruslah posing lagik.
Haha... Kind of suka gambar ni sebab macam tipu. Tapi REAL!!!! Maksud aku macam tipu tu, macam gambar aku kat studio dan latarbelakang tu di copy paste. Ha... superimposed! Tak tahulah pendapat korang, ke perasaan aku je...

Then baru g tengok gajah.
Waktu gajah ni asyik menyembur KRZ baru sampai dari snap gambar bangau tu, dah nak siap la kiranya gajah ni menyiram. Funny sungguh bila dengar KRZ buat permintaan (yang seolah2 gajah tu dengar: sembur la sekali lagi, sebelah kanan!). And kebetulan, gajah tu sprayed yang terakhir seperti gambar di atas....

Dan aku bawak anak2 dekat sikit lagi, sebab aku nengok dari jauh, gajah ni bukan main friendly lagik.
Cuba2 hulur tangan, kot2 boleh bersentuhan dengan gajah pulak. Bukan selalu dapat peluang macam ni.

Sambil menanti nak bersentuhan antara aku dengan gajah tu dalam hati aku tak habis2 fikir, "sejuk ke, kasar ke, geli ke"...

Rupanya tak sejuk, tak kasar dan tak geli langsung. Terima kasih En. Gajah kerana sudi bersentuhan malah berposing dengan I. Hehe... So syok holiday!!!!... tetiba nyanyi lagu cuti sekolah tahun lepas...

Jalan lagi, dari jauh nampak lori pekerja zoo yang nak bagi makan bangau2. Salah satu gambar terbaik dari KRZ. Pada aku la. Tak tau lah pada korang.
Gambar ni boleh nampak macam dia menghamburkan ikan2 tu keluar dan juga ikan2 tu melompat masuk... haha... berangan jek aku nih.

Sampai jumpa lagi lepas ni next entri. And the very last entry too for AVTTNZ.

Wassalam.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails