Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Jumaat, 30 November 2012

Kuda bantal!

Assalamualaikum.

Hai kesayangans! Terasa lama tak menaip kat sini. Hihi.

Tengok aksi anak2lah malam tadi. Tetiba dapat idea jadikan bantal tu sebagai tunggangan.

Mula2 aku dengar jadi motorsikal. Alih2 katanya jadi kuda pula

Apa2 jelah anak2 ooii.

Sampai jumpa lagi.

Tata.


Khamis, 29 November 2012

MENGAPA SUKAR SOLAT SUBUH?

Assalamualaikum.


Saidina Uthman bin ‘Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ



Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam 

dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan

malam”.

Hadis riwayat Imam Muslim.





Ibnu Mas ‘ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan

 seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW

 bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga).
 Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.


Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur. Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas ‘ud r.a berkata: “Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya”. Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.
Ibnu Umar r.a pula berkata: “Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya”. Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid/dirumahnya maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya.

Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid/rumahnya waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya.

Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan.

Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

TEPUK DADA TANYA IMAN...JANGAN TANYA SELERA....

FIKIRKAN DAN BERTINDAK....JIKA TIDAK MAHU TERUS DIKUASAI NAFSU DAN BISIKAN SYAITAN 

DURJANA..

SUMBER;

http://nickmahawangsa.blogspot.com/2011/10/solat-subuh-susah-atau-senang.html?
spref=fb

Rabu, 28 November 2012

Merajuk

Assalamualaikum..

Semalam Fatin merajuk. Bila aku tegur dia cas tablet sampai dua wire. Satu mini usb cable satu lagi pengecas asal tablet pc dia tu.

So macam tulah muka dia semalam. Cebek je. Macam muka sapa la tu ye?

Hihi. Rafiq pula macam biasa la. No komen dan selalu buat muka. Gambar kat bawah ni dia sengaja jegilkan mata.

Apa2 ajelah adik ooii.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.



Selasa, 27 November 2012

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum.

Hai. Pujuk hati hari ni. Main badminton.

Jangan ingat aku hebat sangat. Pukul asal kena je.

Main setengah jam udah pancit. Hihi.

Nak mula balik payah. Harap berjaya la. Fedulik apa org kata.

Nak tak suka ke nak benci ke. Tak mau tengok gambar ke. Biar biar.

Nah aku bubuh gambar kaki aku. Hihi. Simbolik ni. Kasut yg aku sayang sangat. Masuk tahun ke empat dah.

Sayang la pasal saiz susah nak dapat. Main setengah2 pulak. Mana maunya kat Malaysia ni nak layan saiz setengah ni kan.

Dapat saiz harga pulak hadoiii. Beli jugaklah. Sebbaik berbaloi-baloi.

Ya udah. Sampai jumpa.

Assalamualaikum


Gambar takde kena mengena!

Hai!

Aku kan update via mobile phone je. Handphone org susah. Org miskin. Keupayaan limited la.

Kalau aku letak gambar yg takde kena mengena tu paham2 sudahlah ye.

Phone aku gambar aku dan anak2 lah yg paling banyak.

Kang korang cakap aku poyo pula asyik tepek gambar sendiri.

Atau mungkin ada yang tak suka tengok pun muka aku. Siap pesan tak mau gambar aku bagai.

Ok fine!

P/s: Mood mengades! ;-)


Jangan..

Assalamualaikum.

Berulang kali ku pernah katakan.

Jangan. Jangan. Jangan biarkan terlalu lama.

Memanglah akan ok. Macam pagi ini. Tapi yang semalam akan jadi nanah.

Ubatilah sebelum terlewat. Rawat sebelum parah.

Atau sebenarnya memang dah parah???

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.


Tidurlah..

Assalamualaikum...

Rindu nak membebel kat sini.

Serius... Takde apa yg penting pun.

Nak apdet aku masih ada.

Dahlah kesayangans ye.

Semoga esok lebih baik dari hari ini. Amin.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.


Jumaat, 23 November 2012

Fatin kan anak ummi...

Assalamualaikum.

Hai apa khabar? Selamat berhujung minggu kesayangans.

Alkisah Fatin naik kete sambil nak cas tablet pc beliau.

Bila aku kata tak boleh, lembut je jawabnya.

"Bolehlah mi. Fatin kan anak ummi."

Truly aku cairs.

Hampagas. Hihi.

Tau je ummi ni makan bodek.

Kalau Rafiq pula akan datang bisik2 kat telinga aku. Pastu cium2 pipi aku dengan bibir sejuk dia tu.

Hadoii. Pengsan la ummi camni.

Apesal pandai sgt bodek ummi ha?


Khamis, 22 November 2012

Sharing is caring!

Assalamualaikum..

Syukur ke hadrat Allah SWT hari ini aku berjaya juga siapkan fail dan rekod profil budak2.

Selalunya 2 minggu sebelum cuti semua dah setel. Tapi tahun ini entahlah. Pasal byk sangat aktiviti. Tak sempattt.

Tadi stayback sampai jam 6 petang. Siap semua. Kantoi dua budak baru ofis x bg fail lagi. Hadoiii. Nanti2lah aku setelkan. Tunggu gpk datang nak letak je barang2 semua dalam fail. Hmmm...

Erk. Tadi g buat keje bawak anak2. Berkelakuan baik. Berkawan x bergaduh. Sempat ummi belanja aiskrim tau.

Pastu makan nasi kat kedai mamak sepinggan share berdua. Very gud. Very gud. Hihi.

"Kita orang kawan la mi..." jawab Fatin bila aku kata very gud FaRa dah tak gaduh. Ummi sangat senang hati tau.

Lalalalalalala~

Sampai jumpa lagi kesayangans. Jaga diri hiasi peribadi. Be safe always tau.

Asslamualaikum.


Verangan!!

Assalamualaikum...

Alkisah anak2 kuat sgt verangan sekarang.

Paling kritikal Rafiq la.

Tengok gambar sudah. Nak selip.

Cu tomorrow.

Assalamualaikum.



Selasa, 20 November 2012

Hinanya air tangan orang yang tidak solat....

Assalamualaikum.

Grabbed dari FB seorang teman. Peringatan buat kita ni.

*KLIK GAMBAR UNTUK BACA SEPENUHNYA.

Harap dapat jadi panduan dan peringatan buat kita semua.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

DOA UNTUK GAZA (PRAY FOR GAZA)


"Ya Allah...
saudara2ku di GAZA wafat...maka ampunilah semua dosa-dosanya...masukkan saudaraku kedalam golongan Syuhada...serta masukkan kedalam Syurga-Mu..

Ya Rahman Ya Rahim...berilah kesabaran pada keluarga yang ditinggalkan...berilah kekuatan lahir dan batin..YaRabbul Izzati..turunkanlah bala tentara langit-Mu untuk menghancurkan Israel.. mereka dengan telah nyata-nyata mengabaikan keberadaan-Mu..dan mereka akan menghancurkan Gaza..turunkanlah pertolongan-Mu Ya Allah...hancurkan Israel, seperti ketika Engkau menghancurkan tentera Abrahah..

Ya Allah...berikanlah kemenangan kepada pasukan-pasukan Muslim Palestin, dalam menghadapi serangan Yahudi Israel...yang nyata-nyata telah membuat kerosakan di muka bumi-Mu ini Ya Allah..mereka melarang negara-negara Muslim memiliki senjata2 nuklier...tapi mereka nyata-nyata mengembangkan senjata-senjata nuklier pemusnah, yang siap di luncurkan setiap saat, untuk menghancurkan umat Muslim..

Ya Allah YaIllahi...Halangi-lah pandangan tentera jet tempur Israel...sehingga mereka menjatuhkan bom di wilayah mereka sendiri...hancurkan-lah pasukan darat mereka, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan kepada Rasulullah Muhammad SAW, saat menghancurkan pasukan kafir Quraisy...

YaMuhaimin..berikanlah kemenangan kepada para Mujahidin Palestin, seperti ketika Engkau memberikan kemenangan besar kepada pasukan Salahuddin, ketika menghancurkan bala tentera salib...satukanlah paksi-paksi yang terpecah di Palestin, agar mereka istiqamah menghadapi Israel..

Ya Allah Yang Maha Penyayang...saudara-saudara kami sudah berjuang, dengan segala cara menghadapi zionis Israel...dengan sekutu Amerika yang selalu membantu mereka...hancurkan-lah kedua bangsa ini, seperti Engkau menghancurkan kezaliman & kesombongan Firaun.Ya Allah..Kabulkan doa kami ini..Allahuma Ammen..."

Rafiq pagi ini..

Assalamualaikum.

Pagi ni Rafiq kejut aku.

"Bangun mi, dah hari!"

Sebenarnya bukan sebab dah hari. Dia ada projek yang nak aku laksanakan untuknya.

Dia nak buat projek kotak sejibik cam cerita upin ipin yg dia tgk dlm youtube.

Habis bersepah rumah.

Takpe nanti kemaslah. Minda tgh nak berkembang tu kan.

Ada je alasan mak dia kan? Hihi.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.


Killed!

T_T



T_T

Isnin, 19 November 2012

GIGI RONGAK AKIBAT RHINITIS




oleh Hafizah Iszahanid

Ramai ibu bapa yang sering tertanya mengapakah gigi si kecil mula mereput dan rongak biarpun kerap memberus gigi? Jawapannya, ia tiada kaitan dengan tabiat menggosok gigi, sebaliknya berkait rapat dengan gejala rhinitis atau alahan seakan resdung yang dialaminya.



Namun, timbul persoalan lain - anak anda cuma berusia 3 tahun dan bukankah alahan sebegitu adalah masalah orang dewasa? Malah, gejala rhinitis atau radang lapisan hidung bukanlah asing bagi si kecil malah boleh dialami bayi seawal 6 bulan.




Gejala rhinitis adalah masalah radang pada laluan pernafasan yang lazimnya dikaitkan dengan hingus selain kegatalan hidung dan mata. Ia sangat biasa dialami kita tetapi tidak begitu dipedulikan kerana tahap ketahanan badan individu yang berbeza.


Bagi individu yang memiliki ketahanan tubuh yang tinggi, gejala rhinitis tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, sesetengah orang terganggu dengan gejala rhinitis menyebabkan fungsi hidung terganggu.


Bernafas Melalui Mulut


Di kalangan kanak-kanak pula, apabila hidung tersumbat, mereka akan bernafas melalui mulut. Ia menyebabkan air liur yang mengandungi enzim menjadi kering. Justeru, kuman dengan mudahnya membiak dalam mulut dan menyebabkan gigi mereput.



Lama-kelamaan gigi mula rongak. Keadaan ini tidak dapat diatasi walaupun kanak-kanak itu kerap menggosok gigi.




Gejala rhinitis di kalangan kanak-kanak mudah dikesan. Kanak-kanak yang mengalaminya akan kerap demam dan menggaru hidungnya. Malah, hidungnya kerap tersumbat, berhingus, bersin dan jika tidur pada waktu malam dia kerap berdengkur.


Tidur Tidak Nyenyak



Kanak-kanak yang mengalami gejala rhinitis juga selalunya gagal tidur dengan nyenyak dan letih keesokan harinya. Justeru, langkah untuk mengelak gejala rhinitis bermula dengan memastikan anak anda tidur di atas katil.




Tidur di atas lantai menyebabkan anak-anak mudah terhidu habuk. Malah, pastikan pendingin hawa tidak dipasang dan elakkan juga mengambil makanan ringan. Pada masa sama, pastikan anak-anak mematuhi jadual pengambilan ubat-ubatan.


Ibu bapa juga diingatkan agar tidak memandang remeh masalah rhinitis kerana tanpa rawatan, alahan rhinitis mungkin boleh menjadi masalah yang lebih teruk seperti sinusitis, ketumbuhan atau polip dalam rongga hidung selain sakit kepala di bahagian depan serta muka.




Faktor Risiko


Keturunan

Alahan cenderung diwarisi daripada keluarga. Seperti juga lelah dan ekzema, gejala rhinitis juga diwarisi daripada keluarga.


Persekitaran

Ada kala gejala rhinitis berlaku sebagai respon kepada persekitaran. Terdedah kepada alergen (pencetus alahan) seperti debunga atau habuk tidak kiralah di dalam atau di luar rumah menyebabkan mereka mudah diserang gejala rhinitis.


Menyusu badan

Penyusuan eksklusif untuk 4 bulan pertama kehidupan bayi dipercayai mengurangkan risiko alahan.



Rawatan


* Menjauhkan alahan atau sumber alahan

* Pemberian ubat-ubatan
* Pengambilan air yang cukup selain mengehadkan penggunaan pendingin hawa. Ini kerana suhu yang sejuk dan kering juga menyebabkan hidung juga kekeringan.

KREDIT TO:
http://www.sihatselalu.com.my/2010/07/gigi-rongak-akibat-rhinitis.html

Tak suka tau!!!

Assalamualaikum....

Haih, mengeluh di awal entri. Susah la nak taip nak cerita-ceriti aku. Ada orang tak suka pula aku mengepost kat sini. 

Soalannya pada aku, pada siapa aku tujukan entri2 kat sini? Sebenarnya, lebih pada tempat aku meluah perasaan la blog ni. Ya. Aku tau tak sepatutnya aku meluah perasaan kat sini, salah aku, my bad. Cuma dengan blog ni, sebenarnya aku rasa macam kaawan baik aku. Tempat aku meluah perasaan.


Tak semuanya aku kongsi kat sini. Kebanyakkan generally told je. Not pointing at anyone pun. Dah awak yang makan cili, jadi awak terasa la pedasnya.

Dan ini juga sebagai rujukan aku suatu hari nanti. Belajr dari pengalaman kan, kan kan?

Ni yang aku buat entri ni aku nak cakap yang ku tak suka la apa yang berlaku sekarang. Aku tak tau nak lari mana dah ni. Aku terpaksa hadap juga. Eh, macam tajuk entri sebelum ni pulak ada perkataan hadap. Hihi.

Okes, hari ni aku ada rencana yang penting. Harus gerak sekarang. Rasa nak bercakap dengan seseorang. Tapi siapa? Siapa yang sudi? 

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Hadap!

Assalamualaikum.

Ya. Benda yg sama aku kena hadap. Letih la. Penat sangat.

Fikir bukan aku tak fikir. Memang dah sampai masanya.

Masa untuk apa? Jeng jeng jenggg... Hihi...

Tungguuuu....

P/s: gambar hiasan adalah Rafiq dan Firdaus. <3


Ahad, 18 November 2012

Rezeki!

Assalamualaikum.

Rezeki aku la dapat jumpa adik pompuan yg aku rindu sgt bila p lawat mak kali ni.

Selalu tak bertembung dah salah hari. Pada yg tau betapa komplikatednya kisah kami ni pasti tak hairan.

Yg tak tahu pasti tertanya2 la kan. Tapi aku nak leave it macam tu je.

Yang penting aku dah tengok muka dia tadi. Walau makin matang, dia tetap adik kecik aku. Yang memang bertubuh kecil dan kurus.

Oklah ye. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.


Cium ketiak!

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan nak siapkan key in markah online, sempat juga melawat mak petang ni.

Kakak dan keluarga terpaksa pergi kenduri. Aku serba salah sebab kat rumah kakak ni line internetnya cam hampagas.

Jangan kata internet. Line telepon pun hampa juga. Hihi.

Perancangannya abg Atan yang nak mai jaga. Tapi dia masih demam nak tak nak terpaksa datang juga. Aku p jemput wakil abg Atan.

Anak2 pompuan dia la. Dah besaq2 semua. Harap boleh la bantu jaga tok. Mandak hangpa ni ada kilija belum selesai.

But yet aku masih di sisi mak. Cium ketiakkk. Hihi. Jgn jelesss!!!

Anak2 sgt bosan sebab kak Ana hangkut semua anak2 beliau. Depa main berdua je la.

Sat2 tadi main tepuk2 punggung la. Main raya2 la. Hadoiii kuat betul berangan. Ikut sapa la tu... Hihi.

Okes... Jap lagi aku nak balik dah. Jumpa lagi ya

Assalamualaikum.


Ayam Gajus

Assalamualaikum.

Hai. Apakah giles hari ni mendasyat ngapdet? Hihi. Layankan je tau.....

Ni aku masak Jumaat lepas. Cara masaknya senang aje kalau ikut resipi. Sekali lagi tengs tu Chef Hanielieza.

Ayam digaul dengan sesudu makan tepung jagung dan sesudu teh garam sebelum digoreng.

Tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi dan masukkan ayam, 2 sudu sos tiram dan 2 sudu sos tomato serta kacang gajus goreng. Jangan lupa suku cawan air. Biar kuah pekat dan tinggggg!

Siap!!!!

Mudah dan sedap. Hihi.

Dah jam satu rupanya. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Puas dah main!~

Assalamualaikum.

Hihi. Hari ni dengar ayat yang tak disangka2 dari Rafiq.

"Rafiq dah puas main," katanya.

Puas main tablet la. Setelah sekian lama tabletnya rosak. Rafiq ni such a baby tau. Main tablet tu sikit2 j kena sentuh skrinnya. Dia p tekan beria2.

Alkisah tablet pc Rafiq pun sadis juga. Yang pertama dah selamat aku duduk. Hihi. Belikan yang kedua patah pula suis on offnya.

So amik masa nak repair la kan. So sekarang dah ok maka beliau sangat bergembira la. Main sampai puas. Hihi.

Rafiq oh Rafiq!


Sabtu, 17 November 2012

Doa untuk Membantu Saudara Kita di Palestin

Assalamualaikum..






Semoga dapat dimanfaatkan. Saudara-saudara kita di sana, sedang dikepung dan bila-bila masa akan disembelih. Inilah jjihad kita, senjata terbaik adalah doa kita. InsyaAllah. Amin.

T_T

Assalamualaikum...

Dah tak tertulis apa yang aku nak sampaikan...

Tengok gambar je lah....






What say u, hah?

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Ramalanku benar belaka..

Assalamualaikum...

Hihi. Masih lagi tajuk lagu. :-)

Kan tak perlu aku nak siasat2, semuanya terbongkar sendiri. Aku dah tahu lama dah, nak dengar dari mulut tuannya sendiri je. Hai lahhhhhh....

Aku jumpa lama dah sebenarnya. Aku tak kisah pun. Sebab aku pun memang dah tak nak. Sebab tu aku biar je. Takkan kau tak perasan sebelum ni kalau aku jumpa apa aku buat?

Kelakar. Betul sangat kelakar. senyum simpul aku masa taip ni. Bersusah payah je kau nak selindung sekarang. Padahal aku dah tahu dua bulan sudah. Aku diam je lah. Sebab aku kan dah tak rasa apa...

Heh? Tak faham?


Biarkan ia terus menjadi misteri....

Sampai jumpa lagi ya...

Assalamualaikum.

Barang Sekolah Hunting

Assalamualaikum...

Hari ni mmg banyak menguruskan hal Fatin. First sekali ke Paya Jaras cari tailor tempah baju kurung uniform sekolah. Sama banyak utk baju sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

Kenapa kena tempah baju? Sebab saiz yang kecil pun terlalu labuh untuk Fatin. Kesian, baju kurung dah macam jubah. Hihi.

Lepas tempah baju patah balik Damai amik spec aku. Lekang pula bingkai atasnya hari tu. Gilos tiga hari hantor repair tiga hari juga aku migrain. Kena 50 hinggit duit upah potong cermin ke bingkai baru. Kalau sebelum ni bingkai penuh, this time around aku tukar bingkai separuh.

Dan terus hantar spek lama untuk ganti cermin. Tak sanggup dah amik risiko tanggung derita kalau kecemasan macam 3 hari sudah. So cermin saja udah serat. Bayar doploh saja fulus dalam purse tadek. T_T

Lepas tu terus cari kasut sekolah utk minah tecik tu. Kena beli awal2. Since this is the fourth year buying school shoes, dah ada pengalaman la.

Depa ni jenis kecik. Kasut ikut saiz kaki depa ada. Tapi sgt limited. Kalau lambat memang akan sold out. So dalam berdikit2 dapat juga belikan untuk Fatin.


Rafiq hold dulu. Still boleh recycle kasut kakak. Hihi. Nasibla jadi adik kan. ;-)

Dah beli kasut, alang2 membeli aku pun cari la serba sedikit alat tulis, yang mana rasa perlu utk kegunaan dia nanti la.


So macam lega la. Banyak dah setel hal Fatin. Tunggu kedai buku buka untuk beli buku je nanti.

Untuk Rafiq pula aku masih berkira2 nak kekalkan di tadika yang sama atau tukar yg berdekatan. Cadangnya nak tukar dekat dgn tempat kerja. Tapi belum survey lagi tempat belajarnya macam mana.

Kalau tak ok mungkin akan kekal tempat lama la. Tapi besar kemungkinan akan tukar juga. Hmm. Ada la masalah yang tak boleh nak share kat sini. Lapang2 nanti aku citer ya.

Okes darlings. Nak sampai umah dah. Boleh sambil dalam kete aku apdet. Janji apdet kan?

Sampai jumpa lagi.

Mmmuuahhss. Syg sgt tau kat korang. Tengs for reading and kerana sudi singgah ke blogku ini..

Assalamualaikum.

Isnin, 12 November 2012

Durian Crepe

Assalamualaikum...

Dah menjadi kegilaan sekarang kan...Copy paste je ni.


Teringin..? Pls sms/ call 019 6665639

CREPE:
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500ml santan (lebih mudah gunakan Santan kotak 400ml campur air 100ml)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna (ikut suka korang..kalau guna kuning takkan jadi merah pulak kan??)

Cara-cara;
Campurkan semua bahan dan blender kemudian tapis.
Panaskan pan atau kuali yang leper dengan api yang kecil..ratakan sedikit minyak.
Tuangkan 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe 
Tak perlu dibalikkan dan biar permukaan atas kering..angkat dan biarkan sejuk
******

DURIAN FILLING
Bahan-bahan :
1 cawan Non Dairy Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi durian secukupnya (ambik isi aje..bijinya korang boleh semai hahah)

Cara-cara ;
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengah-tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk

Selamat mencuba ya.


Credit to http://www.penbiru.com/2012/10/cara-buat-durian-crepe.html

Sabtu, 10 November 2012

Tv lagi.

Assalamualaikum.

Sakit hati tau dgn org suka tgk tv kuat2 ni. Rasanya dah pernah post dulu.

Kalau tak reti nak hormat org dlm rumah sendiri, at least have some respect la kat jiran2.

Menyampahsss!!!


Happy birthday Rafiq!

Assalamualaikum.

Maaf la lambat update. Ada satu macam kebengongan yg melanda diri. Hihi. Sila abaikan ya.

So pada tarikh yg sama genap 5 tahun lepas, aku baru beberapa jam melahirkan Rafiq.

Kisah melahirkan Rafiq dah ada kat blog lama. Korang pandai2 carilah ye... Malas nak bagi linknya.

Rafiq ni walau pun dia adik... Tapi aku harapan agak tinggi la. Dialah kekuatan aku dan Fatin. Yg nak jaga kami nanti2.

Doaku semoga Rafiq peroleh kejayaan dalam semua bidang terutama menjadi orang yg bermanfaat pada agama. Amin. Semoga peroleh kesihatan yg baik dan semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Sampai jumpa lagi ya. Nak selip jap.

Assalamualaikum.


Jumaat, 9 November 2012

DON'T SPEAK


"Don't Speak"

You and me 
We used to be together 
Everyday together always 
I really feel 
That I'm losing my best friend 
I can't believe
This could be the end 
It looks as though you're letting go 
And if it's real 
Well I don't want to know 

Don't speak 
I know just what you're saying
So please stop explaining 
Don't tell me cause it hurts 
Don't speak 
I know what you're thinking 
I don't need your reasons 
Don't tell me cause it hurts

Our memories 
Well, they can be inviting 
But some are altogether 
Mighty frightening 
As we die, both you and I 
With my head in my hands 
I sit and cry 

Don't speak 
I know just what you're saying 
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no) 
Don't speak 
I know what you're thinking 
I don't need your reasons 
Don't tell me cause it hurts 

It's all ending 
I gotta stop pretending who we are... 
You and me I can see us dying...are we? 

Don't speak 
I know just what you're saying 
So please stop explaining
Don't tell me cause it hurts (no, no, no) 
Don't speak 
I know what you're thinking 
I don't need your reasons 
Don't tell me cause it hurts 
Don't tell me cause it hurts! 
I know what you're saying 
So please stop explaining

Don't speak,
don't speak, 
don't speak, 
oh I know what you're thinking 
And I don't need your reasons 
I know you're good, 
I know you're good, 
I know you're real good 
Oh, la la la la la la La la la la la la 
Don't, Don't, uh-huh Hush, hush darlin' 
Hush, hush darlin' Hush, hush 
don't tell me tell me cause it hurts 
Hush, hush darlin' Hush, hush darlin' 
Hush, hush don't tell me tell me cause it hurts

Kegilaan Whatsapp!

Hihi...

Dah boleh mobile ni tak berenti la entri aku. Sekarang ni masih bataks berwassep. Sebenarnya aku dah install dekat setahun lebih. Tapi tahun lepas takde geng.

Demam smart phone di sekolah baru melanda tahun ni. Tapi smart phone depa semua hat canggih2 la. Harga henfon depa tu kiranya boleh dapat paling kurang 6 Galaxy Mini macam aku ni.

Oklah ye. Tetiba hujan semula pulak. Lebat lagi... Hmmm.. Lapor la. P cari makanan sat.

Sampai jumpa ya.

Assalamualaikum.


Testing!

Assalamualaikum...

Hai. Ini aku installed blogger di handphone kesayangan.

Sayang sgt wooo. Walau pun murah. Beli bayar dua kali. Hihi.

Now aku kat Tadika Seri Cendekiawan Wawasan Gemilang Cawangan Damansara Damai utk amik report kad anak2.

Nak try bubuh gambar jadi ke tak. Hihi. Sampai jumpa lagi ya.

Assalamualaikum.


SELAMAT BERCUTI!~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah tamat sesi persekolahan tahun 2012, sekejap je kan? Diam tak diam, masa berlalu pantas. Berapa banyak masa yang telah kita rugi? Korang taklah, aku cakap pasal aku ni. Aku banyak terlibat melakukan perkara2 lagho. Perkara yang sia-sia.

So... I am not going to talk about myself sebenarnya. Nak ucap selamat bercuti pada yang bercuti. 

Semoga anda semua selamat di perjalanan. Selamat pergi dan selamat pulang. Semoga selamat tiba. Yang pentingnya aku doakan korang semua selamat.

Oklah, dah sampai maksud atau tujuan entri kali ni.

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

In need or else...

Assalamualaikum...

Hakikat kehidupan la tu. Walau mcam mana pun aku akan salah juga. Sama je. Biasa dah macam tu. In fact aku hidup macam tu. Hihi.

Tapi aku ok je setakat ni, taklah sampai mengalah tak nak hidup dah. Betapa hidup ni... haihhhhh.....


Hihi. Kemain menguap bosan. :-P

Yang aku nak cerita ni, betapa aku rasa tak diperlukan bila tak diperlukan. Sebaliknya, bila pihak yang satu lagi perlu, maka aku boleh pula nak memenuhi keperluan itu.

Generally told je ni, tak menuju pada sesiapa pun. Plis jangan nak terasa sangat. Tapi kalau korang makan cili ofkos korang terasa pedasnya kan?

Oklah, sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum. 

Khamis, 8 November 2012

Borang Pelaporan PBS

Assalamualaikum...

Hai hai hai.

Akhirnya, atas desakan yang menghimpit dada dan hampir menjerut leher... daku telah berjaya menyiapkan borang pelaporan PBS seperti yang dikehendaki oleh Encik Boss la.

Sila tepuk tangan untuk diri sendiri. Hihi.

Berikut kulampirkan....MAK LAMPIR.... haha... gurau, gurau...


So sesiapa yang nak tiru aku ijinkan. Nak soft copy pun boleh, drop email kat komen ya... Mana la tau boleh kumpul pahala sikit. Jadilah kan.

Ok ye, sampai jumpa lagi.

Tataaa....


Danjeros...

Assalamualaikum...

Tajuk tak boleh belah kan? Hihi. Biar biar....

Apa yang danjeros sangat tu???? Hal **** la. Nak benda yang mustahil. Tapi boleh diminimumkan sebenarnya. Itu yang aku dan kawan2 akan buat. Buat juga walau dalam hati tu rasa mustahil sangat. 

Tak lojik betul permintaannya. Dia minta je memang la senang. Dah la tak peduli, panggil mesyuarat tak pernah, nak buat mesyuarat asyik tak boleh hadir.

Tak prihatin, tapi bila dia nak main paksa2 ya.

Hati2lah sahabat2 di luar sana. Kalau anda seorang pemimpin, pastikan anda terkeluar dari golongan yang macam ini. 

Aku tak kata korang macam ni. Kawan2 aku semua bagus2. Bos memang kena macam tu. Tapi pastikan we have done our part la. Not the only 'bekeng' part. Or just order what u want rather than get ur staff to prepare themselves longgg before the dateline....


Kata boss, kata ketua, tunjukkanlah ciri2 kepimpinan sikit. Ini tidakkkk... Tunjuk ciri bos aje buat apa? Kami bukannya tak dengar kata, tapi plis la, buat kami respek sikit.

Ok geng. Chow kejap. Pulun buat borang ni, nak yang terbaik kan? Doakan aku ya.

Assalamualaikum.

Selasa, 6 November 2012

SILENT MODE!

Assalamualaikum...


Entah. Mendung lagi hari ni. Lagi teruk rasanya hari ni. Atau yang paling teruk.

Malam ni, aku rasa sejukkkk sangat. Berbiji2 lengan kiri kanan menahan rasa tu. Tapi plis don't worry la ye. Takde yang penting apatah lagi urgent.

Hal2 nak menjauhkan diri ni, memang sangat menyeksa diri. Seksa hati, seksa perasaan. 

Ada kebaikannya. Bukan setakat ada, banyak kebaikan sebenarnya.

Macam yang korang tahu, ini akan membuat kita lebih yakin padaNya. Berserah dan tawakal hanya padaNya.

Almaklum manusia ni akan mengecewakan. Tetapi Allah SWT tidak akan pernah mengecewakan kita. Sentiasa ingat kita ini hambaNya. Kita ni HAMBA. Selayaknya kita banyakkan pujian pada Allah SWT, Tuhan kita. Banyakkan selawat ke atas kekasihnya Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menempuh semua ini. Amin.

Izinkan aku mendiamkan diri buat beberapa hari. Nak mencari ke mana perginya semangatku ini. Terima kasih ya selalu jadi peneman aku. 

Assalamualaikum.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails