Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 27 Februari 2010

Ole-Ole dari Australia!

Seperti yang diberitahu kepada umum, Acik dah pun kembali ke Malaysia. Kerana beliau eksaited nak g Cameron bersama Keicar Team....
.
Aku tidaklah dapat pegi kerana last minit KRZ ada tugasan pada pagi Sabtu. Walau aku turut teruja nak ke sana even aku baru jer pegi kursus tahun lepas... haha...
.
Kalau pegi pon petang Sabtu, tapi apahall pulak kuliah aku kan??? Rasanya idak la kami pegi ke sana... :(
.
Malam Jumaat tu KRZ bawak aku dan anak2 ke Shah Alam.
.
Sebenarnya kami teringin makan Chicken Chop kat Qaseh Bistro, Seksyen 13 Shah Alam. Memang sedap la rasanya tapi yang tak sedap baru duduk pekerjanya dah mula angkut kerusi yang di luar.
.
Seolah2 menghalau kami balik pulak... Eh-eh, ini perasaan aku jer. Nanti ada pulak yang print entry ni lantas tepek di kedai. Tak pasal2 aku kena banned pulak... Haha...
.
Lepas makan tu baru gerak ke MMZ Bukit Jelutong kerana perjumpaan ahli konvoi di situ. Anak2 punyalah suka bila nampak Acik masing2 nak berkepit jer.
.
Tapi kami lepak tak lama kerana aku ngan KRZ sudah letih, lagi pikir nak balik umah... jauh jugak perjalanannya. Sebelum balik Acik bagi la ole-ole yang terbang khas dari Australia. Terima kasih daun keladi. Lain kali bagi lagi...miahaha!
.
Sampai umah terus ku punggah untuk amik gambar....

Fatin ngan Rafiq sampai tido pegang baju baru la.
.
Bangun2 tido terus kata nak pakai baju Acik beli..... Tapi idakle aku bagi pakai sebab belum nak berjalan2 lagi... tunggu la masa yang sesuai...
.
Ok yer, sampai jumpa lagi.... Sekali lagi terima kasih Acik!!!!

Khamis, 25 Februari 2010

Selamat kembali Acik Lana!


Hari ni keberangkatan pulang Acik dari Australia.
Semoga selamat sampai ke tanahair dik.
Tak sabar nak cuti2 di Cameron yer???
Haha!
.
Aku tak tau lagi boleh pegi ke tidak pasal
KRZ tetiba ada program pulak esok.
.
Dan aku ada kuliah hari Ahad ni.
Fatin pun ada drawing lesson.
.
Aku teringin jugak nak pegi.
Tambah pulak dah lama tak santai2 dengan kawan2.
Rindu jugak dengan depa tu.
Terutama budak yang love Perth tu.....
.
Haih! Semoga dipermudahkan segalanya.
Ada rezeki aku sampai jugak.
Insya-Allah!

Jumaat, 19 Februari 2010

Tumbangnya heroku....

Owh, lama rasa tak ngapdet.
Kutinggalkan cerita lama-lama
dengan khabar duka Rafiq demam panas.
Kami g jalan2 petang tadi, sampai umah terus terlepek tak berdaya.
Badannya panas dan KRZ cepat2 ambil napkin
dan rendam dalam air berais sebelum letak kat kepala Rafiq. Harap2 cepat kebah dek yer.
Kalau tak, esok akan ku gegas ke klinik la...
Jumpa lagi nanti. Bye!


Rabu, 10 Februari 2010

Rafiq Kemalangan!

Berita sedih ni. Lepas balik dari skul kami terus g menjemput anak2. Sampai2 jer umah pengasuh, belum aku masuk, pengasuh Rafiq terus bagi tahu Rafiq terjatuh.
.
Gayanya takut2 kerana salah dia cuai. Aku rileks jer. Sambil tanya teruk ker?? Katanya ada tanda kat hidung. Pastuh dia kata dia takut.
.
Aku pun masuk la tengok. Rafiq tengah tido. Tengok2 adohai!!! Kurang hensem sudah anak bujangku. Bercalar hidung yang tak berapa nak mancung tu. Merah jer....
.
Pengasuh tambah cerita dia tengah masak kat dapur sambil Rafiq main2 dengan anak dia yang lebih muda setahun dari Rafiq. Dan mengaku dia cuai lupa rapatkan pagar dapur dan pagar itulah yang dilanggar Rafiq sebab dia main kejar2.
.
Banyak kali dia minta maaf pada aku dan KRZ. Kami nak kata apa lagi? Bukan dia sengaja atau dia nak benda tu terjadi.
.
Aku pesan jugak berkali2, lain kali ingatlah. Mujur tak kena mata, kalau tidak??? Aku sound juga tapi penuh berhemah, ini mujur aku... kalau orang lain... bukan setakat kena marah, silap2 kena saman bagai.
.
Walau ada yang bagi cadangan macam tu, aku idak ler cepat nak melatah. Yang menambah cool aku, katanya Rafiq tak menangis langsung.
.
Dan waktu aku tengok Rafiq tu pun dia tengah lena tidur. Siap tak mahu bangun bila aku kejutkan.
.
Otw balik Rafiq dah bangun bila KRZ tanya, katanya tak sakit sambil geleng kepala. Kata KRZ lagi, kalau teruk, pastinya hidung Rafiq dah bengkak dan darah pun akan keluar dari lubang hidung. Jadi idak ler aku panik.
.
Cuma terus mengajak KRZ g beli minyak gamat pasal takde langsung stok kat umah. Tengok la budak ni, siap suruh aku amik gambar dia dengan gula2. Dia memang tak heran luka kat hidung tu. Sampai rumah terus aku soh KRZ sapukan minyak. Korang tengoklah muka dia yang menahan geli sebab minyak tu nak meleleh... bukannya sebab sakit kena minyak... Kemudian boleh ketawa lagi bila KRZ kata siap! Aduyai anak!


Isnin, 8 Februari 2010

Treat for Little Ones

Sajala kebetulan malam ni KRZ nak g cuci gambar laporan perkhemahan, jadi kami pun sambil2 jalan2 ke OU. Rasa dah lama anak2 tak makan fries, jadi KRZ sudi nak belanja kon sundae dengan fries.
.
Fries???
.
Kesukaan aku tu.
.
Rasanya aku makan paling banyak. Haha! bukan selalu pown...sekali sekala jer....
.
Mengantuknyalah weyh! Aku sudah mau dodo...
.
C u tomorrow if i got more story to tell.. bye!

Kuliah Oh Kuliah!

Haha! Aku dah mula kelas semester 2. Kali ni combine kohort 6 & 7. Jadi ramai arr sikit. Ni pensyarah PK. En. Saiful Affandy. Beliau baru je jadi pensyarah dan harap2 dapat bantu kami la. Ada lagi 2 pensyarah, En. Mokhtar dan Tuan Haji Razak.
.
En. Mokhtar asyik la shoot aku jer, macam2 aku kena. Kata aku garang la, ganas, soal selidik sikit... haha! Lucu pun iya jugak....memang tak sempat nak curi snap.....
.
dan Tuan Haji Razak pensyarah waktu kdp dulu... dah tak heran sangat la kannn....
.
Kemudian, aku tetiba cam bersemangat konon nak buat nota. Sebab banyak masa boleh la buat. Kalau kat umah.... ya ampon!!! Mintak maap, tak dapat la.... blogging ni pun curi2 taip. Haha! Jumpa lagi nanti. Bye!

Budak Manja

Hmmm.... sekarang ni manja dak Rafiq menjadi-jadi. Tengah2 main tengok2 aku takde boleh dia menggelupor cari. Macam malam Ahad lepas. Aku tido awal sebab ada kuliah keesokan harinya. Tetiba dengar beliau melalak dan akhirnya mari kat aku. Ni lah rupanya budak yang memanjakan diri tu.
Aku seposen pun tak manjakan tau! Haha! Bye!

Nasi Ayam

Petang semalam KRZ masak nasik ayam. Sebab renyah nak buat ayamnya, dibeli saja kat Ayamas.
.
Balik dari jemput aku kat IPBA tu terus direbus ayam 3 ketul (stok kat rumah) nak ambil air rebusan tu untuk masak nasi. Bakinya buat sup.
.
Jadilah Nasi Ayam Express. Hehe... bye!



Ahad, 7 Februari 2010

Jom tengok gaya Rafiq!

Ada beberapa keping gambar malam makan2 bersama Acik tu tak sempat aku publish. Tengok jer la... yer... Aku malas mau cerita da.....

Sabtu, 6 Februari 2010

Apa anak buat bila si ayah tidur?

Inilah yang dibuat Rafiq waktu aku teman dia petang tadi. Mula-mula aku tido. KRZ jaga anak2. Pastu Fatin datang meloncat2 tepi aku aku soh dia p kat ayah. Rupanya dia g tido ngan KRZ.
.
Tu yang Rafiq beria2 suruh aku bangun. Lepas aku bagi dia makan nasik dan terus mengadap pc. Sambil2 layan fb, aku tengok2 la apa dia buat.
.
Rupanya dia buat mainan barang2 KRZ.
.
Dilekatnya kaler tack kat pintu, sambil kata nanti ayah nak tutup pintu tak buleh... haha.. apa da... Lepas tu tampal manila kad kat pintu. Ntah tengok sapa la buat.. yang pandai sangat tu... haha... Haih! Ayah bangun nanti kamu tau la dik.... Macam2 kamu buat ya? Haha! Bye!

Jumaat, 5 Februari 2010

Mari Makan Poori!

Inilah makanan favourite KRZ sekarang. Poori. Hehe. Memang sedap pon.
Macam cucur kembong.
Eh-eh, lama KRZ tak buat cucur kembong kan?
Tunggu la bila2 ada special occasion nak buat jugak kot....
.
Ni gambar Fatin.. dan yang ini pulak... Rafiq..... Nanti ku update lain.
Jumpa lagi.
Bye!



Khamis, 4 Februari 2010

Bon Voyage, Acik!

Hari ni Acik akan terbang ke Perth, Australia kerana terpaksa bertugas. Alhamdulillah ada rezeki kamu nak ke luar negara dik. Walau pun berseorangan dan bukan bersama insan tersayang, anggaplah ini sebagai pembuka rezeki untuk kamu. Mungkin selepas ini kamu akan dapat peluang-peluang yang lebih mengancam siapalah yang tahu.
.
Balik dari skul semalam, aku ajak KRZ g beli barang umah. Tengah2 dok pilih barang, nampak la pek perencah masakan segera lantas teringat kat Acik.
.
Terus aku telefon dia dan bertanya, katanya semua dah dibeli. Acik terus ajak aku ngan KRZ g umah dia.
.
Sampai umah sewa Acik, aku nampak Acik sedang lipat2 baju dan terdengar Kodai kompelin, baju banyak dan tak muat beg. Aku ngan KRZ tengok saja sambil mulut tak henti2 menguyah hidangan dan minum air coke. Sesudah makan, aku mintak KRZ ajar Kodai bagaimana nak lipatan baju kerana KRZ sangat biasa nak menjimatkan ruang bila packing baju.
.
Dan berjaya akhirnya. Siap boleh isi makanan lagik.
.
Oh, Kodai bukan keseorangan, beliau ditemani oleh Fie. Nanti idak la korang kata mereka berkhalwat sebelum ketibaan kami. Kemudian masuk waktu mahgrib, kami balik dan g menjemput anak2 dulu untuk keluar makan2 bersama2.
.
We decided nak makan western di Chief Tomyam. Aku sekeluarga sampai jer nampak Acik, Dai sama Fie dah menunggu. Terus la oder kan.
Makanan sampai makan time la.... sampai macam nak tercekik kamu suap Acik wahai Dai....
"Saya bukan artis",kata Fie. haha! Manje2 puas2!Fatin pown tumpang manja... Rafiq yang amik ni....
Lepas makan lepak2 sekjap sembang2 sambil tengok gelagat anak2. Kemudian terus Acik sama Dai sama Fie gerak ke Shah Alam.... Semoga kamu selamat sampoai dik. Jaga diri tau.... Bye !

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails