Hai hai hai....Baru hari ni boleh update blog sebab semalam dan pagi tadi asyik mendengar je. Petang ni ada bengkel dan keje pon dah siap, boleh la ngapdet.

Mula2, haruslah ada gambar tuan blog beserta rumet Cik Mariana Mohamad dari SK (2) Petaling Jaya.
Jom tengok tempat aku tinggal pulak. Bilik ni.... 


Suasana tempat landing aku... Nyaman je kan, tepi ekon lak tuh... memang tido payah bangun.... elok je selubung...
Kemudian, petang takde aktiviti pape, masa untuk minum petang.

Belum buat apa2 dah minum, kan...
Tepi dining room yang bernama Anjung Selera, ada swimming pool.

Tengok pool ni teringat anak2. Suka sangat mandi manda sekarang. Nanti ada rezeki kita g yer nak....Hmm...tapi syiok boleh sewa basikal.

Oklah, cerita buat kerja next entry kot. Malas la taip bebanyak. Bubye!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan