Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 30 Ogos 2010

Real Soya

Salam.

Hai semua.

Ada sorang budak tak berapa kecik tu cakap ngan aku.
"Kak, Aciksaya tak pernah tengok soya yang sebenar."

Kerana kasihankan beliau,
aku balik umah aku amik gambar biji2 soya
sebelum direndam dan selepas direndam selama 7 jam.
Untuk pengetahuan adik, untuk penggunaan domestik (harian-di rumah saja) biasanya soya yang dah direndam ni akan dikisar dengan air sebelum dimasak menggunakan api sederhana di atas dapur selepas ditapis.

Sangat meleceh kerana perlu ditunggu tepi dapur kerana perlu dikacau selalu. Kalau untuk yang berniaga biasanya akan ada mesin pengisar yang mengasingkan hampas dan air kacang soya dan dapur steamer yang tak perlu ditunggu lagi.

Nak buat sendiri juga senang je dik, cuma nasihat akak jangan tamak beli sampai sekilo, masak secawan pun dah dapat banyak dik.

Sekian terima kasih. Bubye!

Gallery - A Day Out

Salam.

Penyakit pemalas la ni, asyik buat entri galleri. Korang paham2 sudah. Tak mau paham apa aku boleh buat.

Sempena cuti hari Jumaat lepas, KRZ mengajak aku g jalan2 naik bas dan naik komuter sambil bawak anak2 kerana ada permintaan dari Fatin dan tambahan pula Rafiq belum pernah naik mana2 kenderaan awam.

Maka kami menghantar kereta untuk dibasuh di belakang Mahbub dan kami pun memulakan perjalanan ke Kepong Sentral menaiki bas.

Kami menuju ke KL Sentral dengan menaiki komuter. Punyalah hazab pasai rakyat negeri Selangor bercuti maka mereka tidak melepaskan peluang bersoping sakan di Kuala Lumpur terkecuali kami.

Kami pergi dan pulang itu saja. Semata-mata. He he.

Sekian, korang tengok je la gambar.

Wassalam.

Ahad, 29 Ogos 2010

Galerry - Sports Day Fatin

Salam.

Dah lama dah berlakunya ni. Minggu terakhir sebelum puasa. Overall memang ok la majlis ni. Pengurusan pun boleh tahan cekap.

Tahniah la pada Guru Besar dan guru-guru yang bertungkus lumus. Aku kira agak berjaya acara sukan hari tuh.

Yang aku tak puas hati Si Fatin la.... nampak jer aku ngan KRZ, tengah lari pon boleh berenti. Sampai masa amik hadiah pun tak nak. Siap melalak meraung lagik! Aduyai!!!!

Nampak gayanya tahun akan datang, kami akan datang waktu amik hadiah jer. Supaya dia boleh lari laju2 lepas ni.... He he...

Tengok jelah gambar2nya ya..

Wassalam.

Gallery - Geng Baju Merah SKBSD1
































Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails