Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 20 Mac 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU


Assalamualaikum....

Hai hai hai.... terima kasih abang Ben buat segmen ni. Segmen apa??? Klik kat SINI.

Kenangan yang paling aku tak dapat lupakan, aku copy paste dari blog pertama jelah. Hehe.

Lokasi : Umah yang arwah abah tukang sendirik,
kat Rimba Jaya, Klang.
Pelakon bukan artis : Aku, arwah abah
Tahun kejadian : Tak ingat, tapi aku masih sekolah rendah...
Saksi : Mak
Artis Jemputan : KOPIKO
.
Intro
Biarlah aku cerita perihal arwah abah dulu supaya korang tak konpius. Arwah abah mendapat kemalangan yang mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan (sebelah kanan). Ingatannya pun hilang. Kegemarannya semenjak sakit, pantang nampak sesiapa lalu, pasti akan dipanggil. Bila sudah dipanggil, pasti pula beliau meminta sesuatu. Yang paling kerap di minta adalah air. Pemikiran aku waktu itu adalah, "Abah ni duduk saja pun asyik minum air". Aku taklah kecik sangat waktu tu tapi nampak sangat aku tak matured lagi. Aku tak terpikir yang orang tua tu sakit bukannya rasa sakit. Dia boring tak boleh berjalan dan tak boleh bergerak.

Ceritanya.....
Cerita bermula apabila aku lalu dan arwah abah minta segelas air.

Aku punyalah hangin sebab mak baru beri jer air pada abah.... Separuh menjerit aku jawab "Kan mak baru bagi tadi....".Punyalah kurang ajar aku waktu tuh.

Kemudian aku berlalu dan masuk dapur. Aku keluarkan gula-gula kopiko dari pembalutnya dan masukkan dalam mulut.

Tiba-tiba, gula-gula kopiko tu terus meluncur ke dalam tekak aku.... Aku tercekik! Aku terbatuk-batuk. Menepuk-nepuk belakang sendiri tapi tak berjaya keluarkan kopiko cilakak tu.

Last-last mak aku bersuara.....
"Baik Aida minta ampun dengan abah......"

Zasssss!
Bagaikan petir menyambar aku.
Terus aku tersedar.
Aku telah berlaku salah.
Aku kurang ajar pada abah!

Laju mulutku memohon ampun.
"Bah! Maafkan Aida!" sambil nafasku tercungap-cungap.

Dari dapur aku terdengar lafaz keramat "Iyalah, abah ampunkan!"Sejurus itu juga tersembul keluar kopiko durjana dari tekakku. Aku menangis semahunya di pangkuan abah.

Sejak itu, aku menjaga abah sebaik mungkin sehingga akhir hayatnya. Dan sesungguhnya aku terkilan arwah abah tak sempat melihat kejayaanku menjadi seorang guru.

Janjiku,
takkan aku lupa mengingatkan muridku,
tentang kepentingan menjaga tingkah laku.
Bukan hanya kepada guru,
tetapi juga kepada orang tuamu.

Alfatihah untuk arwah abah

Kalau mengikut soalan abang Ben, dia nak tahu siapa yang aku lebihkan. Jawapannya sama saja. Sebenarnya tak teruca rasa kasih dan sayang aku pada kedua orang tua aku.

Dah tentu aku takkan sanggup orang tua aku dihumban ke situ, pusat jagaan orang tua. Kita dulu mereka jaga, kenapa bila sampai masa mereka, kita nak buang mereka pula.

Dan untuk anak2 yang suka merebut harta pusaka ni seeloknya bak kata abang aku, patutnya kecik2 dulu dibuang ke tong sampah je. Haha.

Sekian, terima kasih, harap dapat memuaskan hati insan yang membaca.

Wassalam.

p/s: Maaaflah baru perasan kena buat cerita dengan ibu. Ada juga, tapi lain kali ek.

Ahad, 13 Mac 2011

7 Peringkat Nafsu (Amarah)

Assalamualaikum....

Bersiaran dari rumah dah. Hari ni, nak masukkan skit entri berbentuk ilmiah. Harap dapat juga pembaca2 manfaatkan. Bolehlah topup2 mana yang kurang tu kan?

Mengikut buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tassawuf, nafsu manusia itu ada 7 peringkat.
NAFSU AMARAH
- Nafsu yang suka menyuruh kepada kejahatan.
- Nafsu yang paling rendah dan sehina-hina nafsu.
- Tanda2 mereka yang memiliki nafsu ini adalah;
  • sentiasa berbuat kejahatan
  • tidak merasa duka dan menyesal di atas perbuatan jahat malah merasa lega dan kadang-kadang merasa gembira
  • terlalu gembira mendapat nikmat dan berputus asa apabila ditimpa bala atau kesusahan
  • sifat2 keji yang timbul daripada benih nafsu Amarah ni ialah bakhil, tamak, cinta dunia, panjang angan-anan, sukakan kemegahan, ingin terkenal dan mahyur, hasad denki, dendam, khianat, niat jahat dan lalai dengan Allah.
-Nafsu Amarah ini ialah sejahat-jahat nafsu dan tanpa pembersihan dan penyucian hati, sudah pasti ianya tak dapat dibuang, walaupun seseorang itu ahli agama atau berilmu, tetap akan bergelumang dengan sifat2 keji yang ada pada nafsu ini.

Wallahua'lam.

SUMBER;
HURAIAN IHSAN DAN ILMU TASSAWUF
USTAZ SHAMSUL MOHD NOR
AYU EDAR ENTERPRISE
2009

Berkampung..

Assalamualaikum...

Hehe... orang berkampung jauh2, aku berkampung dengan jarak perjalanan 45 minit je. Hehe. Jadilah kan, sempena KRZ sibuk dengan job hujung minggu ni, aku menyibukkan diri kat rumah mak.

Ehem2. Tua-tua pun nak manja mak kke? Hehe... bila lagi kan? Selagi ada hayat dikandung badanlah kita nak bermanja bagai.

So, ini gambar pagi tadi. Tilam tempat perlandingan pun belum kemas lagi. Haha. Anak2 paling happy kalau datang umah mak ni. Tambah2 anak buah aku yang lain ada. Hehe. Aku rileks banyaklah.

Huh. Oklah aku takde mood sangat nak ngapdet sebanranya. Cuma cam bosan melawat blog sendiri entri Khamis lepas. Nanti update kisah Potluck kedua 2011. Kalau rajin, again. Haha.

Sampai jumpa lagi, wassalam.

Khamis, 10 Mac 2011

Micky Mouse & Lagu Sendiri.

Assalamualaikum...

Hai.... entri kedua hari ni. Ni video si Sharul letak kat wall sempena aku suka Mickey Mouse. Patutlah yer anak2 aku pun suka Mikimos Plubplouse, dulu aku pun suka juga rupanya... Haha..


Lagu pertama, lagu aku la. Tajuknya Pinta Adik. Aku hantar sajak dan keluar majalah Mickey. Cikgu kesayangan aku buatkan muzik dia, pastu ajar kami nyanyi ramai2.

Ajarkan aku berjalan
Langkah kanan dan langkah kiri
Carikan aku seorang kawan
Buat teman dalam buaian

Ajarkan aku gelak ketawa
Agarku tahu erti bahagia
Tunjukkan aku air mata
Agarku tahu erti derita

Ajarkan aku tutur kata
Agarku tahu pahala dan dosa
Ajarkan aku hukum agama
Agarku kenal Tuhan Yang Esa

Lagu Sahrul ni pulak aku lupa tajuknya la, Keinsafan rasanya. Cuba nyanyi kalau pandai...

Senja merah berganti malam
Balaman fajar menanti siang
Inilah masanya bagi diriku
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh Tuhanku
Ampunkan dosaku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Oh hatiku
Riang tiada terkira
Selalu berhibur tak kenal masa
Diriku penuh dosa-dosa

Oh Tuhanku
Terimalah aku
Sebagai hamba kepadaMu
Yang Mengabdi diri
Untuk diriMu
Menginsafi sebelum ke pangkuanMu

Ingat2 lupalah.... sori yer. Nanti tanya kawan2 lain ek. Memori 256mb je nih. Hehe.

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Rabu, 9 Mac 2011

My long waited childhood bestfriend!

Assalamualaikum....

Semalam aku jumpa kawan baik aku yang dah lama ku carik. Tapi jumpa kat FB je la. Lama betul aku cari dia. Tapi cari sendiri la. Idak ler aku hubungi TV3 ke nak buat jejak kasih pulak.

Meet Sahrul Alnaim Taspirin.

Amik ko nama penuh bubuh. Supaya kalau ada yang cari kau lepas ni Sahrul, senang jumpa. Bukan macam yang aku kena dulu ek...

Tak sangka. Umur dah 30 baru nak jumpa semula. Tengok wajah kau Sharul, maseh sama la.. Cute je. Kecik2 dulu kau montel. Sangat comel.

Tengok gambar bawah ni. Ada aku ada dia. Tapi anggap macam aku takde. Jangan cari aku. Burok gler wajahku. Miahaha!


Macam mana ek, nak cerita. Memang dia kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. Sebab family saling mengenali. Arwah ayah dia kawan dengan arwah abah. Abang dia kawan dengan abang aku. Dan seingat aku, dialah budak lelaki yang aku pernah bawak balik umah. Terkenang2 nampak dia kayuh basikal, dan main2 sama aku kat halaman rumah.


Banyak juga yang aku dah lupa sebenarnya, tapi banyak juga yang aku ingat. Aku ingat hari Sahrul datang bagitau kami kat kelas 6 Anggerik, dia nak pindah balik kampung kat Johor. Aku ingat kami meraung satu kelas. Menangis secara berjemaah. Haha. Boleh gitu?

Dan aku telah melakukan sesuatu yang aku tak terduga waktu tu. Ibaratnya takkan jumpa dah dengan Sahrul lagi. Tapi memang lama pon terpisah. Apa aku buat???? Tak boleh publish sini. Kuikuikui... citer zaman anak2. Aku pun masih kanak2 lagi waktu tu. Yanng penting kami sayangggg sangat kat dia dan sangat sedih bila dengar dia nak pindah.

Nak tau nakalnya si Sahrul ni, kami ingat dia dah balik. Rupanya dia dok skodeng kat tingkap tengok kami ramai2 nangis teringat dia. Sabar jelah.

Dan semalam sembang2 dgn dia kat FB dia kata dia ingat aku suka Mickey Mouse. Sebab selalu pinjamkan dia majalah Mickey. Aku memanglah suka majalah Mickey tu Sebab kat situlah permulaan aku menulis, dulu hantar karya, keluar je setiap bulan.

Dan bila Sahrul ingatkan aku pasal Mickey tu, aku pun teringat jugak lagu yang dia tulis lirik dan cikgu Nor Azhar Bin Mat Hassan tolong gubah muziknya. Aku masih boleh nyanyi sampai sekarang.

Entri lagu tu nanti lah yer. Penat dah taip nih. Nak g sarapan dulu. Apa pun Sahrul, I wish u all the best. Semoga berjumpa pasangan yang diimpi2kan. Semoga sihat2 dan berbahagia selalu.

Friend Forever, ok?

Jumpa lagi nanti.
Wassalam.

Selasa, 8 Mac 2011

Peluk... peluklah selalu...

Assalamualaikum...

Tajuk peluk ni kan, memang tak boleh diabaikan. Kan? Dah banyak kali aku terbaca dan dengar yang peluk ni sangat menyihatkan tubuh badan si pemeluk dan yang kena peluk.
Tapi AWAS!!!! Jangan peluk orang yang anda tak boleh peluk. Paham2 sudah. Yang dibolehkan sahaja, ok???? Kat sini aku bagi LINK citer contoh yer.....

Ha.... gambo ni, nak ke korang buat???
Harimau tu.... eh, bukan hari-hari mau... tapi betul2 big cat.

Yang kucing ni pulak, sangat comel ok, aku rasa macam nak lempang2 je mereka... haha...
Ni satu lagik... fengsan!~
Dah!~ Tahan geram je tengok si comel ni. Lama dah ni tak ada binatang kesayangan. Sejak ada anak2 kesayangan, kan???

Apa lagi kawan2, peluk2lah orang2 yang tersayag. Paling kurang, 2 minit lamanya sekali peuk. Kalau lebih lagi bagus, lagi banyak kasih sayang tersebar....

Sori la kalau entri ni macam hilang arah sebab tadi aku berenti, so idea terputus di tengah jalan.

Jumpa lagi nanti, wassalam.

Kisah benar di klinik.

Assalamualaikum...

Hehehee... ini pun gambar dokor bersama jururawat2 yang bertujuh dan pesakit. Ini versi kampung la.

Pasti semua pernah tengok persembahan atau paing tidak dengar lagu ni, kan. Inilah antara babak dalam pesembahan ULEK MAYANG. Sengaja buat urup besar supaya senang sapa2 nak gugle carik nanti.

Al sebenarnya aku nak cerita antara dialog antara aku dengan tuan dokter sewaktu aku ke klnik malam semalam. Berapa banyak malam da....

Gambar kat bawah ni dah lebih kurang 70% betul la seperti keadaan kat klinik tu. Lagi 30% aku bahagi kat pesakit (yang sebenarnya aku), Tuan Doktor (yang sebenarnya Dr. Shahrin) dan keadaan klinik (yang sebenarnya jauh lebih selesa).

Dialog bermula....

TD: Puan AO, sila duduk.
AO: Terima kasih.
TD: Boleh beritahu saya apa masala puan?
AO: Sakit kepala, nyut2 sebelah kiri. Bermula Jumaat lepas.
TD: Ada rasa mual atau nak muntah?
AO: Takde pulak?
TD: Waktu paling teruk?
AO: Tengahari.
TD: Macam migraine je.
AO: Hari tu doktor sorang lagi dah bagitau migraine. Ubat dulu pun tak habis lagi.
TD: Biar saya periksa tekanan darah puan sebentar.

Iklan ~ Tiba2 Fatin & Rafiq merengek mintak kayu batang aiskrim hakmilik klinik tersebut. Tanpa banyak soal TD bag je kat depa.

Fatin: Momi, baju Rafiq kotor.
AO: Bior dia tak hensem!
TD: Budak2 biasalah.
AO: Hehe... ~Iklan tamat.

TD: Tadi waktu drive nak ke sini, sakit kepala tak nampak lampu kete dari arah bertentangan?
AO: Mestilah.
TD: Sah sudah. Awak kena migraine lagi.
AO: Tadi dah makan ubat dah.
TD: Ubat ada lagi ya? Puan tak mahu ubat lagi?
AO: Errr... ubat migrain boleh bagi sikit lagilah. Lain kali sakit lagi boleh telan je terus.
TD: Baik, ubat migraine sahaja. Puan kerja ke hari ni? (Semalam la tu maksudnya)
AO: Keje, tadi boleh tahan lagi.
TD: Saya bagi awak rehat 2 hari. Tak payah pikir pasal kerja Rehat cukup2.
AO: Terima kasih. (dalam hati yabedabeduuuuuuuuuu! boleh aku rehat puas2!)

Waktu aku menanti nama dipanggil, aku melihat pelanggan klinik sebelum aku mengambil ubat dan membuat bayaran. Si ibu terkejut bila jururawat memberitahu harga yang perlu dibayar?

Walau dia nampak macam orang ada-ada, tapi beliau sangat terkejut. Tanya semula pada nurse sampai tiga kali. Pastu dah pasti siap pandang anak beliau yang sakit seraya berkata dengan perlahan "So expensive!".

Memang agak mahal pon kat klinik tu. Tapi sangat berbaloi dengan servis. Ubat pon boleh tahan berkesan. KRZ kalau batuk memang tak cari klinik lain dah.

Kejadian ni juga membuatkan aku teringat satu kejadian kalau tak salah aku sepuluh tahun lepas, ketika aku membawa mak ke klinik yang berhampiran dengan umah mak. Mak waktu tu kena darah tinggi, tangan dia mak boleh angkat sebelah. Kata TD mak kena strok kecil.

Sama juga, aku tengok pasangan suami isteri beserta bayi sebelum aku membuat bayaran dan mengambil ubat sangat terkejut dengan harga yang disebutkan.

Jauh berbeza keadaan org kat klinik malam tadi. Pasangan tersebut nampak daif, terdesak, berpakaian biasa. Si ayah terpaksa meninggalkan isteri dan bayinya untuk pergi mendapatkan wang lebih.

Dua keadaan sama cuma cara penerimaan dan pemikiran mungkin berbeza. Itulah manusia.

Jumpa lagi nanti. Wassalam.

Isnin, 7 Mac 2011

Headache!


Assalamualaikum...

Makin parah nampaknya penyakit migraine aku nih. Ke aku stress? 5 assignments kena siap by the end of this week. Banyak tu... boleh pengsan!

Aku cuba la buat yang terbaik. Aku akan cuba. Aku akan cuba mengatasi sakit aku ni kalau boleh. Jap lagi nak p klinik. Kot boleh dapat ubat POWER dari Tuan Dokter ker?

Nak cerita lebih lanjut pasal masalah problem aku, tak bolehlah. Aku takut sangat apa2 yang aku publish nanti ada yang guna balik nak membahan aku.

Blog sekarang dah tak macam 2 years back. Tak dikenali dan orang tak peduli. Kiranya medium aku nak meluahkan perasaan pun dah takde. Banyaknyer sekarang, aku simpan dalam hati je. Elok sangatlah gitu. Kalau jadi apa2, org tak tau.

Mana yang aku rasa aku patut pesan, aku pesan la dengan org2 yang rapat dengan aku. Kawan2 aku. Aku harap semuanya akan oklah. Sebab arah tuju aku sekarang untuk.... saja. Sorang je pun yang tahu untuk apa. Dia pun tak baca sangat blog aku ni. Bagus jugak.

Really have to go now, my headache is getting worse. See u all very soon.

Wassalam.

Ahad, 6 Mac 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ???



Assalamualaikum...

Haha. Tak tau link aku kat blog abang Ben tu dah save ke tidak. Almaklum waktu taip tu guna berokband saja, haha.

Masuk ke tak masuk nak buat jugak, tak kira. haha. Pagi hari tu dah taip tapi ni taip lagi la. Takde masalah bagi aku.

Terima kasih BA kerana mewujudkan ruangan segmen seperti ini yang pada aku sangat special sebab menggantikan tag. Kalau org yang takde idea dan kadang2 tak tau nak update apa2, segmen begini sangat membantu.
KISAH KEMATIAN yang diwajibkan kali ini, buka apa, sebagai peringatan untuk kita yang masih hidup ni. Sesekali, perlu diingatkan dengan cerita kematian. Biar ada sedikit bekal, tidaklah berseronok sangat selalu.

Biar aku kongsikan kisah kematian orang tua aku sendiri. Mengimbau detik2 menyedihkan ni bukan senang, siap berderai air mata sama. Tapi untuk peringatan dan pengajaran, kutabahkan hati.

Arwah abah aku ni, agak istimewa kesnya berbanding orang lain. Pendapat aku lah. Dia start demam sebulan sebelum dia meninggal. Itu biasa. Yang spesialnya, dia dah lumpuh selama 16 tahun.

Falshback sikit....

Ya, 16 tahun. Waktu dia ditimpa kecelakaan pada tahun 1985, adik bongsu aku, Si Amat Sharil, masih lagi dalam perot mak. Aku baru 4 tahun. Tapi aku masih ingat lagi suasana HTAR, Klang. Ternampak2 lagi bila mak tunjuk tangganya sebab lepas accident, abah ditempatkan di tingkat 8.

Mak kata waktu tu mak berdoa sangat agar abah selamat kerana tak mahu aku dan adik2 aku membesar dengan tidak mengenali abah. Doa mak dimakbulkan, walau pun tak sihat, tapi aku masih lagi punya abah. Tempat aku mengadu bila mak marah aku.

Ceritanya....

Aku baru sampai umah dari Penang (mana abis belajar lagi), bila mak kata aku kena bawak abah g spital. Menggunakan kancil kesayangan, berdesup la peginya.

Sampai HTAR terus masuk wad kecemasan. Aku bengang ngan kakak aku waktu tu sebab dia kata arwah abah akan tak lama lagi meninggalkan kami. Bengang sebab macam tak boleh terima hakikat tu la.

Pastu sepanjang sebulan tu kami gilir2 jaga abah kat spital. Paling kerap jaga Amat la, sebab dia je yang tak keje lagi. Aku memang standby kat umah sebab waktu tu aku cuti belajar dan yang masih tinggal dengan mak.

Petang Sabtu sehari sebelum pemergian abah, kami p jenguk lagi. Macam biasa. Aku tengok abah terjaga dan sangat tenang dan tersenyum saja. Semua anak2nya dah datang menjenguk.

Sebelum pulang, mak salam abah. Tetiba abah tarik dan cium mak. Kami terkejut sebab untuk pengetahuan korang, selepas kemalangan abah dah seperti dulu. Sempat abah suruh mak balik dalam kesukaran bercakap sebab ada tiub dimulutnya aku dengar abah cakap kat mak "Pi balik, pi balik tengok anak!" Agaknya tiba2 Allah SWT kurniakan ingatan kembali pada abah. Wallahuaklam. Kami pun pulang.

Balik umah, malam tu mak demam. Mak dah terasa kot abah nak pergi. Esoknya 2 Ramadhan. Aku dan mak g spital bawakkan sahur untuk Amat dalam kol 4 pagi. Tengok abah tidur dengan tenang. Perlahan je nafasnya. Tak boleh tunggu lama sebab mak masih demam, kami pon pulang.

Kat umah, aku pun tak lena tidur. Jam 7 pagi adik call kata arwah abah dah takde. Sedih sangat suaranya. Aku bingkas bangun dan tiba2 aku terjatuh. Gelap mata aku. Hilang arah aku sekejap dengar berita paling menusuk tu.

Ku fikirkan mak yang demam dan waktu tu hanya aku yang ada dengan mak, aku bangun juga dan mak pun macam bingung bila aku maklumkan. Masih lagi terbayang macam mana aku kuatkan semangat nak ke hospital. Terketar2 tangan aku sambil memegang stereng.

Sampai spital korang percaya tak aku baring sebelah arwah abah? Masih terasa kehangatannya. Owh sangat sedih saat itu, tapi kami tak menangis. Kami sedih kehilangannya tapi gembira sebab derita abah dah berakhir.

Mak kata, 16 tahun mak hidup dengan abah yang sihat dan 16 tahun lagi dengan abah yang lumpuh. Di akhir hayatnya abah dengan anak bongsunya, yang lahir selepas dia ditimpa kemalangan yang meragut ingatannya. Aku tahu hati adik puas sebab dia memang yang paling banyak jaga arwah.

Oklah yer. Tadi taip kat desktop tapi desktop tu dah nyawa2 ikan. Ni sambung kat laptop pulak. Harap sangat kali ni dapat publish. Walau pun lambat, aku cam lega la akirnya dapat jugak siapkan entri ni. ...

Wassalam.

Sabtu, 5 Mac 2011

Welcome Back SJ!~

Assalamualaikum....

Nak mengucapkan selamat kembali ke tanahair buat sahabatku Sue Joshua. Ini gambar kali pertama kami jumpa. Kalau tak silap aku kami Jumpa 1 Mac 2009. Entri first time jumpa tu ada kat SINI.
Apa pun Sue sekeluarga dah selamat jejak kaki pun kat Mesia. Dan kali ni balik dan terus menetap kat Mesia.

Mesti baru2 ni Sue akan sangat busy menguruskan macam2. Mana dengan rumah, hal sekolah anak2 dan macam2 lah. Pelan2 ye Sue. Jaga kesihatan tu, jangan sampai tumbang lagi nanti.

Nak citer lagi ker aku dengan Sue ni macam mana? Tak payahlah kot. Cari jelah entri lama2. KRZ dah balik dari meeting da, aku kena la g menebeng ngan beliau. Rindu ooo sepagi tak jumpa. Hikhik....

Jumpa lagi nanti.

Wassalam.

Sakit tekak...

Assalamualaikum...

Apa khabar kawan2? Harap2 Semua sihat2 selalu. Aku? Entahlah. Dari hari Jumaat hari tu mulanya. Migraine dah kembali. Stress sangat ke aku? Aku pun tak tahu. Rasa macam biasa je.

Malam tadi sambil bosan dok tunggu KRZ yang ada friendly match badminton, aku dah terasa kelainan kat tekak aku nih. Asyiklah minum air sampai naik kembong. Haha.

Jam melewati 12 malam KRZ belum pulang, apa lagi harus aku koll bertanya khabar sambil pesan balik nanti jangan lupa beli dequadin untuk aku.
Ini memang ubat yang sangat berkesan la kalau kau batuk .... batuk sikit atau batuk teruk memang berkesan pada aku.

Kena tabah hati makan pastilles nih sebab once dah hilang gulanya, akan mudah nak tertelan. Kena slow2 pelan2 biar ia berlegar2 didalam mulut anda.

Dey apa da citer ubat sakit tekak pulak nih. Haha. Janji terapdet. Tengah ada mood gini la. Citer sikit pun jadi entri gak. Kalau takde mood??? Bahan banyak pun tak ada gunanya... Haha...

Jumpa lagi nanti, wassalam.

Khamis, 3 Mac 2011

Lama tak emo... ini masanya...


Assalamualaikum...

Bukan apa-apa pun. Saje je kasik gempak. Lama rasanya tak meluahkan perasaan kat sini. Tadi saja baca2 entri lelama, dan ada sikit2 yang sengaja aku hare kat FB pon.

Entah kadang rasa macam nak kongsi semua kat sini tapi aku tau banyak yang tak boleh kan? Udah macam bukan blog sendiri sebab asyik nak jaga hati org lain.

Tadi duduk sembang2 dengan kengkawan kat meja kelab, ada la citer yang aku tak join sangat pon, pasal tengah bertenet cuma sambil pasang telinga je. Cerita pasal anak pompuan. Kata ahli panel, payah menjaga anak pompuan bila dia semakin meningkat remaja.

Segala2nya akan dirahsiakan dan si ibu harus pandai mencari kat mana tempat anak luah perasaan. Sebab kena amik tahu semua tu.

Bila kenang balik, zaman muda remaja aku dulu, membuat aku terfikir adakah aku ni cukup kuat macam mak aku dulu. Mak aku dulu mampu jaga kami 7 beradik disamping menguruskan arwah abah yang lumpuh. Adakah aku mampu nak menepis dugaan dan cabaran2 yang aku pasti lebih hebat dan dahsyat di zaman kemajuan teknologi ni.

Memang aku ada KRZ kini. Tapi aku tak tahu selama mana Allah SWT nak bagi aku pinjam suami kesayangan aku ni. Takdir hidup ini bukan di tangan kita. Apa2 saja boleh berlaku.

Kata mereka lagi anak perempuan ni sangat beremosi. Tak payah tunggu anak tu besar, Fatin yang tahun ni baru 5 tahun pun aku dah boleh nampak emosinya. Aku tahu tapi kan, kenapa aku suka biar je macam tu. Pastuh dah agak lama, aku menyesal pulak tak belai dia waktu dia beremosi tadi. Entah... silap ke aku biar je dia tu????

Haih... aku berserah ajelah. Sekarang ni yang aku ada hanya padaNya. Tempat aku mengadu, bergantung harap. Aku akan cuba persiapkan bekalan untuk anak2ku supaya mereka mempunyai jati diri yang kukuh. Doakanlah kau berjaya.

Wassalam.

Selasa, 1 Mac 2011

Pendaftaran Tahun Satu 2012 & 2013


Assalamualaikum...

Buat kawan2 yang mempunya anak2 yang lahir tahun 2005 dan 2006, bermula hari ini pendaftaran secara online boleh dilakukan.

Dinasihatkan menggunakan Mozilla Firefox yer untuk memastikan kelancaran tuan puan mengakses internet.

Ini linknya untuk neger SELANGOR---> JPN SELANGOR

Harap2 jangan ketinggalan!

Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails