Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Selasa, 30 April 2013

Menghafal

Assalamualaikum.

Alkisah hari ini aku mendapati salah seorang kesayangan aku di sekolah tak kenal huruf. Sangat2 sedih.

Walau aku garang. Walau aku selalu dapat kompelin dari ibu bapa, kerana kegarangan aku, sebenarnya aku sayang sangat semua anak murid aku.

Aku bukan nak mereka tercedera atau nak mereka sakit, aku cuma nak mereka sedar dan tahu kepentingan ilmu pengetahuan.

Walau tidak pandai tidak pernah aku marah, tetapi sikap buat tidak endah dan yang lebih menjengkelkan, tiada rasa hormat pada guru.... Itulah yang selalu mengundang nada tinggi dalam ucapanku.

Kesayangan aku ini sangat rajin. Pandai mengambil hati. Tidak lokek tenaganya. Tetapi hari ini, teguranku membuatnya mengalirkan air mata.

Aku turut menangis walau air mataku tidak kelihatan. Aku tahu dia sedih. Aku juga turut sedih.

Dia tidak mengenal huruf. Dia hanya menghafal lagu abc. Itulah helahnya selama ini.

Setelah membuat perbincangan untuk latihan, aku bermurah hati untuk menyebut ejaan perkataan sebagai jawapan latihan. Yang aku sangka tidak dapat mengeja, rupanya pandai mengeja. Sebaliknya pula pada kesayanganku ini.

T_T

Semoga aku diberi kekuatan untuk membantu kesayanganku semua. Walau tidak sehingga pandai tetapi sekurang2nya dapat mengeja dengan betul.

Amin.

Isnin, 29 April 2013

2

1

Ahad, 28 April 2013

Terasa ke?

Assalamualaikum.

Sejak bila aku jadi skeptikal macam ni tak tahulah. Nak pujuk hati sendiri mungkin.

Rasa2nya ada yang terasa ke bila terbaca cerita pasal org jauh tu? Ahhh... Kau memang selalu terasa yang bukan2. Belum tentu engkau lagi kau dah tambah luka di hati aku ni.

Berbeza dengan seorang lagi ni. Dulu baik sangat. Bila ada salah faham. Terus berdiam diri. Bila aku tanya dia jelaskan apa yang patut. Bila aku terangkan lagi atau pujuk lagi. Hati masih terasa beb. So dia diamkan diri sampai suatu masa setelah beberapa lama akhirnya kami kembali bertaut.

Bila berbeza pendapat ni pada aku kesabaran tu sangat penting la. Not in the very first place sanggup nak putus hubungan terus. Hubungan tu ada. Cuma tak semeriah dulu. Sabar aje. Masa akan merawat segalanya.
Kita semua dah dewasa masing2 boleh berfikir. Bukan kerana kemahuan kita tak dituruti atau kata2 kita disanggah maka dengan mudah kita berbalah.

Cuba ambil masa dan berfikir dengan sebenar2nya apa yang berlaku. Apa yang kita telah lakukan. Betapa teruk kita telah melukakan.

Dalam kes yang terdahulu, aku tidak dapat peluang langsung membela diri. Sementelah pandangan dan pendapat semua dari pihaknya sahaja. Sudah tentu aku yang bersalah dan tidak faham.

Jadi diam2 aku menghubungi salah seorang di pihaknya dan bertanya soalan dan berbalas pendapat. Hasilnya adalah aku lebih baik mendiamkan diri saja.

Sudah tentu tak memihak aku. Walau aku telah benar2 berfikir mencari di mana kesilapan aku. Bertanya sana sini. Silap aku padanya menegur dan tidak sensitif pada situasi.

Kesilapan aku hanya bercakap secara umum. Tetapi telah difikirkan secara terlebih mendalam. See? Betapa bahaya jika kita ni jadi terlebih fikir?

Bukan mudarat diri sendiri saja. Malah orang lain juga.

Bila la nak berhenti?

Asslamualaikum.

Apa jadi ntah dengan sesetengah orang sekarang ni. Tak fikir langsung hati orang.

Yang penting, hati sendiri. Tu pun ada hati nak jadi wakil rakyat. Boleh bercakap pasal kiri dan kanan konon.

Tak pernah lihat diri sendiri. Yang penting tercapai hasrat hati. Yang menghalang terus terbuang. Dibuang sebenarnya.

Tak pernah cuba nak faham.

Baguslah teruskan sikap begitu. Memang dari dulu kau macam tu pun. Kau fikir kau berkuasa. Kawan kau ramai. Sanggup buat apa saja untuk kau. Yang terhebat kan. Born leader right?

Eh. Aku pulak terlebih emosi. Haha.

Assalamualaikum.

Gambar hiasan sekadar apa yang ada je. Orang susah. Miskin tak berduit. Tak berkuasa macam inilah. ;-)

Tersenyum kembali...

Assalamualaikum.

Berita menyesakkan dada itu telah membuatkan aku tidak boleh tidur. Sedih yang bersarang di hati telah menyelubungi segenap ruang jiwa.

PadaNya tempat aku luahkan segala. Menjujut keluar air mataku. Mengadu pada yang satu. Memohon kesejahteraan kesayanganku semua.

Akhirnya aku terlelap jua. Aku dianugerahi pelangi indah dalam mimpiku. Bertemu dengan kesayangan. Yang aku tak kenal. Tapi aku sangat sayang padanya. Dia juga begitu.

Tanpa sedikit pun sentuhan, tetapi kehangatan kasihnya sangat mendamaikan jiwa. Kata-katanya. Yang selama ini aku rindui. Aku sangat tenang. Damai. Ibarat bertemu kekasih yang tak pernah aku miliki.

Huwawawa. Mampis la. Itu sekadar mimpi ya. Mainan tidur. Takde ciri2 mimpi benar pun. Sebab aku terlena lepas subuh. Haha.

The point is that dream really makes my day.

Assalamualaikum.

Gambar hiasan hari ini.... Tidur berirama dari Fatin Rafiq. Hihi.

Sabtu, 27 April 2013

Berita menyesakkan dada.

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Harap sihat2 selalu ye. Tak pernah lupakan korang. Sentiasa kusebut dalam doaku.

Terima kasih kerana selama ini menjadi penemanku. Buat sahabat atau yang bukan sahabat, yang jauh atau yang dekat, terima kasih banyak2. Aku sangat hargai semuanya. Cuma selalu tak tertunjuk je penghargaan tu. :-)

Hari ini dapat satu berita menyesakkan dada. Masa menaip ni pun mata dah berkaca2. Tambah sesak dada mengah sejak minggu lepas.

Aku cuba hadapi saat2 macam ni. Lemah sangat2 sebenarnya. Dengan keadaan yang tak menyokong. Hai...entahlah....

Tipikal perkataan tu. Dulu aku pernah sakit hati dengan perkataan tu. Maksud aku 'entahlah' tu. Dan masa taip ni pun terasa sakit hati juga. Haih.. Masa emo dah kembali ke?

Harap2 taklah ye. Pujuk diri sendiri je selalu. Tambah hiburkan hati dengan gelagat kesayangans. Sayang sangat tau!!!!

Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

P/s: Gambar hiasan. Tu je yg ada dlm fon.

Rabu, 24 April 2013

Rajuk...

Assalamualaikum.

Pagi2 tadi ada org lancar perang dingin dengan aku. Hihi. Puas aku ngajak sembang on the way to school. Dia buat tak tahu saja.

Last2 aku tanya dia, "Fatin tak mahu cakap dengan ummi ke?". Dia geleng sikit je. Hihi. Aku pun kata ok. Bagitau dia aku pun tak mahu cakap dengan dia.

Nak tahu kenapa dia macam tu?

Nantilah ek. Aku penat sgt. Tambah ada sikit semput sebab ada seminar sampai petang kat Shah Alam.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Selasa, 23 April 2013

Perlahan sikit brader!

Assalamualaikum.

 Landing time sambil ngapdet sikit. Sat lagi jam 5 nak menjemput mem kecik pula.

 Pagi tadi jalan ke sekolah ada super jammed. Jalan Kuala Selangor menuju ke Kepong kemainlah byk kereta. Dulu walau pun jem aku managed to reach school on time. Tapi la ni aku super sopan, super sabar dan mungkin juga super slow. Hihi.

Sebaik memasuki susur ke SD, dikejutkan lagi dengan deretan kereta. Ada sebuah kenderaan ini telah membuat hatiku panas. Beliau drive super laju di jalan super jammed!

 Mujur aku dah super sabar jadi aku hanya diam je. Lagi pun mek ada kat sebelah. Tak mau dia copy cat perangai tak elok. Super laju satu hal. Pastu dia masuk pula depan keretaku. Ada stiker kononnya apa? "Perlahan sikit, brader!".

Entah kenapa aku rasa macam tuju kat diri dia sendiri pula. Hihi. Tapi bengang aku tak kemana pun. Hilang kelibat kenderaan tu, marah aku pun hilang.

 Ya udah. Mau selip jap. Samai jumpa.

 Assalamualaikum.

 p.s: buat pihak berkuasa plis jgn saman ai sbb guna fon masa drive. Actually tgh berhenti ni. Gara2 traffic light tak berfungsi, maka jemnya merah parah!

Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum.

Hari ni aku g klinik. Konon nak balik awal. Sampai sekarang masih belum selesai. Mujur tadi tengok ujian darah HB dah naik sikit. Jadi 10.0. Alhamdulillah. Takdelah macam 2 minggu sudah. Seriknya g klinik kerajaan ni. Lambat sangattttt. Tapi apa nak buat. Selain bersabar.

So hari ni aku monitor Fatin yg masuk pertandingan mewarna melalui wassep dengan kawan2 je la. Depa yang dok bagi gambar.

Nampak macam ok. Harap2 memang ok lah ye. Aku suruh dia bawa pensil warna dia. Tapi dia tak mahu. Udahnya bawa pensil warna aku.

Ada rezeki bolehlah menang. Mesti dia happy sangat kalau menang. Hihi.

Jom tengok gambar Fatin.

Ahad, 21 April 2013

Tanda mimpi benar.

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian. Terima kasih Ustaz Don dan TV Al-Hijrah.

Tanda mimpi benar.

1. Tidur dalam keadaan ada wudhu
2. Tidak berhadas
3. Dekat waktu subuh
4. Terus terjaga
5. Diingati sampai bila2
6. Berulangkali yang sama

Semoga bermanfaat.

InsyaAllah.

Tempat bersandar...

Assalamualaikum.

Bersiaran dari rumah mak. Datang awal sikit. Boleh balik awal. Takut penat sgt pula esok nak kerja. Anak2 nak sekolah.

Kesihatan masih on off. Tapi bersyukur masih dapat jenguk mak setiap minggu. Tengok mak makin sihat. Dengar cerita mak dah boleh jalan sikit2. Dah boleh basuh pinggan. Amboi.... Hihi.

Sebenarnya mak ni nak duduk rumah sendiri. Itulah kekuatan mana2 ibubapa kita. Kalau boleh memang nak rumah sendiri. Rumah anak2 walaupun selesa tapi tidak seselesa rumah sendiri.

Tengok gambar Fatin elok bersandar kat belakang mak. Sama je macam aku dulu. Sekarabg tak bolehlah bersandar lagi. Aku berat. Hihi. Sendeng2 sikit boleh la...

Dulu kalau tidur dengan mak, mesti masuk kaki atau tangan bawah badan mak. Suka kena penyek. Besttt!!!

Dan sekarang bila anak2 buat kat aku, barulah aku tau betapa tak selesanya ada 'benda' bawah belakang. Dan aku pun faham betapa perlunya anak2 rasa mendapat kekuatan dari mak.

Tengok lagi sekeping gambar depa dok ngepau tok punya instant drink. Mana yang makan makanan tok la. Hihi. Macam2!

Yok. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Khamis, 18 April 2013

Sesekali...

Assalamualaikum...

Lama rasa tak tepek gambar sendiri. Tengok mama PPG tepek gambar kat blog beliau aku pun terasa nak tepek gak arrr.

Pastu belek2 fon apakah dah lama takde muka sendiri. Betapa sekarang gambarku tak penting lagi. Huhu. Ke sebab aku dah tua dan kurang comel? Hihi....

Ni gambar kat kelas pagi tadi. Mek dah boring dok kat bilik rawatan. Sebelum rehat mailah kacau aku macam biasa.

Ada perubahan tak di wajahku? Comey tak Kak Ton???? Hihi.

Ok ok aku mengaku hari ni aku pakai bedak arab warna russet. Aku sebenarnya tak rajin nak berbedak. Tapi anakku udah kompelin dan membezakan dgn kawan2 lain. Susah juga ek anak ngan mak satu tempat.

Pagi tadi lepas pakai bedak dan calit sedikit lipstik itu pun dia kompelin. Ummi pakai lipstik je? Yang warna warni kat mata tu? Adoiiii. Aku ada sebenarnya tapi dah lama sangat.

Rasa kena beli baru dah sbb expired. Yg bedak arab tu pun kirim kat kawan dia balik kedah. Takde maknanya aku nnk g soping beli barang makeup. So not me la. Hihi.

Kisah aku kat sekolah pula...

Well hari ini aku tersangat sibuk. Dari pagi dok ajar budak nyanyi The Mulberry Bush. Pastu tambah ajar lagu untuk persembahan bulan depan. Bayangkan 3 kelas. Maknanya selama 3 jam aku dok melalak menyanyi dan melompat.

Pastu sibuk bertambah dengan kedatangan ibu bapa. Semua nak jumpa aku. Satu kes anak kena demam campak juga. Susah2 carikan buku untuk homework semua rupanya hari ni anak dia dah dtg sekolah hari ni. Hampages betul.

Sorang lagi kes anak dia amik duit dia. Dan bagi kawan2 kat sekolah. Tak mampu nak setel hal tu suruh Penolong Kanan HEM je. Letih wooo. Mengahhh!

Sikit je. Tengahari sambung jualan untuk tambah dana kelab guru pastu aku pun fulangggg. Fulang marilah fulang... Marilah fulang bersama2....

Merapu dah.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Rabu, 17 April 2013

Belum baik lagi...

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Aku doakan semua sihat2 selalu ek....

Takde apa sangat cuma nak update pasal Fatin. Belum kering sepenuhnya lagi. Pasal dia ni tak tahan pantang. Yang aku tak bagi makan dia makan. Telur, benda berminyak.

Nak tak bagi makan, itu aje yang dia boleh makan. Yang lain semua dia tak selera. Habis tergaru2 sampai merah2. Risau berparut je.

Yang si Rafiq dulu betul2 dengar cakap. Dan makan yang aku masak. Semuanya masak bening je. Cepat kering dan tak berparut.

Air penawar pun dah diminum dan dimandi, rasanya minggu depan jugalah baru dia dapat g sekolah.

Hmmm. Doakan depa cepat sembuh ya.

Assalamuauaikum.

Isnin, 15 April 2013

Tak terjangkau..

Assalamualaikum...

Alkisah soalnya hati memang sukar dimengerti. Kan kan? Hati tak marah. Hati tak dendam. Tapi....

Bertubi2 yang aku dapat. Alhamdulillah. Ibarat diserang dari kiri dan kanan. Aku bersyukur dengan semua ini. Walau pun aku tak gembira dengan ujian ini, aku semakin mengenali diri.

Itulah hakikat diri aku. Memang tak pernah membenci. Apatah lagi menyimpan dendam. Hari-hari yang berlalu ibarat penawar segala rasa dukacita.

Walau pun berada betul-betul di sebelahku, tetapi tetap tak terjangkau juga. Tak bertaut di hati. Walau duduk semeja juga tak sampai rasa itu. Walau sebelum ini, dialah antara yang paling aku hormati. Aku sayangi.

Aku tau korang juga tentu ada pengalaman tersendiri. Korang mesti dah rasa bagaimana rasanya bila sms tak terjawab dan panggilan tak tersahut. Rasa kecil hati. Rasa jauh. Tak sampai lagi macam sebelumnya.

Bagaimana nak membalas, jika jawapan apa pun semuanya terasa teramat pahit. Jika sebelum ini tidak pernah ku jawab tidak. Tapi kali ini aku hanya dapat mendiamkan diri. Nak berbual seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Memang tiada apa pun yang berlaku. Kita tidak bergaduh. Kita tidak bertengkar. Cuma kita semakin jauh kerana.... Kerana apa aku pun tidak tahu....

Tapi satu pintaku... tolonglah bersangka baik. Kadangkala kita tak tahu apa yang berlaku, atau yang berkenaan belum sempat memberitahu apa yang sebenarnya yg terjadi, kita dah buat andaian itu dan ini.

Kalau tak mau empati atau simpati, bersangka baiklah. Itulah yang paling kurang boleh kita buat. Kalau pun ada satu kejahatan yang buat kita terasa sangat, tolonglah ingat 9 kebaikan yang insan tu pernah lakukan untuk kita. Dan kalau sebab satu kebaikan yang kita lakukan membuat kita nak mendabik dada, fikirlah 9 kejahatan yang pernah kita lakukan.

InsyaAllah kita akan dapat bertenang. Dan tidak merungut-rungut lagi.

Sampai masa untuk aku rehat sekejap.

Salam sayang.

Assalamualaikum.

Tak kondusif...

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Harap sihat2 je la ek. Hmm. Aku sihat2 je. Alhamdulillah setakat ni ok.

Nak cerita keadaan tak kondusif kat sekolah pagi tadi. Sakit mata yang memandang.

Bukan niat nak membanding atau mencari kesalahan. Sebelum ini memang keadaan sekolah sangat bersih dan sangat selesa untuk guru.

Dah tukar kepimpinan kat sekolah ni. Kepimpinan baru ni kurang peka pada perkara remeh temeh. Walau pun lebih mesra dan linean tapi pada aku lebih baik jenis yang ambil berat setiap aspek.

Tak faham kenapa pekerja kontraktor pembersihan dibenarkan pulang awal sebelum murid pulang.

Kalau pekerja pulang awal, bila murid pula pulang, sudah tentu sampah sarap akan memenuhi segenap ruangan kawasan sekolah.

Dah namanya budak kan. Marah2 pun atau sejuta kali pesan tetap akan buang sampah merata juga.

Kalau pekerja pulang lewat setelah semua murid pulang, pasti keadaan sekolah sentiasa bersih dan keesokan paginya kerja pembersihan sebelum sesi sekolah bermula akan berkurangan.

Dan pada aku, pekerja pembersihan juga perlu datang awal, menyediakan sekolah dalam keadaan bersih. Menaikkan mood murid dan guru.

Payahlah bila guru meminta pihak pentadbir menetapkan beberapa perkara kepada pekerja pembersihan, pentadbir menyuruh guru sendiri yang membuat arahan.

Hakikat kehidupan. Pekerja hormat dan dengar kata dengan bos sahaja. Kalau dengan guru biasa ni, kami kata apa dia angguk saja. Buatnya tidak juga.

Contoh yang aku alami sendiri, aku meminta bos mengarahkan pekerja mengemas bilik PBS seminggu 3 kali. Bilik itu menempatkan dokumen rasmi. Rekod pencapaian murid.

Bilik itu perlu disapu, habuk pada rak perlu dilap, lantai perlu dimop.

Perlukah diingatkan setiap kali? Dalam keadaan aku yang tidak berkeupayaan nak turun naik dan pekerja pembersihan yang sukar ditemui, jadi bagaimana?

Masih salah akukah? Sedangkan aku dah beritahu pekerja yang berkenaan apa yang perlu mereka lakukan setiap minggu.

Tolonglah pada para pemimpin yang membaca. Bukan perkara penting atau besar saja yang perlu anda semua putuskan. Atau beri perhatian. Sebaliknya semua.

Ke pemimpin takde masa nak membaca? Dok syiok kat kerusi bos sambil hidung kembang kempis dok vangga dengan jawatan dan pangkat. Gembira setiap kata dituruti orang bawahan.

Tolonglah. Beri perhatian pada setiap perkara. Kadangkala kita tak sedar orang bawahan kita kerap sakit atau cuti sakit kerana keterjalan kita sebagai pemimpin yang langsung tidak berkompromi dengan orang bawahan.

Lebih spesifik Guru Besar kepada Guru Biasa. Gb lawan Gb tu. Hihi. Guru Besar dengan pekerja kontrak sgt linean pula. Boleh balik awal. Patut balik jam 3 petang tapi baru jam 11 dah tak nampak bayang.

Hoiiii melalut sudah. Haha.

GB aku baik. Linean je dengan aku. Almaklum selalu cuti. Tq bos. Harap perbaiki yang aku kompelin ni.

Aku yakin ada je mata2 bos yang baca ni. Bukan org lain. Kawan baik aku juga. Terima kasih ya talam.

Semoga kita semua diampunkan Allah. Aku dah maafkan kau. Dan aku minta maaf juga atas salah silap aku.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Ahad, 14 April 2013

Minum petang dengan Tok!

Assalamualaikum.
Sekejap2 dapat juga p jenguk mak dengan adik bongsu kesayangan. Alhamdulillah mak sihat. Amat je kata mak dok garu belakang kepala sampai berdarah. Nampak gaya macam sihat.
Sebelum balik tadi pesan kat mak suruh adik g klinik. Risau melarat je. Elok g check dan ambil ubat mana yg patut.
So kami minum petang dengan mak hari ni. Si Fatin minta aku bancuhkan horlicks pula. Bancuh seteko minum sekeluarga. Hmm.. Panas2 sedap rupanya air horlicks diminum petang2.
Lepas maghrib kami pun pulang. Hihi.
Jom. Nanti jumpa lagi.
Assalamualaikum.

Skill tidur istimewa!!!

Assalamualaikum.

Petang2 ni nak cerita pasal Cik Fatin. Recently dia ada skill tidur yang tak macam tidur.

Yang kita ingat dia tak lena, beriya-iya ajak dia berbual. Rupa-rupanya ke laut. Hihi.

Gambar ni baru je aku amik. Hmm. Yg Rafiq tu komfom la lena. Yg dia tu cuba lah korang tengok...

Gambar kedua pula gambar beberapa hari lepas. Dengan tablet tegak, adoiiii....

Fatin oh Fatin!

Lempeng special!

Assalamualaikum.

Huarghhhh!!! Ngantuk sangat. Tatau jam berapa terlelap sedar2 dah subuh. Lepas subuh konon nak sambung lelap... dah dua orang budak tu bangun pula.

Mintak makanan. Fatin lapar. Rafiq pula nak makan. Sama la tu. Hihi.

Masak nasi dulu apa2 hal pastu buatkan lempeng.

Masa letak periuk nasi tu ternampak pewarna hijau. Ok tekad hari ni lempeng warna hijau. Dan ada perisa pisang sikit.

Letak resipi lempeng boleh? Hihi. Biasa aku letak telur tapi sebab Fatin masih pantang so kali ni takde telur. Jom tengok bahan2 dan cara masak.

A. Lempeng

Bahan2
1. 4 cawan tepung gandum
2. 2 sudu gula
3. 1 sudu teh garam
4. 1 sudu teh serbuk pewarna hijau
5. 1 sudu teh perisa pisang
6. 2 1/2 cawan air
7. 1/4 mangkuk kecil minyak masak

Cara membuat
1. Sebatikan semua bahan kecuali minyak masak dalam besen kecil.
2. Gunakan satu sudu minyak dan ratakan dalam kuali.
3. Masukkan satu senduk bancuhan dan golek2kan kuali untuk menipiskan lempeng.
4. Gunakan api kecil dan apabila masak sebelah boleh dibalikkan.
5. Purata masa untuk masak adalah 4 minit.
6. Sejukkan kepingan lempeng di atas papan pemotong sebelum digulung dan dipotong bulat.
7. Ulangi langkah 2 & 6 untuk kepingan lempeng yang seterusnya.

B. Sambal Ikan Bilis

Bahan2
1. 15 tangkai cili kering digunting dan direbus terlebih dahulu.
2. Semangkuk kecil ikan bilis direndam.
(1/4 untuk dikisar selebihnya digoreng garing)
3. 3 biji bawang merah.
4. 2 sudu makan gula.
5. 1 sudu teh garam.
6. 2 sudu minyak masak untuk menumis.
7. Semangkuk kecil air untuk mengisar.

Cara membuat
1. Kisar cili kering, bawang dan ikan bilis.
2. Tumis bahan kisar dengan dua sudu minyak masak.
3. Masukkan garam dan gula.
4. Kacau sekejap2 dan tunggu sehingga pecah minyak baru ditutup apinya.

*bagi yang mahu kurang pedas boleh ditambah semangkuk kecil air dalam bahan kisar yang ditumis, 2 sudu makan gula dan 2 sudu makan sos cili.

SELAMAT MENCUBA!!!

Kesayangans

Assalamualaikum.

Tak boleh lena lagi. Saja nak share sikit pasal aku. Bosan ke tak korang baca?

Agak2 bosan g la lena ye. Hihi. Tadi masa g makan jumpa sahabat satu tempat kerja. Datang makan sekeluarga. Terus ku dakap si bongsu kesayangan beliau.

Aku panggil Naufal Bam Bam. Masa Naufal ni belum boleh jalan, beliau sgt tembam. Yang paling best, beliau suka dan pasrah bila digomol. Hihi.

Pegang dia kejap je terpaksa pass kat mummy dia semula sebab Fatin menjadi tarikan si Naufal. Bahaya tu. Campak Fatin belum kering lagi.

Balik rumah jadi teringat sangat kat si Bam Bam. Terus wassep mummy dia mintak gambar... Hensem la si kecik ni... Gerammm....

Yang aku nak cerita. Aku dengan budak2, sgtlah attached. Walau pun budak tu tak selesa atau tak berapa suka, aku memang suka sgt.

Yang kalau selalu nampak aku macam sombong ngan budak tu adalah sebab aku paksa diri aku jadi camtu. Aku tak mau jadi teringat sangat. So selalu buat dono padahallll... Aku sayangggg sgtttt... Menitik air mata ooo... Bila teringat sangat...

Dari aku kecik lagi. Aku suka ngasuh adik2 aku. Pastu adik dah besar ngasuh dua pupu aku. Anak sepupu arwah abah. Sampai perkataan pertama dia sebut "mak" dan org yg dia panggil mak tu aku la.

Pastu ngasuh anak2 buah aku. Apa depa nak, apa kerenah depa, semua aku layan. Aku mewahkan, tunaikan permintaan selagi termampu....

Bila anak2 buah dah besar, agaknya depa pikir depa dah besar jadi patut kurangkan manja kot. Tapi kalau depa terus manja, percayalah, mandak akan layan korang sama macam dulu juga. Walau korang dah kawin pun, korang tetap anak2 mandak.

Kasih beralih pada anak2 kawan2 pula. Adoiiii. Ngan Si Naufal tu terasa nak lempang2 pun ade. Geram sangat. Bukan nak lempang bagi sakit... Tapi gerammmm. Korang paham kott? Hihi.

Buat anak2 buah sekalian... Mandak tetap akan manjakan korang sampai bila2.

Buat anak2 kecil yang comel2 comot2 ketahuilah diriku selalu merindui kalian.

Muuuahhhss. I miss you all forever.

Peluk cium ketat2 hokkay?

Nah tataplah gambar si Bam Bam. ♥♥♥♥

Rabu, 10 April 2013

Mak....

Assalamualaikum.

Malam ni semoga aku dapat tidur lena. InsyaAllah. Dah berapa lama rasanya tak sempurna tidurku. Mungkin itulah jua sebab aku dapat sakit pelik2. Yang tak pernah dapat sebelum ni. Alhamdulillah. Sekurang2nya aku tahu Allah masih sayangkan aku.

Nak cerita pasal mak la malam2 ni. Ni yang buat nak banjir ni. Hihi.

Dua tiga hari lepas adik bongsu aku post gambar ketam yang dia pancing. Fresh2 dan tentunya masih hidup la kan.

Banyak2 gambar... Gambar kat bawah nilah yang paling menggamit aku untuk merenung lama. Gambar mak.

Makk... Aida rindu mak sangat. T_T

Gambar mak ni macam gambar mak beberapa tahun lepas. Sebelum mak sakit teruk. Sebelum mak keluar masuk hospital. Sebelum mak tak boleh jalan.

Aida minta maaf tak dapat nak jenguk mak setiap hari. Kalau ada kesempatan tu memang Aida akan balik jenguk mak. Kadang tu curi2 masa nak jenguk mak sekejap.

....

Tak mampu dah wei nak sambung cerita. Kabur pandangan mataku ini.

Ya Allah, kasihilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihiku semasa kecil. Amin.

Assalamualaikum.

Selawatlah..

Nak juga tu...

Assalamualaikum...

Hari ni mek ikut ke sekolah. Kesian dia. Nak buat macam mana. Nak hantar pengasuh tak boleh. Taska pun tak boleh. Sudahnya ikut aku je la.

So pagi2 dia tak larat. Lepak je kat bilik rawatan.

Tak sampai masa rehat dia dah bosan. Mai cari aku kat kelas. Adoiii... Jgn la terjangkit kat anak2 murid. Suruh dia duduk tepi aku.

Budak dah keluar rehat baru bg dia duduk untuk salin latihan. Susah juga ye kalau jenis suka pergi sekolah ni ye. Hihi. Asyik nak belajar je.

Jom. Nanti jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Day 3

Assalamualaikum..

Apa khabar korang semua? Sihat? Aku sihat2 je. Tangan kiri masih kebas. Almaklum kena suntiksn tetanus semalam. Berat semacam je tangan. Hihi. Padahal malas. :-P

Hari ni hangkut Fatin ke sekolah. Rafiq dah boleh ke tadika jadi lega sikit la.

Manja terlebih budak tu. Time aku takde boleh dia bantai meraung. Nak ummii! Hihi.

Kakak ni lebih independent. Lagi pun ini sekolah dia kan.

Tggalkan donut 3 ketul. Sebotol air revive dan duit belanja sikit. Lapar2 pandai2la.

Ok... Jumpa lagi nanti.

Assalamualaikum.

Selasa, 9 April 2013

Ayat yang pedihhhhh...

Assalamualaikum...

Malam ni nak membebel sikit la. Pasal ayat yang power. Pedas. Menikam. Hihi. Apa lagi ek....

Hmmm... Aku ni kan. Dulu. Dulu la. Mmg jenis cakap terus. Kadang mmg aku tak fikir pun. Main cakap je.

Pastu makin usia bertambah.. Makin aku rasa aku tak payah cakap banyak perkara yg aku rasa. Atau yg aku tak puas hati.

Tapi bila buat macam tu banyak benda tak setel la pulak. Mungkin juga membuat orang memendam rasa bila sesuatu benda tak clear.

Contohnya yang terbaru kisah aku dalam berkawan ni. Semakin aku fikir semakin betul dan make sense dengan apa yang berlaku di sekeliling. So aku ambil keputusan buat macam biasa sambil tak menyibukkan diri macam sebelum ni.

Well. Aku pun pandai fikir juga. Walau selalu nampak macam tak fikir. Dan selalu buat tatau. Aku tak mau fikir sebab aku akan fikir sampai aku menangis. Sampai aku tak boleh tidur berminggu2.

End up. Jalannya macam tu juga. Susah nak ubah orang ni. Taklah semudah yang kita sangka. So aku tak nak fikir nak ubah apa2. Biar je la. Ikut je lah flow.

Nak kata apa kat aku... Silakan.

Pesan aku... Nak yang berkenaan ingat. Kalau aku pula nak kata kat korang. Lagi banyak. Lagi pedih. Lagi menyakitkan. Tapi aku tak buat. Korang pikir la.

Sedap sangat kata kat aku kan. Aku dah buat kenyataan bela diri. Tapi utk diri sendiri la. Bukan untuk kau...kau dan kau. Biarkan perkara ni remain sikret.

Biar kau remain fikir kau bagus kan. Macam tadi kau buat kat kawan2 lain. Hihi.

No heart feeling ok. Aku still sama. Layan sama macam biasa. Cuma sekali terluka....

Aku minta maaf. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Turun lagi.. Erkkkk!

Assalamualaikum.

Alkisah balik lambat dari klinik tadi. Hb turun lagi. Tinggal 9.4 je. Makin banyak aku makan ubat, makin banyak aku makan makanan, makin kurang pulak ye. Berat je naik. Hihi.

Seriau dengan penurunan, dokter bertanyakan simptom2 seperti sesak nafas atau pitam. Sesak nafas tu memang ada. Pitam belum lagi. Sebab aku sgt concern pasal kesihatan diri sendiri. Baru rasa lain macam sikit aku dah amik tindakan mengelaknya.

Kali pertama rasa nak pitam 3 minggu lepas. Masa ziarah arwah pak long kat kubur. Padahal aku tengah duduk atas tikar dan berada di tempat teduh.

Semacam je rasa. Sesak nafas. Badan berpeluh2. Pelan2 aku bangun dan jalan menuju ke kereta. Start enjin buka ekon, buka tudung.... Fuhhhh... Legaaa...

Sesak nafas masih ada sampai sekarang. Bila aku bergerak banyak sangat. Minggu lepas ulang turun naik kelas ke bilik rawatan tengok Rafiq memanglah buat aku semput. Ubatnya rehat. Duduk. Jangan bergerak atau buat kerja. Mana boleh kan. Aku kan bekerja. Hihi. Kena juga kerja sikit. Walau sebenarnya aku prefer cuti je sekarang.

Dokter bagi ubat high dose kali ni. Sehari sebiji sebelum sarapan dan hentikan ubat lain katanya. Kita tengok next two weeks macam mana ya. Harap ada perubahan.

Panjangnya aku bebel kali ni. Ya udah. Nak selip jap. Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

Day 2

Assalamualaikum.

Hari kedua Fatin kena demam campak. Makin banyak yang keluar. Sebab terus minum air kelapa semalam. Keluar banyak la terus. Harap cepat keluar semuanya dan cepat sembuh juga.

Mek ni suka g sekolah. Dan rasanya dia akan terlepas g lawatan sekolah agama minggu ni.

Takpe nanti g lawatan sekolah kebangsaan ye. Hihi. Sekali dengan ummi.

Hari ni aku g klinik lagi. Pemeriksaan susulan. Dan Rafiq seperti biasa peneman setia la. Ada 3 biji lagi campak kat belakang dia belum kering. Jadi still tak boleh ke sekolah.

Pasni aku masuk kerja kena kuarantin dia la kat bilik rawatan. Dah siap bawak tablet dan kaler pensil. Dah siap beli buku kalering dah sampai je kat klinik ni tadi. Hihi.

Jom. Nanti jumpa lagi.

Assalamualaikum.

Isnin, 8 April 2013

Memaafkan adalah antara sunnah Nabi SAW!

Assalamualaikum.

Sebelum tidur maafkan semua orang ya.

Dan baca doa. Dengan nama Allah aku hidup dan aku mati.

Amin.

Nak ayam gorengggg!!!

Assalamualaikum.

Hmm. Cuti hari ni. Masak la sikit buat sendiri dan suap anak2 makan. Alah sekadar ayam goreng dan kailan tumis. Dah cukup sedap buat anak2.

Tambah pula tangan ummi yang suap. Hmm. Licin. Tapi org demam makan 5 suap je. Tak lalu.

Jadilah buat alas perut untuk makan ubat. Korang pulak masak apa? Makan apa? Mesti sedap2 kan?

Jom. Nanti jumpa lagi ya.

Assalamualaikum.

P/S: tangan pis tu biasalah si Rafiq. Hihi.

Demam campak.

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Harap sihat2 selalu. Walau aku lebih banyak mendiamkan diri. Atau memang diam terus... Ingatan pada korang tak pernah padam.

Ketahuilah sangat rindu pada good old days. Memanglah jauh di sudut hati harap semua akan kembali seperti dahulu. Bertegur sapa beramah mesra. Tapi banyak sangat halangannya. Paling utama kesihatan aku la. Tapi aku ok. Setakat ni la.

Hmm. Anak2 pun ok je. Rafiq baru nak baik demam campaknya yang dah masuk minggu ketiga. Fatin pula malam tadi demam. Pagi ni dah berbintil2 seluruh tubuh. Kasihannya.

Ternampak2 macam mana Rafiq menahan sakit bila campaknya penuh satu badan. Hai lah hati seorang ibu. Lemah lutut rasa nak tercabut semua sendi tengok anak sakit. Tapi pura2 kuat depan depa. Nanti lagi lama depa sakit pula.

Doakan anak2ku cepat sembuh ya sahabat sekalian. Cepat tak cepat paling kurang 2 minggu juga la.

Minggu lepas terpaksa bawa Rafiq ke tempat kerja sebab tadika tak nak terima lagi. Kalau hantar ke taska pula akan menjangkiti budak2 lain.

Aku kerja lebih sikit la mana naik ke kelas dan bila free atau selang sejam kena turun jenguk dia pula di bilik rawatan. Kenalah kuarantin. Kang tak pepasal students aku pulak terjangkit. Hihi.

Fatin dapat mc seminggu. Ahad doktor suruh sambung lagi seminggu. Rehat panjang2. Tapi tak boleh kat rumah la. Ummi tak boleh cuti lama2. Kena kuarantin macam Rafiq juga la.

Sebenarnya tak nak update ni. Tapi... Tak adil untuk korang la kan. Adil ke tidak untuk aku tu belakang cerita. Aku kan memang macam ni.

Maafkan salah silap aku ya. Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum.

P/S: gambar anak2 berbaju kuning gambar pagi ni masa g klinik. Gambar Rafiq yg last tu dua Jumaat lepas. Masa cuti sekolah. Baik banyak dah. Hilang parut... Alhamdulillah.

Ahad, 7 April 2013

Layang - Layang Terputus Talinya

Assalamualaikum...

Apa khabar korang? Harap sihat2lah ye. Aku selalu doakan korang. InsyaAllah selagi terdaya. Aku?? Macam nilah... Sihat macam ni, tak sihat pun macam ni juga. Hihi.

Pagi2 ni, layan Sinar FM, sedihnyalah dengar lagu Alleycats ni... Jom layan...

Berarak mendung kelabu 
Mengekori langkahku 
Sepanjang kehidupan penuh dugaan 
Namun aku tetap aku 
Ku cuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti 
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya 
Derita oh derita engkau dimana-mana 
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri 
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti 
Tapi pasti di suatu hari nanti sinar suria kan menjelma 
Kucuba dan terus mencuba 
Mencapai suria 
Walau membakar jiwa walau aku dihina 
Namun aku tetap aku


Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails