Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Isnin, 15 April 2013

Tak kondusif...

Assalamualaikum.

Apa khabar korang? Harap sihat2 je la ek. Hmm. Aku sihat2 je. Alhamdulillah setakat ni ok.

Nak cerita keadaan tak kondusif kat sekolah pagi tadi. Sakit mata yang memandang.

Bukan niat nak membanding atau mencari kesalahan. Sebelum ini memang keadaan sekolah sangat bersih dan sangat selesa untuk guru.

Dah tukar kepimpinan kat sekolah ni. Kepimpinan baru ni kurang peka pada perkara remeh temeh. Walau pun lebih mesra dan linean tapi pada aku lebih baik jenis yang ambil berat setiap aspek.

Tak faham kenapa pekerja kontraktor pembersihan dibenarkan pulang awal sebelum murid pulang.

Kalau pekerja pulang awal, bila murid pula pulang, sudah tentu sampah sarap akan memenuhi segenap ruangan kawasan sekolah.

Dah namanya budak kan. Marah2 pun atau sejuta kali pesan tetap akan buang sampah merata juga.

Kalau pekerja pulang lewat setelah semua murid pulang, pasti keadaan sekolah sentiasa bersih dan keesokan paginya kerja pembersihan sebelum sesi sekolah bermula akan berkurangan.

Dan pada aku, pekerja pembersihan juga perlu datang awal, menyediakan sekolah dalam keadaan bersih. Menaikkan mood murid dan guru.

Payahlah bila guru meminta pihak pentadbir menetapkan beberapa perkara kepada pekerja pembersihan, pentadbir menyuruh guru sendiri yang membuat arahan.

Hakikat kehidupan. Pekerja hormat dan dengar kata dengan bos sahaja. Kalau dengan guru biasa ni, kami kata apa dia angguk saja. Buatnya tidak juga.

Contoh yang aku alami sendiri, aku meminta bos mengarahkan pekerja mengemas bilik PBS seminggu 3 kali. Bilik itu menempatkan dokumen rasmi. Rekod pencapaian murid.

Bilik itu perlu disapu, habuk pada rak perlu dilap, lantai perlu dimop.

Perlukah diingatkan setiap kali? Dalam keadaan aku yang tidak berkeupayaan nak turun naik dan pekerja pembersihan yang sukar ditemui, jadi bagaimana?

Masih salah akukah? Sedangkan aku dah beritahu pekerja yang berkenaan apa yang perlu mereka lakukan setiap minggu.

Tolonglah pada para pemimpin yang membaca. Bukan perkara penting atau besar saja yang perlu anda semua putuskan. Atau beri perhatian. Sebaliknya semua.

Ke pemimpin takde masa nak membaca? Dok syiok kat kerusi bos sambil hidung kembang kempis dok vangga dengan jawatan dan pangkat. Gembira setiap kata dituruti orang bawahan.

Tolonglah. Beri perhatian pada setiap perkara. Kadangkala kita tak sedar orang bawahan kita kerap sakit atau cuti sakit kerana keterjalan kita sebagai pemimpin yang langsung tidak berkompromi dengan orang bawahan.

Lebih spesifik Guru Besar kepada Guru Biasa. Gb lawan Gb tu. Hihi. Guru Besar dengan pekerja kontrak sgt linean pula. Boleh balik awal. Patut balik jam 3 petang tapi baru jam 11 dah tak nampak bayang.

Hoiiii melalut sudah. Haha.

GB aku baik. Linean je dengan aku. Almaklum selalu cuti. Tq bos. Harap perbaiki yang aku kompelin ni.

Aku yakin ada je mata2 bos yang baca ni. Bukan org lain. Kawan baik aku juga. Terima kasih ya talam.

Semoga kita semua diampunkan Allah. Aku dah maafkan kau. Dan aku minta maaf juga atas salah silap aku.

Sampai jumpa.

Assalamualaikum.

2 ulasan:

Makcik Anak 3 berkata...

herm....musim panas kan....semua daun2 luruh,,,,

Aida Omer berkata...

Ha ah. Ye juga. Musim apa pun kat Malaysia ni teriap hari daun luruh.

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails