Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Ahad, 16 Januari 2011

Jalan2 Cuci2 Mata

Assalamualaikum...

Itu sajalah kerjanya kami anak beranak. Biasa gitu, selagi belum puas berjalan, tak akan balik. Kalau tak anak2 akan mengamuk2 tak nak balik.
Ada tujuan sebenarnya kunjungan kami kali tu, KRZ nak develop beberapa keping gambar. Nak bawak g kursus which is today already the second day. Gilerlah bosan dok umah saja.
Since KRZ harus praktis selalu bila amik gambar, maka takdelah model lain selain aku dan anak2 saja ye kawan2. :p

Bukanlah dia yang minta untuk amik gambar aku ye kawan2, aku yang paksa2 beliau, haha. Kerana sudah sangat suka menukar profile picture sekarang nih...

Ha.... ini kejadian otw ke Popular semula. Aku ngan KRZ nak g tempat lain, tadi dah lepak kat situ lama, sampai anak2 masing2 sakit perut dan kami bawak la g toilet.

Boleh waktu nak g tempat lain Patin meraung2 nak g beli krayon yang dia dah siap sorokkan sebelum kuar g toilet tadi. Aduhai... pandai sangat....
Si Rafiq pulak siap mengejek Patin buat2 gaya nangis. Comel memang la comel, tapi pada aku tak kurang menyakitkankan hati jugak bila tengok gitu. Kenapa la ko jadi gitu ek??? Mesti sebab aku ngan KRZ jugak. Haha....

Nampak telepon oreng, sekali lagi paksa KRZ amik gambar. Thanks arr KRZ suka layan aku walau kadang2 aku sendiri rasa macam aku over. :P
Owh, gambar ni patut yang pertama sebab sampai2 terus g hantar gambar untuk develop, pastu serbu kedai Yoo-Tiou.

KRZ suka sangat makan tau fu far, air soya, bubur ayam dan chakoi kat situ. Walau sebenarnya yang dia buat sendirik lagi sedap!
Aku macam biasa, KRZ mesti belikan Crispy Chicken. Dan kali ni KRZ eblanja aku teh c. Thanks yer, lain kali belanja lah lagi.

Ok sudah tamat cerita, nak g iron baju anak2. Esok sudah mula kilija. Bubye!

Kartun kegemaran...


Assalamualaikum....

Hai hai hai. Saja dah bosan takde bahan, aku donlod beberapa keping gambar dari Google. Sekarang ni kegemaran yang paling utama anak2 aku adalah PPG.
Setiap pagi bangun tido kol 5, mandi, pakai baju, tengok katun dulu sambil sarapan baru g skul. Rafiq siap lambat sikit kerana beliau cepat borink. Kiranya jam 6 tu dah siap la makan.

Hehe, sambung citer ek. Seingat aku anak2 aku ni start suka tengok katun waktu jaman KRZ keje petang dulu. Memang setiap pagi wajib tengok Ben 10 ni.

Yang bestnya waktu tu Fatin lagi kenal Ben 10 dan sekalian alien tu dari aku tau! Malu pun iya jugak bila Fatin tanya nama patung tu aku takleh jawab, rupanya alien Ben 10. Haha.
Kemudian, depa suka jugak citer Spongebob Squarepant. Asalnya Fatin sebut Panbob Pepen. Haha. Annoy giler citer nih. Dan mula2 ajar depa tengok movie tu la. Yang crown King Neptune dijual di Shell City tu.
Zaman tengok Astro bermula dengan Barney! I love u, u love me, we are a happy family....wakakak... giler aku pun kena brainwash tau!
Di Astro juga ada Dibo nih. Kebanyakan theme song katun2 ni aku dah hafal yer. Dan sambil2 aku taip ni aku teringat banyak lagi katun yang anak2 dok tengok tapi aku lupa waktu gugle gambar tadi. Antaranya, Higgly Town Heroes, Word World dan banyak lagi.
Citer Shaun the Sheep ni sangat kiut ok???? Tapi ini bukan Shaun yer kawan2.
Lagi pastu ada citer Miki Mos Plubplouse. Haha.... to be honest, memang Patin sebut Plubplose yer. Damn funny kan?
Kendian ada citer Special Agent OSo.
Fatin really banyak terpengaruh dengan citer ni. Rasanya tetiba dia pandai bawak basikal pon sebab tengok citer ni la. Citer ni jugak bg dia banyak idea minta KRZ macam2, antaranya nak main ice skate.

Next, adalah citer yang paling ANNOYING dalam dunia selepas citer lakonan Will Farrel! Both sitcom and cartoon anak2 suka tengok.
Ben 10 lagik. Ada satu cerita, satu hari aku sengaja la panggil Fatin, "Gwen!" tetiba dia menyahut..."yes!!!!". Aku pengsan!~ Sama gak RAfiq pon mengaku dialah Ben 10. Untuk peengetahuan korang, aku je takde watak dalam Ben 10 tu. KRZ jadi "Granpa Max"... :P


Pastu ada Chowder! Adoi... tapi satu je aku suka citer2 nih, semuanya English jadi sangat2 melatih la pengetahuan bahasa anak2 aku.

Contohnya hari ni, aku bawak anak2 g skul. Aku jalan kat depan, Fatin larik ke arah aku sambil jerit... "Momy, wait for me!". Bangga la jugak, sebab cakap BM jek kat umah.

Last sekali aku masukkan citer Flapjack ni. Best jugak nih. Leka je anak2 tengok. Tapis ama jugak, boleh tahan annoying jugak citer ni pon.


Hoho... mengantok sudah. Tak dapat nak sambung lagi. Jumpa laginanti. Wassalam.

Bye!

Rabu, 12 Januari 2011

First long waited homework!

Assalamualaikum....

Hai semua. Ni saja nak tepek kat sini. Setelah menanti sekian lama, akhirnya hari ni ada juga homework untuk Fatin.

Beliau sangat gembira dan Rafiq yang takde homework pun mengaku turut ada homework.

Sebenarnya pertengahan cuti tahun lepas Fatin dah mula sebut semua nama kawan2 kelas Preschool 1 (Rose Class). Siap minta dengan aku ngan KRZ nak g skolah, nak g skolah.

Pedulik ar korang nak kata aku masuk bakul angkat sendiri ke hape kan.<--khas untuk org yang tak suka aku dan tak suka blog aku tapi masih tetap menebeng kat sinik.

Tapi Fatin memang jenis sangat suka g skolah, buat homework. Kalau tersangat penat dan tertidur atas meja waktu buat homework, tiba2 terbangun, dia boleh sambung buat..... KRZ sangat kagum ok....

Ni kerjanya. Kalering je pon. Tapi dia punya pesan ngan aku waktu aku tengok buku ni alahai... sangat kelakar.

"Momi, edible things, roti, watermelon, ciken, rice and fish. Roti tu peach kaler, watermelon red!" Sampai watermelon je dia pesan. Tengoklah ciken, fish and rice sudah warna hantam saja..

Haha. Oklah tu kan? Jumpa lagi nanti. Wassalam.

Khabar duka dari kampung...


Assalamualaikum...

Petang tadi lepas menjemput Fatin & Rafiq kat taska, aku mendapat khabar duka dari KRZ.

Sedih, kami di sini sangat sedih hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk adinda2 KRZ di kampung di atas perkhabaran itu.

Harap2 dapat bersabar dan tabahkan hati. Percayalah semua ini berlaku dengan kehendakNya jua. Dan anggaplah Dia akan memberi rezeki yang tiada tolok bandingnya selepas ini.

Teman2 rapat, kalau nak tahu akan kuberitahu juga nanti tapi tidak di sini.

Wassalam.

Isnin, 10 Januari 2011

PETUA UNTUK RAJIN BERSOLAT


Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas)

Sabtu, 8 Januari 2011

Keropok paling sedap!~

Assalamualaikum....

Hehe. Maaflah kalau entri kali ni bagi korang teringin. Tapi ini keropok paling sedap aku makan. Rasanya yang perkenalkan kat aku DEL. Masa CNY tahun bila ntah. Sekali tu je dia bagi pon, kemudian aku g cari sendiri.

Biasa aku g beli kat Melaka Corner di LG One Utama. Kalau aku tak silap la nama kedai tu. Harga sebalang 16 hingget. Tapi stok sangat cepat pinish kat situ. Lama pulak tu kalau nak tunggu stok baru sampai. Memang rare dan sangat sedap dimakan.
Tahun ni spesel sikit sebab aku jumpa dijual dikedai berhampiran rumah aku pulak. Dan harganya lebih murah. RM13.90 ke 13 hingget, dah tak ingat pasal dah abis dah pun. Berebut makan dengan anak2. Hehe...

Kalau nak oderlah yer. Kena cepat2 sebab sangat cepat habis. Barang PANASSSS ni...hehe..

Bubye!

Jom g sekolah!

Hai hai hai.... Assalamualaikum....

Ni citer hari Khamis, hari jem sedunia sebab hujan selepas subuh. Kalau ujan maksudnya jadual g kerja aku berubah la sikit.

Tugas aku setiap pagi mandikan dan siapkan anak2. Biasanya aku kena siapkan Fatin kerana minah sekor tu sangat meleceh, banyak songeh. Nak dendan three lah, ikat tepi macam ni lah. Ada2 saja permintaan dia yang KRZ memang takleh ikot la. So aku paham kenapa waktu aku g Jogja dulu Fatin sangat berat mahu ke sekolah.

KRZ pula akan siapkan Rafiq, beg taska dan juga sarapan anak2. Sarapan yang segera saja. Kalau masak pun amik masa lima minit. So sangat mudah disediakan dan anak2 pun suka makan. Sarapan ni sangat penting woo pada anak2. Percayalah cakap aku.

Jadual yang berubahnya kami kena g sama2 la. Sebab ujan, KRZ tak boleh g keje naik motorsikal. Sebelum hantar anak2 singgah hantar beg baju kat taska. Pastu baru g hantar depa. Kalau sampai kul 7, tadika dah buka cuma takde pelajar lain la.
So tahun ni tak risau sangat hantar awal sebab depa dah berdua. Tahun lepas Fatin sorang2, kesian jugak. Kawan2 sampai dekat kol lapan, dia 2 minit lagi jam 7. Bayangkan betapa boringnya beliau setiap pagi menanti kawan2 lain sampai. Memang kesian sebab teacher dia bagitau Fatin ni kind of moody setiap pagi. Kesian, kan????
Rafiq ni pulak sangat easy going. Dengar cakap prinsipal dia very friendly. Bagus untuk dialah. Aku rasa bukanlah friendly sangat pun, mungkin playful. Haha.
Apa pun doakan yang baik2 saja untuk anak2 kami ni. Semoga peroleh kecemerlangan dalam pembelajaran dan keberkatan dalam kehidupan. Amin.

Wassalam.

Adik Ila & Me!

Assalamualaikum semua.

Hai apa khabar? Hehe..... ni gambar Rabu lepas. Aku dengan adik Ila. Tengah sarat hamil sekarang ni. Semoga selamat melahirkan nanti yer.
Nanti anakmu mesti gebu macam mama juga. Lawa mesti macam papa dia. Kan??? Ha.... ni gambar depa waktu kenduri umah Bad di Desa Coalfield.
Aku senang dengan Ila ni. Dia ni kira macam orang kuat di opis tempat keje aku la. Kalau dia takde, mesti aku tanya, Ila mana?

Nasib baik ada orang harapan kedua, Puan Rosie. Apa pun, aku harap Ila dapat terus maintain jadi diri dia. Aku suka sangat cara Ila ni buat keje, kemas, tersusun je.

Nanti pasti lebih bermakna hidup Ila dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu2 tu. Selamat menjadi ibu ya dik Ila.

Bye!

Jumaat, 7 Januari 2011

Makan2 sempena tahun baru!~

Asslamualaikum....

Cerita dimulai dengan gambar Acik dok melayan Apiki.
Tak lama lagi anak2 aku dah besar akan ada pengganti. Tak lain tak bukan si anak kesayangan Juan dan Emy. Baby cute lagi demok tu...

Semua dah ada kena menanti En. Kerol yang masih berbau Hindustan.... baru sampai dari India jengok mak beliau yang berada di sana....
Tak jauh sangat tempatnya tapi tak boleh belah org yang jadi pemandu arah tu. Laju nak mampos. Selamba aku tulis kat sini. Esok2 dia print tepek kat mana2 pulak. Haha... padan muka aku... pedulik! Nko tak reti konboi ker? Ini bukan kat lebuh raya tau... nak laju2 gitu.
Disebalik kekeliruan Mr. Presiden suruh paking keta dan jalan secara berjemaah, kami sampai juga ke tempat yang dituju. Terima kasih kepada pemandu2 yang tak lain tak bukan KRZ dan Haji Fie yang sudi menumpangkan org2 lain. Tq khas juga untuk Mr. Rozi kerana menumpangkan aku anak beranak yer.
Hoh? Gambar di bawah ni sangat ngeri ok! Ada kelibat bayangan serba hitam melalui belakang Abg Rozi. Ngeri wei... dahlah aku sengsorang tengah2 malam ni. Fatin g berak pulak... haha...
Kak Banun bersama Banun Junior. hehe....
Aku duduk sebelah Fie dengan harapan beliau tak kuat makan... haha....
Makanannya sangat lambat siap, dan aku tak paham kenapa. Sebab kami dah reserve awal2 lagi. Mujur anak2 aku kurang borink sebab serba kreatif berangan main sendiri.
Neway thanks to Acik kerana gambar2 dalam entri ini kebanyakkannya, beliaulah yang mengambilnya.

Mukaku masih lagi benagng kerana tidak makan dari petang....Grrr.... mana makanan ni? Kami dah lapar!!!
Tengok mainan Fatin dah bertambah, ada kerang pulak dalam pinggan dia. Haha.. Aku tak tahu rupa2nya anak2 aku ni suka makan kerang!
Kantoi tak pernah masak kerang kat umah. Sangat the meleceh la. Tak sangka depa pandai makan. Satu lagi aku tak berapa minat makan kerang. Dan seiingat aku sekali dua saja aku masak kerang ni sejak nikah ngan KRZ. :P

Bila lauk pauk sudah datang, perot semakin tak sabar!!!!

Apa lagi....seranggggggggggggggg!!!!!
Sesudah makan, KRZ suruh aku mengoder ketam masak lada untuk dimakan kat umah. Memula kena la g pilih dulu ketam mana yang kamu hendak makan yer...
Inilah dia 4 ekor ketam yang terpilih... takde yang besar2 pun, tapi kira ok jugak nih..... dari takde langsung kan????
Sementara menunggu ketam, kami sibuk dok tengok telatah dan gelagat anak2. Contohnya , melihat gaya Si Rafiq sampai terpejam2 mata mengidu bau tembakau Blueberry si Dai.
Lepas ketam masak, kami pun balik terus ke rumah tak singgah Shah Alam dah. Bukan apa, haruslah balik untuk dapatkan rehat yang cukup, Isnin nak mula kerja dah.

Lagi pun 4 ekor ketam dah menanti.....
Sampai2 rumah aku dan KRZ pun apa lagi...
Makan dengan senyap tanpa sebarang bunyikkkk....

Tetiba jadi pantun 3 kerat pulak. Haha. Sampai jumpa lagi. Wassalam!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails