Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Rabu, 16 Oktober 2013

Raya Qurban

Assalamualaikum.

Salam aidin adha. Jangan kata aku salah taip. Memang selama ni kita salah. Sebenarnya aidin. Aidil satu perkataan yang tidak bermaksud ya. Hihi.

Raya qurban tahun ini agak berlainan. Almaklum dengan anak kecil. Seronok sebab si kecil sangat manja dan membeli jiwa. Masa aidin fitri juga agak berlainan. Almaklum tengah sarat dan tunggu masa nak melahirkan. Pengalaman tu. Bukan semua dapat rasa.

Oh tadi nak cerita pasal qurban ni. Apa maksud qurban sebenarnya. Bagaimana pemahaman kita tentang ibadah qurban itu sendiri. Apa yang telah kita qurbankan. Apa yang sanggup kita qurban. Terlalu banyak persoalan yang berkaitan dengan qurban.

Dalam menghabiskan cuti yang berbaki kurang satu bulan ini, aku ada juga rerfikir seperti ingin nak 'qurban'kan kerjaya aku untuk anak2. Cuti panjang ni, aku rasa kehidupan anak-anak lebih terurus. Lebih banyak terurus berbanding masa aku kerja.

Dari sudut makan pakai. Pengurusan masa. Mengulangkaji. Dan macam-macam lagi.

Cuti 3 bulan, bukan tiket untuk bangun lewat. Pengisian masa berpantang juga tidaklah berpantang sangat.

Aku tetap bangun jam 5 pagi. Malah terkadang 4.30 pagi kerana perlu mengepam susu.

Peruntukan untuk mengepam selama 10-15minit. Aku dapat kumpulkan 5@6oz. Alhamdulillah. Rezeki Firuz. Tidaklah banyak, tetapi sangat mencukupi InsyaAllah.

Selepas mengepam, mandi. Mandi sebelum subuh ni, sangat baik untuk kesihatan. Dan dapat berlama-lama juga kerana anak2 masih lena.

Jam 5.30 pagi aku mula menyediakan sarapan. Menunya tidaklah terlalu pelbagai tapi aku pastikan anak2 tidak jemu dan memberi cukup tenaga yang diperlukan sehingga waktu rehat jam 10.00 pagi.

Jam 5.45 clearkan dapur. Clearkan ruang tamu. Sapu sampah. Walau pun takde sampah sangat, mesti sapu juga. Nanti FaRa bangkit depa akan topup balik sampahnya. Hihi.

Jam 6.00 pagi pula masa utk solat sebelum kejutkan putera puteri negara bangsa. Amboih. Hihi. Kejut tu mungkin akan mengambil masa 10-15minit. Sebab akukan mak. Kejut anak2 macam dodoi pula. Sambil nak bangkit check beg sekolah masing2. Keluar dan masukkan buku yang perlu.

Biasanya Fatin siap mandi dulu. Dia tidur awal jadi lagi senang nak bangun awal. Siapkan Fatin, pastikan dia ambil sarapan. Kemudian Rafiq pula. 6.45pagi dah setel. FaRa dah ke sekolah.

Huih. Letih pula nak cerita. Nanti la kot sambung. Pointnya nak cakap, terasa nak jadi surirumah sepenuh masa.

Makan pakai terjaga. Kalau kerja, selalu letih. Makan pun selalu beli. Baju pun hantar laundry. Terpantun dua kerat pula di situ. Hihi.

Masih mampu tersenyum. Bagus. Bukan patah semangat. Patah hati je. Demi harta akhiratku, sanggup bangkit jua walau apa pun cabarannya. Semangat. Konon.

Sakit badan, walau jelas kat mata... sebenarnya tak sakit mana. Kalau sakit kat hati tu, bukan makan tahun, silap2 seumur hidup takkan dapat pulih.

Masa itulah kita kena belajar berdating dengan Allah. Mengharap manusia? Setakat mana manusia boleh tolong kita? Bagi bantuan? Susah sikit pun dah jauhkan diri, apatah lagi susah banyak. Alhamdulillah.

Di sebalik kepura-puraan manusia lain, kita dapat belajar juga, mengerti selok belok kehidupan. Kita juga mungkin berpura-pura. Kita tidak sedar. Sudah lumrah kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata buat2 tak nampak. Kadang2 bukan tak namppl, tak perasan. Itulah guna sahabat, teman, atau org yang rapat dengan kita. Sentiasa mengingatkan.

Di sebalik sikap plastik. Fake. Tiruan. Nampak macam tahan tapi sebenarnya bawa mudarat. Itu sifat yang ada pada plastik. Plastik ni jawabnya senang, guna pakai buang. Yang mesra alam la.

Hoi merapu sudah.

Salam aidin adha 1434.

Gambar hiasan, diambil di pagi raya, baby Firuz ngade2 nak duduk. Manja Pak Long. Ok, ummi jeles. :-P

Tiada ulasan:

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails