Keluarga Tersayang

Keluarga Tersayang

KESAYANGANS

IKLAN

Sabtu, 31 Julai 2010

Anak buah baru, Iskandar!

Tahniah buat adikku Azah kerana selamat melahirkan
second baby boy, Iskandar.

To Iskandar .... welcome to the family. Semoga menjadi anak yang soleh dan semoga
anak buah Mak Ndak berjaya suatu hari nanti.

Kisah anak buah, nanti la aku cerita.
Nak kena scan gambar dulu.

Jumpa lagi nanti, bye!

Jumaat, 30 Julai 2010

Hadiah!

Salam buat semua. Dah ada gambar ni sejak semalam tapi sebab bizi bizon maka tak sempat nak update.

Hmmm... hari Khamis iaitu semalam, aku dapat pakai baju corak batik lama yang aku beli dan tenpah kat JB dulu. Happy la kan, dapat pakai baju lama. Ni gambar kat komputer lab sambil En. Isma tekun mendengar lagu
ke hape ntah kat seberang sinun....

Pastuh yang lain2 semua macam biasa hari aku kat skul
kecuali ada sorang murid bagi aku buku ni. Rasanya nama dia Normainie.
Sebelum ni dia dah bagi pen. Pon berlambang BSN jugak.
Sebenarnya tak nak amik, tapi macam kesian pulak.

Sebab sebelum tu aku nampak Hana pun ada juga satu.

Kalau tak guna tahun ni, aku guna tahun depan buat rancangan mengajar peribadi aku. Terima kasih kerana sudi nak bagi.

Depan mata dia aku cop nama aku tunjuk aku hargai
apa yang dia bagi.... Tengok dia senyum je.

Dah la ye, jadi untuk hari ni, KRZ nak ajak aku keluar tu.
Jumpa lagi nanti. Bubye!

Khamis, 22 Julai 2010

Sakit Gigi

Hai semua...

Bersiaran dari Klinik Gigi... ku usung laptop ni pasal ada kerja belum beres, tapi lain pulak jadinya. Terngapdet pulak... haha!

Aku sakit gigi....dah 4 hari tapi semalam paling kritikal. Pasal nyut nyut sampai kepala. Besar kecik besar kecik aku nampak budak. Cuba bertahan tapi tak boleh sebab rasa nak pitam sakit kepala.

Sebelum aku menyusahkan orang lain, aku kol KRZ suruh jemput aku.

Balik terus g klinik tapi di suruh rehat je kat umah, dan datang hari ini. Pasal hari ni untuk rakyat jelata yang takde appointment macam aku ni.

Kisah gigi aku meh aku cerita kat korang.

Geraham pertama dicabut kat Klang, waktu buat checkup nak masuk maktab.... disuntik bius sampai kebas pipi aku... terangkat kaki bila dicabut tu...sakittt!!!!!

Geraham kedua terkorban di Johor Bahru. Tensi sikit pasal kena bohong ngan dentist kat Larkin, lantas aku p Klinik Gigi berhampiran umah sewa waktu tu kat Taman Dahlia. Dari nak ketok aku RM250, aku bayar RM100 je. Sakitnya jangan cakap la, sekali lagi terangkat kaki....

Hari ini, geraham bongsu yang naik atas gusi bekas geraham pertama. Naik tak ikut aturan. Sesuka hati jer naik. Sakit tau tak! Ada marah kat gigi. Satgi Rita kata aku tak senonoh pulak.

Tapi bak kata KRZ, org zaman sekarang semua terlebih kalsium, tu yang pakat dok naik geraham bongsu. Dia saja je nak takutkan aku, sambil berkata sebenarnya geraham bongsu tak boleh dicabut sebaliknya dibelah jer dan dibiar tumbuh dengan sempurna.

Tapi pada aku baik cabut jer dari aku terseksa menderita sakit gigi.... Tak tahan doh.... Banyak2 sakit, yang biasa2 la maksud aku, sakit gigi paling annoying. Sebab merebak ke telinga dan kepala turut berdenyut!!!!

Ada kemungkinan aku sekali lagi akan terangkat kaki hari ni. Sebab dulu waktu last datang, setahun lepas beranakkan Rafiq, dokter kata tak boleh cabut lagi, baru nak naik. Dah dekat dua tahun baru nak cabut... ngeri woooiiii.... sakit!!!!
Dah 8.30a.m tapi baru satu nombor dipanggil..... Tabah je la menunggu.....

Bye!
p/s Moral of the story:- Sila lawat klinik gigi 2 kali setahun, terima kasih.

Selasa, 20 Julai 2010

Maklum Balas.....

Salam. Hai, tetiba panas jer blog aku yang dah lama suam-suam kuku. Maaflah entry mari berhemah tu tak sempurna. Aku ada kelas, maka tak sempat nak buat moral of the story. Inilah blog aku yang aku terbuat kerana seorang rakan yang rajin blogging.

Hai, kisah SS dengan M agak panas kat sini, walau sebenarnya kat skul, org buat tak tahu jer. Kepada SS, aku tak pernah dengki dengan ko dari apa segi pun. Kalau kata ko berjauhan dengan suami, aku paham sangat.

Aku pon dua tahun berjauhan dengan suami aku. Aku kat Johor, dia kat sini. Aku tahu sakitnya menanggung macam mana. Terus terang SS, aku tak tahu ko sakit. Kenapa ko tak cakap elok2 bagitau.

Aku bagitau org lain apa yang terjadi sekadar nak berkongsi bukan nak burukkan dia. Lagi pun kawan2 aku dah kenal aku.

Aku ni sebenarnya tak sekeras mana. In fact aku ni kuat nangis.... Cewek gak... selalu pura2 kebal jer...Aku dah lima tahun kat skul ni. Bukan baru sehari dua. Aku ni banyak komitmen, aku tak larat nak tanggung semua.

Bila balik umah, hal sekolah memang tinggal kat sekolah. Luar sekolah, aku juga student dan dah tentu surirumah.

Sama jer macam org lain, semua ada tanggungjawab masing2. Aku ada saksi yang aku cakap elok2 dengan SS pagi semalam. Tangan aku sentiasa kat sisi.

Bukan niat nak bergaduh, sekadar nak tegur. Tu lah masyarakat kita sekarang. Bila terjadi apa2, salah menyalah. Bila ada yang tak betul, kita tak boleh nak tegur, harus berdiam diri mengelak bermasam muka.

Ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Korang tak suka, blah jangan baca. Aku tak suruh pon. Tak sangka blog ni pon ada lalat. Rupanya lalat ni ada kat mana2 yer. Haih...kesianlah ko lalat, ke mana2 pon orang benci.

Isnin, 19 Julai 2010

Kurma

Hai hai hai...Sebenarnya malas nak berjualan tahun ni. Tapi KRZ sound2 aku kata aku tak saport beliau langsung maka aku pomot sikit kat blog aku nih.

Kurma special untuk Ramadhan dan Aidilfitri tahun ni. Yang paling mendapat sambutan adalah yang ini....
Buah Kurma Arabia Eksotik
(RM16.00)


murah je, sama macam ko beli kat luar,
sama macam ko beli kat mana2 supermarket.

Yang ini pulak kedua terfofuler....Buah Kurma Arabia Dengan Badam
(RM17.00)


Pon murah jugak.
Cuma yang ini ko boleh tolong kawan.
Kalau ko anggap aku kawan la, kan?

Ok, untuk yang berdekatan, aku boleh hantar by hand.
Tapi kalau jauh kena oder minimum 20 kotak,
baru berbaloi nak mengepos.

Kalau nak suruh pos kena la bank in/transfer wang
Pastuh, sila email bagitau details yang
korang bank in atau transfer tu
di fidahaida@yahoo.com atau kat fesbuk je..

Tapi lebih baik korang email dulu....

Tiada paksaan tau, kalau rasa nak dan sambil bantu kawan2
apa salahnya beli, kan?

Jumpa lagi, Wassalam.


Mari Berhemah!

Hai hai hai... Salam Hari Senayan buat semua.

Hari ini bermula dengan penuh semangat, dan kena sound balik dengan rakan guru yang jauh lebih junior. Ha ha... Hilang sudah semangat nak bergadoh aku sekarang ni.

Tua dah, bawak2 pikir panjang la.....

Tapi sebelum tu jamu mata ngan muka aku la.....Ok.... Cerita detailnya....

Aku sebenarnya dah lupa g yang aku nak sound junior tu. Ewah terasa kembali ke jaman dok asrama pulak.

Sampai pagi tadi aku melawat teman2 di bilik guru. Melawat katanya. Ternampak kelibat beliau biar aku namakan sebagai SS. Bukan syok sendiri yer.... ha ha.... baik punya ayat.....

Aku berpesan pada diri aku supaya tidak kembali menjadi diri aku sebelum 5 tahun ni. Aku berdoa supaya aku jadi guru yang berhemah.

Aku: SS, ko kenapa hari Jumaat hari tu?
(dengan penuh lemah lembut serta bersopan santun)
SS : Kenapa?
Aku: Aku dengar kau marah Kak M?
SS : Ko boleh jangan masuk campur tak?
(sambil tangan macam Karam Singh Walia)
Aku: Bukan nak masuk campur, ko sebagai orang baru....
(belum abis cakap)
SS : Aku kena ANGKAT orang lama?
(nada kurang ajar)

Serius, aku dah menggigil. Bukan aku takut. Aku terkejut tak sangka dia macam tu. First time aku jumpa org macam dia sejak jadi guru ni. Terlalu kurang hajar!

Aku: Bukan kena angkat. Hormat.
Kak M tu jauh lebih berpengalam dari ko.
(Selepas tarik nafas dalam-dalam.)
SS : Tak boleh bagi kelonggaran. Aku sakit kaki tau tak.
Dah naik atas nak kena turun lagi.
(Untuk makluman dia mengandung 5 bulan).
Aku: Kalau ko sakit bagitau la, tulis nota, sign, bagi kat budak.
SS : Aku dah cakap kat budak!
Aku: Budak takkan sampaikan, ko patut tulis.
SS : Dah, dah! Ko jangan campur boleh tak?
(masih lagi adik beradik KSW)
Aku: Ko baik2 sikit, ko tu bawak budak.
Lain kali nak tegur orang cakap elok2. Jangan depan orang ramai.
Kalau perangai ko macam macam ni, ko pegi mana pun susah.
(aku terus belah)

Tak jauh dari tempat dia, aku terus cerita kat rakan lain. Semua pun bengang. Aku tak mau hal ni sampai ke pihak pentadbir. Kena pulak sama bangsa. Elok setel cara baik.

Kalau korang nak kata aku tak consider dia mengandung, meh aku bagitau, ada 3-4 orang lain yang lagi tengah sarat, tunggu masa je nak melahirkan, turun jugak... Ini ko baru 5 bulan. eh, ko nak anak ko jadi pemalas macam ko kah???

Siapa yang waktu mengandung tak sakit kaki?
Siapa yang waktu mengandung tak sakit belakang?
Siapa yang waktu mengandung tak sakit!!!!

Tapi itu TANGGUNGJAWAB!!!!! Kalau tak nak buat keje, apasal first place dulu ko sanggup jadi cikgu???

Macam2 komen kawan2 aku terima. Ada siap marah org yang interbiu dia dulu, pasal bengong. Aku bukan nak cari salah orang, nak mengingatkan jer. Aku pon bukan perfecto, banyak je kurangnya.

K lah. Dah bunyi loceng, nak g jemput budak.

Jumpa lagi nanti, wassalam.

Ahad, 18 Julai 2010

Yeay!!!! Jalan2 di OU!

Macam tak biasa g OU.
Padahall situ la tempat yang selalu aku pegi,
senang nak g, senang nak parking bagai.

Haha... Agaknya KRZ terbaca luahan hati aku semalam kot???
Miahaha! Yesss!!! Berkesan!!!!!

Sebab KRZ nak kelainan, tak mau aku boshan...
kali ni kami meronda kat luar OU pulak yer...

Ada waterfall, ada hutan2 secotet.....kolam ikan kap dan kolam ikan2 tempatan. memang seronok sampai tak mau bergerak anak2 aku.

Kemudian masuk di New Wing,
nampak benda menakutkan ini....panggil anak2 ajak bergambar tapi takde sapa yang sudi...
boleh tahan penakut jugak depa ni.....
haha... penakut Baizura masing2....

kemudian kami terjumpa pameran kertas... ni yang tajam2 ni dari kertas la....
Unik kan? Tapi malas nak tengok dalam2 sebab
bimbang anak2 aku mengusik benda2....

Pastuh singgah kat pemeran LG khas
untuk amik gambar ni jer..... dey apa da KRZ, muka aku mana????
Puas meronda, kami pon pulang.
Cuci2 mata jer....
Jadilah dari terperok kat umah!

Sabtu, 17 Julai 2010

Bosan!

Hmmm.... hujung2 minggu ni rasa nak berjalan2 pulak. Tapi hari ni sehari dok umah mengadap anak2. KRZ p bertugas kat Shah Alam. Kul 3 baru balik.

Aku beria suruh anak2 tido supaya bila KRZ balik boleh bawak kami jalan2. Tup2 dia balik jer, terus tido. Giler ah bosan.

Kang aku jalan ngan anak2 je, orang kata aku single parent lak. Haih!!!!

Ni makanan aku hari ni. Anak2 ada nasi berlauk ikan goreng dengan sayur pucuk.

Seb baik tadi pagi ada gak aku kuar g hantar Patin kelas lukisan,
jadi la kan.. ada gak keluar.
Kalau tak... mati mau kutu aku dibuatnya!

Jumpa lagi nanti.
Kalau ada mood.
Bye!

Blog Pertama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails