Keluarga Tersayang
KESAYANGANS
IKLAN
Selasa, 29 Oktober 2013
Isnin, 28 Oktober 2013
Kenapa ye?
Kenapa ya,
Manusia tidak pernah serik?
Setelah berulangkali
Melakukan perkara sama.
Kenapa ya,
Manusia hanya mememtingkan
Kehendak sendiri?
Tanpa memikirkan tentang
Orang lain.
Kenapa ya,
Manusia juga sanggup
Membezakan jiwa dengan barangan?
Sehingga sanggup melukakan
Hati dan perasaan.
Kenapa ya,
Sering merasa diri ini
Sangat hina dan keji?
Kerana terasa seperti
Berada di bawah tapak kaki.
Kenapa ya,
Aku juga tidak pernah serik?
Walau diperlaku apa pun
Olehmu.
Kenapa ya,
Catatan ini kucoret?
Walau kutahu kau tidak
Pernah ambil peduli.
Buah melaka @ Onde-onde
Bahan
2 cawan tepung pulut*
1 sudu teh pewarna hijau*
1 sudu teh perasa pandan*
1 sudu teh garam*
1/2 cawan air*
1/4 batang gula melaka (disagat)
1/4 biji kelapa parut
1 sudu teh garam
1 liter air (direbus)
Sedikit minyak
Cara
1. Satukan bahan bertanda *. Uli sehingga menjadi doh.
Petua: sehingga bekas uli menjadi bersih. Semua tepung telah melekat pada doh.
2. Sapukan sedikit minyak pada dulang untuk meletak buah melaka yang siap digentel.
3. Ambil adunan, bentukkan bulat. Tebuk ditengah.
4. Gunakan sudu kecil untuk masukkan gula melaka.
5. Rapatkan dan bentukkan bola dengan berhati2.
6. Buat sehingga siap.
7. Apabila air mendidih, masukkan bebola dengan berhati2
8. Sementara itu tuangkan kelapa diatas pinggan. Taburkan garam dan gaul dengan sudu.
9. Apabila bebola sudah timbul, maknanya kuih sudah masak. Angkat dengan penapis supaya air rebusan dapat ditos segera.
10. Golekkan bebola diatas pinggan yang mempunyai kelapa tadi memggunakan sudu.
11. Terus letakkan ke atas pinggan dan sedia dihidang.
Nota: Pewarna dan perisa boleh ditukar kepada merah dan strawberi. Beri kepelbagaian untuk menarik minat anak2 untuk makan.
Jom pergi rumah tok!
Assalamualaikum.
Sabtu lepas macam biasa la g umah mak. Konon nak pegi awal pagi tapi kat rumah berperang macam2.
Hihi.
Walau macam mana pun, kali ni tak mau beli dah makanan. So aku masak sambil perabis lauk yang ada. Maka terhasillah kari ayam. Bawa bersama nasi.
Sampai Padang Jawa dah dekat tengahari, adik Amat tgh bersiap nak keluar beli nasi. Tengok aku bawa lauk, tak jadilah dia keluar. Alhamdulillah. Save sudah belanja utk hari tu.
Lepas makan Amat ajak Rafiq keluar. Nak g main go kart katanya. Tapi Fatin pun nak ikut. Taktau nak buat macamana, aku hulur sepongget suruh Amat bawa Fatin g beli kuih dulu. Lepas balik tu baru keluar bawa Rafiq pula.
Cuaca sgt panas, aku memang dah tukar tshirt. Selesa. Terpaksa londehkan baju Firuz pula. Sian dia menggelisah nak tidurbpun tak boleh.
Dah. Jom tengok gambar. Tata.
Ahad, 27 Oktober 2013
Nasi Lemak Ikan Bilis Istimewa
Bahan
Nasi
1 biji kelapa (dikisar dan diperah airnya)
3 pot beras (dibersihkan dan ditos)
3 cm halia (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)
Sambal
15 tangkai cili kering (rebus dan dikisar)
1 biji bawang besar
1 cawan air
2 sudu teh gula
2 sudu teh garam
Telur
4 biji telur (dibasuh kulit)
1 biji cili merah (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak
Lauk
Ikan bilis istimewa*
Ikan bilis biasa*
*basuh dan rendamkan sekejap
Cara
1. Masukkan semua bahan nasi ke dalam periuk nasi elektrik. Kacaukan sebentar sebelum petik suisnya.
2. Apabila nasi masak, petik suis untuk tutup pula. Gunakan senduk untuk gaul ceraikan nasi. Pastikan penutup periuk nasi elektrik rapat.
3. Dalam frying pan yang telah panas, masukkan cili kisar dan air.
4. Apabila telah mendidih, masukkan bawang besar, gula dan garam.
5. Masak sehingga sambal memekat. Boleh dimasukkan dalam mangkuk.
6. Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan ikan bilis dengan api sederhana kecil. Ini adalah petua untuk mendapatkan hasil gorengan yang tidak hangit tetapi garing.
7. Apabila gorengan sudah tidak berbunyi, angkat dan toskan di atas tisu dapur.
8. Pecahkan satu persatu telur dan satukan dalam mangkuk. Kacau sekejap dan masukkan cili merah, bawang besar serta garam. Kacau lagi sedikit.
9. Ratakan minyak ke dalam frying pan. Masukkan telur dgn api sederhana besar.
10. Apabila bau telah harum, kalihkan satu lagi permukaan. Tggu satu minit bolehlah ditutup api.
11. Letakkan telur ke atas papan pemotong dan potong seperti pizza.
Cara menghidang
-bersihkan daun pisang dan potong ikut saiz pinggan
-padatkan nasi ke dalam mangkuk, terbalikkan ke atas daun pisang yg diletakkan ke atas pinggan.
-letakkan telur dan ikan bilis serta sambal.
-sedia dihidangkan.
Khamis, 24 Oktober 2013
Firuz - Pemeriksaan Umur 2 Bulan
Hari ini g check up Firuz untuk 2 bulan. Alhamdulillah semua ok. Berat tambah sekilo dah jadi 4.8kg.
Bukan main ramah menyembang dengan semua yang tegur dia tadi. Adoi. 2 bulan ibarat 2 tahun punyabnak sembang.
Kesian masa kena cucuk. Meraung jap. Terpaksa rasuah candu. Baru diam. Hihi. Candu dalam botol bo layan kata Firuz. Hihi.
Ok dah. Tatau nak cerita apa lagi. Da daaaaa.
Rabu, 23 Oktober 2013
Untung la...
Assalamualaikum.
Hari ni ada ceramah dari Fernleaf datang sekolah. Untungla Fatin. Terpilih lagi. Hishh. Jeles je ummi ni. Hihi.
I am sorry
Semudah itukah memohon maaf?
Semudah itukah pula hati memaafkan?
Ya. Hati boleh memaafkan.
Benar, semudah menyebut perkataan itu.
Tapi luka?
Nampak sembuh pada luaran.
Parutnya juga hampir tidak kelihatan.
Pandai benar merawat luka itu.
Tapi hakikat kesakitan, bukan pada fizikal.
Tapi yang terkesan di hati. Dalam jiwa.
Hati ini dicarik. Diracik.
Perkataan itu menikam bertubi-tubi.
Membunuh berulangkali.
Aku tidak akan pernah lupa.
Bukan kerana tidak memaafkan.
Terkesan. Menjadi racun.
Dalam setiap hembusan nafasku.
Terima kasih kerana lukakan hati dan perasaanku.
Maafkan aku kerana tak dapat melupakan perkataan berbisamu.
Penghujung kisah ini hanyalah sendu.
Terima kasih atas segala perbuatanmu.
Selasa, 22 Oktober 2013
Ayam percik lada hitam
Bahan
1/2 ekor ayam (dipotong 4)
1 batang serai
1 cawan santan
Garam secukupnya
7 biji cili padi*
1 inci lengkuas*
3 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam*
Cara
1. Bersihkan ayam. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda *.
3. Satukan semua bahan dalam periuk, masak hingga mendidih.
4. Angkat ayam, panggang sehingga masak.
5. Sementara itu masak baki kuah hingga pekat.
6. Siramkan kuah ke atas ayam.
7. Sedia dimakan bersama nasi panas.
Sotong goreng tomyam
Sumber: Chef Hanielieza
Bahan
500 gm sotong (dibersihkan)
1 labu bawang besar (dimayang)
2 batang serai (dititik)
3 keping daun limau (dikoyak)
3 sudu makan air perahan limau nipis
2 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu teh pes tomyam
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
9 biji cili padi*
2 biji cili merah*
1/2 cawan minyak
Cara
1. Kisar bahan bertanda *. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan pes tomyam fan kacau sebati.
3. Masukkan sotong, bawang besar, serai dan daun limau. Kacau sebentar sehingga sotong masak.
4. Tutupkan api dan masukkan air limau nipis, tomato serta garam. Kacau sebati.
5. Sedia dihidangkan.
Isnin, 21 Oktober 2013
Parah
Elok sakit seminggu mau jadi 2 minggu. Bengkak di hati tak surut lagi kau dtg ketuk lagi. Bagusnya perangai.
Memang itu cara kau ek?
Hati kau puas ek?
Janji kau dapat apa kau nak ek?
Ek ek ek?
PM!
Roti milo dan Rafiq
Assalamualaikum.
Apa khabar korang? Harap sihat2 selalu la. Aku kat sini ok la. Sihat la juga. Alhamdulillah. Sakit2 sikit apa ada hal.
So hari ni nak cerita pasal Rafiq. Memang penggemar coklat dari kecil. Kalau dapat apa2 yang berunsurkam coklat, dia memang mampu nak habiskan.
Kalau pergi makan di kedai, yang dipesannya milo tabur dengan roti milo. Takdelah unsur lain ye.
So pagi ni dia dapat makan roti letak milo. Amboi bukan main sukanya dengan melekat2 milo kat pipi dia. Pastu siap bawak bekal ke sekolah.
Adik oh adik.
Ahad, 20 Oktober 2013
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Bahan
500 gm daging (dipotong dadu)
2 helai daun kunyit
2 btg serai (dititik)
9 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 cawan air*
1 cawan santan
Garam secukupnya
Cara
1. Daging dicuci dan digaulkan dengan garam.
2. Lumurkan daging dengan garam. Salaikan daging dilapik daun kunyit sehingga daging agak garing. (Saya gunakan pemanggang ajaib)
3. Kisar bahan bertanda *.
4. Dalam periuk lain, masukkan bahan kisaran dan daging. Kacau sebati.
5. Masukkan santan. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
6. Tutupkan api dan masukkan garam secukupnya.
7. Sedia dihidangkan.
Bukti.
Assalamualaikum.
Gambar kat bawah sekali ni, bukti aku basuhkan kasut sekolah anak2. Bukan tunjuk kat korang, tapi anak2 ummi, Fatin dan Rafiq, inilah buktinya.
Setiap hari nak pakai kasut bersih. Tapi tak pandai nak jaga kebersihan kasut. Rafiq ok sikit sebab tadikanya kecil.
Yang kasut Fatin tu, Allahu. Sengaja aku tunjuk sebelah yang aku dah sental. Komen aku pada Fatin, belacan pun lagi comey dari kasut hang.
Pada kesempatan ini juga aku nak merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat mak tersayang basuhkan kasut Aida dulu. Tak ingat sejak bila mula basuh kasut sendiri tapi sebelum tu mesti mak yang uruskan. Terima kasih, mak. Lebbiu. Mmuuahhs. ♥♥♥
Gulai daging qurban
Sumber: Chef Hanielieza
Bahan
1/2 kg daging (dipotong dadu)
2 sudu makan serbuk kari
1 cawan santan
2 cawan air
3 biji kentang (dipotong 8)
3 tangkai daun kari
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu teh garam
Minyak untuk menumis
Cara
1. Daging dibersihkan dan ditoskan airnya.
2. Perap daging dengan serbuk kari. (Resepi asal ada tambahan guna 2 sudu makan kerisik untuk perap)
3. Hiris bahan bertanda *.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris serta daun kari sehingga layu.
5. Masukkan daging dan santan serta air.
6. Kacau sekejap dan pastikan daging separuh masak bolehlah dimasukkan ubi kentang.
7. pastikan ubi kentang masak dan bolehlah ditutup api. Biarkan sejuk sebentar.
8. Masukkan garam dan kacau sebati.
9. Sedia dihidangkan bersama nasi, roti jala atau roti gardenia.
Tak biasa la.
Biasakan jua.
Baru nak biasakan.
Dah rasa macam hape ntah.
Ni nak kena mula balik la.
Haih!
Hari ni nak cerita pasal kesalahan yang sama. Setelah ditegur, konon macam insaf. Tapi tetap berulang semula.
So? So so? Perlu diberi peluang?
Tak perlu kan?
Tapi kenapa masih lagi?
Entah.
Mungkin aku dah serik kot. Serik kenapa masih lagi?
Serik la. Kau mana tau. Sebelum ini bagaimana.
Entah2, kerana serik yang hidup sebelum ini, jadi hidup kini jadi tegal biasa.
Sampai macam itu sekali.
Bila fikirkan tentang harta2ku (harta bukan material ya-cuba nak bersimbolik di sini. Hihi.), aku sanggup. Sementara itu memang akan jadi saat yang paling menyiksakan la.
Sementara itu saja. Kalau sebulan mau rasanya seperti 2 bulan. Lamanya. Serik sangat.
Tak boleh hanya aku. Libang libu. Bagai mereka tahu cara hendak menggusarkan aku.
Fening. Mind blocked. Tak mampu nak fikir lagi.
Oh ya. Aku sakit. Sakit di mana tidak boleh beritahu. Hihi. Nak berahsia pula. Menyampah tak?
Rileks. Sakit boleh jadi macam2 sakit. Ada sakit yang sepanjang masa dirasai kesakitannya. Ada sakit yang bertempat. Bermusim pula. Udah macam cuaca.
Nah. Aku merapu lagi.
Maaf. Sekadar coretan sebelum terlena.
Sudah berapa hari tak tidur dengan sempurna.
Siang mengantuk malam tetap berjaga.
Ibarat nenek si bongkok tiga.
Tiba-tiba nenek si bongkok tiga pula.
Merapu lagi.
Mari kita. Labuhkan belakang. Rehatkan pinggang. Sebelum tidur boleh berniat hendak bangun tahajjud. Sekurang2nya jika terus lena hingga subuh, masih dapat pahal niat tadi tu.
Sampai jumpa lagi.
Maafkan aku.
Assalamualaikum.
Sabtu, 19 Oktober 2013
Hasif Muzammil Bin Hamyazi
Anak bestfriend aku kat Langkawi. Anak ke empat. Laju sungguh hang.... Tak dan nak dan bagi sama. Hi
Tahniah buat Deqna dan suami, abg Hamyazi. Dengan soalan, bila nak tambah lagi?
Hihi.
Firuz Intan Payung
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Masih bernafas dan diberi peluang untuk menambah amalan.
Rasa nak ceritakan pasal Firuz. Anak yang baik. Baik kini dan insyaAllah baik pada masa akan datang.
Senang sangat menjaganya. Bangun setiap hari bila dah hampir tengahari atau tengahari. Sebelum nak mandikan susukan sekejap. Masa mandi pun senyum je. Lepas mandi siap pakai baju, susukan. Lepas tu dia tidur semula.
Nak dia tidur lama, kenalah aku tidur sama2. Lagi laama dia tidur. Larat ke aku nak tidur lama2. Lapar la kena bangun masak dan makan. Hihi. Dia takpe la makanan dia on the go. Nak je ada.
Pastu kalau dia jaga. Kita ada sebelah dia, takpelah. Tak perlu didukung pun. Pandanglah muka dia lepas tu sembang2. Senyum2. Kalau kita ketawa dia pun ikut ketawa. Geram betul. Rasa nak lempanggggg je.
Aku memang tak ajar dukung. Tapi ada masa kena angkat jugalah. Kesian. Panas belakang. Berpeluh2.
Ya satu lagi yang ada pada Firuz adalah kuat berpeluh. Kena selalu letak bedak.
Dua hari sekali kena syampu kepala. Busuk masyam. Hihi. Tapi aku suka je bau. Masam baby sama Fatin Rafiq sangat jauh beza.
Erm. Kalau Fatin baca entri ni sure dia kata ummi asyik sayang Firuz je. Tak sayang Fatin Rafiq. Hihi. Jeles la tu.
Selalu juga aku jawab. Baby very good. Tak punggah mainan. Disambut dengan cebek dan muncung la jawabnya.
Ya udah. Firuz udah bangun minta susu. Sempat la aku sarapan. Now aku kasi dia pula sarapan. Pastu dia akan lena sampai tengahari.
Sampai jumpa lagi ya.
Assalamualaikum.
Jumaat, 18 Oktober 2013
Daging Goreng Kunyit
Bahan
1kg daging (direbus)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu makan serbuk kunyit
2 senduk minyak
2 sudu teh garam
Hiasan
1 biji cili (dihiris)
5 btg daun sup (dipotong kecil)
Cara
1. Daging dipotong dadu saiz sederhana tidak terlalu besar. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumis bawang sehingga layu.
4. Masukkan daging, kacau hingga sebati.
5. Masukkan serbuk kunyit. Kacau lagi hingga sebati.
6. Apabila daging sudah garing, tutupkan api. Biarkan sejuk sebentar.
7. Masukkan garam dan ratakan.
8. Hiaskan dengan cili hiris dan daun sup.
9. Sedia dihidangkan.
Menangis kerana kalah.
Assalamualaikum.
Hihi. Tajuk ni khas untuk Cik Fatin yang sampai je rumah tadi terus nangis2 kat Firuz. Sambil berkata "Fatin minta maaf. Fatin salah sebab tak menang pertandingan mewarna. Tak dapat bagi hadiah kat Firuz."
Naik syahdu aku yang menengok ni tau. Hihi. Aku tanyalah siapa yang menang. Jawabnya "Qalisya. Fatin benci dia sebab dia menang. Dapat banyak hadiah." Kemudian terus sambung dengan nada penuh emosi, "Fatin siap warna, tapi tak cantik. Sebab tu Fatin tak menang!"
Well, pada aku bagus juga dia kalah. Sebab dia akan berusaha untuk pandai mewarna lepas ni. Selalunya kalau aku beri tunjuk ajar maka aku akan hadap muncung dia sampai setengah hari lah jawabnya.
Mengimbau kenangan aku masa darjah 5, aku juga pernah menangis kerana tidak memenangi pertandingan. Sungguh2 aku menangis bukan sedih tapi sakit hati. Beregu badminton. Lawan mengikut kelas. Kebetulan rakan kelas yang satu lagi sahaja yang ada. Jadi mereka semua memberi sokongan pada rakan mereka disamping cuba menjatuhkan semangat aku. Dan mereka berjaya!
Lemahnya aku dulu. Terus ku arahkannsepupu aku balik panggil abg Adi. Apa lagi abg Adi pun dtg disambut dengan jeritan kawan2 pompuan aku yang dah start miang masa tu. Kiut sgt kot abg Adi masa tu. Nanti lapang2 aku upload gambar abg Adi pula.
So abg Adi pun g la jumpa budak paling kuat menyaiko aku. Jangan kacau adik aku lagi bunyinya. Cam samseng beno. Hihi. Almaklum. Aku adik yg ditunggu 7 tahun. Agaknya Rafiq esok2 pun macam tu menjaga Firuz. Kan? Best oo ada abg ni.
Lepas minta maaf, kawan2 aku yang miang tu pula sibuk nak bersalam. Siap amik sapu tangan nak berlapik la konon. Hai la kawan. Aku tak lupa punya perangai kau dulu. Walau kau tak mau kawan aku lagi dah. Alhamdulillah.
Ya udah. Sebelum aku sedih lagi. Chow dulu. Tata.
Terjaga dan tidak boleh tidur.
Assalamualaikum.
Terjaga di tengah malam. Lantas tak boleh tidur lagi. Bukan banyak fikir. Tetapi terkenang macam-macam perkara.
Macam-macam yang dah berlaku. Paling teruk sejak 2010 sehinggalah sekarang. Memang macam2 sungguh. Hal keluarga, kesihatan. Dan macam2 lagi.
Tengok anak kecil tidur. Terasa rindunya nak melihat anak matanya dan mendengar suaranya. Sejak dari lepas Maghrib tidurnya. Nyenyak setelah kumandikan ala kadar, tukar pakaian baru, susukan. Lena benar.
Siapalah yang tidak sayangkan anak? Ada ke orang yang tidak sayangkan anak? Tak mungkin rasanya selagi kita mempunyai naluri keibuan. Atau sekurang2nya kemanusiaan.
Sebentar tadi dia terjaga pula. Dahaga agaknya. Tangan kanan sudah terkeluar dari bedungan. Kepalanya ku lihat berpeluh2. Lantas kususukan. Berdecap bunyinya. Paling lucu matanya sambil terpejam.
Bukan si kecil saja yang lega. Aku juga terasa seperti diberi ketenangan. Keindahan perasaan menyusukan anak ini memang tiada tandingan. Begitu juga ketika sakit hendak melahirkan. Betapa indahnya, perasaan sesudah anak lahir ke dunia. Menjadi ibu memang adalah antara anugerah Allah yang terindah buat aku.
Oh ya. Yang hendak aku ceritakan perihal teman. Aku anggap kawan baik. Tapi aku tidak baginya. Kali terakhir dia menghubungi aku adalah beberapa hari sebelum aku melahirkan Firuz. Hairan juga mengapa.
Akhirnya kehairanan aku terjawab. Status fb dia menjelaskan segalanya. Seperti marah dan tidak sangka. Katanya macam2 tapi tak perlu nak nyatakan di sini. Tapi ada 2 soalan yang aku ingin nak nyatakan.
1. Bolehkan persahabatan yang akrab, mesra, baik, sehingga keluarga juga saling mengenali, terhapus dengan cerita orang ketiga?
2. Biar pun benar apa yang kau dengar dari mulut kawan baik barumu, adakah adil untuk aku yang berjauhan, tidak punya ruang dan waktu untuk menjelaskan segalanya?
Ketahuilah sehingga kini aku masih lagi terkenangkanmu. Walau segala pertanyaanku, mesejku kau pandang sepi, tapi tidak mungkin keakraban kita dulu akan aku lupakan.
Maafkan aku andai aku bersalah seperti katamu. Aku tahu kau berbahagia dengan teman barumu. Alhamdulillah. Sekurang2nya kau terus bahagia dengan jalan hidupmu. Doaku, agar hidupmu dan keluargamu bahagia, peroleh ketenangan dan kesihatan. Bagaimana jika aku terlalu rindu pada kedua orang tuamu nanti? Hanya doa dan salam rindu dari kejauhan yang dapat aku titipkan. Semoga mereka juga mendoakan aku dari kejauhan.
Berbalik semula kepada hidupku yang dipenuhi ranjau dan onak berduri sejak tahun 2010, Allah telah menemukan aku dengan sekurang2nya 5 orang kawan yang baru.
Ada beberapa orang antara mereka telah lama ku kenal tapi baru bertemu semula setelah beberapa tahun terpisah. Tapi tetap masuk senarai yang baru kerana baru muncul dan hadir dalam hidupku.
Walau pun kita pernah mengenali dulu, tapi perasaanku kini perasaan yang baru. Serba baru. Lebih baik dari yang dulu.
Masing2 dengan ciri dan watak yang berbeza. Tapi ada juga persamaanya.
A. Seorang ini menyatakan dengan terus terang tanpa segan silu. Tetapi lambat benar mengambil tindakan atas apa yg dinyatakan tu. Dah masuk 3 tahun, tapi masih tiada tindakan pada apa yang dia ucapkan. Hihi. Lamanya.
B. Seorang pemalu. Lemah lembut. Tidak tahu apa yang dia mahu. Bijak berkata2 melalui penulisan. Kira macam keyboard warrior la. Tapi bila confront, memang kalah teruk. Hihi.
C. Seorang yang tak tahu malu. Tanpa segan silu. Tidak serik. Tetapi tiada pendirian. Payah sikit dgn orang macam ni. Letih!
D. Seorang yang samakan aku dengan orang lain. Aku tengok ofkos la tak sama kan. Hihi. Cepat beralah. Tapi tetap mahu terus kekal dalam hidup aku. Bagus. Sikap yang bagus.
E. Seorang yang..... Tak tahu nak cakap apa pasal seseorang di huruf E ni sebenarnya. Nak kata pendiam, macam ramah sangat. Tapi selalu mendiamkan diri je. Nak kata pemalu, selalu macam tak malu je aku tengok. Hihi.
Persamaan pula.
1. A, B & E - tidak pernah berkira dengan aku. Kiranya kategori kawan baru yang tidak kedekut.
2. A, C & D - tidak mahu aku mengambil risiko dalam apa2 pun. Suka dengan keadaan semasa. Macam malas nak nerubah pun iye juga.
3. B & E - selalu serius. Aku tak takut pun. Cuma seriau.
Semua kawan2 baru aku ni, sayangkan aku. Aku tau. Aku pun sayang juga kawan2 aku. Tapi sayangnya... Aku dah tahu apa penyudah untuk semua. Aku dah tahu. Sama. Mungkin hampir sama. Yang masih bertahan mungkin juga akan mengikuti jejak yang dah tinggalkan aku.
Pergi seolah2 tidak pernah kenal.
Pergi seolah2 tidak pernah meninggalkan kesan.
Seolah2 tidak pernah berkawan.
Bagusnya perangai!
Soalan aku untuk korang. Sebab 4 dari 5 orang tu aku tau masih baca blog aku ni.
1. Apa gunanya kawan, kalau waktu kawan kesusahan kita tinggalkan?
2. Apa gunanya kawan, kalau bukan jadi tempat mengadu?
3. Apa gunanya kawan, kalau kerana satu hajat tak dipenuhi, lantas aku terus korang tinggalkan?
Di mana keikhlasan hati korang dalam berkawan? Korang letak kat mana? Meh nak tolong cari. Hihi. Merapu lagi.
Ya udah. Panjang sangat ni. Nak boh gambar apa ya. Sat lagi tepek je mana patut.
Nak sambung dodo. Sok pagi nak main ngan Firuz. Aku ada Firuz. Korang hader? Haha.
Tepek gambar Firuz la jap lagi.
Aku nak minta maaf kalau ayat aku kat sini menyakitkan hati korang. Aku merapu je. Bukan fikir pun apa yg aku taip ni. Belasah je sambil sekodeng si kecik tidur. Jeles hokkay?
Maafkan aku.
Assalamualaikum.
Khamis, 17 Oktober 2013
Bingka Berlauk
Sumber: Chef Hanielieza
Bahan
Bingka
1 cawan tepung gandung
3 sudu makan tepung jagung
1 cawan susu cair
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
2 keping keju chesdale (dicincang)
Lauk
200 gm daging cincang
1 sudu makan serbuk kari
1/2 biji lobak (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 batang daun sup (dipotong halus)
2 biji cili merah (dihiris)
1 sudu teh garam
Cara
1. Bancuhkan semua bahan A kecuali keju. Apabila sudah sebati baru masukkan keju ke dalam adunan.
2. Masukkan dalam pemanggang ajaib dan bakar selama 30 minit dengan api perlahan.
3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali lain.
4. Tumiskan bawang sehingga layu.
5. Masukkan daging. Gaul sebati sebelum masukkan serbuk kari.
6. Masukkan pula lobak. Kacau sekejap2.
7. Apabila lobak masak, masukkan daun sup dan hirisan cili merah tadi.
8. Tutup api dan sejukkan sekejap. Taburkan garam dan ratakan. (Petua untuk elakkan darah tinggi : masukkan garam ketika hidangan sejuk, buka ketika api menggelegak)
9. Setelah 30 minit bingka dimasak, taburkan lauk diatas bingka tadi.
10. Rapatkan semula pemanggang ajaib dan tunggu 5 minit lagi.
11. Tutupkan api. Keluarkan bingka dari pemanggang menggunakan spatula kayu.
12. Potong mengikut citarasa anda.
Rabu, 16 Oktober 2013
Tomyam Ceker Ayam
Bahan A
500 gm kaki ayam (dibersihkan)
Sebiji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
9 biji cili api*
1 biji lobak (dipotong memanjang)
1 peket sudip jagung (dibelah 2)
1 sudu makan pes tomyam
4-5 helai daun limau (dikoyak sedikit)
1.5 liter air
Garam secukupnya
Bahan B
3 biji tomato (dipotong 4)
2 peket cendawan jepun
200 gm kubis bunga
1 sudu makan air perahan limau nipis
Cara
1. Tumbuk bahan bertanda * dengan hanya sekali tumbuk sahaja.
2. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan renehkan.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan bahan B pula.
4. Tunggu hingga 3-4minit bolehlah ditutupkan api.
5. Sedia dihidangkan.
Tak sanggup lagi.
Almaklum bukan sekali. Dua kali. Atau tiga kali. Malah berulangkali.
Letih la. Letih sgt. Bila la berhenti.
Haih.
Cuti dan dicutikan.
Fatin Rafiq dicutikan hari ni. So kerjanya buat sepah. Tumpahkan makanan. Bergaduh. Menangis. Dan yang seumpamanyalah. Hihi. Inilah gambar depa pagi ni. Melukis sambil tengok tv.
Rendang ayam
Sumber: Chef Hanielieza
Bahan
1/2 ekor ayam (dibuang kulit dan dipotong kecil)
2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 inci halia*
2 inci kunyit*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
15 biji cili padi*
15 biji cili kering* (direndam dengan air panas sekejap)
1 kotak santan (200ml)
1 cawan air (yang ini resepi derhaka. Hihi)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (dicarik)
Garam secukup rasa
Cara
1. Bersihkan ayam. Ketepikan.
2. Kisar bahan bertanda*.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
4. Apabila kuah memekat, masukkan garam.
5. Kacau sekejap bolehlah ditutup api.
6. Sedia dihidangkan.
Raya Qurban
Assalamualaikum.
Salam aidin adha. Jangan kata aku salah taip. Memang selama ni kita salah. Sebenarnya aidin. Aidil satu perkataan yang tidak bermaksud ya. Hihi.
Raya qurban tahun ini agak berlainan. Almaklum dengan anak kecil. Seronok sebab si kecil sangat manja dan membeli jiwa. Masa aidin fitri juga agak berlainan. Almaklum tengah sarat dan tunggu masa nak melahirkan. Pengalaman tu. Bukan semua dapat rasa.
Oh tadi nak cerita pasal qurban ni. Apa maksud qurban sebenarnya. Bagaimana pemahaman kita tentang ibadah qurban itu sendiri. Apa yang telah kita qurbankan. Apa yang sanggup kita qurban. Terlalu banyak persoalan yang berkaitan dengan qurban.
Dalam menghabiskan cuti yang berbaki kurang satu bulan ini, aku ada juga rerfikir seperti ingin nak 'qurban'kan kerjaya aku untuk anak2. Cuti panjang ni, aku rasa kehidupan anak-anak lebih terurus. Lebih banyak terurus berbanding masa aku kerja.
Dari sudut makan pakai. Pengurusan masa. Mengulangkaji. Dan macam-macam lagi.
Cuti 3 bulan, bukan tiket untuk bangun lewat. Pengisian masa berpantang juga tidaklah berpantang sangat.
Aku tetap bangun jam 5 pagi. Malah terkadang 4.30 pagi kerana perlu mengepam susu.
Peruntukan untuk mengepam selama 10-15minit. Aku dapat kumpulkan 5@6oz. Alhamdulillah. Rezeki Firuz. Tidaklah banyak, tetapi sangat mencukupi InsyaAllah.
Selepas mengepam, mandi. Mandi sebelum subuh ni, sangat baik untuk kesihatan. Dan dapat berlama-lama juga kerana anak2 masih lena.
Jam 5.30 pagi aku mula menyediakan sarapan. Menunya tidaklah terlalu pelbagai tapi aku pastikan anak2 tidak jemu dan memberi cukup tenaga yang diperlukan sehingga waktu rehat jam 10.00 pagi.
Jam 5.45 clearkan dapur. Clearkan ruang tamu. Sapu sampah. Walau pun takde sampah sangat, mesti sapu juga. Nanti FaRa bangkit depa akan topup balik sampahnya. Hihi.
Jam 6.00 pagi pula masa utk solat sebelum kejutkan putera puteri negara bangsa. Amboih. Hihi. Kejut tu mungkin akan mengambil masa 10-15minit. Sebab akukan mak. Kejut anak2 macam dodoi pula. Sambil nak bangkit check beg sekolah masing2. Keluar dan masukkan buku yang perlu.
Biasanya Fatin siap mandi dulu. Dia tidur awal jadi lagi senang nak bangun awal. Siapkan Fatin, pastikan dia ambil sarapan. Kemudian Rafiq pula. 6.45pagi dah setel. FaRa dah ke sekolah.
Huih. Letih pula nak cerita. Nanti la kot sambung. Pointnya nak cakap, terasa nak jadi surirumah sepenuh masa.
Makan pakai terjaga. Kalau kerja, selalu letih. Makan pun selalu beli. Baju pun hantar laundry. Terpantun dua kerat pula di situ. Hihi.
Masih mampu tersenyum. Bagus. Bukan patah semangat. Patah hati je. Demi harta akhiratku, sanggup bangkit jua walau apa pun cabarannya. Semangat. Konon.
Sakit badan, walau jelas kat mata... sebenarnya tak sakit mana. Kalau sakit kat hati tu, bukan makan tahun, silap2 seumur hidup takkan dapat pulih.
Masa itulah kita kena belajar berdating dengan Allah. Mengharap manusia? Setakat mana manusia boleh tolong kita? Bagi bantuan? Susah sikit pun dah jauhkan diri, apatah lagi susah banyak. Alhamdulillah.
Di sebalik kepura-puraan manusia lain, kita dapat belajar juga, mengerti selok belok kehidupan. Kita juga mungkin berpura-pura. Kita tidak sedar. Sudah lumrah kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata buat2 tak nampak. Kadang2 bukan tak namppl, tak perasan. Itulah guna sahabat, teman, atau org yang rapat dengan kita. Sentiasa mengingatkan.
Di sebalik sikap plastik. Fake. Tiruan. Nampak macam tahan tapi sebenarnya bawa mudarat. Itu sifat yang ada pada plastik. Plastik ni jawabnya senang, guna pakai buang. Yang mesra alam la.
Hoi merapu sudah.
Salam aidin adha 1434.
Gambar hiasan, diambil di pagi raya, baby Firuz ngade2 nak duduk. Manja Pak Long. Ok, ummi jeles. :-P
Selasa, 15 Oktober 2013
Pulut kuning serunding daging
Sumber: Chef Hanielieza
Bahan
1 kg beras pulut (dibersihkan)
1 sudu makan serbuk kunyit (dibancuh dgn semangkuk besar air)
2 cawan santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 helai daun pandan
Serunding daging
Cara
1. Beras pulut direndam dengan air bancuhan kunyit yang telah ditapis selama 4 hingga 5 jam.
2. Kukus menggunakan periuk kukus yang berlubang sehingga naik wap.
3. Ubah pulut ke dalam mangkuk dan masukkan santan yang telah dibancuh sebati dengan garam dan gula.
4. Masukkan daun pandan yang disimpul dan boleh dikukus semula sehingga pulut masak.
Cara menghidang
1. Masukkan sedikit pulut dan tekan sehingga padat dengan sudu.
2. Masukkan pula serunding daging dan padatkan lagi.
3. Masukkan lagi pulut dan pastikan benar2 padat sebelum ditelangkupkan di atas pinggan.
4. Sedia dihidangkan.
Berita baik tapi kami terkejut.
Mana tidaknya. Tiba2 saja sahabat yang kami panggil Cik mengaku dah menikah selama 2 tahun.
Kekantoiannya yang tak kantoi alkerana ferutnya membesar.
Kami gembira dan bersyukur kerana mereka mengambil keputusan untuk bernikah.
Setelah sekian lama perhubungan rasmi dihalang keluarga. Yang aku tidak faham ahli keluarganya tidak memikirkan tentang tonggak keluarga mereka itu. Benarkan berkawan tapi tidak berkawin.
Semakin pelik dunia ini.
Kan?
*gambar di bawah sekadar hiasan. Hihi.
Monolog Gila
"Eh! Kau tau tak aku gila?"
Kata seorang lelaki kepada lelaki lain.
Takut. Lelaki yang ditanyakan soalan hanya diam. Tak terkutik.
"Kau tau sebab apa aku gila?"
Soal lelaki itu pada lelaki itu lagi.
Masih tetap bisu. Kelu.
"Aku gila sebab kau!"
Sambil ditampar, ditumbuk, dicekik, digigit lelaki yang tetap juga kaku itu.
Tak tergambar perasaan dalam hati lelaki yang dibuat itu. Cuma bahasa tubuhnya. Mengaduh. Mengerang kesakitan.
"Apalah sangat kesakitan yang zahir pada batang tubuhku ini," bisik hati kecil lelaki yang menjadi mangsa.
"Aku pasti penderitaannya lebih lagi."
Lantas dia tertidur. Dengan lelaki yang memukulnya masih lagi belum berhenti.
Tabahnya hatimu!
Seminggu je?
Ciskek betulla.
Apesal tak selama2nya terus? Kan senang.
Semakin hari semakin jelas.
(Sbb tu gambar ciskek kat bawah. Sorry kak Ct Delima. Pinjam tak kabo.)
Sabtu, 5 Oktober 2013
Siapa yang tak sudi sebenarnya?
Oh, pelissslah. Tolong jgn nak merapu tak ketahuan sangat boleh tak?
Jangan sampai orang benci,
Jangan sampai orang meluat,
Sekali kau kata tak sudi,
Selamanya aku jadi kekwat.
Wahhh!!! Terpantun pula ya. Inilah kisah kita dalam bersahabat. Nak berkata sesuatu, kita ikut rasa saja.
Terlajak perahu bolehlah diundur. Terlajak kata?? Benda lain yang mengendur... Huahua.
Lawak je hokkay. Jangan nak sentap sangat. Rileks la. Kata nak berkawan kan. Kena tahan gurau la.
Dan kalau nak tahu stail aku berkawan mmg macam ni. Bukan setakat berjumpa, bertanya khabar pun jarang. Yang jadi aktif sekarang ni pasal aku tgh bosan. Cuti lama kan. Masa lapang banyak. Lapang dengan handphone. Sambil teman baby.
Kalau aku lapang dan g buat keje rumah, baby akan terjaga. So baik aku lepak teman dia tido sambil aku boleh bersosial di alam maya.
Yes. Aku berkawan akan ingat dlm hati je. Jadilah tu kan. Doakan selalu. Sejahtera setiap masa.
Bila aku teringat sgt kat kawan2, akanku termimpi. Dan sering juga terdengar suara memberi salam mengetuk pintu rumah. Scary la pulak ye. Hihi.
Ya udah. Merapu pula malam2 ni.
Sampai jumpa.
Assalamualaikum.
Jumaat, 4 Oktober 2013
Cucur ubi kentang
Bahan
2 cawan tepung gandum
2 biji ubi kentang (dipotong dadu kecil)
1 biji cili merah (dicincang)
1/2 mangkuk kecil daun sup (dipotong halus)
1 sudu makan mauripan
2 sudu teh garam
2 cawan air
Minyak untuk menggoreng
Cara
1. Bancuh semua bahan sehingga sebati. Biarkan sekejap.
2. Panaskan minyak dan pastikan api sederhana kuat.
3. Cedok bancuhan tepung menggunakan sudu.
4. Balik-balikkan dan boleh diangkat setelah garing.
5. Toskan minyak sebentar atau letakkan di atas tisu dapur.
6. Sedia dihidangkan bersama sos cili.
Khamis, 3 Oktober 2013
Gulai Ayam Simple
Bahan
4-5 ketul ayam (dibersihkan)
3 sudu makan serbuk kari daging
1 biji kentang (dipotong 8)
200 gram santan
1 cawan air
2 inci halia (dipotong nipis)
2 sudu teh garam
4 sudu makan minyak
Cara
1. Bancuhkan rempah dengan air.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah sehingga pecah minyak. (Warna rempah berubah lebih gelap)
3. Masukkan ayam, ubi dan halia. Kacau selalu sehingga ayam separuh masak.
4. Masukkan garam dan santan serta air.
5. Tunggu mendidih dan pecah minyak sekali lagi barulah ditutup api.
6. Sedia dimakan.